CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 28-6-2013 10:10 AM | Show all posts
langsung x leh jumpe depa nih yeee...nak gado jekkk...tp mesti best kalo akhirnya bercinta cintun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2013 12:19 PM | Show all posts
suria74 posted on 28-6-2013 10:10 AM
langsung x leh jumpe depa nih yeee...nak gado jekkk...tp mesti best kalo akhirnya bercinta cintun... ...

hahaa.. gaduh kan membawa bahagia.. hahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 12:21 PM | Show all posts
Selepas memakirkan motor AunaAulia melangkah ke escalator. Dia  menujuke Butik Jelly Bunny yang berada di aras G di KLCC. Farzhana dah menanti disanadan sibuk memilih kasut. Sedap bau butik ni.

“Alaa yang kau bawak motar kaunie buat aper.. macam mana nak bertawaf macam ni?”bebel Faarzahana.

“ishhh mulut.. tak ada adapsungguh. Kejap lagi Abang Aamir datang ambik barang ni dengan motor aku. Diabagi pakai kereta dia..” menggeleng kepala.

“Oh Abang Aamir ku..” kataFarzahana sambil memejamkan mata. Macam perempuan gatal jer gamaknya.

“Ishhh tolong lah jangan nakmengedik boleh tak..Nak muntah aku tengok. Sikit-sikit sudahlah..” Auna Auliacukup tak gemar kalau seorang perempuan tu berubah jadi seperti seorangperempuan murahan kerana seorang lelaki. Perempuan kena ayu, kena sopan kenajaga air muka kena jaga maruah dan harga diri kene ada sikit up tapi takmelebih dan duduknya di tempat sepatutnya duduk dalam class yang tersendiri. Itupesan Tok Mummy jangan main aci redah. Mak kepada Mama. Tangannya membeleksepasang kasut. Warna pink.. eeeeeee geli.. tak sesuai dengan jiwa dan raga.

“Assalamualaikum..”sapa satusuara dari belakang.

Auna Aulia berpusing ke belakanguntuk melihat tuan empunya suara. Dia terkejut. Tergamam dan tak sangka. “abangMuiz? Waalaikummussalam.. abang buat apa kat sini?” tanya Auna Aulia. Habis lintangpukang ayat yang nak keluar.

“Abang ada kerja sikit kat atastadi. Yaya buat apa kat sini?” tanya Muiz tersenyum. Rasanya penuh paru-parudengan oksigen kalau tidak sesak saja nafas. Bertuah bertemu dengan gadis inidisini. Terbang melayang rindu yang bertaut.

“Yaya saja jalan-jalan, shoppingand window shopping. Kenalkan ni kawan Yaya Farzahana panggil Nana.” Auna Auliamenarik tangan Farzahana dan memperkenalkan pada Muiz. Farzahana hanyamengganggukkan kepala dan tersenyum.

“apa khabar?” tanya Farzahanaberamah tamah. Dia pelik melihat Auna Aulia yang sering di kelilingan lelakilelaki kacak. Tak semput ke nafas. Kalau dia maun kene tarik tank oksigensetiap hari.

“Ni abang Muiz kawan sekampung.”Auna Aulia cuba menerangkan sambil tersenyum. Ishh tak main lah usik-usikhareemmm.. lagipun macam perempuan gedik semacam jer.

“Ooo ok.. Auna kau layan lahabang Muiz ni yer aku nak try kasut jap” kata Farzahana yang hakikatsebenar-benarnya dia rasa tergoda dan cuba menggoda. Tak nak. Melihat ketampananMuiz. Kalau tahu dek Auna mampos dia kene salai. Auna kan mengamalkan pepatahperempuan melayu terakhir kena lah jada sopan depan lelaki.

Baru nak mula buah bicara denganMuiz sekali lagi ada suara member salam. Dia kenal suara itu. Aazad Aamir. AunaAulia bersalam dengan abangnya dan mengucup pipi kiri dan kanan abangnya. Dah biasadan terbiasa. Dari kecil memang macam tu.

Mamat yang berdiri disebelahabangnya di hadiahkan jelingan maut kame..kame ha.. waachaaaa.. benci lah.. takada muka lain ke kat kl ni. Dah habis ke jejanz kat kl ni.. kenapa perlu diadipertemukan dengan  mamat sengal nilagi.

“Abang kenapa bawak dia” tanyaAuna Aulia berbisik.

“dia nak ikut. Abang bawak lah.”jawab Aazad Aamir.

Auna Aulia buat muka bosannya. Dalamhati ohh please. Bagi tengok muka lain boleh tak?. Aazad Aamir tahu apa yangada dikepala adiknya itu.

“Yaya, orang tua cakap kalaubenci tu berpada pada, kalau sayang pun berpada pada. Nanti sayang bertukarbenci dan benci bertukar sayang. Takdir ALLAH bukan dalam genggaman kita mydear adik”

Sekali lagi Auna Aulia membuatmuka bosan. “Abang, dia.. dia.. ohh please..” jawab Auna sambil berbisik.

Aazad Aamir hanya mengjungkitbahu. Tersenyum.

“Eh abang Aamir..” sapa Farzahanalembut.

