CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 69652|Reply: 38

Rahsia bilik mandi. Lelaki suka main sabun?

[Copy link]
Post time 21-6-2013 11:13 PM | Show all posts |Read mode


Pelik jika ada lelaki yang mengambil masa lama ketika mandi. Mengikut kebiasaan, lelaki lebih selamba dalam menyiapkan diri. Paling lama pun, 10 minit kerana bercukur atau membuang sisa sepatutnya.

Tapi ada juga lelaki yang mengambil masa panjang di dalam tandas. Apa yang mereka lakukan? Pastinya aktiviti di dalam tandas antara lelaki dan wanita jauh berbeza. Kalau wanita perlukan masa untuk memanjakan tubuh badan dengan sabun atau menyegarkan rambut dengan syampu, lelaki tidak perlukan semua itu.

Daripada tinjauan dilakukan, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik beradik lelaki mereka mengambil masa lama sewaktu ke bilik air. Kenapa perkara ini berlaku?

Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup peribadi dan amat ‘istimewa’ buat kaum Adam seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dengan pasangannya, bagi mereka di bilik air saja ‘masa’ untuk mereka bersendirian.

Tiada gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon. Maka, mereka menikmati saat ini sebaiknya.

Begitu juga lelaki bujang, mereka akan menjadikan ruang tandas itu sebagai alternatif bagi bersendirian, jauh daripada teman serumah atau adik-beradik dan keluarga yang lain.



Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, kesannya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu.

Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian saja dan kebanyakan mereka adalah metroseksual yang begitu menjaga kebersihan dan ketrampilan diri. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Bergantung kepada individu.


Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika ‘melepaskan hajat’. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.

Waktu ini dianggap masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki mengendong buku masuk ke bilik air. Cukup berlainan daripada wanita.

Jangan dimarahi pasangan anda jika berada lama. Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dulu sebelum bercukur. Lebih kronik, lelaki akan menjadikan peluang melihat wajah di depan cermin sebagai satu ruang untuk bermain dengan imaginasi.

Mereka akan berangan dan mengingat semula segala pujian atau komen sesiapa mengenai wajah mereka. Kemudian ada juga lelaki yang melihat sendiri wajah sambil memikirkan untuk mencari kekasih, mencuba gadis baru atau sebagainya.

Segala fikiran nakal lelaki lebih banyak tertumpu ketika mereka berdiri di depan cermin sendirian pada waktu pagi. Merapikan janggut saja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan sebagainya.

Jika yang merokok, mereka akan menghabiskan sebatang rokok dulu terutamanya semasa membuang air besar sambil berfikir. Alasannya kerana di bilik air mereka bebas berkhayal apa saja topik tanpa sebarang gangguan.

Mitos lelaki melakukan onani di dalam tandas adalah tidak tepat untuk diadili kepada semua lelaki kerana kebanyakan mereka hanya mencuri masa lebih lama untuk membersihkan diri semata-mata.

Fakta menarik
Raja Britain, George II mati akibat terjatuh di dalam tandas pada 25 Oktober 1760.
Pemegang di tandas awam mempunyai sehingga 40,000 kuman perinci persegi.
Walaupun dia tidak mencipta tandas, Thomas Crapper menyempurnakan sistem siram yang kita gunakan di tandas pada hari ini.
Secara purata, seseorang manusia menghabiskan masa selama tiga tahun hidupnya berada di dalam tandas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2013 07:56 PM | Show all posts
TT thanks for the info aku pun mandi kurang2 setengah jam hahahha mula2 jirus kaki dulu naik ke atas sedikit demi sedikit shampoo badan dah selesai badan baru lah cuci rambut
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 12:48 PM | Show all posts
aku by average dlm bilik air mandi for around 15 minutes
xtau nak kategori lama or idak
wife kata lama tp aku rsa normal
basuh rambut, conditioner, cuci muka, sabun
kalo sesi bercukur mmg lama lah tp once or twice a week jek
tp aku gosok gigi mmg agak lama ler
5 minit kot
and aku x smoke..
kalo tggu bilik air yg kena occupied by smoker nih lagilah bengang
sudahler lama dlm tu
pastu bile turn kita nak masuk bau rokok yg busuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 12:49 PM | Show all posts
klau lame pon time mandi wajib jer.. hahaha.. mandi biase takde la nak lame2 sangat.. bkan nye best sgt pon dok lelame dlm toilet tuh.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 07:56 PM | Show all posts
aku rasa biasa je kalo mandi area 15 min.nak bercujur jambang dgn trim misai pun mau kat 10 min....sabun, shampoo dgn cuci muka lg...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 07:33 AM | Show all posts
sabun di bilik  mandi sabuuuuuuuuuuuuuunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2013 04:17 PM | Show all posts
aku mandi ambil masa 5minit je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 04:37 PM | Show all posts
thanks 4 d info..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2013 04:39 PM | Show all posts
garyura posted on 24-6-2013 07:56 PM
aku rasa biasa je kalo mandi area 15 min.nak bercujur jambang dgn trim misai pun mau kat 10 min....s ...

