CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13625|Reply: 1

Kencing tak lawas bagi lelaki

[Copy link]
Post time 16-7-2013 04:26 PM | Show all posts |Read mode


Pernahkah anda mengalami titisan air kencing yang keluar secara tidak sengaja walaupun sudah kencing? Atau anda terasa mahu kencing walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.





Kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.


Jenis-jenis


1.Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.


2. Kencing tak lawas atau menitis ketika meneran.


3. Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.


4. Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.


Punca-punca



Pembesaran kelenjar prostat


Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat ( Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH ). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.


Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yang  menyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.



Urinary bladder carcinoma

Barah pundi kencing


Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.






Kencing manis ( diabetes )


Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.

Langkah-langkah pengawalan


Hadkan air minuman dalam sehari


Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yang  menghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.




Elakkan minuman keras


Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yang  kuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil ( diuretik ). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya anda ke atas.



Elak pengambilan kopi


Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.


Elakkan pengambilan makanan atau minuman ytang menyebabkan pH air kencing lebih rendah ( asidik ).




Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.





Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik


Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.



Amalkan yogurt atau minuman yogurt


Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik  
( lactobaccilus acidophilus ) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.



Amal teknik buang air kecil dua kali


Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘ double voiding’.


Selamat mencuba ya! peliharahara kesihatan anda!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 02:08 PM | Show all posts
Info yang bagus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.077303 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list