CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6585|Reply: 38

Novel : Saat Daku Kehilanganmu (U)

[Copy link]
Post time 11-6-2013 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Assalamua'laikum. Dahulu saya dah post karya ini, namun ada sedikit penambahbaikkan saya lakukan. Semoga ilham kian merapati saya untuk menyudahkan karya ini. Silalah baca.
Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2013 05:41 PM | Show all posts

BAB 1

Perlahan-lahan tubuh tua Halimah mendekati satu-satunya pintu bilik yang ada di dalam rumah itu. Terkuak daun pintu tersebut apabila ditolak olehnya. Terbuntang mata saat melihat tubuh gadis muda yang masih enak mengerekot di atas katil yang sudah kelihatan usang itu. Jika diikutkan hati yang sedang marah ini, mahu sahaja dia mengangkat dan terus melemparkan tubuh anak daranya itu ke bilik air. Mujurlah tenaga Halimah tidak sekuat itu. Dia mengetap giginya, menahan geram. Tubuh anaknya itu kian dirapati.

“Jasmin bangun! Nanti lewat ke sekolah. Ish budak bertuah ni. Nak kata lambat, rasanya kaulah yang paling awal tidur. Bangun cepat!” Pekik Halimah yang sudah berdiri di sisi katil anak gadisnya itu. Tangannya sudah mencekak pinggang. Gadis muda yang terkejut itu terus sahaja bangun duduk.

“Rasakan anak bertuah,” kata Halimah.

Terpisat-pisat kelihatan gadis itu. Dia menggosok matanya dan dengan rambut yang kusut-masai, wajahnya pula tak usah dikatalah memang sangat serabai. Dia memanggung kepala, memandang Halimah.

“Mak apa ni? Terperanjat Min tau. Kuss semangat. Kalaulah selalu macam ni, boleh luruh jantung Min ni mak. Baru pukul berapa? Awal lagi ni,” ujar Jasmin. Macam mana dia tidak terkejut, suara pekikan emaknya itu mengalahkan bunyi halilintar. Dia mengurut perlahan dadanya. Cuba meredakan rasa terkejut yang masih bersisa.

‘Boleh tahan juga Puan Halimah ni kalau bab memekik.’ bisiknya. Nanti kalau dicakap kuat-kuat, bukan sahaja kena pekik silap-silap boleh  kena cekik Jasmin oleh emaknya itu. Tetapi belum pernah lagi emaknya sekejam itu.

“Banyaklah kau punya jantung nak luruh. Bukan jantung kau tu pakai bateri ke? Hari-hari mak terpekik, terlolong pagi-pagi buta gerakkan kau. Tu, jam dah pukul enam setengah. Hah, tunggu apa lagi. Cepatlah mandi. Jasmin, Jasmin. Selagi kau tak ubah perangai kau yang liat nak bangun pagi ni, alamat tak berlakilah kau nak.” Rungut Halimah pula.

Tidak tahu apa lagi agak yang perlu dia lakukan untuk mengubah tabiat anak sulungnya itu yang liat mahu bangun awal pagi. Hari-hari perlu ditempik, barulah budak bertuah itu akan bangun. Sudah bermacam cara yang dia lakukan tetapi masih juga begitu perangai anak bertuahnya. Kalau pasal perkara lain, anaknya memang dipuji. Soal urus rumahtangga, memang dia tiada sebarang rungutan.

“Eh mak ni, ke situ pula. Apa kena mengena hal ni dengan kahwin? Siapa kata Min nak kahwin? Orang muda lagilah mak. Hidup pun tak puas lagi tau. Kalau susah sangat, mak ajelah yang kahwin. Senang cerita. Min dapat ayah baru…  auch!” Jasmin mengaduh kesakitan dan dengan pantas menggosok paha kanannya. Itulah padah jika mulut lancang sangat.

“Padan dengan muka kau. Merepek je kalau bercakap,” bebel Halimah. Macam manalah anak itu tidak mengaduh kesakitan. Penyepit berbisa Halimah telah hinggap di paha anak daranya itu. Nasib baik penyepit, ikutkan hatinya cili yang akan ditenyeh ke mulut budak bertuah itu. Macam sudah tiada lawak lain nak dibuat anaknya pagi-pagi buta itu. Geram betul dia dengan perangai Jasmin.

