CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3747|Reply: 17

SL 350: Lebih ringan, atlet, mewah!

[Copy link]
Post time 4-7-2013 12:32 PM | Show all posts |Read mode








GABUNGAN unik sporty, penghalusan mewah dan pada masa yang sama keselesaannya untuk digunakan setiap hari adalah antara ciri yang membuatkan Mercedes-Benz SL sebagai kereta impian.

SL sentiasa mendahului masa secara teknikal. Lebih 650,000 kereta SL telah meninggalkan dewan pengeluaran di Sindelfingen dan Bremen sejak 1954. Malah ketika meraikan tayangan perdananya pada 2001, hampir 170,000 unit SL menambat hati peminat dalam kalangan kereta sukan.

Kini generasi ke-6 Mercedes-Benz meneruskan legasi terdahulunya dan varian SL 350 telah pun berada di pasaran tempatan.

Dilengkapi enjin baru BlueDIRECT V6, ia menghasilkan kuasa 306 hp dan menghantar tork setinggi 370Nm. Apatah lagi, SL 350 merupakan antara jentera yang memberikan penjimatan petrol paling cekap dalam kelasnya iaitu kira-kira 6.8 liter setiap 100 kilometer di mana hampir 30 peratus lebih jimat berbanding generasi sebelumnya.

Didatangkan dengan kelengkapan standard fungsi ECO start/stop, SL dipadankan dengan transmisi automatik 7G-TRONIC PLUS untuk penghantaran kuasa yang lebih lancar dan berkuasa. Ia juga mampu memecut dari sifar sehingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 5.9 saat.

Malah, buat pertama kalinya juga, hampir keseluruhan SL baharu itu menggunakan aluminium dengan berat 110 kilogram (kg) di mana kira-kira 140kg lebih ringan berbanding dahulu. Mercedes-Benz mencapai pengurangan berat badan secara sistematik itu melalui campuran bahan sistematik pintar aloi aluminium dan komponen aluminium yang khusus dibuat untuk keperluan masing-masing dan ia memberikan asas kepada kelincahan dan pengendalian sporty .

Bukan itu sahaja, untuk tawaran keselesaan kabin, panjang SL telah ditambah sebanyak 50 milimeter (mm) menjadikan ia 4612mm panjang dan lebih lebar 1877mm (+57mm). Bukan itu sahaja, Mercedes Benz juga turut meningkatkan ruang bahu dengan tambahan 37mm dan siku (+28mm) yang meningkatkan lagi dimensi normal yang boleh ditemui dalam kelasnya.

Paling selamat

Untuk keselamatan dipertingkatkan, SL dilengkapi dengan struktur aluminium yang mengoptimumkan kemalangan mengikuti piawaian standard PRE-SAFE dan sistem bantuan pada tahap yang sama tinggi seperti S-Class dan menjadikan SL kereta paling selamat.

Generasi keenam SL juga menawarkan variobumbung yang boleh ditarik balik ke dalam but menggunakan mekanisme electro hidraulik bagi penjimatan ruang . Tidak seperti sebelumnya, tiga versi bumbung SL ditawarkan: dicat, bumbung kaca atau bumbung panorama dengan Kawalan Magic Sky.

Menerusi Kawalan Magic Sky pemandu boleh menukar bumbung yang akan beralih warna cerah ke gelap sebaik butang ditekan.

Bumbung cerah menawarkan pengalaman yang terbuka walaupun dalam cuaca sejuk manakala keadaan bumbung gelap menghalang bahagian kabin daripada serapan cahaya matahari terik. Bingkai tiga versi bumbung berkenaan dihasilkan daripada magnesium untuk menjadikan ia lebih ringan. Operasi buka dan tutup hanya dilakukan kurang dari 20 saat.

Sementara itu, SL juga dilengkapi dengan Kawalan Magic Vision baru iaitu pengelap cermin yang menggunakan sistem pintar mengelap/basuh yang lebih cekap. Ia merupakan sistem saluran yang membekalkan air di depan bibir bilah pengelap cermin.

Hasilnya, tiada pancutan air terus kepada cermin yang tidak mengganggu pemandu walaupun ketika bumbung diturunkan.

Selain itu, Mercedes Benz juga turut mencipta teknologi buka dan tutup but belakang dengan hanya menyentuh kaki di bawah bampar belakang.