Auna Aulia menghantar jelingankepada farzahana, kau jangan nak lebih-lebih dengan abang atau kata lain kaujangan nak mengedik ok. Farzahana hanya tersenyum mengjongkit kening. Senyummeleret lagi dan Auna Aulia mengjengkil kan mata.

“Nana ni kenalkan BFF abang,Khaleel” Aazad Aamir memperkenalkan Khaleel Zachry kepada Farzahana.

Farzahana macam biasa gedikterkawal OMG. Dia menghantarkan padangan pada Auna Aulia membawa maksud ThisGuy So Hot.

Auna Aulia lagilah berapi. Menunjukkancara nak muntah dengan muka Oh Please.

Fazahana merapatkan diri padaAuna Aulia berbisik. “macam mana kau boleh jadi hati batu batu berdepan denganhot stuff macam kat depan kita sekarang ni. Hello..” sambil matanya menunjukkearah Aazad Aamir, Khaleel Zachry dan Muiz. Tapi pandangan mata Farzahanalebih kepada Khaleel zachry sebenarnya.

Auna Aulia melepaskan keluhan “foryou info my dear friend..hanya yang bertuah dan insan terpilih saja yang akandapat perhatian aku. Ada mengerti kamu”

Fazahana hanya mengganggukkankepala faham walaupun sebenarnya tak faham. Hello Khaleel zachry tu gila babipunya hensome ohkey. Nak kata arab pun boleh nak kata apa ya.. memang hensomelah dan Auna Aulia boleh buat tak kisah dengan hidangan lazat depan mata macamni. Fazahana pelik.. Auna ni betul ke tak ni.

Auna Aulia masih melihat kawannyayang konon terpaku. Kasut yang ada di rak kasut yang terdapat di ruang pamerandiambil dan diketuk di kepala Farzahana. Ubat untuk orang yang hilang akal.

“apa ni ketuk dengan kasut..”omel farzahana bila sedar Auna Aulia mengetuk kepalanya dengan kasut.

“ini ubat yang paling mujarab untukorang ada penyakit gatal” kata Auna Aulia dan terus berlalu kearah abangnya.

Farzahana hanya memerhati dengangeram. Jaga Auna..



******************************************************

okey nanti kita sambung lagi yaa.. tq sebab sudi baca..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 01:20 PM | Show all posts
Thank you darling....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 01:59 PM | Show all posts
mesti hensom2 jejaka2 tu sumer kan....
BMW - best Man Win...
blh tak kalu akak bygkan muka Khal tu mcm nih...ala2 Arab gitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 02:55 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 28-6-2013 01:59 PM
mesti hensom2 jejaka2 tu sumer kan....
BMW - best Man Win...
blh tak kalu akak bygkan muka Khal tu ...

kaka u make me milky.. waaaa harus bersemangat nak medalami watak nie..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2013 02:57 PM | Show all posts
mrsT posted on 28-6-2013 02:55 PM
kaka u make me milky.. waaaa  harus bersemangat nak medalami watak nie..

harus...renungan nye saja bisa membikin hati ku gundah gulana..
tido xlena..mandi tak basah....makan xkenyang...eh..puasa rupanya...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 03:05 PM | Show all posts
ekekekek mama....terus tergelak sy ni hah....dari rasa nk tido terus segar bugar je nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 03:26 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 28-6-2013 02:57 PM
harus...renungan nye saja bisa membikin hati ku gundah gulana..
tido xlena..mandi tak basah....ma ...

kan......boleh jadi angau pula. jangan sampai diharamkan gambarnya masuk kat cari sebab hensem sgt sudah......review balik yang 2 jejaka arab yang hensem sangat sampai tak boleh apa ek????

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 03:32 PM | Show all posts
waaaa u all semua kijam.. menyebab terganggunya emosi saya.. waa...tapi memang betul2 nak2 kalau yg sebelah damancus, cypress memang lawa2.. cair tengok..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2013 04:22 PM | Show all posts
Laju saja kakinya melangkahmenarik Auna ke satu sudut lain.

“heii apa ni..kau nie pun adayang kene tembak dengan senapang gajah ni karang.”Marah Auna Aulia keranaFarzahana menariknya begitu. Nasib dapat dia mengimbangi badannya dari jatuhtergolek kalau tidak hilang status perempuan melayu terakhir dia.

“Holla.. minat Khaleel Zachry tupunyer lah hensem giler babi dan babi pun tak sehemsem dia kau pulak boleh buatdek jerk..kau ni lurus ke tak lurus ni?” tanya Farzahana.
Mata Farzahana di pandangnyabulat. Rasa kecik besar jerk minah ni. “jadi bermakna babi lagi hensem lahkan.. so jangan nak bising okey.”

“weeiii.. kau ni buta ke rabun..cube kau bukak mata kau yang sedia bulat tu bertambah bulat. Kau pandang daridahi dia sampai ke dagu dia..ce ce kau pandang..”