‘Boleh tahan bisa juga cubitan mak aku ni. Janganlah bintat paha aku ni nanti.’ rintih Jasmin. Dia membelek pahanya. Terdapat kesan merah di situ.
“Yalah, dah mak asyik merepek je pasal kahwin. Salah ke Min cakap?” Jasmin mahu mempertahankan dirinya.

“Amboi, amboi anak bertuah aku ni. Tak sayang mulut agaknya. Kau suka ada ayah baru? Dah teringin sangat ke? Hah, banyaklah kau punya hidup tak puas. Mak kira sampai tiga, kalau kau tak bangun lagi, satu baldi air aku siram nanti. Satu..dua,” ugutnya. Halimah sudah berdiri. Dia mula menghitung sambil pinggangnya dicekak. Lagi dilayan kerenah budak bertuah itu, lagi menjadi loyar buruknya nanti. Namun, hanya itulah permata hati yang dia ada di dunia ini. Kerana permata berharga itulah yang menjadi matlamat Halimah untuk terus bernafas di muka bumi ini selagi ajal masih belum menjemputnya.

Uish takutnya Min. Agak-agaklah mak ni. Sebaldi air tu. Cabut,” kata Jasmin. Umpama lipas kudung Jasmin berlari meninggalkan kamar tidurnya menuju ke bilik air. Bukan apa, Jasmin kenal sangat dengan perangai Puan Halimah itu. Bukan hanya sekadar ugutan malah akan dibuat betul-betul apa yang dikatakan. Dia sendiri pun tidak tahu sampai bilalah tabiat malas bangun pagi akan bertahan.

Jam di dinding rumahnya telah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Awal nampaknya Jasmin bersiap hari ini. Setelah dia selesai meneguk secawan air milo bancuhan emaknya, dia menuju ke pintu. Duduk dilabuhkan di muka pintu, tangan mencapai kasut berwarna putih dan sekejap sahaja tersarung di kedua kakinya. Dia kemudian berdiri, menepuk-nepuk sedikit pakaian putihnya. Usai, Halimah mengunci pintu rumah kemudian mereka berjalan beriringan menuju ke destinasi masing-masing.  
Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 05:47 PM | Show all posts
sudilah kiranya membaca hasil karya saya yang kedua yang sedang dalam olahan lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 02:01 PM | Show all posts

Sambungan BAB 1...

“Biar betul kau Jasmin? Wah, hari ni dalam sejarahlah. Patutlah aku tengok cuaca hari ni, nak kata mendung tak juga, cerah pun tidak. Sepoi-sepoi bahasa je anginnya. Rupa-rupanya, ada orang datang awallah,” perli Naida. Sengaja dia mahu memerli gadis itu. Selalu di waktu sebegini awal, jarang sekali nampak rakannya itu. Kebiasaannya, pabila hampir-hampir loceng hendak berbunyi barulah nampak kelibat Jasmin. Mimpi apa Jasmin semalam?

“Kau ni Nad, sehari kalau tak perli aku tak boleh duduk senang ke? Awal salah, lambat lagilah. Peninglah kepala aku macam ni. Kalau aku terus tak datang sekolah ni, baru kau tahu.” Bentak Jasmin sambil muncung empat belas kerat ditarik. Nak buat macam mana, mulut Nadia sahabatnya itu telah pun diinsurankan.

‘Biar dia rasa. Aku merajuk betul-betul nanti, baru dia tahu.’ Getus Jasmin. Gadis yang dipanggil Nad itu menyengih.

“Ala comel, comel. Merajuklah pula kawan aku ni. Sebab tulah aku suka menyakat kau. Seronok tengok muka kau yang comel tu kalau merajuk. Bukan muka je yang comel, badan pun sama comel juga.” Pujuk Nadia namun masih dalam nada menyakat. Kenalah pujuk kawan baik dia tu. Nadia hampir menghamburkan gelak sebaik melihat wajah sahabatnya yang semakin ditarik monyoknya itu. Bertambah lagi kecomelan Jasmin di matanya.

