CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1458|Reply: 4

[Jenayah] gengster monyet dah tak ganggu

 Close [Copy link]
Post time 9-6-2013 01:56 PM | Show all posts |Read mode
PANGKOR – “Sekarang hari-hari isteri saya boleh masak, monyet dah tak masuk rumah kacau,” itu kata-kata gembira diluahkan Tan Kim Lean, 60,  seorang penerima bantuan projek mesra rakyat Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat negeri, di sini.

Kim Lean yang tidak mempunyai pendapatan tetap mengakui, keadaan rumahnya di Kampung Sungai Pinang Kecil, di sini yang uzur sering menerima gangguan haiwan liar berkenaan.

Menurutnya, tidak cukup dengan mengambil makanan, kumpulan monyet yang datang dari kawasan hutan berhampiran itu juga merosakkan peralatan dan perkakas rumahnya.

“Dulu dapur kami tak ada dinding, jadi senang monyet masuk, habis kacau semua makanan dan barang, kita nak duduk rumah pun tak senang.

“Tetapi sejak TNB bikin rumah dan dapur jadi cantik, haiwan itu sudah tak boleh masuk, kami semua boleh hidup dengan tenang,” katanya.

Dia yang tinggal bersama isteri, Kee Ah Mooi, 57, dan dua anaknya masing-masing berusia 30 dan 31 tahun menerima bantuan baik pulih rumah dengan kos RM10,000.

TNB melalui menerusi program khidmat tanggungjawab sosial (CSR) menambah baik bahagian belakang rumah, bumbung bocor, dinding reput dan lantai yang pecah.

Kim Lean yang kudung dua jari kaki kanannya akibat kencing manis tidak menyangka akan terpilih dalam program berkenaan meskipun sudah 21 tahun mendiami rumah itu.

Seorang lagi penerima, K Vasantha Kumar, 47, berkata, keadaan rumahnya yang jauh lebih selesa menjadi hadiah paling berharga sepanjang lima tahun perkahwinannya bersama R Thenmolli, 47.

Dia yang bekerja sebagai penjaga motosikal sewa di jeti Pangkor mengakui tidak mempunyai kemampuan untuk membaiki keadaan rumahnya yang semakin mereput.

“Dinding dan lantai rumah semuanya dah reput, hanya tunggu masa nak roboh, saya dan isteri sentiasa perlu berjaga-jaga terutama kalau angin kencang, takut-takut roboh,” katanya.

Vasantha berkata, kesudian TNB memilih kediamannya untuk dimasukkan di bawah projek mesra rakyat memudahkannya merancang masa depan keluarga.

Kedua-dua mereka ditemui sempena kunjungan TNB diwakili Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Adelina Iskandar bersama Pegawai Khas Dun Pangkor, Azri Jaafar dan Pengurus Besar TNB Perak, Wan Kamizi Wan Ishak.

Adelina berkata, pemilihan Dun Pangkor adalah selaras dengan usaha TNB selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC), membantu kerajaan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

Jelasnya, kedua-dua penerima dikenal pasti melalui gerak kerja pejabat Pengurus Besar Negeri sendiri yang kemudiannya ditapis sebelum pelan baik pulih diluluskan mengikut bajet disediakan.

“Seperti yang kita tahu, latar belakang kedua-dua keluarga ini tergolong dalam kelompok kurang berkemampuan, jadi kita berusaha membantu mengurangkan beban yang ditanggung.

“Sekurang-kurangnya, mereka tidak perlu memikirkan keadaan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada ekonomi keluarga atau menjaga tahap kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Azri berkata, pelaksanaan yang digerakkan TNB selaras dengan konsep 1Malaysia yang mendahului rakyat.

Katanya, ia jelas memberi gambaran kerajaan bukan sahaja bekerja sebelum pilihan raya, namun tetap meneruskan misi membela kebajikan rakyat selepas pilihan raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2013 02:14 PM | Show all posts
adalah TNB ni membantu. baguslah gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 02:14 PM | Show all posts
kalau monyet betul yg buat kacau, aku tak kisah lagi. yg tak tahan manusia perangai macam monyet cam tak bertamadun. yg tu susah nak diuruskan skit. kena banyak bersabar.


Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Gangster sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 03:58 PM | Show all posts
monyek banyak jahat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.319718 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list