Mereka berdua merenung KhaleelZachry. Berdahi luas orang kata berdahi luas ni orang pandai, kening lebatterbentuk cantik macam kene lukis pulak. Mata ke dalam kalau kene air tu takbasah mata orang tua kata, bibir lah merah macam pakai lipstick lah pulak tapimerah basah menandakan dia tak merokok. Bibir tak tercemar dan berlekok elokterbentuk cantik. Hidung errm.. mancung terletak cantik. Dagu dia ada lekokditengah. Opss bila senyum ada lesung pipi menghiasi kedua-dua pipinya. Kulit putihmerah tapi cantik. Jambang yang ditrim cantik menambahkan muka maskulin dia. Sahsah Nampak dia memang ada darah campur. Mata macam bersinar. Tinggi errmmmemang tinggi rasanya dalam 180cm mungkin lebih. Yang pasti Khaleel Zachryboleh buat orang menoleh dia berkali-kali. Hei.. wait one second yang aku dokmenelek mamat mulut puaka ni kenapa.

“So Auna kau nampak kan apa yangaku Nampak” tanya Farzahana sambil menjongketkan keningnya kearah Auna Aulia.

“Sorry aku tak nampak apa yangkau Nampak okey. Cuma yang aku Nampak mereka semua ganggu  aku nak bershopping. Aku nak pergi halausemua orang balik nak shopping dengan aman pun tak senang.” Auna Aulia terusberlalu pergi kapada abangnya.

Farzahana menggelengkan kepala. Peliktengok keletah Auna Aulia yang berlenggang kearah abangnya yang sedangberborak. Tapi Farzahana perasan akan renungan Khaleel Zachry kea rah AunaAulia perghhh boleh tembus okey. Menangis miss world kalau tengok.

“Abang nak ambik beg adik nie. Abangnak balik dah kan?” tanya Auna Aulia kepada abangnya.

“Ermm mana ada nak balik lagiabang teman adik dengan kawan adik shopping lepas tu kita balik sama-sama. Abangnak borak dengan Muiz ni. Adik pergi lah shopping.”

Arrgghhhh.. Auna Aulia menahangeram. “Allaaaaaa boring lah kene ikut. Tak ada priversi langsung.” Auna Auliamula memprotes.

“Adik.. jangan lah macam ni. Adikshopping ok lagi pun abang nak pergi butik herly Davidson dekat atas tu. Nak caribarang. Nak ikut?”

“waaa menarik. Kejap lah Auna nakbeli sandal kat jelley bunny dulu. Bau dia best lah..” laju saja dia melangkahkearah Farzahana yang masih mencuba beberapa pasang kasut.

Setelah penat bertawaf dari satubutik ke satu butik dari satu paper beg dah bertambah-tambah menjadi beberapapaper beg. Dari ada Muiz hanya tinggal Khaleel Zachry dan Aazad Aamir akhirnyamereka berhenti untuk melepas lelah di Chili’s.

Sedang mereka berbual-bualmenanti makanan Farzahana memulakan bicara.

“Auna kau jadi tak nak joint kitaorang naik gunung nuang hujung minggu ni?”tanya Farzahana.

Aazad Aamir mengangkat kening membersoalan abang tak tahu pun.

Auna Aulia faham akan pandanganitu. “Alaa aku lupa lah.. insyaALLAH jadilah.”

“Kau dah beli barang belum? Kalaubelum beli besok kita pergi beli. Hari ni dah hari rabu. Sempat lagi nak beliapa yang patut.”

“Nana nak pergi dengan siapa?”tanya Aazad Aamir ingin tahu. Dia tahu adiknya lasak tapi tak lah sampai nakmendaki gunung. Lagipun bahaya kalau jadi apa-apa siapa yang susah. Dah banyakcerita tentang Gunung Nuang ni.

“dengan team abang Nana. Dia nakpergi lepas tu dia ajak nana sekali sebab kakak ipar nana pun joint sekali.” TerangFarzahana.

“Nana pernah naik ke gunung nuangsebelum ni?” tanya Khaleel Zachry tiba-tiba.

Farzahana tersengeh sebelummenjawab. Auna Aulia buat muka bosannya. Ohh please. Jawab terus tak boleh ker?’

“pernah dulu sebelum pergi Dubai.Now nak repeat balik. Abang Khaleel pernah panjat ke gunung nuang.?”

“Pernah masa dekat U dulu dan adabeberapa kali repeat..” jawab Khaleel Zachry.

“Abang Yaya joint boleh. Yaya dahtanya mama dengan abah. Dia orang cakap ok.. abang Aakif pun ok. Boleh yaaabang..” Auna Aulia memujuk. Dia tahu kalau dengan Aakif dia boleh lepas tapidengan Aazad Aamir aduhh memang payah.

“Tapi abang tak boleh temankanYaya masa tu. Abang ada hal lain.” Jawab Aazad Aamir. Dia risau adiknya. Hanya itulah satu adiknya.

“alaaa boleh lah abang. Kan nanakata dia ikut, kakak ipar dia ada, abang dia ada. Kan dah okey tu. Boleh lah..”pujuk Auna Aulia lagi. Dah tak malu dah demi memenuhi impiannya.

Aazad Aamir menggeleng kepala. Beratrasanya untuk melepaskan adiknya. Selama ini kemana Auna Aulia pergi pasti adasalah seorang dari mereka yang menemani Auna Aulia.

