CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 37892|Reply: 25

SEKOLAH APA YANG SESUAI UNTUK ANAK YG DELAY PERKEMBANGAN

[Copy link]
Post time 17-7-2013 09:31 AM | Show all posts |Read mode
SALAM..
Siapa yang ada masalah seperti saya minta share la pengalaman atau usaha yang dilakukan untuk memulihkan anak yang delay perkembangan.anak saya 5 tahun tapi tak seperti budak lain lagi.speech dia masalah.pembelajaran pun tak leh nak catch up dgn budak2 lain. saya hantar tabika kemas jer.hari ni saya sangat sedih.saya pi hantar barang dia yang tertinggal.sampai kat sana saya lihat dia dan 2 org lagi budak diasingkan dari pelajar lain yang sedang belajar sedangkan mereka bertiga hanya main2 raga mainan je mcm tak dihiraukan.sedangkan budak2 lain bersama buku belajar dengan cikgu kat meja masing2.sedih hati saya.saya faham cikgu mungkin susah nak bg perhatian penuh kepada mereka.

tolong lag apa yang boleh saya buat,sekolah apa yang patut saya hantar untuk memulihkan perkembangan delay anak saya ni.aada tak yg private khas untuk budak2 mcm ni?da sesiapa yang pernah buat rawatan islam ke apa kongsikan dengan saya plis..buat masa ni dia masih lagi dalam appointment dgn dr untuk delay perkembangan.tolonglah saya..buntu sungguh.anak saya pulak tak mau ikut apa yang saya ajar,,dia suka ikut dia sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 10:17 AM | Show all posts
Salam ...

Info tak berapa cukup nak diagnose kes anak tuan/puan ni

Dia slow dalam apa? Baca, speech, fizikal, menulis, mengira?

Nasihat saya cuma satu, ada anak unik begini jangan lepas tangan pada orang lain
the BEST teacher is the mother...trust me!

so if u interested to know more, i can share my ...ask urself, are you willing to learn and learn
anak unik adalah anugerah tuhan untuk kita belajar lebih berbanding ibu ayah beranak normal
so take the challange and equip urself...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 11:49 AM | Show all posts
anak saya 5 tahun speech problem,,tak boleh bercakap macam kanak2 seusianya.kalau kita cakap dia faham.kalau kita tanya dia tak boleh nak jawab.ada satu kali kes dia balik sorang2 dari tadika..bila tanya dengan sapa ke apa mmg dia tak boleh jawab.
dia delay mungkin 3 tahun ke belakang kot.kalau mewarna dia hanya conteng sesuka hati bukan ikut gambar dan cara dia pegang pensel warna tu pun dengan menekan dengan kuat.hanya boleh membilang 1-10 jer.

yg jadi masalah pada saya dia tak mau ikut dan langsung tak mahu belajar dengan saya.dia lebih suka menconteng sendiri jer.kalau dia mahu belajar dengan saya senang sikit.macam mana nak buat,,paksa pun tak boleh,,pujuk pun tak boleh.yang lain2 ok..saya bekerja,,kadang2 penat jugak nak mengikut kerenah dia.

kalau ada cadangan speech terapist di pulau pinang untuk saya,,kalau boleh melayu,,bukan apa pernah saya pi klinik pakar yg cina punya saya sorang jer melayu,,dia boleh bagi giliran pada org lain dulu.katanya sessi utk saya kul 3.00pm last2 sampai 6.30 r panggil..masuk kejap jer ckp bla2 bg refer letter kt hosp gov ,then habis.bayaran leh tahan,,menunggu pun leh tahan panas hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 11:56 AM | Show all posts
mengikut kata dr tersebut anak saya delay perkembangannya,,tp bukan autisme..skrg saya masih lagi menunggu appointment seterusnya dgn dr kt GH.,mata dan telinga dah.telinga ok tapi mata kena pakai spek pawer dalam 500.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 03:46 PM | Show all posts
saya mengajar prasekolah normal nk bg cadangan sebab sek sy ada prasekolah integrasi khas
di sek2 kerajaan dah ada tubuhkan pendidikan prasekolah integrasi ( masalah pembelajaran kanak2 khas ) secara berperingkat2
kalau di bandar rasanya byk dah ditubuhkan
boleh check dengan ppd ( pej pelajaran daerah berhampiran ) dan rujuk bahagian UNIT PENDIDIKAN KHAS. di sana akan ada org/cikgu akan diagnos anak anda mengalami masalah pembelajaran @ boleh ditempatkan dalam kelas normal

