CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20035|Reply: 3

Peraturan FORUM CARI dan BOD Teka Teki & Trivia

 Close [Copy link]
Post time 14-7-2013 05:20 PM | Show all posts |Read mode
PERATURAN BOD TEKA TEKI & TRIVIA
Semua forumer yang ingin membuka thread di bod teka-teki & trivia. Diminta para forumer membaca Peraturan tercatit di dalam Thread Ini terlebih dahulu sebelum anda membuka thread.

Diharap para forumer mematuhi peraturan kecil ini bagi memastikan keberlangsungan bod teka-teki & trivia. Marilah bersama-sama memeriahkan bod ini dan mencambah minda masing-masing dengan seronok.

Terima kasih,
@Eva_yy_Ellin  @ocean_gurl


Table Of Contents

No
Perkara
Posting
Page
1.0
PERATURAN THREAD TEKA TEKI &  TRIVIA
2
1
1.1
Jawapan Thread 48 Jam
2
1
1.2
Quote Jawapan Yang Betul
2
1
1.3
TAG MOD BOD untuk Pemberian Kredit
2
1
1.4
Thread TYPE
2
1
A. Teka-teki
B. Trivia
C. Maths
D. Gambar
2.0
PERATURAN BOD TEKA TEKI & TRIVIA
2
1
2.1
Thread BERULANG / ASTRO
2
1
2.2
NO Fighting
2
1
2.3
Respect Each Others
2
1
2.4
Thread Iklan/Perniagaan/Promosi
2
1
2.5
Thread Jawatan Kosong
2
1
2.6
Thread Borak / Games
2
1
3.0
PEMBERIAN KREDIT TEKA TEKI &  TRIVIA
2
1
3.1
Pembuka Thread
2
1
3.2
Penjawab Soalan
2
1
3.3
Jawapan Soalan Susah
2
1
4.0
PERATURAN FORUM CARI
3
1



Last edited by ocean_gurl on 15-7-2013 02:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2013 05:25 PM | Show all posts

1.0  PERATURAN THREAD TEKA TEKI & TRIVIA


1.1 Jawapan Thread 48 Jam

Setiap Pembuka Thread Haruslah memberi jawapan atau menjawab jawapan forumer dalam tempoh 48 jam. Ini bagi mengelakkan forumer tertanya-tanya akan jawapan yg betul dan memudahkan Mod memberi kredit.

1.2  Quote Jawapan  Yang Betul
Pembuka Thread Perlu meng'reply' jawapan forumer dengan meng'quote'  posting jawapan forumer tersebut. Ini juga, bagi mengelakkan forumer tertanya-tanya akan jawapan yg betul dan memudahkan Mod memberi kredit.

1.3  TAG MOD BOD untuk Pemberian Kredit
Pembuka Thread mestilah "TAG" Mod BOD TEKA TEKI & TRIVIA di dalam posting jawapan yang di'quote' dalam peraturan No.2 diatas untuk memberitahu bahawa soalannya sudah pun dijawab dengan betul dan bagi tujuan pemberian kredit oleh Mod Bod.

1.4  Thread TYPE
Pembuka Thread mestilah meletakkan  Thread Type mengikut jenis kategori soalan yang diberi. Forumer Hanya DiBenarkan mengunakan TAG seperti berikut sahaja.
A. Teka-teki - soalan-soalan biasa dan berIQ tinggi atau rendah.

B. Trivia - soalan-soalan berpengetahuan am dan berfakta.

C. Maths - soalan-soalan yang memerlukan pengiraan.

D. Gambar - soalan-soalan yang bergambar.




2.0  PERATURAN BOD TEKA TEKI & TRIVIA

2.1  Thread BERULANG / ASTRO
Setiap Thread yang berulang tidak akan di beri kredit dan akan diletakan TAG ASTRO oleh Mod Bod. Oleh itu disarankan bagi Forumer Menyemak terlebih dahulu sama ada soalan telah diberikan atau tidak.

2.2  NO Fighting
Para forumer tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan politik, agama dan kaum di bod ini sama ada dari segi pemberian soalan atau menjawab soalan. Amaran akan diberikan kepada forumer yang menyentuh isu-isu tersebut.