“Aku boleh temankan adik kau. Lagipunaku dah a few time hiking gunung nuang.” Suara Khaleel Zachry member cadangan.

Auna Aulia tercengang. Rasanyarahangnya dah jatuh akibat terkejut. Farzahana pulak dah tersengeh-sengeh.

“eemm aku bukan apa.. aku takutapa-apa jadi dekat dia..” jawab Aazad Aamir.

“Bro, you can trust me. I swearwith my life I will look after her. I will take care her more than my life.. noworries…” kata Khaleel Zachry lagi.

Auna Aulia bukan dah tercenganglagi malah lebih dari itu. “abang.. yaya tak nak..”bantah Auna Aulia. Pancungterus. This guy.. eeeieiiii yucks.. tak nak dan tak hingin.
Aazad Aamir memandang adiknyalama dia melepaskan keluhan. “You take it atau tak payah pergi terus..” putusAazad Aamir. Dia tahu dia boleh percayakan Khaleel Zachry.

“abang….” Auna Aulia melepaskanperasaan marah dan sebenarnya lebih kepada tidak puas hati.

“alaa Auna terima aja lah, nantikau tak boleh ikut. Rugi lah kita..” pujuk Farzahana.

Auna Aulia memandang geramKhaleel Zachry. Rasanya nak dia benam-benamkan Khaleel Zachry di kolam airpancut dekat KLCC ni. Sakit hati. Arrhhhhhhh..
“okey yaya setuju.” Dia tak adapilihan terpaksa okey terpaksa.

Khaleel Zachry melemparkansenyuman sinis kepada Auna Aulia seperti menyampaikan pesanan jaga kamu. Tahu lahnasib.

Auna Aulia buat muka tak herandan membalas jelingan itu dengan membawa maksud ada aku kesah.


******************************

untuk petang nie.. tq kerana sudi membaca




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 09:50 AM | Show all posts
Dalam perjalanan menuju ke tempat ke tempat masing-masing hanya mendiamkan diri. Hanya kedengaran bunyi muzik dari corong radio pusat membeli belah dan suara pengunjung. Farzahana tak balik lagi sebab dah berjanji dengan adiknya beradiknya nak menonton wayang midnight. Ada di ajak sekali Auna Aulia tapi dia menolak sebab ada kerja yang perlu di uruskan. Lagipun minggu depan dia ada kuliah jadi ada beberapa perkara dia perlu buat.

Mereka sampai di depan pintu BMW X6 warna hitam matelic. Pasti itu kepunyaan Khaleel. Sepanjang abang-abangnya berkawan dengan Khaleel lama dulu dia tidak pernah berminat untuk tahu siapa Khaleel Zachry, hanya yang dia tahu Khaleel dulu adalah jirannya. Merangkap kawan baik abang-abangnya disebabkan Khaleel muda setahun dari abangnya Aazad Aakif dan tua dua tahun dari Aazad Aamir. Bermakna Khaleel Zachry sekarang 35 tahun. Ermm kesian bujang terlajak. Selain dari itu Khaleel Aazad pernah belajar di United Kingdom.

“Yaya balik dengan abang Khaleel ya. Biar abang bawak motor. Lagipun abang ada hal lagi ni. Nak jumpa orang. Nanti kita jumpa denkat rumah” kata Aazad Aamir membuka pintu belakang memasukkan beg galas, beg lukisan dan beg-beg hasil shopping Auna Aulia.

“Alaa abang jer lah yang tumpang dia pergi jumpa kawan abang tu, bawak barang Yaya sekali biar Yaya terus balik naik motor.” Auna Aulia menolak. Nak tumpang Khaleel? Khaleel nak hantar dia?? Memang hilang akal. Meluat okey.

Aazad Aamir memandang adiknya penuh kasih. Buat muka menagih simpati. Auna Aulia menjeling Khaleel Zachry yang membatukan diri di sebelah Aazad Aamir dah macam patung cendana dah rupanya. Auna Aulia kene kuat iman dari godaan pandangan mata abangnya ini. Bisa mencairkan hati kok gitu pandangannya. Nasib abang. Kalau tak.

Khaleel Zachry melangkah ke pintu bahagian pemandu dan Aazad Aamir membuka pintu bahagian penumpang hadapan untuk Auna Aulia. Dia masih kaku. Tunjuk tanda protes. Tak mahu.

“My sweetheart please. Abang trust him. He will send you home safe. Please..” Aazad Aamir merayu.

“But I don’t trust him.. even I don’t like him..” jawab Auna Aulia keras.

“Please my dear..” Aazad Aamir merayu lagi.

Auna Aulia melepaskan keluhan. Panas hati. Nak tak nak dia tak ada pilihan. Kan adik kene dengan cakap abang. Sebelum masuk kedalam kereta mewah itu Auna Aulia menjeling kearah Khaleel Zachry yang hanya memandang kedepan. “Hanya untuk kali ini ok. No more next time..promise?” jari telunjuknya lurus menunjuk dihadapan muka Aazad Aamir.

Aazad Aamir tersenyum. Dia cuba menggigit jari runcing Auna Aulia yang lurus menunjuk kemukanya. “Ok promise..” ucap Aazad Aamir.

