CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4147|Reply: 6

Mat Yo kena saman ??

[Copy link]
Post time 30-7-2013 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Dari sumber FB



Uploaded with ImageShack.us

Banyak tu RM120K. Satu pengajaran kepada player bolasepak Malaysia agar lain kali kalau nak transfer pun, buatlah secara profesional.

Goddluck to KAFA & Mat Yo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2013 08:50 AM | Show all posts
ni pula update status dari pegawai KAFA.



Uploaded with ImageShack.us

rupanya bukannya hal perpindahan, tapi masalah pinjaman peribadi Mat Yo ngan KAFA.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 09:15 AM | Show all posts
hutang perlu dibayar walau tidak dituntut,kalu dh dituntut jumpa kat makamah lah jawabnye,hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:08 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 30-7-2013 09:15 AM
hutang perlu dibayar walau tidak dituntut,kalu dh dituntut jumpa kat makamah lah jawabnye,hahaha

Elok sangat KAFA bertindak macam ni kan...harapnya mat yo bayar lah yer..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:16 PM | Show all posts
Hamidin: Jangan ulang kesilapan Mat Yo


Kuala Lumpur 03 Julai : “JANGAN ulangi lagi perbuatan itu selepas ini,” demikian nasihat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha yang bertindak membuang pingat ke dalam tong sampah setelah pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan, Sabtu lalu.

Sambil menganggap tindakan Norshahrul atau Mat Yo itu disebabkan hilang pertimbangan kerana terlalu kecewa selepas pasukannya tewas, Hamidin bagaimanapun berharap insiden itu adalah yang pertama dan terakhir dilakukan oleh bekas pemain Kelantan itu.

“Mungkin dia (Mat Yo) tertekan dan terlalu kecewa dengan kekalahan itu dan disebabkan itu dia terbawa-bawa ke luar padang.

“Cuma nasihat saya, jangan ulangi lagi tindakan sebegitu kerana tidak elok sebagai pemain berpengalaman, lagipun kita kena faham dan ingat dalam bola sepak ada menang, ada kalah.


“Kita takkan selalu menang saja, pada masa yang sama kena terima kekalahan juga,” kata Hamidin.

Dalam laporan media tempatan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketika ditanya adakah Mat Yo bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM, Hamidin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap beliau memandangkan FAM tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

“Kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap dia, ini kerana tiada peruntukan undang-undang berhubung tindakan itu.

“Cuma yang boleh saya katakan jangan buat lagi,” jelas beliau.

##Throwback balik kes ari tu..orang yg terlebih berlagak ni memang kena hukum sikit


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 08:16 PM | Show all posts
oooo..matyo pinjam duit dgn kafa utk bina rumah rupanya..
gaji dgn jdt 80k sbulan..
agak2nya boleh byr la kot..

tu la, derhaka sgt..
org klate dop suko mu eh matyo..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2013 08:36 AM | Show all posts
Berita terbaru dari Utusan Malaysia :-

Kes saman KAFA ke atas Norshahrul selesai

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan kes saman persatuan itu terhadap bekas penyerang The Red Warriors musim lalu Norshahrul Idlan Tahala selesai.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim ketika dihubungi pemberita di sini, semalam.

Azman berkata, kes saman tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah dan pihaknya berharap isu tersebut tidak dibangkitkan.

"Kes ini telah diselesaikan di luar mahkamah dan berharap tidak akan ada lagi sebarang isu yang timbul berhubung perkara berkenaan selepas ini," katanya selepas diminta mengulas mengenai notis saman KAFA ke atas Norshahrul Idlan yang kini beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT).

KAFA telah mengiklankan writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 9 Jun lalu berhubung tuntutan saman persatuan terhadap Norshahrul Idlan dalam akhbar Utusan Malaysia, kelmarin.

Dalam tuntutan tersebut, KAFA selaku plaintif menuntut ganti rugi RM120,975 berserta faedah lima peratus sebulan bermula 14 Mac lalu daripada Norshahrul selaku defendan, sehingga kes tersebut diselesaikan sepenuhnya dan kos.

Sementara itu, sumber dalaman KAFA memberitahu, penyerang JDT itu telah menjelaskan semua tuntutan yang dibuat selepas dua hari notis tersebut dikeluarkan.

"Jumlah tersebut telah dijelaskan oleh Norshahrul selepas notis penyampaian tersebut dikeluarkan," ujarnya.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Suka ... lesai#ixzz2afnhOi2Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.044839 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list