CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12934|Reply: 104

[Dunia] Harimau Malaya jadi Garfield di Jepun :apa nasib rajagopal? post 104

[Copy link]
Post time 29-7-2013 07:32 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Bekas pemain kebangsaan menyifatkan kekalahan memalukan Harimau Malaya 0-5 kepada kelab kedua tercorot J-League 1, Shonan Bellmare dalam aksi persahabatan kelmarin, sebagai satu tragedi bola sepak tanah air.


Mereka berkata, maruah Harimau Malaya dicarik-carik kerana kekalahan besar tersebut.
Lantaran itu, kata mereka tiada sebarang alasan yang boleh diberikan jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal untuk menutup kepincangan Harimau Malaya sebaliknya satu formula drastik perlu dicari untuk memperbaiki prestasi yang semakin merudum.
Antara orang lama yang lantang bersuara adalah bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali, yang menggesa supaya rombakan perlu dilakukan bagi pasukan kebangsaan sebelum terlambat dan menyifatkan kekalahan itu sebagai memalukan.
"Apa lagi saya boleh cakap? Kalau saya cakap nanti orang marah. Namun memang kualiti pemain dan jurulatih kita masih di takuk rendah dan kekalahan besar sebuah pasukan berstatus kelab, memang memalukan sebagai pasukan negara.
"Kita kena sedar Liga Jepun yang berada di kelas A dan apabila kita kalah, apa lagi hendak ditunjukkan oleh Rajagobal. Saya fikir sudah sampainya satu rombakan drastik perlu dilakukan, kekalahan 0-5 sukar untuk diterima oleh semua peminat bola sepak Malaysia, " katanya ketika dihubungi, semalam.
Tidak menafikan bahawa kekalahan terbaru itu pasti menjatuhkan moral dan keyakinan pemain dalam tempoh terdekat, Khalid mengingatkan pemain supaya ada perasaan malu apabila tewas sedemikian rupa.


"Jika mereka ada berasa malu, sudah tentu mereka takut untuk menghadapi peminat kerana sering kali mencatatkan kekalahan namun andai sebaliknya iaitu tiada lagi perasaan malu, saya fikir mereka ini bukan lagi pemain tulen dan jangan terlalu banyak lagi memberi alasan, " katanya.
Sebelum ini, Harimau Malaya tewas 0-2 kepada satu lagi kelab J-League 1, Shimizu S-Pulse dan akan melengkapkan siri perlawanan persahabatan di Tokyo dengan berdepan kelab J-League 2, Tokyo Verdy pada 31 Julai ini.
Bagi bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hasan pula mempersoalkan sama ada Rajagobal mendengar atau tidak kritikan yang dilemparkan oleh pemerhati bola sepak atau sekadar menganggap itu satu perkara yang tidak perlu diendahkan.
"Saya tahu ada kalanya pandangan yang diberikan oleh mereka di luar padang tidak sama dengan mereka yang melatih. Namun terimalah sekurang-kurangnya teguran itu sebagai sesuatu yang positif, janganlah hanya pandang sinis sahaja dengan apa orang lain perkatakan dengan mengatakan benda-benda yang tidak sepatutnya sepertiranking tidak perlu.


"Mungkin tidak semua apa yang diperkatakan oleh saya atau bekas-bekas pemain lain itu betul tetapi pandangan kami semua adalah berdasarkan pengamalan kami sepanjang bergelar pemain dan sayangkan bola sepak negara.
"Satu lagi, janganlah kita terlalu asyik mengimbas kejayaan lalu seperti memenangi pingat emas Sukan SEA atau Piala AFF. Sudah sampainya kita fokus untuk memperbaiki prestasi dari masa ke semasa, kekalahan ini satu tamparan hebat kepada, sudah tentu JFA (Persatuan Bola Sepak Jepun) mentertawakan kita boleh kalah kepada sebuah pasukan kelab, " katanya.


"saya kenal pemain saya" : kata raja


"ranking tidak penting ': kata raja Last edited by the_killer on 1-8-2013 07:42 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 07:36 AM | Show all posts
Aku mintak Tengku Mahaleel teraju FAM sepertimana beliau meneraju Proton dan power window nyer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 07:41 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Bekas pemain kebangsaan menyifatkan kekalahan memalukan Harimau Malaya 0-5 kepada kelab kedua tercorot J-League 1, Shonan Bellmare dalam aksi persahabatan kelmarin, sebagai satu tragedi bola sepak tanah air


Cerita dulu..sekarang ...dan selamanya ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 07:46 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 29-7-2013 07:36 AM
Aku mintak Tengku Mahaleel teraju FAM sepertimana beliau meneraju Proton dan power window nyer.

makin parah la

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 07:46 AM | Show all posts
sokonglah bolasepak negara, patut boh penyepak ja..  
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 07:49 AM | Show all posts
Bolasepak Malaysia dewasa ini bukan lagi satu sukan untuk memperlihatkan kekuatan atau menjaga maruah sesuatu pasukan. Ianya tak lebih daripada 1 sukan untuk glamor dan lubuk duit sahaja. Bila glamor dan duit yg menjadi tujuan utama maka persetankanla kalah tipis atau kalah teruk sekalipun. Janji duit masuk, nama tetap popular.