ada cukur bulu bontot x??? cita skit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 04:44 PM | Show all posts
ariani83 posted on 25-6-2013 04:37 PM
thanks 4 d info..

apa lagi belanja KFC la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 04:48 PM | Show all posts
aku bukan lelaki... tetapi atok aku mandi kejap je haha!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 02:42 PM | Show all posts
cef_gango posted on 25-6-2013 04:39 PM
ada cukur bulu bontot x??? cita skit..

nak cite apa bendenya...lain la kalo ko tu blum akil baligh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 04:37 PM | Show all posts
aku lelaki..mandi dlm sejam tu dah biasa sgt dah..unless kalau nak gi kelas tu terpaksa la mandi ala kadar je..kalau dah bangun pun kul 8.15..kelas start 8.30..mana dpt nak mandi sejam hatta setengah jam pun

rekod paling lama aku mandi ialah 2 jam lebih..xtipu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 04:11 PM | Show all posts
apa  ke   yg  buat  lelama  dlm  bilik  mandi  tu .... eishhhh   kekekekeke ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 04:37 PM | Show all posts
aku pun antara lelaki yang ambil masa bila mandi ni, biasanya mandi 30 minit,
dari kaki naik ke kepala, lepas tu nak berus gigi, cuci muka, syampoo, sabun satu badan, hujung minggu aku sental satu badan, keluar shower, pegi ke sink, cukur misai pulak.

lantak orang lah nak speku, nak cakap apa-apa mende pelik, aku memang jenis mandi lama dari kecik,
rekod aku mandi paling lama, 1 jam 30 minit, aku pun tak tau camane boleh lama,
aku mandi biasa je pun.. sabun badan, syampoo, berus gigi, cuci muka (4 benda wajib aku buat tiap kali mandi)
2 kali sehari, cukur misai & janggut
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2013 05:34 PM | Show all posts
ako mandi biasa dlm 10 minit tp time winter ni extra 5-10min sebab terasa sgt tenang bila mandi air panas waktu winter.. biasa gosok gigi and sabun badan.. shampoo dan scrub muka 2 hari sekali. itu dah tahap rajin.. yg lain tarak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2013 05:56 PM | Show all posts

main sabun rupanya ye
padanla lama bebeno dlm bilik air

aku pon ske main sabun
tp zaman kecik2 la dulu buat belon.. tp xjadi2



Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 04:06 AM | Show all posts
iols kalau masuk jamban 40 minit untuk mandi, berak, cuci muka, basuh celah montot lepas berak, berus gigi dan lidah, sabun satu badan memang dah jadi amalan. time dulu pun duduk rumah sewa dengan budak2 ni semua, kelas pukul 8 bangun 6.30 bilik air satu iols still bedal juga berak + mandi dalam 30 minit walau pun satu toilet berkongsi 7 kepala. dorang bising iols akan sound balik ADA AKU KISAH? janji masuk kelas mak dah x payah fikir pasal berak dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 02:10 PM | Show all posts
aku x pernah lg main ngan sabun cuma pernah guna jer....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 02:50 PM | Show all posts
menikmati kepuasan beronani bagi yg bujang...tu pasal lama...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.519440 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list