CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 10-6-2013 08:52 AM | Show all posts
sambung cepat sikit ye....best pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2013 10:06 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 9-6-2013 09:00 PM
Sy suka...carry on menulis...tajuk citer bunga2 sgt.xper, setel kan isinya dulu.tajuk tu kawtim kemu ...

hahaa.. sebab tak tahu nak tajuk apa.. nanti mintah lah admin tukarkan.. rasenya pun mcm tak sesuai jerkk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 10:08 AM | Show all posts
Sampai dirumah atuk dan uwan Auna Aulia terus mandi dan membantu uwan dan mamanya di dapur. Tidak sanggup membiarkan mereka melihat matanya yang bengkak dan dirinya yang sedang berduka.

“Haa.. Mardiah dah ada ke tempat majlis si Aakif dengan si Aamir tu” terdengar suara uwan dari dalam.

“Dah mak, Abang dah tempat tempat dekat Shangri La, lepas tu saya dah tempah wedding planner nak buat. Kebetulan ada adik sepupu saya buat business macam tu. Jadi mintak dia bantu lah,” terang Puan Mardiah.

“Emm bagus lah macam tu. Sekarang ni semua duit, lagipun buat dua sekali senang. Tak payah susah.”

“Nanti mak tolonglah tolong saya yaa. Kalau boleh bermalam lah lama sikit dekat rumah.”

“tengok lah macam mana nanti Diah oi.. kamu tahulah abah kamu tu. Sibuknya mengalahkan DO. Mak ayah kamu bila nak balik dari England.”

“Minggu depan mak. Mungkin keluarga abang long pun balik terus sekali,”

“Baguslah.. nak duduk tempat orang lama sangat buat apa. Balik lah tempat asal kita. Bagus juga.”

Puan Mardiah hanya mengiakan. Ayahnya seorang jurutera dulu. Ibunya seorang perempuan cina yang memeluk Islam.
Sedang masing-masing sedang leka memasak. Terdengar suara member salam.

“haa.. Uda. Masuk lah” sapa nenek.

Auna Aulia mengeraskan diri di dapur. Cuma dia tak pasti apakah penerimaan Mak Uda terhadap dirinya. Walaupun sudah bertahun berlalu. Apakah Mak Uda masih menyalahkannya. Apakah Mak Uda mengatakan dialah penyebab kematian Adura.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 10:11 AM | Show all posts
Auna Aulia sampai awal hari ini dipejabat. Hari ini dia rasakan begitu lapang. Mak Uda dah boleh terima kenyataan dan tidak lagi menyalahkan dia atas kematian Adura. Itu sudah cukup melegakannya.

Hari ini dia memakai baju kurung berwana ungu. Disebabkan dia hari ini tiada urusan diluar. Dia lebih suka memakai baju kebangsaan ini. Sedang dia leka melihat segala dokumen yang ada atas meja tiba-tiba Suhaila penyambut tetamu di pejabat menghantar sejambak bunga.

“Untuk siapa Sue,”

“Haii akak ni takkan untuk saya. Untuk akak lah.” Suhaila menerangkan. Pada pandangannya bukan Auna Aulia tak cantik. Auna Aulia amat cantik pada pandangannya. Walaupun tidak putih. Warna kulit sawo matang. Tapi Auna Aulia manis. Pakej pegawainya ini lengkap. Beauty with the brain. Cuma satu bekunya mengalahkan air batu. Dah jenuh dia bersoal jawab dengan orang yang bertanya. dan lagi Auna Aulia tetap membeku.

“Sue ambik bunga tu. Bak sini kad akak nak tengok.”

Suhaila menghulurkan kad dibunga tersebut. Auna Aulia membaca kad itu. Hatinya beku. Kad itu di renyokkan dan dicampak dalam tong sampah. Hatinya sakit.  Tiba-tiba telefon dimejanya berbunyi.

“Kak, ada call line satu”

“Okey Sue, thanks”

“Auna speaking, good morning,” Sapa Auna Aulia ramah. Dia harus bersikap professional. Masalah peribadi ditolak tepi. Tapi bila mendengar suara itu. Walaupun untuk seribu tahun lagi dia tidak pernah lupa suara itu. Segala perasaan marahnya meluap.

“Yaya apa kabar?”

“Nak apa call ni?” tanya Auna Aulia kasar.

