CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2386|Reply: 6

[Jenayah] Kegiatan Al Arqam Di Pantau

[Copy link]
Post time 13-6-2013 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Kegiatan Al Arqam Di Pantau



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau secara dekat kegiatan Al-Arqam bagi memastikan kumpulan yang diharamkan sejak 1994 itu tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Beliau berkata PDRM juga bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang bertanggungjawab dalam menangani kumpulan yang membawa ajaran sesat.
“Kegiatan Al-Arqam memang kami pantau secara dekat, semua aktiviti kumpulan ini dari sudut keselamatan negara, dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang bertanggungjawab,” katanya kepada Bernama menerusi khidmat SMS hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai Al-Arqam yang dipercayai masih beroperasi termasuk mengadakan parlimen roh kumpulan itu dua kali sebulan sebagai usaha mengekalkan kesetiaan pengikut ajaran berkenaan.
Parlimen roh Al-Arqam itu dilapor diadakan di Jitra, Kedah dari 2 hingga 4 Jun lepas dan dihadiri balu Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam bagi menjelaskan penahanan pengikut Al-Arqam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 04:08 PM | Show all posts
aku x mo join...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 05:30 PM | Show all posts
kalu kacokkan Seladang dengan Lembu jadi Selembu ...kalu Arnab kacuk kambing ...??????
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:00 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 13-6-2013 05:30 PM
kalu kacokkan Seladang dengan Lembu jadi Selembu ...kalu Arnab kacuk kambing ...??????

xpaham... LOL..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:16 AM | Show all posts
Parlimen Roh? Abuya jadi speaker dewan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 10:05 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 13-6-2013 05:30 PM
kalu kacokkan Seladang dengan Lembu jadi Selembu ...kalu Arnab kacuk kambing ...??????

ARBING....OK APAAA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2013 10:25 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 13-6-2013 05:30 PM
kalu kacokkan Seladang dengan Lembu jadi Selembu ...kalu Arnab kacuk kambing ...??????

Arqam...................Ar(arnab) Qam(kambing)

Salah tu,nanti jadi Arkam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.499010 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list