mcm puan cakap puan sedih sebab anak2 diasingkan. sy pun tak salahkan guru tersebut sekurangnya anak puan bermain dan belajar dlm kumpulan yg kecil dan melakukan aktiviti dan menggunkan motol skilL dia

dan sekiranya selepas diagnosis anak puan perlu ditempatkan dalam kelas pendidikan khas, jgn terkejut memang kelas tu tak ramai student dan limit setiap kelas adalah maksimum 7 org murid... memang murid khas ni kena teknik belajar berbeza drpd murid normal tambah2 lagi kalau dalam satu kelas tu pelbagai masalah pembelajaran spt hyper, autisme, down syndrome etc... jd byk belajar melatih motor halus dan kasar...

dan bg saya murid2 5-6 thn tak payah risau sgt esp yg lemah pembelajaran tak tau membaca, mengira... yg penting guru tersebut melatih budak tu berdisiplin, berdikari dan boleh melakukan sesuatu kerja dgn sendiri tanpa bantuan org lain... eg.. memegang pensil cara yg betul insha allah bila dh mahir semua perkara br boleh bg pendekatan belajar kemahiran 4M






Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 04:06 PM | Show all posts
nak inform juga walau sy mengajar prasekolah normal seramai 25 orang tak dinafikan memang ada 2-5 org yang "SEAKAN ADA MASALAH PEMBELAJARAN" setiap tahun. apa yg sy buat memang saya terpaksa mengasingkan murid2 tersebut bertujuan agar mereka tak terasa malu dan rendah diri dengan rakan2 lain yg lebih pandai dr mereka. dan mereka ni tak boleh ctach up belajar dlm kumpulan yg besar

pd awal thn murid lemah ni dlm kelas saya ada yg cakap pun tak reti lagi- takda respon bila kita tanya, bg arahan tak ank ikut @ satu2 kena sebut, nak pegang pensil tulis atas garisan pun masih tak mahir2 dan dah ajar ABC pun jd lupa walau pun dh berminggu kita drill dia dan macam2 lagi

memang macam murid bermasalah ni sy akan asingkan bila sy mengajar. maksudnya sy bg tugasan yg sesuai dengan aras mereka. tetapi bila tiba waktu baca buku cerita/sukan/ menyanyi saya akan kumpulkan mereka bersama

dan biasanya yg lemah kami minta waris bantu anak buat latihan bersama dengan ibu bapa di rumah... alhamdulillah kita akan nampak perbezaan bulan demi bulan dgn syarat ada kerjasama waris dgn guru

sy harap puan ikut la saranan sy pergi ke PPD berdekatan... sy mmg sgt2 faham la kalau anak bermasalah pembelajaran ni memang perlu pendekatan belajar yg berbeza. pd peringkat ini kita jgn harap anak kita cerdik baca menulis etc mcm anak org lain... yg penting kita dapat melatih anak kita berdikari, yakin diri sendiri, boleh buat benda senang tanpa bantuan, tahu berkomunikasi dan dh bersedia ke sekolah bila tahun 1...

dan ibu bapa pula jgn sedih anak tak seperti anak org lain... kita kena terima anak ada masalah...ada waris marah2 anak kena masuk kelas khas kata anak mereka bukan cacat tp sebenarnya kurang ambil peduli konsep pendidikan sekarang. kanak2 normal esp murid istimewa ni belum matang dan perlu dibimbing... jgn ingat anak2 bermasalah ni bila besar tak boleh berjaya macam org lain.... ini kerana mereka masih perlu dibimbing sehingga mereka tahu apa kelebihan dan kemenjadian mereka nanti