Selepas Auna Aulia masuk kedalam kereta dan mengenakan tali pinggang Aazad Aamir menunggu sampai BMW X6 itu hilang dari pandangan baru dia melangkah ke motor Auna Aulia. Bibirnya menggaris segaris senyuman. Dia dah tunjukkan jalan pada Khaleel Zachry so pandai-pandai Khaleel Zachry merebut peluang. Dah dewasa dan dah tua pun takkan itu pun nak kene ajar macam budak tadika. Step by step.

Telefon Iphone 4 diambil dari dalam poket dan nombor abangnya Aazad Aakif di dial. Tak sampai tiga saat Aazad Aakif menjawab. Setelah berbual seketika dia menghidupkan enjin motor DUCATI Auna Aulia dan berdesup pergi.


***************************

nanti sambung


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:59 AM | Show all posts
kalu Auna xnak kat Khal tu..meh bagi kat akak je lah....hehe...complete package U...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:29 AM | Show all posts
heheheheh asik terkena je auna nih ye....dia x pasan yg abang-2nye merelakan dia berpasangan bersama khaleel...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 11:31 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 1-7-2013 09:59 AM
kalu Auna xnak kat Khal tu..meh bagi kat akak je lah....hehe...complete package U...

hahahaa... akak amboi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 11:33 AM | Show all posts
suria74 posted on 1-7-2013 10:29 AM
heheheheh asik terkena je auna nih ye....dia x pasan yg abang-2nye merelakan dia berpasangan bersama ...

hikkhikk kan abang.. so adik kene dengar cakap abang kan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2013 03:01 PM | Show all posts
Suasana sunyi sepi dalam keretaBMW X6. Bau dari penyaman udara bercampur dengan bau kulit dari tempat dudukmemberikan bau yang begitu tenang. Ruang yang sunyi itu hanya penuh dengan lagudari corong radio. Tak tahu radio apa tapi lagu tu best. I Won’t Give Up, JasonMraz

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
Well, there's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

Well, I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am


I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up, still looking up.

Well, I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up



Auna Auliatetap membatukan diri sambil mendengar lagu yang dimainkan oleh DJ. SesekaliKhaleel Zachry dijeling. Benci. Sangat sangat benci. Tapi kedengaran suaraKhalil Zachry menyanyi lagu ini bersama dengan penyanyi. Tidak dinafikan suaraKhaleel Zachry amat sedap bila menyanyi dan yang pasti Khaleel Zachry menyanyidengan penuh penghayatan. Seperti menujukannya kepada seseorang. Matanya tetapmemandang kedepan focus pada pemanduan. Lelaki ini tetap tenang sahaja tidakkira walau apa pun keadaan. Bercakap bila perlu. Tersenyum bila kena padatempatnya. Tidak berlebihan. Cuma mulutnya dengan Auna Aulia berbisa. Pedih telinga.Auna Aulia cuba melarikan anak matanya. Tapi durhaka sungguh matanya ini. Kenapaperlu dipandang pada musuh yang telah diistiharkan perang. Cishh.. balik nikene cuci mata ni bersih-bersih.

Tiba-tibasoalan dari Khaleel Zachry memecah kesunyian dari tadi. “Auna jadi ke nak pergihiking?”

Auna Auliamenjeling kearah Khaleel Zachry. Meluat. Kalau bisu sampai ke rumah diakanbagus. Dia tak nak nanti akan ada soalan yang dah lama nak meloncat keluar darimulutnya akan terloncat keluar. Tapi mamat yang dia sangka bisu tu ada jugaksuaranya yang terkeluar. Menyampah okey. Menyampah. Dia takkan lupa sejarahlama okey. Bukan dia.

“kenapa nak sibuk dan kenapa naksibuk offer diri nak ikut dekat abang.” Haaa ambik kau. Kau yang mulakan akumemang tengah tunggu jerk.

Khaleel Zachry diam lagi. Sepertisedang berfikir sebelum menjawab. “Tak cukup ke dengan motor, nak berhiking bagai kenapa? Tak selamat tahu.”

Ehh..ehh dia ni, aku ada mintakpendapat dia ke okey ke tidak, boleh ke tak. Melebih pulak. Tiba-tiba keretadiberhentikan secara mengejut di hadapan bus stop di Jalan Setiawangsa. NasibAuna Aulia memakai tali pinggang keselamatan kalau tak memang tercampak dekatdepan. Mujur juga cepat tangannya menahan. Sakit dada. “Heii awak ni nak bunuhsaya ke apa? Apa masalah awak ni? Kenapa berhenti dekat sini?” Auna Aulia mulamemetir. Dengan mamat ni nak cakap sopan-sopan sorry. Tak mungkin.

“Boleh tak bila saya bertanya tuawak cakap baik-baik” Khaleel Zachry cuba berlembut dengan Auna Aulia. Apilawannya air dan biarlah dia menjadi air untuk kemarahan Auna Aulia. Diamengadap Auna Aulia. Mata mereka bertentangan. Dia boleh nampak api kemarahandi mata Auna Aulia. Dia tahu.