“Kau tolong jangan nak kaitkan fizikal aku, boleh tak Nad? Aku tahulah aku ni gemuk. Tak macam kau, kurus, cantik, anak orang berada pula tu. Siapalah aku ni kalau nak banding dengan kau? Rasa macam langit dengan bumi, bezanya. Aku sedar siapa diri aku ni Nad.” Kata Jasmin dengan nada yang dibuat-buat sedih. Dia tahu Nadia tidak berniat untuk menyindirnya. Jasmin sebenarnya sengaja ingin menduga sahabat baiknya itu. Wajah Nadia, dicuri-curi pandang.

‘Ingat dia sorang je boleh kenakan aku.’ Bisik Jasmin. Senyuman nakal cuba diselindung dengan baik.

“Jasmin, kau marah aku ke? Aku minta maaf. Mulut aku, memang lancang sangat tadi. Aku tak ada niat nak kecilkan hati kau. Min, aku tak sengaja. Sobsob…” Tiba-tiba Nadia merasa sebak. Tersentap hatinya dengan kata-kata Khayla Jasmin. Dia memang tidak bermaksud begitu. Air matanya sudah bergenang.

‘Kenapa pula emosional sangat Jasmin hari ni. Agaknya orang macam dia memang cepat terasa kot.’ Desis Nadia. Sedikit berteka-teki tentang mood Jasmin hari ini.

“Min..” terus sahaja air matanya mengalir. Jasmin sudah bungkam.

“Alamak Nad. Aku gurau jelah. Aduh, apa aku dah buat ni? Kalaulah aku tahu kau nak nangis, sumpah aku takkan gurau macam ni. Nad…” pujuk Jasmin yang mula gelabah dengan reaksi dari Nadia.

‘Hai ni dah terbalik pula. Siapa yang merajuk ni? Siapa yang pujuk siapa pula ni? Aku ke Nadia?’ gumam Jasmin. Cuak dia bila melihat Nadia begitu. Dia mendekati Nadia. Bahu kawannya itu disentuh.

“Cak! Hahaha. Aku pun pandai berlakon jugalah. Ingat kau sorang je Min? Dahlah, jom kita masuk kelas. Lain kali, kalau kau nak berlakon, kena menuntut dari aku dulu.” Ujar Nadia sambil terbahak-bahak ketawa. Puas hatinya dapat mengenakan Jasmin. Seronok dia apabila melihat muka cemberut Jasmin apabila menyedari dirinya dipermainkan. Namun dengan pantas Nadia membuka langkah seribu kerana Jasmin sudah bersedia untuk mengejarnya. Kelam kabut dia berlari. Seperti sudah tidak cukup tanah dia berlari mahu mengelak dari serangan Jasmin.

“Bertuah punya kawan! Mana kau nak lari, hah. Sini kau, aku nak sekeh-sekeh kepala lutut kau tu. Tunggu Nad... kedebuk.” Jasmin sudah tergamam. Nadia pula berdiri kaku di hadapannya. Suasana sepi seketika.            

Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:25 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 02:14 PM | Show all posts

Sambungan BAB 1...

‘Alamak, masak aku kali ni. Macam mana aku boleh terlanggar mamat poyo ni.  Hari ni, hari malang aku nampaknya. Aduh, masalah ni.’ desis Jasmin. Air liurnya ditelan. Mata dipejamkan serapat yang boleh sambil menggigit bibir bawahnya. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka kembali, memberanikan diri memandang ke arah ‘makhluk’ itu.

“Hoi mon, kau buta ke hah! Kau ingat, ni taman permainan ke? Kalau nak lari sangat, tu ada padang kat sana. Tu, tempat yang sesuai untuk berlari okey. Kau nak lari sampai mampus pun tak ada siapa nak larang kau.” tempik lelaki itu. Hangin satu badan sebaik melihat makhluk yang amat dibenci, telah melanggarnya. Hari ini dalam sejarah, boleh pula mereka berlanggar. Merah mata Fahmi yang sedang menahan marah memandang manusia di hadapannya.

“Hello saudara, budi bahasa budaya kita tau. Jangan nak perli ikut sedap mulut je.  Tahulah saya salah. Saya minta maaf. Tak payahlah nak hina-hina saya. Ingat, saya tak ada maruah ke?” balas Jasmin agak kasar. Geram dia dengan mamat poyo a.k.a ketua pengawas itu.