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2013 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tt, sy x der pengalaman mcm ni. Hrp tt dpt terima cdgn dr forumer lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 11:00 PM | Show all posts
t.kasih a-dira atas info yang sangat berguna..nanti saya cuba contact PPD.integrasi p khas amik pelajar umur brp erk?..cuma saya menjadi buntu sebab tidak mendapat sokongan suami.dia tak menyokong usaha yang saya lakukan.dalam kepala dia anak dia budak normal atau maybe tak mahu terima hakikat entahlah.saya sendiri yang terkial2.naluri ibu saya merasakan anak saya ada sedikit autisme.tak teruk tapi ada lah sedikit gejala autisme.contohnya bila dia tak boleh buat sesuatu dia akan mengamuk.barang2 sekolah dia langsung tak boleh diusik.kalau saya nak bukak bag sekolah time dia tidur baru boleh.tak suka saya ajar dia,,lebih suka conteng kertas sendiri.saya ajar tak nak ikut.tapi masih menunggu diagnosis dr dr,,belum dapat jawapan lagi.

bila saya suarakan saya nak hantar ke pusat pemulihan autisme suami kata suka hati saya lah.dia tak nak campur,,kalau keputusan yg saya buat tak betul nanti kesian kan anak katanya jadi macam budak pendidikan khas tu,,tak belajar,,dok pi melawat sana sini,,dungu macam tu jer ,.tak berkembang katanya sebab duk bercampur sesama golongan macam tu.buntu saya.saya cuma fikir untuk pulihkan dia sahaja,,sebab yg ketara cuma speech dan pembelajaran dia,,yg lain2 dia normal cam biasa jer,,suka berkawan,,cakap ada eye contact.

saya sekarang mencari speech teraphy area pulau pinang tuk buat rawatan.any suggestion tak?..saya area bayan lepas..dah cal pantai katanya tak ada speech teraphy kat sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2013 07:44 AM | Show all posts
Salam nickname

Gud input oleh adira kat atas nun... Nick, awak seorang ibu yang prihatin..alhamdullilah, untung anak!
I rasa u atas track yang betul, buat pemeriksaan fizikal dulu pada anak dan dapatkan black n white
Kalau hearing test OK, dah clear satu bahagian...sebab selalunya, budak ada speech ada kena mengena dgn hearing
selain doktor yang boleh diagnos anak sama ada autism,dyslexic cuba cari education psychologist utk buat test
mungkin kosnya agak mahal dan susah nak dapat, tapi biasanya pakar ni lebih spesifik tahu masalah pembelajaran

Buat masa sekarang ni, kalo boleh... cuba slow talk dgn suami supaya dia faham situasi anak awak
Caranya, u bole copy infos dr dalam website, bacakan pada suami dan highlite tipikal karektor anak2 unik ni
Anak autism, biasanya dia ada special talent..yang ini u kena explore sendiri, cari kelebihan anak tu
Bila dah dapat persetujuan suami bahawa anak  itu perlukan bantuan...lebih mudah untuk kita sebagai ibu
Sokongan emosi sangat-sangat penting bila dalam situasi camni, akan ada masa kita rasa down sangat...
atau alternatif lain, cari ibu-ibu lain yang mempunyai isu yang sama...ia sangat membantu

Pengalaman kakak ipar menjadi cikgu pada anak2 unik nie, katanya 70% adalah punca drp ibu ayah
yang tidak mahu terima hakikat yang anak mereka unik dan perlukan bantuan...
jadi tugas untuk yakinkan suami tu pun agak penting dan macam adira kata, kalo betul anak bermasalah
selagi dia boleh uruskan diri sendiri, dah kira bersyukur sangat-sangat...

Penang, saya kurang infos dan saya faham tidak banyak tadika ada cikgu mahir menjaga anak2 begini
My fren ada anak autism, mak dia ex-accountant grad dr australia, berhenti kerja dan jadi cikgu khas utk anak sendiri
dia ada dah cuba byk teknik mengajar anak dia membaca dan mengira, anak dia suka melukis juga...
kalo u nak, dan berminat nak belajar cara dia...i boleh tanyakan padanya..
btw nick, even anak normal pun ramai yg refuse to learn with their parents...sebab ramai parents cam rimau
tapi mungkin kalo u ubah teknik mengajar, tak terlalu formal ...dia akan lebih relax, who knows

gud luk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2013 10:41 AM | Show all posts
my-alja posted on 20-7-2013 07:44 AM
Salam nickname