“Auna, saya tanya awak sekalilagi betul ke awak nak hiking ke gunung nuang tu?” Khaleel Zachry berlembut.

Auna Aulia berang. “apa masalahawak kalau saya nak pergi? Awak bukan sesiapa pada saya okey? Sekarang ni awaknak hantar saya balik atau tak? Kalau tak nak bukak pintu ni saya nak keluar. Sayapenat dan bertekak dengan awak membuatkan saya lagi penat” Auna Aulia cubamembuka pintu tapi almaklumlah dia mana pernah naik kereta secanggih ni jadinyadia tak tahu mana butang unlock. Hisshh menyesal ikut cakap abang. Balik nantiakan dibasuhnya abangnya dengan Clorox. Auna Aulia mula menggagau mencarihandphone. Dia ingin telefon abangnya mintak tolong ambik. Dia sebolehnya takmahu bergaduh dengan Khaleel Zachry jadi lebih baik dia mengundur.

Telefon ditangan Auna Auliadirampas Khaleel Zachry dan diletakkan disebelah kanan. Bermakna dia kenabergelut dengan Khaleel Zachry untuk mendapatkan handphonenya semula dansemuanya itu tak mungkin dan tidak akan berlaku. “Khaleel mintak balikhandphone saya, saya nak balik” kata Auna Aulia berkeras.

Khaleel Zachry buat tak kisah. “sayatanya sekali lagi awak bersungguh ke nak pergi hiking tu?” suara Khaleel Zachrymasih sama masih tenang.

Auna Aulia melepaskan keluhan. Cubamenenangkan hati yang sedang berbara. Syaitan pulak macam menghasut-hasut suruhmarah lagi. “berapa kali saya nak bagi tahu, saya nak pergi..saya nak pergi..eh awak ni kenapa?” suara Auna Aulia mula memetir.  Boleh tahan nyaring. Khaleel Zachry masihselamba.

“Awak tak payah pergi hikingminggu ni. Lagipun panjat gunung ni tak selamat untuk awak…”

Belum sempat Khaleel Zachrymenyudahkan ayatnya Auna Aulia sudah menyampuk. Rasanya darjah kemarahannyasudah mencapai tahap maksimum.

“Awak siapa nak halang saya. Abangdah bagi kebenaran pergi. Awak bukan sesiapa dengan saya paham. Tak payah naksibuk.”

“Auna, hiking is not safe foryou. Not this time. Kalau apa-apa jadi susah.”

“Apa-apa jadi nanti itu ituurusan saya dan saya akan menanggung bukan awak. Jadi tak perlu bazirkan masaawak untuk risau tentang saya.”

Khaleel Zachry memandang tepatkearah Auna Aulia, “minggu ni awak nak atau tidak awak akan ikut saya konvoipergi cherating. Understand?”

“Helloo.. who are you? You're not myfamily  not even my husband okey..so please..” jerkah Auna Aulia lagi. Geramm… rasanya ingindilumat-lumat makhluk ALLAH didepannya kini. Rasa kecik besar jerk KhaleelZachry pada pandangan matanya.

Mereka berbalas pandang. “Awakjangan mencabar saya Auna, dari tidak siapa-siapa akan menjadi sebalik nya.” KataKhaleel Zachry keras.

“siapa yang mencabar awakKhaleel, awak yang mencabar saya atau saya yang mencabar awak?” Soalan ituterlontar dari mulut Auna Aulia. Dia sudah lama dan cukup bersabar dengan insanbernama Khaleel Zachry. Kalau malam ini sebagai penentu antara dia dan KhaleelZachry dia tidak gentar. Dia sudah lama menanti. Hanya tunggu masa.

“Stop it Auna..cukup. boleh takawak lupakan kemarahan awak pada saya?” kata Khaleel Zachry bergetar. Rahangnyabergerak-gerak.

“lupakan? Awak suruh sayalupakan. Kalau saya mampu Khaleel.” Auna Aulia melontar pandangan keluar.

“tak bolehkah awak lupakansegalanya Auna.. untuk kali ini. Saya pinta”

Auna Aulia melihat kearah KhaleelZachry. Perasaannya andai ditanya hanya ada benci. Teramat benci. Puas dipadamkanmenerima sesuatu itu adalah ketentuan dari yang maha Esa. Namun sering kali diagagal. Hatinya sakit. Hatinya merintih. Di zahirnya sahaja dia kuat tapidalamnya. Dia cuba meniti hari-hari mendatang dengan tenang. Dia cuba menerimadan menelan segala yang pahit namun dia manusia.  Hanya seorang hamba. Dia tetap mempunyai perasaan.

“Saya bukan mengungkit Khaleel. Tapidimana awak ketika saya perlukan. Awak dekat mana masa tu. Dimana awak duluketika saya memerlukan seseorang untuk menerangkan segalanya. Menegakkan maruahsaya. Dimana awak? Dimana?” Sekali lagi Auna Aulia bertempik didalam kereta.

Wajah tengang Auna Aulia dipandang. “Auna, tak guna kita mengungkit benda yang berlalu..”