“Salah ke abang call? Auna dah terima bunga dari abang?” tanya suara itu lagi.

Auna Aulia melepaskan keluhan. Dia buat muka bosan. Hatinya sakit masih tidak sembuh. “Dah selamat masuk dalam tong sampah. Lain kali tak payah membazir duit."

“sampai hati Yaya bakul sampahkan bunga yang abang bagi. Yaya please abang minta maaf with whatever happened between us. Please give me one more chance Yaya. I admit it's all my fault, but please forgive me

“Maaf? Abang ingat mudah? Dengan apa yang abang dah buat pada Yaya abang ingat dengan senang abang boleh masuk semula dalam hidup Yaya?? Hello, please wake up abang . It's already over.

“Yaya, abang dengan Haizah dah berpisah dah. We're not belong to each other.”

“You're not belong to me either abang,” potong Auna Aulia.

“But we belong to each other, we can make it happen..”

“Don’t you ever dream that Mr. Adam Bakri. Whatever with the past has gone. Yaya tak nak ungkit lagi kisah kita.”


“Please Yaya. Jangan buat abang macam ni, abang betul-betul sayang kan Yaya.” Rayu Adam Bakri lagi. Pertemuannya dengan Auna Aulia dua hari sudah lama dia nantikan.

“Abang dengan baik-baik apa yang nak Yaya cakapkan dan Yaya harap ini adalah yang terkahir. Yaya rasa abang pun bukan bodoh untuk fahamkan. Kata doktor takkan lah bengap sangat. Yaya tak nak dan tak akan balik semula pada abang dan yaya tak sudi. Abang faham.” Selepas menghabiskan ayatnya Auna Aulia menghempaskan telefon. Dadanya berombak. Tangannya menggigil menahan marah. Tanpa dia sedari airmatanya mengalir lagi.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Kali ini telefon bimbitnya. Auna Aulia berang.

“Nak apa lagi. Tak paham bahasa ke. Orang cakap tak nak.. tak nak lah”jerkah Auna Aulia tanpa bertanya siapa pemanggil.

“Auna..” suara pemanggil itu.

Auna Aulia senyap.. alamak salah orang. hatinya menyumpah.

Auna Aulia terdiam. Rasanya nak disorok muka bawah meja. Alamak. Tersalah sudah. Suara Khaleel Zachry kedengaran.
Arrhhhgghhh.. malunya.. Auna Aulia membetulkan intonasi suaranya.

“Sorry.” Hanya mampu di ucapkan. Sedangkan kulit mukanya dia rasakan dah tebal berpuluh-puluh inci.

“Apasal nak marah-marah? PMS ke” tanya Khaleel Zachry.

“Tak ada apa-apa. Langau kacau. Nak apa call?” Auna Aulia cuba ubah tajuk.

“Nak tanya, pasal report tapak project minggu lepas. May I have a copy”

“Boleh. Nanti meeting petang karang Auna bagi.”

“kalau macam tu ok.”

Senyap.

“Lain kali tengok dulu skrin tu sebelum nak tembak” terus talian itu dimatikan.

Auna Aulia terdiam. Aouch.. malunyanya. Macam manalah boleh tersasar. Auna..Auna.. padan muka. Dah dua kali kantoi. Tebal kulit muka. Lagi tebal dari kulit buaya rasanya. Langkah kiri betul hari ni. Serentak Auna Aulia menggelengkan kepala.
Tiba-tiba ada massage masuk. Auna Aulia membaca massage itu. Matanya terbeliak. Dia menelan air liur. Rasa nak hempuk orang yang hantar massage tu. Sapa lagi Khaleel Zachry lah orang nya.  Tapi malu pun ada jugak.. arrhhhh tebal kulit muka aku..

Singa jangan lupa meeting petang ni.!!


____________________________________________________

TQ Sebab sudi membaca ya..