Gud input oleh adira kat atas nun... Nick, awak seorang ibu yang prihatin..alhamdu ...


t.q my-alja kerana memahami..sy akan cuba kerapkan latihan untuk anak saya.yg saya perasan masalah ketara anak saya speech,,masalah belajar dan motor halus.sebab dlm umur baya dia nak pegang gunting pun kekok sedangkan sepupu dia muda setahun dah boleh menggunting ikut bentuk2 tertentu.walau pun dia lasak,,kalau pi kat taman permainan mengalahkan budak lelaki panjat memanjat ni wal hal dia dulu lambat dapat berjalan.dr segi motor halus pulak pegang pensel warna/pensel pun tak berpa betul lg.

hari ni balik hantar dia sekolah tadika,rupa2nya ada PDK dekat je dgn rumah kami under JKM.sempat jugak sy menyinggah dapatkan maklumat dan pendedahan.ada berbagai lapisan umur kat situ muda hingga ke tua.ada autisme,sindrown down dan yg tak boleh menguruskan diri pun ada.agak teruk jugak lah..kalau suami sy tengok mungkin dia tak bagi kot.nanti sy cuba bincang,,ingat nak hantar dia secara sambilan,,hari biasa hntr kemas cuti penggal sekolah hantar PDK.sy dah tanya pelatih kat situ boleh jer hantar secara sambilan cuma tak dapat elaun.sayang jugak sebenarnya nak lepas tadika terus sebab dia pun perlu bergaul jugak dengan2 kawan yg normal lain.sebab saya perhatikan dari segi pergaulan dia ok..siap hi hi lg kalau jumpa kawan sekolah tadika dia.

lepas ni sy mau create blog untuk memuatkan hasil kerja dia,,biar dia seronok tengok dan minat untuk  belajar..doakan saya dipermudahkan semuanya.kalau ada latihan2 tertentu untuk motor halus boleh la kongsi dengan saya.skrg tgh survey  teraphist utk speech area p.pinang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2013 10:49 AM | Show all posts
a_dira posted on 19-7-2013 04:06 PM
nak inform juga walau sy mengajar prasekolah normal seramai 25 orang tak dinafikan memang ada 2-5 or ...

T kasih adira atas penerangan. hari saya dah survey PDK under JKM dekat dgn perumahan kami.pra integrasi p.khas belum contact lagi.maybe lepas raya,,perlukan ruang dan masa untuk memberi penjelasan kepada suami .sekarang ada 2 pilihan,,PDK dgn pra sekolah khas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:38 AM | Show all posts
nickname posted on 22-7-2013 10:41 AM
t.q my-alja kerana memahami..sy akan cuba kerapkan latihan untuk anak saya.yg saya perasan masal ...

salam nick

Nak kongsi infos tentang fine motor skill, u boleh buat kat rumah...senang dan she gonna love it!
Sebelum tu, anak u perempuan ek?...I thot lelaki sebab budak lelaki byk ramai ada isu begini

Belikan dia playdough, kalo rasa mahal, u buat sendiri...bancuh tepung gandum dgn garam dan pewarna
buat 3 warna premier, merah, kuning dan hijau....pastu suruh anak uli jadi kuih, binatang...apa saja ikut kreativiti dia
kalo u masak, ajak dia join sama-sama...kupas telur rebus sgt bagus untuk kontrol palm dan jari halus2 tu
untuk menulis, cuba cari triangle rubber yang ada lubang utk masukkan pensel...senang dia nak pegang(cari kat ELC)
pengalaman i dgn anak sulung, dia lambat pegang pensel sebab ..biasanya parents lambat beli not until 3 yrs old
tapi adik dia, cepat pandai sebab pensel dah bersepah dalam rumah since she was small...
so kalo anak u ni, anak sulung...dun alarm k, masanya akan tiba dia akan pandai ...cuma u kena bagi dia peluang
untuk benarkan tangan2 halus itu explore...main sandpit pun bagus, tanah liat, sand art, pantings, batik chanting..
tulisan anak dara i cantik dan kemas sebab dia mmg suka memasak, potong fish cake, kupas telur...mmg tugas exclusive dia

