View: 2481|Reply: 14
|
Pas Riak Canang Calon Kaya Raya
[Copy link]
|
|
PRK Kuala Besut memperlihatkan satu ‘pembaharuan’ dalam kempen PAS. Jika dulu PAS sering menengahkan ciri-ciri ‘Islam’ seseorang calonnya dan kemudiannya membandingkan dengan calon lawan yang akan dicemuh sebagai ‘kurang Islam’ tetapi kali ini keadaan tampak agak berbeza.
Calon PAS, Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai ‘alim’ untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai ‘kaya’. Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut. Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai ‘bank’ PAS. Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:
“Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut. “ – Harakahdaily
Jelas, jolokan ‘bank’ ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari PAS tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti. Beberapa laman web dan blog pro-PAS juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.
Selama ini parti PAS amat gemar mendabik dada dengan ‘kedaifan’ atau ‘kesederhanaan’ pemimpin mereka. Sebolehnya, PAS akan cuba menunjuk-nunjuk betapa pemimpin mereka miskin tetapi alim. Tindakan ini menjustifikasi tindakan mereka mengutip derma dari penyokong-penyokong mereka setiap kali turun padang.
Tetapi, Kuala Besut menyaksikan PAS berbangga dengan kekayaan pula. Azlan dijulang sebagai calon tepat kerana kaya. Tindakan ini seolah-olah memberi ‘permit’ kepada rakyat untuk meminta derma darinya sekiranya beliau menang.
Mungkin PAS sedar yang rakyat Kuala Besut bukanlah dari golongan berkemampuan untuk menderma kepada tabung PAS. Malah, rakyat Kuala Besut amat memerlukan pemimpin yang tidak memerlukan derma dari mereka.
Justeru, Azlan merupakan satu-satunya personaliti yang mampu menderma kepada rakyat tanpa perlu meminta dari parti PAS.
Nampaknya, PRK Besut bukan mengenai membuat pilihan antara si alim dengan si jahil, atau Islam dengan kafir sepertimana setiap kali berlaku pertembungan antara PAS dengan UMNO.
Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara ‘orang kaya PAS’ dengan ‘orang terpelajar BN’ untuk menjadi wakil mereka.
Maka benarlah bahawa PAS telah berubah. Akhirnya, slogan ‘UBAH’ DAP terbukti berjaya mengubah PAS.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak mustahil pengundi Kuala Besut akan dapat duit raya melimpah ruah dari 'bankers' PAS ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
harap calon2 yg menang nati bleh jalankan tugas dgn jujur.
jgn layan sgt puak2 yg mengharap 'duit raya' maupon 'durian runtuh' tapi dok jaja
apa cina mau? apa india mau?
.....i hate rasis. |
|
|
|
|
|
|
|
kontraktor? pernah dapat projek dari kerajaan PAS tak?
kalo pernah tu nak cakap kroni ke atau rezeki Tuhan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara ‘orang kaya PAS’ dengan ‘orang terpelajar BN’ untuk menjadi wakil mereka.
'orang terpelajar BN' ...nak sakit perut dibuatnya ....tu Azeez yang dopek jadi Pengerusi Tabung Haji ...contoh pelajar yang temberang |
|
|
|
|
|
|
|
Oramg PAS kaya ..... ok
Orang UMNO tak deak duit..... tu BAHLUL nama nyer.... haaaaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
MANA SATU BETUL NI???
SEKEJAP KATA PAS MISKIN SAMPAI MINTA DERMA MASA CERAMAH...(SEBELUM PRU 13)
SEKEJAP KATA PAS KAYA RAYA..(SELEPAS PRU 13)..
PENING LAH...PAS NI MEMANG PAKAR PUSING KANG PUSING PANG.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus betul derma guna duit sendiri, bukan habiskan duit rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
hehe pendirian yang x tetap |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar...
Sendiri buat perception, sendiri komen n then syok sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
ha eleh.....benda ni pun jadi isu ka?
Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara ‘orang kaya PAS’ dengan ‘orang terpelajar BN’ untuk menjadi wakil mereka.
bukan kalo nk kaya kene blaja tinggi atau pandai business? jadi ape masalahnye? |
|
|
|
|
|
|
|
sekaya calon pas kalau bagi umno.. tu tahap biasa biasa saja.. almaklumlah PAS ni dah sinonim dengan sifat terlalu besederhana.. jadi kaau yg lebih sedih tu dah dikira kaya lah sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang semua ingat kekayaan milik umno ke, kan tu milik Allag diberi pd siapa yg ia kehendaki.
Korang ni memang jenis spesis dengki. Pure melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Korang semua ingat kekayaan milik umno ke, kan tu milik Allah diberi pd siapa yg ia kehendaki.
Korang ni memang jenis spesis dengki. Pure melayu
MEREKA MEMANG DENGKI....TAMAK HALOBA...
MACAM CERITA AHMAD ALBAB....REZEKI TU DARI ALLAH..BUKAN DARI ABAH KO... |
|
|
|
|
|
|
| |
|