Last edited by mrsT on 11-6-2013 09:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 10:18 AM | Show all posts
mrsT posted on 10-6-2013 10:11 AM
Auna Aulia sampai awal hari ini dipejabat. Hari ini dia rasakan begitu lapang. Mak Uda dah boleh t ...

nice...tp dialog English tu ada error skit & missing here & there...sy xsempat nak tlg betulkan..(xde le terer mana pun..hehe)
nanti kalu free2 sy tlg ye...nak buat keja skit kat ofis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 10:28 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 10-6-2013 10:18 AM
nice...tp dialog English tu ada error skit & missing here & there...sy xsempat nak tlg betulkan..( ...

please.. pun tak sempat nak check. idea dtg tulis..sambil focus benda lain.. nanti betulkan ekk... tq sis..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2013 11:15 AM | Show all posts
x sabar nk tunggu singa ngan khaleel tuh...ekekekeek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 11:50 AM | Show all posts
suria74 posted on 10-6-2013 11:15 AM
x sabar nk tunggu singa ngan khaleel tuh...ekekekeek

hikkhikk.. tak mo lahh..singa tu nak aumm...aumm..aumm.. manje2 jerkk..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2013 03:10 PM | Show all posts
Selepas solat zohor Auna Aulia mengemaskan segala dokumen yang ingin dibawa masa mesyuarat petang ni. Kalau diingat peristiwa pagi tadi rasanya sanggup ambik setengah hari. Tapi memikirkan kerja yang berlambak niat suci dan murni itu terpaksa dilupakan.

Tepat jam 2.15 petang, dia melangkah ke bilik mesyuarat. Abis semua doa dibacanya. Perutnya yang pedih cuba dilupakan. Saat melangkah masuk ke bilik mesyuarat itu, wajah pertama yang dia lihat Khaleel Zachry. Arrghhhh.. benci..benci..benci.. tak suke tak suke..tak ader manusia lainkah dalam dunia ni yang boleh dia lihat.

Khaleel Zachry juga terkejut melihat Auna Aulia tambah lagi penampilan gadis itu yang berbaju kurung. Nampak lebih sopah dan manis tak ada lah Nampak kasarnya.

“Errm.. singa dah okey ker? Tanya Khaleel Zachry.

Manusia ni jolok sarang tabuan  Nampak. “Sibuklah” jawab Auna Aulia kasar.

“ekk ellee.. tanya pun tak boleh..pms erkk.. ker priod”

Auna Aulia melemparkan jelingan maut kepada Khaleel Zachry. “tak sayang mulut heh..”

Khaleel Zachry hanya tersengih. Dari dulu dia suka mencari pasal dengan gadis depannya ini. Entahlah dia juga tidak punya jawapan. Tapi dia suka. Kerana dia tahu Auna Aulia tahu akan kehadirannya disitu.

“ehhh sayang ape pulak tak sayang. Bawak-bawaklah mengucap sikit cik Auna Aulia..tak baik nak marah-marah..”

Auna Aulia membaling pemadam yang ada di tangan. Tepat sungguh balingannya. Terus ke kepala Khaleel Zachry . Arrghhhhh.. benci lahh tak suke. Takkan nak mengadap dia ni sampai sudah meeting. Rase semput nafas.

“ishh baling-baling pulak. Saya ni Cik Auna setiap tahun bayar zakat fitrah. Tak pernah tak bayar”

“ada saya kisah awak bayar ke tidak..”

Sebelum mereka balas-membalas tu lebih hebat tiba-tiba pintu bilik mesyuarat di tolak masuk dan beberapa orang pegawai mengambil tempat masing-masing.

Khaleel Zachry berjalan ke tempat Auna Aulia pura-pura ingin memulangkan pemadam yang di campak Auna Aulia tadi. Tapi sempat dia berkata “esok-esok kita lawan pantun lagi yaa”.

Auna Aulia tercengang.. arrrrhh tak suka. Auna Aulia panas hati. Lama-lama boleh kene darah tinggi kalau macam ni gamaknya.


**********************************************
cukuplah untuk today.. nanti sambung lagi.. TQ sebab sudi baca..

Last edited by mrsT on 10-6-2013 03:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 09:37 AM | Show all posts
mrsT posted on 10-6-2013 10:28 AM
please.. pun tak sempat nak check. idea dtg tulis..sambil focus benda lain.. nanti betulkan ekk... ...

As slm, sy highlight ngan kaler merah utk correction/missing word ye..

“sampai hati Yaya bakul sampahkan bunga yang abang bagi. Yaya please abang minta maaf with whatever happened between us. Please give me one more chance Yaya. I admit it's all my fault, but please forgive me.”

“Maaf? Abang ingat mudah? Dengan apa yang abang dah buat pada Yaya abang ingat dengan senang abang boleh masuk semula dalam hidup Yaya?? Hello, please wake up abang . It's already over.

“Yaya, abang dengan Haizah dah berpisah dah. We're not belong to each other.”