“Tapi bukan awak yang menjadimangsa.. saya.. saya yang menjadi mangsa.” Kata Auna Aulia lagi menunjukkankearah dirinya. Auna menarik nafas dalam sebelum menyambung dan dihembuskankeluar berharap bahang marahnya akan reda. “Kehilangan Adura. Tudahan yang danfitnah yang tak pernah saya lakukan. Maruah saya di jaja sehingga saya bawakdiri ke tempat orang. Ibarat melukut di tepi gantang. Cuba menegakkan kebenaranwalaupun saya keseorangan. Mujur keluarga mempercayai saya. Itu yang ada untuksaya berpaut. Tapi awak tak tahu apa yang saya rasa Khaleel. Awak tak tahu..”potong Auna Aulia sebelum Khaleel Zachry sempat mengahabiskan ayatnya.

Satu keluhan kedengaran daribibir Khaleel Zachry. Wajah ayu Auna Aulia dipandang tenang. “Kalau kebencianawak kepada saya boleh buat awak tenang saya terima kebencian itu. Saya tahuinsyaALLAH ia akan berbalik pada saya. Jangan lupa sabtu ni no hiking, awakakan konvoi dengan saya” putus Khaleel Zachry terus memecut BMW X6 menujukerumah Auna Aulia.

Sampai diperkarangan rumah. AunaAulia terus keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa. Cuma pandangan mata AunaAulia mengatakan kita tidak habis disini. Auna Aulia tidak kisahbarang-barangnya di tempat duduk belakang. Dia terus menuju kedalam rumah.Aazad Aakif dan Aazad Aamir yang berada di luar rumah pun dia buat tak kisah. Diaterus meluru masuk. Dia sudah cukup penat dengan cerita hari ini. Letih. Rasanyaingin dia bawa diri jauh dari semua ini.  Lelah..

Masuk kedalam rumah dia terusnaik kebilik. Mujur Mama dan abahnya tiada dirumah. Kalau tidak agak sukaruntuk melarikan diri. kesedihan dan air mata dia biar hanya dia sahaja yangmerasa bukan untuk tatapan sesiapa.

Khaleel Zachry bersandar di BMWX6nya . Aazad Aakif dan Aazad Aamir hanya mampu menyabarkan sahabat merekaini.  Khaleel Zachry menyerahkanbarang-barang Auna Aulia kepada Aazad Aamir dan Aazad Aakif.

Auna Aulia memandang dari jendelabiliknya. Dia menyingkap sedikit tabir langsir. Kelihatan abangnya berkatasesuatu sambil menepuk nepuk bahu Khaleel Zachry. Tanpa dia sangka matanya danmata Khaleel Zachry bertentangan. Tidak pula dia merasakan untuk melarikan anakmatanya. Khaleel Zachry terus memandang kemudian bersalam dengan abang-abangnyasebelum masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

Selepas bayang kereta KhaleelZachry hilang Auna Aulia menuju kebilik air. Dia merenung biasan wajahnya daricermin bilik air. Air dibuka untuk memenuhi bath tab. Dia ingin beremdan danmerehatkan minda. Sekali lagi dia melihat biasan dari cermin itu. Kenapa awakbuat saya macam ni Khaleel kenapa awak dera saya sampai macam ni. Tak bolehkahawak membiarkan saya hidup dengan tenang. Tak bolehkan awak lepaskan saya daribelenggu persoalan ini.

Auna Aulia tidak mampu menangislagi. Tapi hatinya begitu pedih. Dadanya terasa begitu penuh. ALLAH..

Massage yang dihantar sebentartadi oleh Khaleel Zachry sempat dia baca tadi membuat kan hati lagi parah. Andaiada penawar untuk menghapuskan apa yang dia rasa ketika ini dia akanmembelinya. Dia ingin jadi Auna Aulia yang dulu periang. Rasanya kini diabanyak berpura-pura.

Saya yang buat awak menangis dan terluka dan hanya saya sahaja yang mampumenyapu air mata itu dan menyembuh luka itu. Bukan orang lain kerana ubatnyaada pada saya.. Khaleel

***************************************************

okey done.. pls tinggal kan comment anda yaa.. terima kasih kerana sudi membaca..




Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 03:06 PM | Show all posts
mrsT posted on 1-7-2013 03:01 PM
Suasana sunyi sepi dalam keretaBMW X6. Bau dari penyaman udara bercampur dengan bau kulit dari tempa ...

cepat2 Auna....'Doktor' Khal ada ubatnya...

Khal...I lap U.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 12:25 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 1-7-2013 03:06 PM
cepat2 Auna....'Doktor' Khal ada ubatnya...

Khal...I lap U.....

hahahaa.. mama.. tak hagak hagak.. sabo..sabo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 01:32 AM | Show all posts
Auna Aulia meremdamkan badannya didalam bath tab. Sesekali dia meremdamkan kepalanya juga. Dia cuba melupakan segalanya. Apa yang terjadi hari ini. Perbalahan antara dia dan Khaleel Zachry. Dalam saat begini begitu mudah dia dibawa kepada kenangan silam.

“Weii.. Adura jom kita makan buffet nak dekat Concord Hotel. Teringin lah..” pelawa Auna Aulia.