‘Apa, dia ingat aku heran sangat dengan jawatan ketua pengawas dia tu.’ Gumam Jasmin dalam hati. Dia  mencebik bibirnya. Menyampah dia dengan ketua pengawas perasan itu.

“Dengan orang macam kau, memang tak boleh cakap elok-elok. Sedarlah diri kau tu sikit. Budi bahasa aku bukan untuk orangn yang macam kau. Buang masa aku je. Blahlah, buat semak sekolah ni je.” hambur Fahmi lagi. Semakin kasar bahasanya terhadap gadis itu.

Jasmin mengecilkan mata sambil memandang Fahmi atas, bawah. Bibirnya diketap, kembang kempis hidungnya menarik dan menghembus nafas yang tersekat-sekat. Dadanya juga turun naik mengikut rentak helaan nafasnya itu.

“Ni dah lebih! Ada aku kacau hidup kau ke? Sekolah ni, kau punya ke? Jaga-jaga Fahmi, kerana mulut badan binasa nanti. Macam ni ke ketua pengawas punya perangai?” marah Jasmin, habis dihamburkan semuanya. Nampaknya Jasmin semakin tidak berpuas hati dengan ketua pengawas poyo itu. Sejak dari dia mula sekolah di sini, Fahmi memang suka cari pasal dengannya.

“Satu lagi Fahmi. Apa masalah kaudengan fizikal aku ni, anti semacam je. Apa, orang montel macam aku tak layak hidup ke!” sambung Jasmin lagi. Geram dia dengan mulut Fahmi yang lancang, suka menggelarnya 'mon'.

“Kau,” tak dapat Fahmi meneruskan kata-katanya kerana,

“Fahmi, dahlah. Kau ni tak habis-habis nak cari pasal dengan Jasmin, kenapa? Sudah-sudahlah tu Fahmi. Kalau terus bermusuh macam ni, jangan satu hari nanti kau jatuh cinta pula dengan Jasmin.” Kata Nadia. Dia perlu campur tangan, tidak mahu peperangan berlanjutan antara mereka berdua.

“Jatuh cinta dengan dia! Euw,” secara kebetulan dialog itu serentak Fahmi dan Jasmin lafazkan.
Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 09:26 PM | Show all posts
just nak tanya pendapat sesiapa.....macam mana dengan permulaan karya saya yang ini...sedang gigih nak siapkan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2013 09:48 AM | Show all posts

Sambungan BAB 1...

Mereka saling berpandangan kemudian serentak memalingkan wajah ke arah berlawanan sebelum melangkah pergi. Jasmin menggoyangkan bahunya tanda geli-geleman dengan kenyataan Nadia tadi. Fahmi pula menjelirkan lidah, membuat gaya orang sedang rasa loya. Nadia hanya menggelengkan kepalanya dengan gelagat mereka berdua.

“Huh, kalaulah aku ni cantik sekalipun, tak ingin aku dengan jantan muka tak siap tu. Buat seksa diri je berpasangan dengan lelaki berlagak macam tu.” bebel Jasmin. Betul-betul menyampah dia dengan Fahmi.

“Kalau dengan montel tu, sampai ke tualah aku sanggup membujang. Tak sanggup aku dengan dia. Moga dijauhkan apa yang Nadia katakan pada aku tadi.” Gerutu Fahmi sendirian. Dia terus melangkah tanpa mahu menoleh.

“Jomlah Nadia. Apa lagi yang kau tercegat kat situ. Dahlah, nanti kita lambat pula. Tak pasal-pasal kena denda. Ada point dianak kenakan kita nanti.” Kata Jasmin lalu menarik tangan Nadia. Jasmin kembali membebel sambil berjalan. Sudahlah Fahmi itu sekelas dengan mereka. Apa yang Jasmin tahu, Fahmi tidak berpuas hati dengannya kerana dia sudah merampas takhta kedudukan Fahmi di dalam kelas sejak mula bersekolah di sini.

‘Nak buat macam mana? Dah aku memang pandai. Ekeleh masuk bakul angkat sendiri pula aku ni.’ Jasmin tergelak kecil.