2.3  Respect Each Others
Para forumer tidak dibenarkan menyerang forumer lain dan mencetuskan pergaduhan. Kita ada pelbagai ideologi yang berbeza, tolong hormati ideologi orang lain. Amaran akan diberikan kepada forumer yang cuba menimbulkan pergaduan.

2.4  Thread Iklan / Perniagaan / Promosi
Forumer tidak dibenarkan membuka thread yg mempunyai unsur iklan / promosi perniagaan atau apa-apa saja pakej-pakej pelancongan dan sebagainya. Sila ke Pusat Komersial jika ingin berbuat demikian.

2.5  Thread Jawatan Kosong.
Forumer tidak dibenarkan membuka thread  jawatan kosong. Jika ada sebarang Jawatan Kosong sila ke Bod Kerjaya di link ini : http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=124  dan ke Thread khas requitments ini --> http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=447915&extra=page%3D1

2.6  Thread Borak / Games.
Bagi ahli-ahli forumer yang tegar atau tidak di Bod Ini, kalau nak berborak harap mengunakan Thread Borak yang sedia ada. Bagi yang nak buat thread khas untuk permainan, kalau thread games sedia ada tidak bersesuaian, boleh la PM pada Moderator bod ini  untuk meminta kebenaran terlebih dahulu...Sebarang Thread Games sila berbincang dan mendapatkan kebenaran dari Mod Bod terlebih dahulu.



3.0  PEMBERIAN KREDIT TEKA TEKI & TRIVIA

3.1  Pembuka Thread
3.1  Pembuka Thread / Pemberi Soalan teka teki, akan dapat Kredit +7. (kredit akan diberi selepas 48 jam, tujuan nya untuk menyemak sama ada ia Soalan Berulang atau tidak. Soalan berulang tidak akan diberi kredit)

3.2  Penjawab Soalan
3.2  Penjawab Soklan / yang memberi jawapan betul akan dapat kedit +7. (ni utk yg dpt menjawab cepat , iaitu 1 ke 2 posting  telah mendapt jawapan betul)

3.3  Jawapan Soalan Susah
3.3  Bagi soalan yg susah dpt dijawab sehingga masuk  page 3 dan  keatas, akan dapat kedit +14


Last edited by ocean_gurl on 15-7-2013 02:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 12:49 AM | Show all posts




Anyone who visits this board please take note!

Rules of CARI FORUM as per described by ADMIN are as follows:



1. Tidak dibenarkan menghebah iklan di forum:

Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yang mengiklankan sesuatu perniagaan atau meletakkan LINK di dalam thread tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yang lain atau blog yang berunsur perniagaan diforum ini. Perkara yang mengenai
jual beli juga tidak dibenarkan kecuali di Board yang diizinkan, sebarang pengiklanan atau jual beli sila ke Board CARI Classifieds atau Board Jual Beli.
Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan, sila ke link http://banner.cari.com.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuan sesuatu produk melalui PM atau signature juga tidak di benarkan. Jika ahli menerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan, sila PRINT SCREEN dan PM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakan atau terus menjadi Banhammer.


2. Tidak dibenarkan membuat aduan atau melepaskan perasaan ketidak puas hati anda di forum:

Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskan ketidak puas hati mereka di forum, tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi, kedai atau terhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram, tanpa menghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana forum ini mungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti. Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread, jika pihak berkenaan ternampak therad ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepada forum ini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidak dapat didugakan. Perkara di atas akan menyebabkan forum menghadapi masalah yang tidak dapat didugakan.


3. Avatar:

Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel, iklan, tidak senonoh atau gambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar. Jika pihak kami mendapati ahli meletak gambar sebegini, jika arahan sudah diberi, tetapi ahli masih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebut tanpa pemberitahuan.


4. Signature:

Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkidmatan atau produk, malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.

Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signature untuk meletakan Link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatu produk/ perkidmatan.Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memaki seseorang,persatuan, parti dan sebagainya melalui kemudahan ini. Blog atau facebook yang tidak berunsur ikan atau sesuatu perniagaan adalah digalakkan.


5. Puak/ kelompok tidak dibenarkan:

Puak atau kelompok yang boleh mendatangkan masalah kepada forum tidak dibenarkan. Jika ahli forum ternampak keadaan sebegini boleh lapor kepada moderator, super moderator atau admin untuk tindakan lanjut.