“You're not belong to me either abang,” potong Auna Aulia.

But we belong to each other, we can make it happen..”

“Don’t you ever dream that Mr. Adam Bakri. Whatever with the past has gone. Yaya tak nak ungkit lagi kisah kita.”

------> Hope it helps
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 09:41 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 11-6-2013 09:37 AM
As slm, sy highlight ngan kaler merah utk correction/missing word ye..

“sampai hati Yaya bakul ...

tq so much darling.. baru start nuliskann.. banyak lahh masalah nyer.. hikkhikkk makacihh yaaa sis

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 10:11 AM | Show all posts
mrsT posted on 11-6-2013 09:41 AM
tq so much darling.. baru start nuliskann.. banyak lahh masalah nyer.. hikkhikkk makacihh yaaa sis ...

hehe..no problem..
akak bkn terer sgt pun....skit2 blh ler..
nak tulis sendiri..mmg xreti ler...
carry on nulis ye...akak doakan citer ni akan success jd novel popular satu ari nanti..

cuma my 5 cents advice..
MrsT kena tau genre mcmana yg MrsT nak buat..
love islamik novel ke...novel cinta biasa ke..
penting benda ni sumer..sbb benda2 ni akan jadi penulis punya indentiti..
so bila reader tgk je nama penulis..dah tau..oh..dia ni..tulis citer Islamik cinta..mcm Noor Suraya
haa..dia ni pulak..tulis citer sempoi, kdg2 heavy.....tp best..mcm Melur Jelita, Hanina Abdullah

each story kena ada kesinambungan...ada relationship dia..
kalu blh jgn buat readers lost bila baca citer2 MrsT..
lagi se..kalu nak buat flashback..make sure..kena ngan situasi..
& bila move to another chapter..story tu xtergantung mcm tu jer....

front cover jugak sgt penting....org mmg kata..don't judge a book by its cover..
tp utk buyer mcm akak nih..kalu novel cinta gambor bunga2..pemandangan...
pastu versi photography punya..mcm most of Alaf 21 punya buku..adoyai...
mmg kureng skit lah...hehe....akak suka cover buku yg unik...baru leh pikat ati akak nak membelinya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 10:22 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 11-6-2013 10:11 AM
hehe..no problem..
akak bkn terer sgt pun....skit2 blh ler..
nak tulis sendiri..mmg xreti ler... ...

samalah sis... macam  Melur Jelita, Hanina Abdullah yang  sis sebut tu memang betul..buka dia org menarik..byk sebab untuk kita membaca kan sis? alaf?? ermrmm dulu minat now kurang skit.. suke aisya sofea..buku dia best..

hope we can share something yaa sis.. tq..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 10:56 AM | Show all posts
Sewaktu Auna Aulia hendak keluar dari biliknya tiba-tiba Adam Bakri muncul. Auna Aulia tiada pilihan yang lain selain dari membenarkan Adam Bakri masuk kebiliknya. Mujur ramai pekerja yang sudah balik. Kalau tidak pasti ada yang bertanya itu dan ini. Rimas.

“Abang nak apa?” tanya Auna Aulia lemah. Penat dengan kerja yang tak pernah sudah dan bertambah penat rasanya dengan kehadiran Adam Bakri.

“Yaya, please, bagi abang peluang terangkan apa yang terjadi. Bagi abang peluang Yaya”

Auna Aulia melepaskan keluhan. Peluang apa yang Adam Bakri mahukan. Dulu pernah dia berikan hatinya. Tapi Adam Bakri hancurkan.

“Peluang apa yang abang nak abang. Antara kita dah ada penyudahnya. Dah ada titik noktahnya abang.”

“Yaya, abang dengan Zaharah dah bercerai. Antara kami tak ada keserasian. Tolong bagi abang peluang balik semula pada Yaya. Please” terang Adam Bakri mengharap.

Auna Aulia menghembuskan nafasnya perlahan. Dia cuba mengumpulkan kekuatan. “Abang, saat Yaya perlukan sokongan abang, abang sogokkan Yaya dengan berita pernikahan abang. Itupun bukan dari mulut abang dari orang lain abang. Mana perginya abang masa tu? Tidak bermaknakah Yaya dekat abang” Auna Aulia cuba berlembut. Dia telah terlalu letih untuk membentak dan berkeras. Dulu kerana degil dan keras nun jauh dia membawa diri. Merajuk. Tinggal keluarga.