Rajagopal pun sepatutnya berundurla. Asik2 dok bagi komen yang menyakitkan hati.

Huh!!! nampaknya sampai bila pun bolasepak Malaysia takan maju walaupon setapak kehadapan. SADIS!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2013 07:49 AM | Show all posts
mcmana raja masih boleh jadi jurulatih..... takkan kisah sukan sea dan piala level asia tenggara dulu2 jer jadi modal... sampai bila nak level asia tenggara... kalau kat negara lain dah kena pecat dah... takde kemajuan... sampai ke tahun2050 pon masih target piala suzukikah FAM ni....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 07:58 AM | Show all posts
gaji byk tu, takdenya dia nak senang2 berundur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 08:07 AM | Show all posts
tolong laa amik jurulatih yg betul2 bagus... mcm Paul Ravinton dlm hoki tuh....

buat habis duit rakyat je.... peruntukan byk.. tapi takde improvement pun... kelab kedua tercorot pun xleh nak blah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:11 AM | Show all posts
agak2nye tahun bile baru team kite gah and powerful di arena antarabangsa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:14 AM | Show all posts
cam nie nak masuk world cup????....patut laa pak menteri sukan gelak bosau....heheheheheheee
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:16 AM | Show all posts
missmarvolo posted on 29-7-2013 08:11 AM
agak2nye tahun bile baru team kite gah and powerful di arena antarabangsa ek?

tak tau sempat ke tak tengok...

team negara lain pun semakin baik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:18 AM | Show all posts
izamahmed posted on 29-7-2013 08:16 AM
tak tau sempat ke tak tengok...

team negara lain pun semakin baik.

rasenye player kite ade potential
gov invest pun byk hantar p training sini sane
ape lg yg x kene ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 08:22 AM | Show all posts
Pengurusan FAM hingga jurulatih  perlu dan wajib dirombak dan di tukar
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:25 AM | Show all posts
Raja "kelentong" Gopal ... elok coach team estate jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:26 AM | Show all posts
bola sepak ni main2 kt skolah sudah laaa...xyah g jauh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 08:31 AM | Show all posts
aku memang dah fed-up dengan Rajagobal ni. yang peliknya FAM suka sangat "backing" Gobal ni.
Rajagobal ni ingat sebab dia pernah bawak Malaysia jadi juara sukan sea n aff cup so dia kebal kot.

Wahai FAM.... cepatlah tukar coach baru. Tengok Hoki and Futsal, ada peningkatan mendadak bila ada coach baru (coach import).

Bukannya nak menafikan tenaga coach tempatan, tapi sometimes kita kena admit, tuk bersaing peringkat lebih tinggi kita kena akui keupayaan tenaga tempatan kita. Idea taktikal baru perlu diterapkan and yang palling penting, pilih pemain ikut prestasi semasa bukannya favouritism, (contoh Safee Sali, kat JDT pun reserve tapi dipanggil skuad kebangsaan).
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:32 AM | Show all posts
saya nak tanya, kalau jurulatih puncanya,

maka apabila dirombak, apa perubahan yang mereka boleh buat?

sebab sy rasa jurulatih pun dah pening pikir strategi,

jadi katakanlah jurulatih ditukar, maka jurulatih baru tu nak buat perubahan apa? lah sgt? nak kata tak training, training dah....

nak kata tak hanta luar negara hantar dah...

jadi apa puncanya? yg anda rasa jurulatih tu silap? tang mana?

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:35 AM | Show all posts
kat malaysia ni..pasukan bolasepak kebangsaan adalah tukang perabih duit sukan negara sahaja. Modalnya banyak dah abes..tapi untungnya apa? Lagi baiklah kita asah dan gilap bakat2 yang sedia ada dalam sukan2 lain tuh.

Anyhow, sukan bolasepak negara kita kenalah balik kepada basic. Janganlah dimewah2kan dan dimanjakan sangat...naik meluat dah peminat tempatan melihatnya. Tanak try amik jurulatih dari obersi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 08:35 AM | Show all posts
tu la ckp...fan2 negeri xyah fanatik sgt la ngan team bola mereka

stakat jd jaguh liga domestik ( jaguh kampung ) apa la sgttt

masuk international game semuanya cam haram jadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.245815 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list