6. Thread yang sama tidak dibenar buka di merata board:

Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyak board, semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka ingin sampaikan. Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/ produk dan fitnah terhadap seseorang. Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board. Jika ternampak kedaan sebegini, kesemua thread akan padam tanpa diberitahu. Jika ahli yang sama berulang kali melakukan kesalahan yang sama, serta engan mematuhui peraturan ini akan dikenakan tindakan berat.Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau cemas boleh dikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan. Seelok-eloknya ahli seharusnya minta keizinan daripada admin atau super moderator terlebih dahulu. Harap moderator ternampak ahli membuka thread yang menglanggar peraturan ini, sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama dimerata board, jika ya, sila lapor kepada admin atau super moderator untuk padamkan thread tersebut.


7. Kata-kata yang boleh merosak hubungan kaum,lucah, mencarut dan mengugut diharamkan:

Sebarang kata di atas adalah tidak dibenarkan, jika terlibat dengan perkara diatas, kemungkinan ahli berkenaan akan dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Jika ahli terlibat dan melakukan kesalahan ini, ID anda akan terus menjadi Banhammer.


8. Fitnah, maki, personal attack, mengungkit perkara sensitif dan kata kasar juga tidak dibenarkan:

Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpa kacau-bilau, perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul di forum ini. Jika ahli forum terlibat kesalahan diatas, pihak admin, moderator atau super moderator akan mengambil tindakan berat ke atas ahli berkenaan. Jika kesalahan berat, ID akan menjadi Bamhammer.


9. Menghebah maklumat peribadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:

Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain atau mengubah gambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk menghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknya yang boleh mencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan. ID akan menjadi Bamhammer.


10. Private Message (PM):

Ahli forum menggunakan PM untuk mengiklan, memaki, mengfinah, menghebah maklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar juga satu kesalahan. Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINT SCREEN dan hantar kepada super moderator atau admin.


11. Thread bunuh diri:

Thread bunuh diri, mengajak ahli bunuh diri atau membincang mengenai bunuh diri tidak dibenarkan.


12. SPAM:

Ahli yang buat SPAM semasa berforum atau membalas thread dengan ICON sahaja adalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengan kesalahan ini akan dikenakan tindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan. jika ahli masih berulangi, moderator berhak tolak kredit ahli berkenaan. Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama ada ahli tersebut melakukan SPAM atau tidak.


13. Mengutip derma atau menyeru ahli menderma diharamkan:

Bagi mengelakkan masalah yang tidak seronok berlaku, forum ini tidak membenarkan ahli mengutip derma atau menyeru ahli menderma untuk sesuatu persatuan kebajikan atau untuk seseorang. Sebab forum ini susah hendak mengenal pasti sama ada persatuan kebajikan yang dikatakan oleh ahli benar-benar wujud atau tidak. Pihak kami tidak mahu sebarang penipuan berlaku di forum ini. Ini bermakna ahli juga tidak dibenarkan meninggalkan nombor akuan bank di forum ini.



14. Bahasa:

Kalau boleh Ahli forum digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami semasa berinteraksi di forum ini.



Selain Peraturan CARI Forum di atas, setiapboard juga terdapat peraturan tambahan mengikut board masing-masing, tetapi peraturan board tidak akan bercanggah dengan peraturan CARI Forum ini. Ahli forum diminta memberi kerjasama, dan mematuhi Peraturan CARI Forum atau Peraturan Board. Selain itu, jika moderator, super moderator atau admin memberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan oleh ahli, harap ahli berkenaan mamatuhi. Jika tidak pihak kami akan mengambil tindakan seterusnya.

Walau bagaimanapun admin atau super moderator berhak mengubah peraturan CARI Forum atau peraturan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian, tanpa pemberitahuan.



Sekian untuk Makluman




Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:51 PM | Show all posts
peraturan thread2 lawak.
buat masa ini senarai larangan adalah sama seperti yg disenaraikan oleh mod sebelumnya.

peraturan tambahan

- warga bod dilarang post HANYA smiley sahaja tanpa sebarang kata.
- thread2 lawak gambar/video hendaklah mempunyai ayat pembuka bicara walaupun ringkas.
- thread2 lawak gambar/video yg tidak dpt dilihat layak dibuang oleh moderator.

sorry kalu ayat kurang difahami atau terlalu ringkas.
@Eva_yy_Ellin boleh cadang susunan ayat atau tambahan peraturan yg difikirkan sesuai.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.075664 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list