CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6486|Reply: 100

[Tempatan] [Harga Ayam] Ummah Digesa Boikot Ayam

 Close [Copy link]
Post time 12-7-2013 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Naik harga: PPIM ajak pengguna boikot ayam

Harga ayam di sebuah pasar raya didapati masih kekal dengan harga RM8.80 sekilogram biarpundi sesetengah tempat harga barang kawalan itu dilaporkan mencecah RM10 sekilogram.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengajak pengguna memboikot ayam buat sementara waktu, susulan kenaikan mendadak harga barang keperluan itu sejak dua minggu lepas.
            
        Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata tindakan itu mampu mengatasi masalah kenaikan harga kerana pembekal terpaksa menurunkan semula harga jika tiada permintaan.
            
        "Kita sudah mendengar masalah kenaikan harga ini berulang kali sejak beberapa tahun lalu...kali ini kita harap pengguna mengambil langkah bijak untuk mengatasi masalah yang sama dengan tidak membeli ayam dalam tempoh tiga hingga empat hari," katanya ketika dihubungi Bernama.
            
        Beliau berkata kerajaan juga perlu bertindak segera bagi membendung kenaikan harga ayam di pasaran yang sering berlaku ketika Ramadan dan kenaikan kali ini dijangka berlanjutan sehingga Aidifitri.
            
        Kenaikan harga ayam yang meningkat secara mendadak melebihi harga siling yang ditetapkan iaitu RM6.80 sekilogram, menyebabkan pengguna bimbang terpaksa menanggung kos lebih tinggi pada masa akan datang.
           
        Tinjauan Bernama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mendapati pasar raya masih menjual ayam pada harga yang berpatutan iaitu sekitar  RM7.50 sekilogram.
            
        Bagaimanapun harga ayam yang dijual di pasar tani jauh lebih tinggi iaitu antara RM8.50 dan RM9 sekilogram.
            
        Seorang suri rumah, Siti Rohani Yaakob, 47 menyokong cadangan PPIM agar pengguna memboikot barangan yang harganya naik secara mendadak.
            
        "Harga ayam kerap meningkat terutama di sekitar pasar-pasar tani apabila tiba musim perayaan. Saya harap kerajaan ambil tindakan serius dalam mengawal harga barangan bukan hanya pada musim perayaan tetapi secara berterusan untuk menjamin kebajikan rakyat," katanya.
            
        Ibu kepada lapan anak, Rogayah Ahmad, 64, pula berkata beliau menyedari peningkatan harga barang mentah terutama ayam pada setiap tahun, tetapi tetap membelinya bagi memenuhi keperluan keluarga.
            
        "Saya terpaksa berbelanja lebih untuk membeli ayam kerana mempunyai ahli keluarga yang ramai, jika harga terus meningkat ia akan memberi kesan kepada kami sekeluarga," katanya.
           
        Pesara polis, Abdul Aziz Yusuf, 64 berkata beliau mula menyedari harga barang naik sejak April lalu namun tidak menyangka harga barangan naik mendadak sehingga RM9 sekilogram pada bulan Ramadan ini.   
        
        Beliau berharap kerajaan dapat mengawal situasi itu dan memastikan harga kembali kepada asal dalam masa terdekat. - Bernama

kalau boikot ayam , harga ikan pula naik sbb permintaan tinggi . Tak kan nak makan tempe memanjang . Kementerian patut pantau la .Jgn diam sj . Harga ladang tak naik . Jadi , tak susah nak pantau . Kalau kementerian malas nak pantau , biar rakyat yg pantau tapi kementerian yg bertindak .!!!!!!!!!!


PPIM.. macam mana  Boikot Barang Peniaga Cina..??
Last edited by silenceprotess on 12-7-2013 05:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 06:05 PM | Show all posts
pembekal ayam2 ni kan kbykan nya cina? boikot jer lah... bukankah diorg nie yg kompang boikot produk cina kan? now walk the talk bitches....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 06:09 PM | Show all posts
yg mahal aku tak beli, aku carik yg murah & berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 06:13 PM | Show all posts
kat tempat aku sekor rm7.90..nak boikot mendanya..ada sesetengah org anak2 depa tak moo makan kalo tak dak ayam..abis camnoo...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 06:16 PM | Show all posts
Suka hati la siapa nak boikot atau tidak.

Ummah di sini bukannya miskin macam melayu singapura. Makan nasi percuma di tempat kebajikan cina. Paling ramai anak haram walaupun hanya kaum minoriti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 07:21 PM | Show all posts
jom makan kari daging..support lembu plak skang ni..orang india tk boikot pun melayu walaupun kita makan daging...apedehal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2013 07:23 PM | Show all posts
ayam sedap            
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendek akal. Sebelum ko suruh boikot, bg la alternatif. Skg ni, apa alternatif yg mamat ni cadangkan kalau nak suruh boikot ayam?

Beli ikan? Bpr harga ikan skg? Beli daging? Larat ke hari2 makan daging? Makan telur hari2? Cuba kita pi check peti ais rumah dia, confirm ke takda ayam?

*jgn pulak timbul idea bangang: "kempen bela ayam" mcm zaman tanam sayur hidroponik yg ntah hapa2 tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 08:06 PM | Show all posts
Makan KFC laa. Harga ayam sampai RM10 sekilo pun harga dinner plate tetap sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 08:21 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 12-7-2013 08:06 PM
Makan KFC laa. Harga ayam sampai RM10 sekilo pun harga dinner plate tetap sama.

sebab KFC ada ladang ternak ayam kat alor gajah.. kampung ayer pa'abas.. KFC mana nak kisah pon harga ayam naik ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:24 PM | Show all posts
silenceprotess posted on 12-7-2013 08:21 PM
sebab KFC ada ladang ternak ayam kat alor gajah.. kampung ayer pa'abas.. KFC mana nak kisah pon ha ...

Tu pasal kena makan KFC.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:25 PM | Show all posts
ayam adalah makanan ruji macam nasi

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:27 PM | Show all posts
Sehari tak dapat makan ayam, pasti menggelupur atas tanah macam budak tak dapat gula-gula.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:32 PM | Show all posts
sudah buleh bayar fidyah guna segantang ayam
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Luckily I don't eat chi   
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:52 PM | Show all posts
cuba b buka puasa dgn lauk ikan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu harga beras naik,, munteri suruh mkn ubi kayu atau jagung....
Skrg harga ayam naik, mkn sayur je lah......vegetarian....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:59 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 12-7-2013 08:27 PM
Sehari tak dapat makan ayam, pasti menggelupur atas tanah macam budak tak dapat gula-gula.

masa kecik2 dulu seminggu dapat makan ayam pon mujur

tapi selalu makan ketam & udang la .. aku tak suka ikan
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:00 PM | Show all posts
mak aku hari2 masak ayam terutama untuk cucu2 dia
paling koman goreng bodoh jer
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:02 PM | Show all posts

kat somalia langsung tak makan ayam.roti pun susah nak makan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063626 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list