PETALING JAYA - Dua pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan merompak seorang doktor pakar sakit puan sebanyak RM18,000 dan menetak jari tangan wanita itu sehingga putus, dua minggu lalu.Tertuduh, P. Sharves, 22, dan S. Kanthavellu, 20, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Rozina Ayob dan Hakim Yasmin Abdul Razak. Kes pertama di hadapan Rozina, mereka didakwa merompak Delaila Ahmad, 59, berhampiran klinik dengan menggunakan sebilah parang yang boleh mendatangkan cedera atau kematian. Sementara itu bagi pertuduhan kedua yang dibaca di hadapan Yasmin, mereka didakwa menetak jari kiri tangan mangsa sehingga putus. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
*Syukur... Malaysia masih aman..
|