“Kau sihat ke tak ni Min? Tiba-tiba je gelak.” Tanya Nadia. Dahinya berkerut. Pelik Nadia dengan telatah Jasmin itu.

“Okey je. Jomlah,” balas Jasmin. Malu cuba ditutup kerana ditegur oleh Nadia tadi. Itulah, seronok mengata orang, terpalit pada dirinya pula.

Sepanjang waktu dia di dalam kelas, Jasmin terpaksa menahan tusukan panahan mata dari ketua pengawas yang sangat dihormati itu tetapi bukan dihormati olehnyalah, orang lain. Bengang juga dia dengan sikap Nadia yang boleh berlagak selamba sahaja. Siti Nurul Nadia binti Ibrahim, anak bongsu kepada majikan emaknya. Jasmin agak pelik dengan nama sahabatnya itu. Sudah ada Siti, Nurul pula. Kalau tak silap, Nadia ada seorang abang yang sedang belajar di luar negeri. Menurut Nadia, abangnya itu baik orangnya. Kata Nadia, abangnya itu adalah abang yang terbaik di dalam dunia. Sepanjang mengenali Nadia, rasanya tidak pernah sekalipun Jasmin berjumpa dengan abang sahabatnya itu hanya melihat di dalam gambar sahaja.

‘Argh, apa aku kisah dengan abang Nadia pula. Masalah yang ada kat depan ni, macam mana aku nak selesaikan.’ Jerit hati kecilnya. Jasmin kembali berlagak tenang walhal gelodak di hatinya hanya Dia yang tahu.

Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 09:55 AM | Show all posts

Saat Daku Kehilanganmu.......

             Setelah selesai sesi pendaftaran, kami semua berlalu ke dewan sekolah yang akan menempatkan pelajar perempuan. Aku tak pernah lagi tidur dalam bilik yang seluas ini. Hampir empat puluh orang pelajar perempuan termasuk lima orang guru di dalam dewan ini yang akan tidur hanya beralaskan tikar. Kami diminta membawa bantal masing-masing. Setelah memilih tempat peraduan kami maka tibalah waktu untuk makan petang. Kami semua berjalan menuju ke kantin sekolah. Kami diminta beratur untuk mengambil makanan. Setelah selesai giliranku mengambil makanan, aku berjalan menuju ke meja yang di duduki Nadia. Tetapi sesuatu telah terjadi kepada aku. Prangg…..dan semua mata tertumpu ke arahku.

            “ Hai Jasmin, lapar sangat ke sampai jalan tak reti nak tengok kiri dan kanan? Sebab tu orang kata berhati-hati di jalan raya dan malang itu tidak berbau.Tengok kan dah jatuh pinggan nasi awak tu…hahahaha” kata suara itu mengejekku. Terdengar riuh satu kantin dengan gelak tawa dari yang lain.

            Aku menggigit bibir bawahku menahan marah yang tengah menggelegak dalam hatiku. Aku berpaling padanya. Kurang asam jawa punya si poyo ni. Tak guna punya mamat poyo ketua pengawas ni. Kalau nak tahu, dialah yang sengaja melanggar aku dari belakang. Memang dia sengaja nak malukan aku.

           “ Jasmin, tak mengapalah bukan rezeki awak yang ini. Pergi ambil nasi yang lain.” Uja rcikgu Zaiton padaku sebaik dia berdiri dihadapanku.

           “ Takmengapalah cikgu. Selera saya dah mati. Saya minta diri dululah cikgu.” Balasku dan terus sahaja berlari meninggalkan kantin menuju ke dewan. Sedaya upaya aku cuba menahan air mataku dari tumpah. Akhirnya ia gugur juga. Walaupun nampak macam aku ni seorang yang kuat ketabahan diri, namun aku adalah seorang perempuan….

               Apa salah aku pada kau Fahmi? Sampai hati kau buat aku macam ni. Selama ni aku cukup bersabar dengan apa yang kau buat pada aku. Kata-kata kau yang sememangnya kasar setiap kali kau bercakap dengan aku tak pernah aku ambil peduli, tapi peristiwa hari ini benar-benar meremukkan hatiku. Terasa hinanya diri aku dimata Fahmi. Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk terus bertahan. Tak mengapalah, cuma tinggal dua bulan sahaja aku perlu mengadap muka dia. Dua tahun aku boleh bersabar, takkan dua bulan lagi aku tak boleh bertahan.  