gud luck, n bare in mind...pendidikan awal seharusnya menyeronokkan pd anak-anak, elak anak dr rasa SERIK
elak buat mental exercise dgn anak sehingga masanya tiba dia nak masuk sekola k....biar dia explore kebolehan diri dulu
ramai mak ayah  risau anak takleh baca pd umur 4-5 tahun tapi anak MALAS membaca selepas pandai baca, OK plak!
padahal nak suruh anak minat ilmu itu lagi susah berganda-ganda daripada nak ajar membaca...
so sama saja apabila dapat anak unik, ini adalah peluang untuk kita jadi mak ayah kreatif...~ petik kata-kata my fren
kalo kena caranya, u boleh instill value of lifetime learning pada anak-anak, biar dia mula lambat tapi bila dah lapar ilmu
dia akan cari sendiri, hopefully bila kita tutup mata sekalipun dia tetap gigih cari ilmu...amin
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 05:47 PM | Show all posts
kalau aku rekemen skolah pendidikan khas nnti ko sentap konon2 aku kata anak ko cacat...dyslexia kot apa namanya..tp jngn takut ..selalunya budak2 yg slow masa kecik2 ni genius dan boleh buat duit dah besar...contohnya tauke gusti amerika..Vince McMahon..dia ceritanya mcm anak kamu la..slow2 gitu...

jadi..mungkin perlu bimbingan di rumah..jngn neglect dia..skian..dari saya yang belum ada anak dan maseh bojang
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:11 PM | Show all posts
sy aplikasi perkara ni kalau budak masih lemah dan tak reti memegang pensel.

selalu ingatkan anak guna 3 jari - ibu jari, telunjuk dan jari hantu

blh guna mahjong paper atau beli white board besar dan sediakan satu ruang untuk dia menyonteng. biar dia conteng/ekspress apa dia nak buat, slowly sambil dia conteng cuba guide dia buat bentuk yg seakan menyerupai huruf. contoh buat bulat macam huruf O, buat bulan sabit macam huruf C, buat tangkai payung macam huruf f etc

dan bila conteng bagi dia guna marker pen  @ jenis pen yg BESAR agar dia selesa guna utk peringkat awal menulis... sebab bg budak2 kecil ni sgt sukar nak handle pensel kecil... kt situ dia dh rasa payahnya nak belajar...

masa awal tahun biasanya anak murid saya yg lemah dan tak boleh menyambung ikut titik2 huruf cara di atas sy akan buat. sy akan bg kertas mahjong bagi murid berkenaan sesuaikan diri memegang marker pen. ikut suka la dia nak conteng asal dia nak pegang pensel dan menulis. bila dh mahir pegang pensel br cuba teknik seterusnya

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:38 PM | Show all posts
pendidikan prasek terima murid dr 5 ke 6 thn... utk pra normal diutamakan umur 6 thn baru 5 thn jika masih ada kekosongan... tk pasti dgn prasek khas pula

pasal anak sukar bertutur bg anak2 anda dengar muzik nursery rhymes song. byk yg best2 kt youtube... mcm sy selalu guna nursery rhymes ni sebab mereka mudah menghafal jika pasang hari2.... memang normal anak2 kecil ni lebih mahir menghafal dahulu sebelum mengenal huruf2...
budak minat dgr super simple song kt youtube ni linknya
https://www.youtube.com/watch?v=yCjJyiqpAuU
https://www.youtube.com/watch?v=9mmF8zOlh_g
...dan byk lagi utk bantu speech dia

lupa nk mention teknik lain utk menulis selain pegang pensel besar, try ajar anak menulis huruf guna jari di udara, atas pasir, belakang badan, atas tapak tangan, main bedak pun boleh atau buat wap kt cermin then suruh anak2 menulis guna jari

budak kecil ni esp yg istimewa dan tak nak dengar arahan utk belajar kena guna kaedah2 seperti di atas iaitu belajar sambil bermain... sambil duk santai2 n relax tgk tv dgn anak pun boleh suruh dia buat teknik tu secra tak formal... itu dah kira perkembangan dlm proses belajar...kalau umur mcm ni nak suruh pegang pensel dan mengadap buku jgn harap nak fokus lebih 5 min...memnag mereka ni ingat nak main saja