“Abang tahu abang bersalah Yaya. Abang menduakan Yaya sewaktu abang dekat sana. Tapi kami tak bahagia. Zaharah bukan seperti Yaya dan abang tahu pasal fitnah tu.”

“Abang, cukuplah. Yaya penat. Yaya nak balik. Walaupun apa alasan abang. Yaya dah redha terimanya. Siapa Yaya nak menolak takdir Allah. Yaya bahagia dengan kehidupan Yaya. Jadi Yaya harap abang carilah kebahagian dalam kehidupan abang. Walau apa yang terjadi kita masih bersaudara.”

Auna Aulia membuka pintu biliknya. Dia berharap Adam Bakri mengerti. Sehabis boleh Auna Aulia tidak mahu menangis. Dia tidak mahu kelihatan lemah dimata lelaki Adam Bakri. Sekali dia melangkah bermakna dia tidak akan berundur lagi.
Adam Bakri melangkah perlahan. Wajah Auna Aulia di tatap. “kita tak habis lagi Yaya.” Katanya sebelum melangkah pergi.

Auna Aulia menutup pintu biliknya dan duduk disofa, akhirnya mutiara putih itu mengalir untuk sekian kalinya.

-------------------------------------------------------------------------

untuk hari nie.. terima kasih kerana sudi membaca,, maafkan segala kekurangan


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 11:31 AM | Show all posts
baru notice yg ni
AunaAulia memandu Ducati Monster 796
sy rasa sepatutnya
AunaAulia menunggang Ducati Monster 796
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 12:20 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 12-6-2013 11:31 AM
baru notice yg ni
AunaAulia memandu Ducati Monster 796
sy rasa sepatutnya

ahahah erk.. thank sis..    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2013 01:09 PM | Show all posts
Kenapa harus ada luka lagi. Sedangkandia cuba seikhlas hati umtuk menerima dengan redha. Kehilangan Adam Bakri yangmengkhianati kasih dan sayangnya selama ini. Begitu tega lelaki itu mengalihkancinta pada yang lain.

Setelah mengemaskan diri, Auna Auliamelangkah keluar dari pejabat. Dia ingin segera pulang. Berada dibawah bumbungkasih dan sayang mama dan abah juga abang-abangnya. Dulu dia pernah pergi jauhmeninggal insan-insan yang disayangi kerana cinta dan hatinya tanpa memikirkanperasaan meraka yang menyayanginya. Abah, mama, abang-abangnya, atuk dan uwanserta tok pa dengan tok ma.

Sekembalinya dari pejabat Auna Auliaterus masuk kebilik. Otaknya serabut. Bila setiap orang Allah keluarganyamemanggil untuk makan malam dia member alasan dia penat ingin berehat. Pada sepertigamalam Auna Aulia bangun untuk mengerjakan qiam. Itulah yang dia lakukan saathatinya berduka. Berada ditanah arab dan berkesempatan mengerjakan umrah tidaklama dulu memberikan dia keinsafan. Sekeping hati yang rosak jika diberikankepada manusia akan menjadi lebih rosak atau pulih Cuma masih bekesan namunjika diserah pada yang satu pasti ubahnya sesuatu yang tidak di gambarkan.
HasbiRabbi Jallallah
CukuplahTuhan bagi ku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiadadi dalam hati ku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
CahayaMuhammad selamat atas NYA
HaqqulLaillahhaillallah
Benarlahtiada Tuhan selain Allah..
Kedengaran sayup zikir munajat. Suasana yang sunyi walaupun jarumpeniti jatuh kelantai pasti kedengaran. Suara alunan yang mendayu bersertadengan esakan.  Seorang insan yangmengaharap kan keredhaan. Seorang hamba yang mengharapkan keampunan. Sesaat juabukan milik kita. PadaNYA Auna Aulia melepaskan segala kekesalan. PadaNYA juaAuna Aulia mengharapkan keredhaan.
Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)

Saat itu airmatanya mengalir deras. Terasabetapa diri ini terlalu lemah dan kerdilnya. Mengingatkan penghitungan dipadang mahsyar. Auna Aulia mengangkat tangan. Tangan yang ALLAH kurniakan untukdia mencari rezeki, berbakti dan yang pasti tangan ini gunanya untukmengaminkan dan meminta.