Harga yang ditawarkan bagi SL 350 ialah RM898,888 dan tempahan telah pun dibuka. Sementara bagi varian SL 63, model berkenaan hanya dibawa masuk berdasarkan tempahan yang diterima.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 12:48 PM | Show all posts
tak sabar nk tunggu kereta ni turun harga..syukur kerajaan BN dengan manifesto mereka menurunkan harga kereta....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 11:27 AM | Show all posts
kalo dpt hadiah hari jadi ni kan best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 11:31 AM | Show all posts
Pumpkinhead posted on 5-7-2013 11:27 AM
kalo dpt hadiah hari jadi ni kan best

geram kan tgk.. nk aim gaji plak x besau.. hehe nafsu nak tu kuat sgt! beli hotweel je la mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 11:40 AM | Show all posts
berun posted on 5-7-2013 11:31 AM
geram kan tgk.. nk aim gaji plak x besau.. hehe  nafsu nak tu kuat sgt! beli hotweel je la mampu ...

tu la pasal...apa kata awak belikan untuk saya? hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 11:48 AM | Show all posts
Pumpkinhead posted on 5-7-2013 11:40 AM
tu la pasal...apa kata awak belikan untuk saya? hehe

hehe byr motor bulan2 sesak ni kan SL 350 kikikikikiki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2013 11:58 AM | Show all posts
Pumpkinhead posted on 5-7-2013 11:40 AM
tu la pasal...apa kata awak belikan untuk saya? hehe

Awak nampak sangat suka kat kereta mewah ni. Baiklah, mood saya baik arini, nanti saya belikan awak sebiji cash. Pukul 6 petang ni tunngu saya kat ToysRus kat Mid Valley. Sana ada datu replica model ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:58 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 5-7-2013 11:58 AM
Awak nampak sangat suka kat kereta mewah ni. Baiklah, mood saya baik arini, nanti saya belikan a ...

entah2 model replica yg dekat ToysRUs MV tu pun belum tentu awak mampu beli hahahaha....takpelah gurau2 di hari jumaat...tak minat merc sangat pun...suka porsche lagi kahkahkah  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 05:24 PM | Show all posts
cantiknye... kalaulahhhhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 10:57 AM | Show all posts
cikSepiT posted on 6-7-2013 05:24 PM
cantiknye... kalaulahhhhh....

kalu lah harga kereta turunn?

kalu lah gaji naik? hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 10:58 AM | Show all posts
Pumpkinhead posted on 5-7-2013 02:58 PM
entah2 model replica yg dekat ToysRUs MV tu pun belum tentu awak mampu beli hahahaha....takpelah g ...

waahh smpai toy rus pun x mmpu beli ssh la hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 07:17 PM | Show all posts
berun posted on 8-7-2013 10:57 AM
kalu lah harga kereta turunn?

kalu lah gaji naik? hehehe

bukanlah berun..
kalaulah boipren ak ade sebijik@berbijik-bijik keta nie.. hahahha
dlam ati aku hanye mampo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 12:44 PM | Show all posts
cikSepiT posted on 8-7-2013 07:17 PM
bukanlah berun..
kalaulah boipren ak ade sebijik@berbijik-bijik keta nie.. hahahha
dlam a ...

boipren pkai apa ex 5 ke hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 07:09 PM | Show all posts
hahahahahaha...
boipren cek pakai lori simen je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:17 AM | Show all posts
Tunggu lagi 5 tahun pun xtentu boleh beli.Rumahpun dah xbole beli.Tersungkur di negara sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:55 AM | Show all posts
hanya mampu melihat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2014 04:56 PM | Show all posts
Harga yang ditawarkan bagi SL 350 ialah RM898,888 dan tempahan telah pun dibuka. Sementara bagi varian SL 63, model berkenaan hanya dibawa masuk berdasarkan tempahan yang diterima.

mak oii dekat sejuta harga...

utk keta kecik 2 seater ni...

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 04:59 PM | Show all posts
moto rm6000 pun bayar bulan...

rm800 ribu..baik beli rumah la..

kalo wa ada 1juta..wa beli moto yamaha LC/honda future cash jer..taknak hutang2...tak de nye nak beli keta mahal2 ni...

yamaha LC/ honda future pun 2 seater gak...hehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.468668 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list