Last edited by wipers81 on 13-6-2013 09:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2013 10:00 AM | Show all posts

BAB 2

Kau ni Nad, tak ada perasaan ke hah! Kau tak rasa apa-apa ke? Dari tadi mamat ketua pengawas poyo tu asyik perhati kita je. Ganas-ganas aku ni, ada juga rasa gerun tau tak?” soal Jasmin kepada Nadia setelah kedengaran loceng tamat waktu sekolah berbunyi. Bergegas dia mengemas buku-bukunya. Kalau boleh dalam sekelip mata dia mahu hilang dari kelas ini. Jasmin benar-benar bengang dengan Nadia kerana dari tadi boleh buat tidak tahu sahaja. Dia pula yang tidak senang duduk.

‘Ke dia ni memang yang jenis yang tiada perasaan.’ soal Jasmin. Matanya masih tepat memandang wajah tenang Nadia yang berjalan di sebelah kanannya.

“Alah,rilekslah kau ni Min. Biarlah, mata dia. Takkan aku nak pergi korek biji mata dia tu. Biar ajelah dia tu. Kau ingat, negara ni tak ada undang-undang ke kalau dia apa-apakan kita. Lagipun, mak kau kata kat aku yang kau ni jaguh silat. Buat apa aku nak takut, kau kan ada. Jangan risaulah.” Selamba jawpaan dari Nadia. Bukan dia tidak perasan kegelisahan Jasmin tetapi berpura-pura tidak nampak sahaja.

“Eh,eh kau ni Nad. Habis, kau ingat aku ni tak ada perasaan takut ke? Malas aku nak cakap dengan kau.” Jasmin semakin melajukan langkah.

Nadia hanya tersengih,l angkahnya juga dilajukan menyaingi Jasmin. Sepanjang dia mengenali Khayla Jasmin, belum pernah sekalipun dia melihat rakannya itu membuka langkah silat. Makcik Halimah pernah menunjukkan gambar lama Jasmin. Rupa-rupanya, sahabatnya itu memang seorang yang cantik. Kurus sahaja Jasmin masa itu. Sangat berbeza dengan Jasmin sekarang. Tetapi bagi Nadia, walaupun sekarang Jasmin sedikit berisi, keayuan sahabatnya itu tetap ada. Nadia memang senang berkawan dengan Jasmin yang mempunyai perangai dan perkerti yang baik.

Nadia tahu, Fahmi bukannya berani sangat mahu bertindak lebih jauh. Hanya pandai menggertak sahaja. Nadia kenal sangat dengan perangai Fahmi kerana mereka berkawan sejak dari sekolah rendah lagi. Selepas kedatangan Khayla Jasmin ke sekolah itu dua tahun lepas, Fahmi mula berubah. Secara kebetulan pula, dia dan Jasmin menjadi rapat. Nadia perasan yang Fahmi mula rasa tergugat kerana ada orang yang lebih pandai darinya. Kalau dahulu Fahmi sentiasa berada di hadapan namun tidak lagi sekarang. Nadia juga sudah jelek dengan perangai Fahmi yang kadang-kadang agak merimaskannya. Begini lebih baik bagi Nadia. Mengurangkan jurang keakrabannya dengan Fahmi dan ia nya bagus untuk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini.


Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:40 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 10:08 AM | Show all posts

Sambungan BAB 2...

Nad, kau ikut tak program Qiamullai Jumaat ni? Aku rasa macam malaslah. Baik aku duduk kat rumah je, lagi bagus.” Ujar Jasmin pada Nadia ketika mereka sedang berehat di kantin. Terhenti suapan bihun sup ke mulut Nadia. Dia menoleh ke arah Jasmin di kirinya.

“Ni yang aku menyampah dengan kau Min. Jomlah kita pergi sekali. Tak seronoklah kalau kau tak ada.” Balas Nadia.

“Malaslah aku.” Jawab Jasmin.