Ya ALLAH andai kelukaan yang diberikan sebagai tanda kasih sayangMU,berikan aku ketenangan menghadapinya. HambaMU ini insan yang lemah namun jikaujian ini selayaknya buat ku berikan aku ketabahan dan redha untuk menerimasegalanya dengan tenang. Jangan sekali dipalingkan hatiku jauh dariMU. Bertahunku menahan duka lara ini, namun jika ada kemanisan dihujungnya bantulah akuuntuk terus tabah menhadapinya.

Saat Auna Aulia mengaminkan doa,pintu biliknya dibuka kelihatan abangnya Aazat Aamir merenungnya bersama dulangdi tangan.

*********************************************************

kalau ada kekurangan dan kesalahan harap dimaafkan.. maaf lah ini aja ntuk hari ni.. otak tetiba tepu japp..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 04:39 PM | Show all posts
Aazat Aamir meletakkan dulang dimejadisudut bilik. Wajah Auna Aulia dipandang kasih. Satu-satunya anugerah ALLAHkepada keluarganya. Satu-satunya permata hati mereka. Jika sakitnya Auna Auliasakitlah mereka semua. Bukan kah lelaki harus melindungi wanita. Saudara lelakiharus melindungi ibu dan saudara wanitanya.

“Kenapa Yaya menangis? Masih sakitdisini lagi?” tanya Aazat Aamir menunjukkan ke kedada.

“Abang, andai mampu Yaya halang, dahlama Yaya halang abang. Tapi hati Yaya pedih.”

Sebuah keluhan keluar dari mulutAazat Aaamir. Dia mengerti apa yang adiknya rasa. Dikhianati, di cerca, difitnah. Kalau dia belum pasti lagi dia akan bertabah hati dengan apa yangterjadi. Adiknya, mampu bersabar, menerima segalanya dengan hati terbuka.

“Yaya lepaskan lah.. jangan lagidikenang. Semuanya dah terangkan. Jangan ada kesal dengan takdir ALLAH dik..”

Auna Aulia menundukkan kepala. Bukan diamenidakkan takdir Allah namun hanya kecewa sahaja yang masih menyapa hati. “TapiAdam ada datang pejabat adik..” Auna Aulia berterus terang.

Aazat Aamir terkejut. Dia berpalinguntuk melihat kebenara kata-kata adiknya. “Kenapa dia datang?”

“Dia nak adik kembali pada dia?”

“so, adik jawap apa?”

“Adik tak gila lagi untuk menerima orangyang telah mencampak maruah adik dihujung kakinya.”

“Baguslah kalau adik tetap penderian.Kenapa perlu bersedih?”

“Satu masa dulu adik ingat dia mampumelindungi adik, ada disisi adik tak kira apa pun. Percaya pada adik, Cuma silapnyasedikit tanpa usul periksa dia tinggalkan adik bersama penghinaan.”

“Adik, Allah temukan kita orang yangsalah sebelum ALLAH temukan kita jodoh yang sebenar.  Baguslah adik tak jadi dengan dia sebab abangpasti dia tak boleh tak boleh menjadi imam yang baik untuk adik.”

Auna Aulia memandang pelik abangnya. Apakena mengena imam yang baik. Dia pelik wajah abangnya di pandang. Aazat Aamirtersenyum. Dia tahu Auna Aulia kurang mengerti.

“Adik, lelaki ni, adalh seorangketua, tanggungjawabnya berat, sesuailah dengan kemampuan mereka. Lelaki ni,harus tetap pendiriannya. Tahu apa yang mereka mahukan dan tahu apa yang merekacari. Tetap pendirian nak senang cerita lah. Jika seorang lelaki tidak mampumelindungi seorang wanita yang lembut jiwa, susah lah nak mengemudi keluarga. Bagaimanadia hendak melindungi ibunya, saudara perempuannya?”
Aazat Aamir memandang wajah AunaAulia lagi. “adik faham?”

Auna Aulia hanya mengangguk. Dia melihatsendiri bagaimana keluarganya abah, abang-abangnya melayan dia dan mama. Sungguhberhemah.

********************************

hanya ini untuk hari ni.. maaf segala kekurangan


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 11:30 AM | Show all posts
tq tt...terharu sungguh ngan abang2 dia........
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 10:14 AM | Show all posts
Ada lg ke Abang mcm ni Sekarang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070731 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list