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 10:07 AM | Show all posts
my-alja posted on 22-7-2013 11:38 AM
salam nick

Nak kongsi infos tentang fine motor skill, u boleh buat kat rumah...senang dan she g ...


tq my alja,,bila berkongsi mcm2 idea kita daptkan,,sekarang sy tak boleh berlengah dan putus asa lagi.salah saya jugak bila masak tak bagi dia ganggu kerja2 saya,,nak bg pegang pisau pun takut terhiris tangan.buat masa sekrang saya cuba buat latihan pada hari sabtu dan ahad secara konsisten insyalah,,sebab sy kerja masa agak terhad.kul 8.00 pg hantar dia tadika.12.00 sy dh masuk kerja.12.00 sampai petang anak say duk dgn pengasuh,,bukan bulan puasa dekat maghrib br sy balik kerja..malam sy dan anak pun sama2 penat dah..huhu.kdg2 fikir nak amik cuti tanpa gaji jer setahun,,entah lah..

pg ni pg2 sahur lg dah bertegang dgn suami,,sy tanya dia camana kita pi check kat private jer tuk diagnosis seterusnya kerana GH lambat sngt,,appointment smp tahun depan.Dia duk kata sy kalut,,anak kita bukan cacat,,lambat jer,,nak p private nak suh dia bg borang oku..nak sgt borang oku katanya..siap bg hujah lg kat sy ada org terkenal dan berjaya dlm dunia ni asal usulnya jenis yg lambat cam ni laa,,,adoi laa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2013 10:19 AM | Show all posts
a_dira posted on 22-7-2013 11:38 PM
pendidikan prasek terima murid dr 5 ke 6 thn... utk pra normal diutamakan umur 6 thn baru 5 thn jika ...

T.kasih adira posting anda sangat berguna,,rupanya banyak kaedah kita boleh gunakan kalau kreatif,,nanti saya akan cuba buat.Sebenarnya anak saya memang suka menconteng,,kalau sy leka habis dia gunakan marker pen saya untuk menconteng dinding secara rawak suka hati dia,,cuma nak buat benda yg perlukan penumpuan dan fokus tu yg dia masih belum boleh lagi,,sy akan cuba slow2.

dalam mencari maklumat semalam saya terjumpa 1 lg yg rasa berkaitan jugak,,iaitu kanak2 spastik.rupanya spastik ni tak termasuk autisme,mahu pun sindrown down.kat sini pun ada terapi untuk motor dan speech jugak,,cuma saya perlu bawa laporan diagnosis dari dr terlebih dulu baru boleh hantar kat sana,pertubuhan ni under kristian rasanya..support dr gov 20%.


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nliika at 1-3-2016 03:48 PM

Salam puan nick.....sy baru terbc post puan ni....cmne perkembangan anak puan skrg ye slps 2 thn ni?anak sy lelaki 5 thn skrg mempunyai masalah yg sama dgn anak puan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 01:31 PM | Show all posts
nickname replied at 19-7-2013 11:56 AM
mengikut kata dr tersebut anak saya delay perkembangannya,,tp bukan autisme..skrg saya masih lagi me ...

No wonder la..biasa kalau rabun...kita susah nak dengar apa yang orang cakap..sebab memang bila kita sembang, automatik mata kita akan tengok mulut..so segala penerangan akan lebih jelas. Macam saya ni..bila bukak spek je..automatikly susah nak paham apa yang orang cakap tau...ala2 macam tak berapa nk dengan. Usaha yang sedaya upaya pn mampu. InsyaAllah...lambat laun akan ada hasilnya. Aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum puan maaf kiranya sya menggangu, saya juga mempunyai seorang anak seperti puan, anak sya berumur 3 tahun 7 Bulan perempuan, dia tidak bertutur sperti kanak2 lain, dia suka mengcontang,membaca A-Z , mengenal warna Dan menyebut dgn Betul, beramai2 dgn kanak2 , suka mendengar lagu didi & friends.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.091986 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list