“Siapa belanja.. kalau kau belanja aku on jerk.. kau kan ber “uwang” aku ni beruang..” jawab Adura sambil tergelak.

“ishh kau ni aku yang ajak aku lah belanja tapi abang aku yang bayar.. boleh..” gelak mereka berpadu
.
“Pukul berapa nak pergi?” Tanya Adura.

“kejap lagi lah sebab abang Aakif suruh kita gie dulu nanti dia joint. Dia dah booked dah.”

“Ader special occasion yang aku tak tahu ke?” Tanya Adura ingin kepastian.

“tak ada apa. Request dari adik tersayang. Alaaa cepat lah siap..” gesa Auna Aulia. Dia tidak mahu terlambat. Lagipun perjalanan dari rumah sewa mereka di Shah Alam mengambil masa lebih kurang sejam nak sampai KL.  Itu pun kalau tak sangkut dekat jem.

“yer lahh..yer lahh tak menyempat..” jawab Adura. Mereka bersaudara sepupu. Mereka sangat rapat. Lebih-lebih lagi Auna Aulia dan abangnya Adam Bakri ada apa-apa. TST, tahu sama tahu. Auna Aulia yang tak mahu bising-bising sebab kata Auna biarlah bila semua dah jadi baru di pukul canang selagi tak ada apa-apa ikatan tak manis nak heboh-heboh. Buatnya tak jadi malu satu kampong. Itu yang Auna Aulia selalu tegaskan yang peliknya abangnya juga tidak membantah. Mungkin sebab abangnya belajar di Ireland jadi itu yang tak jadi masalah. Kalau ada jodoh tak kemana ya tak..

Dalam masa setengah jam mereka telah berada di lebuhraya NKVE. Auna Aulia memandu kereta dengan tenang. Hanya kedengaran lagu di corong radio.

“Eh Yaya kau tahu tak Nadirah tu couple dengan Khaleel Zachry…” tiba-tiba Adura membuka cerita sepupu mereka yang lagi satu.

“Oo yer ker? Abang tak cakap apa pun kat aku. Baru lagi kot..” jawab Auna Aulia. Dia sebenarnya pun terkejut. Khaleel Zachry dan Nadirah errmm macam langit dengan bumi. Nadirah agak social sedikit.

“errmm aku baru dengar jerk itu  pun adik aku cerita. Sibuk dia menayang boyfriend dia. Kononnya anak orang berada.” Terang Adura seperti tidak puas hati bunyinya.

“biar lah dia yang kau nak sentap sangat ni kenapa? PMS ker?” Tanya Auna Aulia.

Adura memandang Auna Aulia tidak puas hati. Adakah Auna Aulia lupa akan bagaimana Nadira cuba mencantas Adam Bakri abangnya dari Auna Aulia. Minah ni ada perasaan dengan abang aku ke tidak ni. “Alaa takkan kau tak tahu si Nadirah tu macam mana. Dia mana boleh tengok kau lebih dari dia dari dulu mendengki jerk kerjanya..”

Auna Aulia tergelak dengan sikap Adura. Bagi dia semua itu rahsia ALLAH siapa jodohnya. Sebab itu dia tak berani menyerahkan hatinya pada sesiapa. Dia sayang pada Adam Bakri cuma buat masa ini dia tertanya kenapa masih ada perasaan ragu-ragu pada dirinya, seringkali dia berdoa andai Adam Bakri itu jodoh yang terbaik buatnya semoga ia dipermudahkan. “Apa yang kau merepek ni labu..”

“Malas lah aku nak cakap dengan kau. Kalau cakap pun kau bukan paham. Cuma aku nak nasihat kan kau, baik-baik dengan si Nadirah tu.”

“Ya lah.. tak payah lah kau jadi mak nenek pulak. Bising lah.. biarlah dia dengan kehidupan dia.” Auna Aulia malas ingin mamanjangkan cerita.

“Tapi aku pelik lah dengan dia ni Yaya..” Kata Adura terhenti di situ. Dia menarik nafas sebelum menyambung lagi. “Kau ni.. yang dah terang-terang macam mana keluarga kau.. aku tengok selamba rock jerk tak ada lah nak bangga diri ke apa tapi si Nadirah tu.. errmmm macam apa lagaknya..”

“weeii tak baik kutuk sedara sendiri lah..” Auna Aulia mengingatkan Adura. Dia tidak suka memburukkan saudara sendiri. Keluarga tetap keluarga kerana tanpa keluarga kita takkan kemana-mana. Itu yang abahnya selalu pesan.
Adura melepas keluhan itulah satu-satu perangai Auna Aulia yang tak tahu menyimpan sedikit curiga pada orang. Lurus mengalahkan bendul. Tapi jangan buat harus di ingat walau macam tu hatinya keras.

Sampai sahaja di hadapan Concord Hotel Auna Aulia terus menyerahkan kunci pada jokey untuk memakirkan keretanya. Sebenarnya kepala dia dah mula pening. Dah seram sejuk. Seringkali jugak dia pitam. Tapi bila pergi jumpa doktor tak ada pulak penyakit yang kronik. Dia pun pelik sebenarnya.


*************************************************

untuk hari ni.. akibat tak boleh tido..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.100254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list