CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2471|Reply: 19

[Tempatan] Bank Negara kaji kurangkan keluar wang kertas. 2/7/2013

[Copy link]
Post time 2-7-2013 03:45 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 melalui beberapa fasa mulai Aidilfitri ini.

Penolong Gabenor BNM Norzila Abdul Aziz berkata BNM akan mengitar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada perayaan Aidilfitri bagi melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar.

"Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baharu untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan."

"Bayangkan betapa banyaknya penggunaan dan pembaziran sumber negara yang telah berlaku yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain," katanya pada sidang berita selepas melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Amalan Hijau Penggunaan Wang Polimer Sesuai Untuk Edaran Semula di sini hari ini.

Norzila berkata BNM akan mencetak 70 peratus wang kertas baharu RM1 dan mengitar semula 30 peratus wang kertas RM1 manakala bagi wang kertas RM5, BNM akan mengitar semula 60 peratus wang kertas RM5 dan mencetak 40 peratus wang kertas baharu RM5.

Katanya wang polimer diperkenalkan pada 2004 bagi wang RM5 untuk meningkatkan daya tahan wang itu serta mengurangkan pembaziran dan kemudiannya diperkenalkan wang polimer RM1 pada 2012 apabila wang polimer RM5 terbukti berkesan.

"BNM telah mengeluarkan wang polimer RM1 dan RM5 di mana wang polimer ini lebih berkualiti serta tahan lama dan jangka hayatnya adalah antara dua hingga tiga kali lebih lama berbanding dengan wang kertas," katanya.

Katanya wang polimer boleh terus diedarkan lebih lama berikutan keupayaannya mengekalkan keselamatan dan kualiti estetik sepanjang hayat penggunaannya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu ragu-ragu menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai "duit raya" kerana hanya wang berkualiti tinggi dikitar semula.

"BNM akan memastikan wang kertas dan polimer yang mencukupi dalam semua denominasi untuk memenuhi permintaan musim perayaan ini."

"Persatuan Bank-bank dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia akan menggalakkan dan membantu aktiviti kitar semula wang kertas dan polimer yang sesuai untuk edaran semula dengan mengeluarkannya melalui cawangan bank dan mesin wang automatik," katanya. - Bernama

• Sumber Berita Online •

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2013 03:50 PM | Show all posts
sediakan beg besar sebab nanti kita belanja guna syiling
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 03:55 PM | Show all posts
"Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baharu untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan."


dah jadi adat resam dan pakasam  golayu ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 03:56 PM | Show all posts
kenapa la tak buat duit polimer rm50. ari tu ada orang bagi duit palsu rm50. kalau duit polimer rm50, susahlah sedikit nak palsukan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 03:56 PM | Show all posts
kalo guna duit lama pon ok wat..... sama jek nilainya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 03:56 PM | Show all posts
buat duit polimer rm100, rm10 dan rm20 sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2013 03:57 PM | Show all posts
saya ga suka wang polimer
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 03:58 PM | Show all posts
time bg brim tak membazir pula, cetak selagi boleh cetak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2013 04:00 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 2-7-2013 07:57 AM
saya ga suka wang polimer

boleh buat main "monopoly"
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 04:02 PM | Show all posts
lps ni dah tk pakai lagi duit wang kertas...semua pakat pakai dinar emas....hi3.....kita pakt pakai uncang.....mcm flm P.Ramlee tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 04:05 PM | Show all posts
X 1 million
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 04:06 PM | Show all posts
dzaraa posted on 2-7-2013 08:02 AM
lps ni dah tk pakai lagi duit wang kertas...semua pakat pakai dinar emas....hi3.....kita pakt pakai  ...

jangan sistem barter sudah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 01:31 AM | Show all posts
pakai emas dan dirham je la..

tapi nanti berat pulak beg nak balik raya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 02:00 AM | Show all posts
Wang polimer kalau termasuk washing machine tak hancur.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh la wang polimer tu. Duit 5 hengget byk jeh koyak. Pastu duit singgit byk kene rejek mesin autopay
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 10:01 AM | Show all posts
betul wang polimer kalau masuk dalam washing machine MEMANG TAK HANCUR...itu je lah kebaikan nya ....
lebih baik BNM jangan cetak duit baru untuk Aidilfitri tuh ....esok lama kelamaan tak ada duit baru budak-budak mesti tak mahu duit lama .......
dan lama kelamaan hilang lah budaya memberi duit raya tuh ............maka orangramai akan tukar bentuk lain plakk ..........bagi coklat ke atau gula-gula ke ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 10:06 AM | Show all posts
selalu sangat dpt duit recycle dari ATM... kalau sempurna takpa.. ini koyak... conteng.. ada dakwat merah la... celaka punya maybank...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 10:07 AM | Show all posts
pembaziran?

mungkin la, kalau org tuh dapat duit tuh melalui rasuah, peras ugut,  komisyen beli kapal selam ke,ha mungkin la.

tapi kalau org tuh kerja, dapat gaji, suka hati dia la nak buat apa dgn duit dia.

komunis pon tak mcm nih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 10:09 AM | Show all posts
yer saya setuju dengan usul itu... recycle pun recycle lah.. janji nilai tetap sama ... kalau boleh ... e-money terus ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 10:11 AM | Show all posts
pembaziran dimaksudkan adalah pembaziran dlm mencetak duit baru... 80 tan ink  dan 2 juta kw eletrik digunakan sbb permintaan nak duit baru menjelang raya.... lepas raya..hanya 30 persen duit baru itu dlm pasaran manakala selebihnya balik pada bank balik.. pastu raya cina.. print lagi.. taon depan raya... print lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.322297 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list