CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 944|Reply: 10

[Tempatan] KIMMA MAU WAKIL DALAM KABINET

[Copy link]
Post time 10-7-2013 03:16 PM | Show all posts |Read mode
            KIMMA Pulau Pinang Rayu PM Pertimbang Lantik Wakil Parti Itu Dalam Barisan Kabinet         
                                GEORGE TOWN: Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbang untuk melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet bagi penggal ini.
Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu Barisan Nasional (BN) dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.
"Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan wakil kami sebagai timbalan menteri di mana-mana kementerian yang dirasakan sesuai.
"Semoga dengan kehadiran KIMMA bakal menyemarakkan lagi perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Adalah menjadi harapan besar kami agar permintaan kami mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.
Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Oktober tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.
Faruk berkata pihaknya akan menghantar surat berhubung rayuan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.
Beliau berkata masyarakat India Muslim merangkumi kira-kira 675,000 orang di seluruh negara dan katanya pelantikan seorang wakil parti itu di dalam kabinet dapat mengetengahkan suara-suara masyarakat itu ke peringkat persekutuan.
Katanya, sehingga kini KIMMA mempunyai sebanyak 285,000 anggota di seluruh negara dan di Pulau Pinang sebanyak 12,000. - BERNAMA

sumber

janji ditepati


         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 03:20 PM | Show all posts
kata dah diserap dalam umno...ni bila kena ludah kuar balik ni puak2 mamak tk sedar diri ni....rumah dah bertapak atas tanah melayu pineng dah tu berlakon marah kat cina makan tanah bumiputera..yg melayu pun bodoh tk conscious tak aware cerita yg sebenar...lepas masuk kabinet nk mintak apa?? mintak dapat jadi bumiputeradey dapat kupon masuk uitm???
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:21 PM | Show all posts
kimma ni patut gabung je la ngan umno tu

ada ja spesis kimma macam azeez n reezal tu dlm umno

depa kan melayu hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 03:22 PM | Show all posts
azeez tuh tak kira kimma' ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:26 PM | Show all posts
apa da mamak2 ni sume.. jap ngaku melayu.. jap ngaku mamak..

jadi la cam aku.. dulu, kini dan smpi bila2 aku tetap mamak.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 03:27 PM | Show all posts
pada aku tak kisah la mamak ke apa, janji hati mau baik. setakat masuk kabinet wakil mamak buat apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2013 03:27 PM | Show all posts
mintak je pak jib tue.....semua dia bagi....kecuali kak ros je....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:32 PM | Show all posts
melayu di malaysia ni hanya ikut perlembagaan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 03:33 PM | Show all posts
KIMMAK semakkan kabinet kak mah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:36 PM | Show all posts
mestlilah marah sbb hindraf ada wakil. kimmak dah lama dok jilat2 pun tak dak wakil.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:38 PM | Show all posts
orang asli takda pon jadi kabinet?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061401 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list