“Aku tak nak kawan dengan kaulah sampai bila-bila,” rajuk Nadia. Ditariknya muka masam bagai cuka. Geram pula Nadia. Ada-ada sahaja alasan Jasmin sejak berita mengenai program itu tersebar. Nadia tidak tahu apa sebenarnya yang menganggu fikiran Jasmin hingga dia berkelakuan agak pelik.

‘Mula dah Nadia ni. Masa nilah nak buat perangai budak-budak dia tu. Dahlah hati aku ni cepat cair kalau dia buat perangai macam tu.’ rungut Jasmin.

“Macam budak tadika je kau ni Nad. Sikit-sikit nak merajuk. Yalah, aku ikut. Kau tarik balik muncung empat belas kau tu, sebelum aku ikat dengan getah.” Kata Jasmin.

Akhirnya, mereka sama-sama tertawa. Itulah warna-warni yanga ada dalam hubungan mereka yang telah terjalin hampir dua tahun ini. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Tidak mampu dipisahkan walau datanglah sehebat mana pun badai yang melanda, tetap utuh sahaja perhubungan itu.

Nadia kelihatan tersenyum dan menyambung kembali suapannya yang terbantut seketika itu. Bertambah pula selera dia sebaik mendengar persertujuan dari Jasmin. Walaupun berat hati untuk menyertai program itu, terpaksa jugalah Jasmin turut sama kerana Nadia. Sahabat yang Jasmin ada kala susah dan senang. Bukan apa, program itu mewajibkan pelajarnya tidur di sekolah selama dua malam. Sudahlah tu, kena bangun awal pagi. Faham-faham sahajalah bagaimana perangai Jasmin yang liat mahu bangun awal pagi.           



Last edited by wipers81 on 3-5-2014 03:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 11:45 AM | Show all posts
nak tanya juga pendapat semua. macam mana dengan karya ke dua saya ni???

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 02:30 PM | Show all posts
teruskan berkarya

nice
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 02:33 PM | Show all posts
sila terus kan yer.. best..best..best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 02:41 PM | Show all posts
mrsT posted on 17-6-2013 02:33 PM
sila terus kan yer.. best..best..best

tq...mrsT...saya pun ikut cerita mrsT gak...nice gak cerita awak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 02:43 PM | Show all posts
mat_krai posted on 17-6-2013 02:30 PM
teruskan berkarya

nice

tq mat_krai.....teruskan membaca

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 02:44 PM | Show all posts
wipers81 posted on 17-6-2013 02:41 PM
tq...mrsT...saya pun ikut cerita mrsT gak...nice gak cerita awak

laa yer ker..you follow me i follow u  erk.. hikk T still new lagi bukan macam TT dan lama kan menulis.. berilah comment dan tunjuk ajar yer..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2013 02:51 PM | Show all posts
mrsT posted on 17-6-2013 02:44 PM
laa yer ker..you follow me i follow u  erk.. hikk T still new lagi bukan macam TT dan lama kan men ...

Takdelah lama menulis, saya pun baru je berjinak-jinak dengan bidang penulisan ni. Alhamdulillah...percubaan sulung saya dapat menembusi penulisan2u....hehehe ayat....

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 03:03 PM | Show all posts
wipers81 posted on 17-6-2013 02:51 PM
Takdelah lama menulis, saya pun baru je berjinak-jinak dengan bidang penulisan ni. Alhamdulillah.. ...

oo really that good dear.. congrat.. i just suka-suka.. hope  TT boleh ajar T untum improve my writting..i tulis apa yang i rasa.. actually.. but im not a good writer actually.. tlg tegur yaa if ada salah.. i nak belajar..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 03:35 PM | Show all posts
mrsT posted on 17-6-2013 03:03 PM
oo really that good dear.. congrat.. i just suka-suka.. hope  TT boleh ajar T untum improve my wri ...

heheheh...saya bab nak tegur penulisan org..payah sikit sebab saya pun baru blaja. kawan2 saya banyak jadi guru saya

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 03:37 PM | Show all posts
wipers81 posted on 17-6-2013 03:35 PM
heheheh...saya bab nak tegur penulisan org..payah sikit sebab saya pun baru blaja. kawan2 saya ban ...

kita blajar sama2

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.085084 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list