CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1891|Reply: 5

[Jenayah] Taktik racun anjing sebelum samun

 Close [Copy link]
Post time 17-6-2013 11:38 AM | Show all posts |Read mode


BAYAN LEPAS - Pelbagai taktik dijalankan oleh sekumpulan penyamun yang aktif di sekitar Sungai Ara di sini bagi menyempurnakan niat mereka untuk menyamun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, pihaknya menjalan satu operasi khas bagi mengesan sekumpulan penyamun warga Indonesia yang aktif memecah masuk rumah penduduk sekitar kawasan itu.

“Kumpulan itu masih aktif dan terdiri daripada tiga hingga empat orang. Mereka melakukan pelbagai taktik licik untuk menyamun yang menyasarkan rumah di pinggir bukit dan berhampiran hutan sebagai sasaran.

“Polis kini melancarkan Op Rantau Khas bagi menjejaki kesemua penyamun ini yang aktif sejak Mei lalu,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Kepolisan Berprofil Tinggi di Taman Perumahan Changkat Sungai Ara, semalam.

Menurutnya, sekumpulan penyamun itu sangat licik melakukan kegiatan memecah masuk ke rumah penduduk dengan modus operandi mereka tersendiri.

“Mereka akan datang ke kawasan untuk kenal pasti, sama ada kawasan itu mudah untuk jalankan kegiatan mereka dengan menyamar sebagai pemotong rumput dan sebagainya.

“Mereka akan datang pada hari sama mereka rancang untuk pecah masuk ke rumah, sekitar jam 6 petang. Mereka kemudiannya akan datang semula ke lokasi sasaran sekitar jam 8 atau 9 malam dengan menaiki van, teksi atau kereta. Mereka akan bersembunyi di hutan berhampiran sebelum memecah masuk ke rumah,” katanya.

Menurutnya, kumpulan itu juga bertindak meracun anjing milik penduduk di situ serta anjing liar yang berkeliaran bagi mengelak pergerakan mereka disedari.

“Oleh itu, kita meningkatkan aktiviti rondaan serta menempatkan anggota yang akan bermalam di pinggir hutan di kawasan perumahan terbabit.

“Orang ramai diminta segera melaporkan kepada polis sekiranya bertembung dengan individu yang mencurigakan..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2013 03:02 PM | Show all posts
Kesian anjing tu. Sebab tu kalo nak bela anjing untuk jaga keselamatan kena amik yg dah gi hantar kursus. Anjing lepasan kursus ni disiplin lebih sikit. Takpun Beli jerlah Alarm System yg elok. Tapi jangan lah gi letak siren box atau lambang alarm kat luar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 04:08 PM | Show all posts
rompak lagi   
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk rumah Cina dh tak bela anjing
Mereka pasang alarm system direct ke company security
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya thread abg lokman
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 01:30 AM | Show all posts
abu hurairah pun bencikan anjing......  
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.577318 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list