CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 1

Dulu Chef, kini DJ

[Copy link]
Post time 1-7-2013 12:11 PM | Show all posts |Read mode


BERPIJAK di bumi nyata adalah satu-satunya prinsip dipegang. Jatuh, bangun, tengadah... dan mengecap kejayaan baginya adalah asam garam kehidupan yang perlu ditempuhi tanpa rasa putus asa dan jemu.

Begitulah Fizo Hassan atau nama gelarannya DJ Along.

Siapa sangka, DJ yang memiliki suara jantan dan versatil ini sebenarnya mempunyai pendidikan dalam bidang masakan barat dan tradisional Melayu.

Dia pernah menjadi chef di beberapa restoran Cina terkemuka di Bangsar, Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang sebelum beralih kerjaya menjadi DJ dan juruacara majlis.  

Memegang prinsip alah bisa tegal biasa, Along berkata, jatuh bangunnya dalam pengurusan acara adalah perkara biasa.

Meskipun memperoleh gaji lumayan ketika menjadi chef dahulu, Along berpendapat, minat dalam bidang pengacaraan mengatasi segala-galanya.

“Jadi DJ di ekspo dan karnival ni meriah. Kebanyakan masyarakat bandar mungkin tidak suka pergi ekspo.

"Mereka ada pilihan untuk ke kompleks membeli-belah yang lebih besar dan selesa.

“Tapi di kampung atau desa, ekspo akan menjadi satu tempat tumpuan.

dan rutin hariannya begitu meriah dengan penyertaan masyarakat setempat,” kata Along.

Along, 32, bukan sahaja bertindak sebagai DJ dan pengurus acara bagi setiap karnival kendaliannya, malah menjadi pengacara bagi program pentas yang disusun sepanjang karnival.

Bagaimanapun, katanya, tugas DJ terhad sekiranya dia menjadi penganjur penuh karnival dan kebiasaannya, khidmat penyampai luar diperlukan.

Bagi Along, apa pun kerjaya dulu dan kini, ia bermatlamatkan khidmat masyarakat. Apa yang penting adalah memberikan kepuasan kepada setiap orang yang bekerjasama dengannya.

“Saya suka kerjaya yang membantu orang lain. Masa saya jadi chef dulu, saya menyediakan makanan ditempah pelanggan. Itu satu kepuasan bila dapat menggembirakan orang lain. Pelanggan seronok, saya seronok.

“Begitu juga menjadi DJ dan pengurus acara, kepuasan diberikan kepada pelanggan, pengunjung dan peniaga yang terlibat dalam karnival itu,” kata anak kelahiran Jengka, Pahang ini.




Ditanya cabaran terbesar menjadi DJ karnival, jawapan Along hanya satu, iaitu spontaneous. Bagi Along, suara atau ton yang menarik bukanlah syarat utama menjadi DJ. Sebaliknya, sikap spontan DJ membantu seseorang menggilap diri dalam kemahiran pengacaraan.


Bukan sekadar vokal

“Suara sedap itu pakej. Tapi kalau tak spontan tak sedap juga dengar. Orang ramai akan cepat bosan. Jadi DJ majlis yang bersiaran terus di hadapan orang ramai ni bukan perkara mudah. Bunyi je DJ tapi sebaliknya anda tetap diperhatikan orang ramai yang lalu lalang.

“Spontan atau impromptu tu yang penting. Saya bukan orang terkenal dan hebat macam pengacara radio.

"Bagi saya, apabila anda spontan anda akan lebih disenangi pendengar. Contohnya, kalau tiba-tiba ada mak cik pengsan, apa nak buat?

Menurut Along, sebagai DJ perlu bijak mengawal keadaan. Usik mengusik juga perlu untuk menggamatkan suasana.

Selalunya, kreativiti DJ berdasarkan jenis majlis," sambungnya yang mengakui cabaran itu sebagai sebab dia memilih kerjaya ini.

Mengimbas zaman kanak-kanaknya, Along berkata, dia belajar memasak kerana menggemari masakan ibu, Soyah Hashim dan ingin mewarisinya.

“Lepas jadi chef saya olah resipi nasi lemak emak dan memang tak sangka resipi tu dapat sambutan luar biasa di restoran tempat saya bekerja," katanya

Dalam tempoh sama, Along kenal dengan ramai DJ handalan sekitar 1990an seperti Isma Halil Hamzah.

Along banyak mempelajari teknik kawalan PA sistem, lagu dan intonasi suara daripada Isma.

“Sejak itu, perlahan-lahan minat saya berubah. Walaupun saya sepenuh masa jadi chef, bila ada kelapangan saya jadi DJ sambilan.

"Sehinggalah saya bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan karnival sendiri enam tahun lalu,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 11:25 AM | Show all posts
xkenai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061045 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list