CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1897|Reply: 10

[Dunia] Televisyen Britain siar azan ketika Ramadan

[Copy link]
Post time 3-7-2013 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Dunia
Televisyen Britain siar azan ketika Ramadan
2013/07/03 -  04:28:46 AM     
                 
Masjid East London antara tempat ramai orang Islam berkunjung ketika puasa. - Foto AGENSI
      
Eksekutif Channel 4 pertahan  langkah bantu umat Islam berpuasa

London: Stesen televisyen Britain, Channel 4 mengumumkan langkah menyiarkan azan subuh sepanjang Ramadan termasuk di laman webnya, keputusan yang dipuji dan dikritik pihak yang memberi reaksi.      


Ketua Program Channel 4, Ralph Lee (gambar kecil) menolak mereka yang mengkritik dengan berkata, siaran itu sejajar dengan ikrar stesen berkenaan untuk membantu ‘suara golongan yang kurang diwakili’ sambil menyifatkan agama Islam diterima baik di Britain.      
      
Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia  bawah 25 tahun”  Ralph Lee, Ketua Program Channel 4
      
Semakin disambut baik

Ramadan di Britain dijangka bermula pada 9 Julai depan.

Dalam satu mesej kepada Radio Times, Lee berkata: “Channel 4 sudah pasti akan dikritik kerana memberi tumpuan kepada agama minoriti penduduk tetapi itulah sebabnya kami ada di sini iaitu memberi ruang kepada pihak satu lagi yang kurang diwakili.

      


“Jangan lupa, agama Islam  antara yang paling cepat meningkat khususnya di Britain.

“Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia  bawah 25 tahun.”

Beliau kemudian membandingkan kadar pembabitan orang Islam ketika Ramadan di Britain kepada tumpuan media tempatan kepada adat resam tempatan.

“Hampir lima peratus penduduk (Islam Britain) akan terbabit dengan aktif dengan atur cara ketika Ramadan, sedangkan tumpun lebih rendah kepada majlis tempatan yang diberi liputan besar-besaran media termasuk ulang tahun ratu naik takhta,” katanya lagi.

Komitmen Channel 4 untuk menyiarkan azan subuh itu disambut baik oleh Majlis Islam Britain.

“Ramadan  masa yang istimewa bagi orang Islam dan pengiktirafannya oleh sebuah stesen televisyen arus perdana akan membantu menunjukkan keadaan Islam dan pengikutnya yang lebih munasabah.”

Pergerakan berhaluan kanan, Parti Kemerdekaan Britain (UKIP), bagaimanapun, mengkritik Channel 4.

“Stesen itu tahu keputusan mereka akan menimbulkan kemarahan dan tidak akan membantu menjernihkan hubungan antara masyarakat. Orang Islam tidak perlukan siaran itu untuk mengingatkan mereka supaya berpuasa.” - AGENSI                                


Last edited by NIXAR on 3-7-2013 03:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 03:32 PM | Show all posts
ko ni kan nixar, saje je nk mengundang poremer anti islam masuk CI ni. isk isk isk... bad kitty
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 03:46 PM | Show all posts
@annehuda   

kalau nak mai x leh nak halang. cuma ni satu berita baik utk umat Islam di sana
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 03:50 PM | Show all posts
mungkin ralph lee ni dah nampak keindahan islam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 03:52 PM | Show all posts
berita baik bagi umat islam kat sana ... berita buruk kat CI nih ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:05 PM | Show all posts
Alhamdulillah...
ada sokongan media TV
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2013 04:06 PM | Show all posts
@soebyuk   

kenapa buruk pula?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:16 PM | Show all posts
NIXAR posted on 3-7-2013 04:06 PM
@soebyuk   

kenapa buruk pula?

kerana anti-kapir di CI takleh meratib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 04:19 PM | Show all posts
c? .... jari dah panas ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:24 PM | Show all posts
minoriti disanjung tinggi, superti mulaysia sanjung hindraf
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:28 PM | Show all posts
sunni or shiah???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.126266 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list