CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 0

Universal Music ambil alih EMI

[Copy link]
Post time 23-7-2013 04:50 PM | Show all posts |Read mode


BERMULA 1 September ini, syarikat Universal Music Malaysia (Universal) bakal mengambil alih syarikat rakaman, EMI Music (EMI) secara rasminya.

EMI pernah menaungi beberapa seniman dan legenda terkenal seperti Sudirman, P.Ramlee, Saloma Sharifah Aini, Ela dan ramai lagi.

Menurut wakil Universal, Mujahid Abd Wahab, pihaknya cuba mengembalikan nostalgia yang ada dengan mengekalkan syarikat rakaman tersebut.

"Secara globalnya, Universal sudah membeli EMI. Di beberapa negara seperi Taiwan, Hong Kong dan Malaysia, EMI itu ada sejarah.

"Jadi, pihak label sudah membuat keputusan untuk tidak menutup EMI sebaliknya kami akan  mengembangkannya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada majlis Iftar Ramadan bersama artis-artis Universal, malam tadi.

Tambahnya, "P.Ramlee dulu di bawah naungan EMI. Jadi, kami cuba untuk mengembalikan nostalgia yang ada."

Pada tahun 2008, EMI telah diambil alih oleh syarikat rakaman kumpulan Warner Music (WMG).

"Bermula 1 September ini, EMI akan menguruskan artis naungan di Malaysia yang sebelum ini dikendalikan Rumpun Malaysia (Rumpun)," katanya.

Beberapa artis yg dibawah naungan Rumpun sebelum ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Betty Benafe, 6ixth Sense dan Pretty Ugly.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034937 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list