CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4104|Reply: 13

Katak Cantik Vs Iguana Hensem

[Copy link]
Post time 31-7-2013 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Hasil Nukilan : Ilona Iris
Ddacate cerita ni to someone..


Cerita terbaru.. hahahahaa cerita lama tak habis muncul cerita baru.. but yang ni man..man.. tauu..
enjoy kaka-kaka semua..


BAB1

Farhad Nur Iman cuba mengintai-ngintai rumah sebelah. Dari tadi dia mendengar suara perempuan menyanyi dari rumah Mak Su Hajah Khatijah. Siapa pulak yang menyanyi.Nasib baik sedap suara kalau tidak katak pun menangis guling-guling sebab ada orang dah ambik alih tugas katak panggil hujan.

Malambulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi


Kedengaran suara itu menyanyi lagi. Masalahnya semuanya lagu-lagu lama lagu P. Ramlee pula tu. Mesti orang tu kolotkan. Berkain batik berbaju kurung kedah oh.. sungguh kampung. Macam perempuan dholo..dholo. Tapi takkan lah Mak Cik Khatijah yang menyanyi kot ataupun Haji Hadee pensyarah UKM yang telah berpencen dan kini bertugas di Sime Dirby lagilah mustahil dan amatlah mustahil.

“Apa yang kau dok intai tu Farhad” sergah Hajah Amrah kepada anak bujangnya. Entah apa dibuat terngendap-ngendap jiran sebelah. Buatnya jirannya nampak macam mana. Bukankah satu masalah nanti dikatakan anaknya stalker pulak.

“Tak adalah mama dari tadi Farhad dengar orang menyanyi dari rumah Mak cik Khatijah.Nasib baik suara sedap kalau tidak maun pengsan katak dengar.”

Hajah Amrah tergelak mendengar komen dari anak bujangnya. “yang kamu sibuk nak tahu kenapa?” tanya Hajjah Amrah lagi. Bibirnya mula mengukir senyuman. Bukan dia tak tahu siapa tuan empunya suara. Sedap dengar lagu lama dari lagu sekarang yang kadang-kadang tak serupa lagu, entah apa-apa yang mereka nyanyikan. Lebih-lebih lagi empunya suara. Cukup dia kenal.

“Tak adalah mama sebelum ni tak ada pulak dengar suara tu. Dah lah tu asyik dengan lagu-lagu lama jerk lagu P. Ramlee pulak tu. Out dated lah mama..”

“lagu P. Ramlee lah bagus. Bukan lagu macam sekarang ni ntah apa-apa. Tak ada jiwa langsung. Buat sakit telinga jer dengar.” Ulas Hajah Amrah berlalu masuk ke dalam rumah.

Aik dah lagu lain pulak. Kali ni lagu orang putih..waaaa Jar of Hearts lagi.. boleh tahan katak ni. Not bad. Sebutan bahasa dia macam dah biasa jer. Siapa makhluk ni hantu ke apa. Farhad Nur Iman masih mengintai dari celah pagar batu. Cuma nampak belakang sahaja orang tu pakai baju kurung kedah berbunga warna pink dan berkainbatik. Kan dah cakap tadi out dated. Sekarang percaya tak.

Bila orang yang di intai tu memusing kebelakang mungkin dah sedar dia diperhatikan Farhad cepat-cepat masuk kedalam rumah. Tak mahu di kesan atau dikatakan mengendap. Chempaka Ilona berpaling melihat kebelakang bila dia merasakan ada mata yang sedang memerhati. Bila diperhatikan betul-betul tak ada pulak. Diacepat menyudahkan menggembur tanah dalam pasu untuk di pokok bunga dahlia yangbaru dibelinya semalam dari MARDI.  Dia cuti empat hari. Tugasnya sebagai Ketua System Analysis kadang menyebabkan dia jarang dapat menghabiskan masa dengan keluarga terutama ummi dan baba.Kadang-kadang dia terlibat dalam pembangunan system, up grading system ataukeluar daerah kerana syarikat dia bekerja adalah bertaraf antarabangsa. Ini pun dia baru balik dari Hong Kong selama seminggu kerana berkursus.

Dia sebenarnya kesian jugak dengan ummi dan babanya. Abangnya Ahmad Nadim yangsulung dah kawin dengan Sharifah Musliha dan sekarang berada di Switzerland bekerja lagi dua tahun baru tamat kontrak. Yang nombor dua kakaknya Dahlia Imani mengikut suaminya Mohd Luqman menyambung pengajian di UK dalam Phd.  Abangnya nombor tiga Ahmad Naqib sekarang kini berada di Korea bekerja selama setahun di sana. InsyaAllah tahun depan baru balik. Sekarang hanya ada dia yang ada disini dengan package yang lengkap bujang, a.k.a single and available plus anak ummi babanya rasanya dia berjauhan dengan keluarga dia sambung belajar di Australia dulu tapi tak ada maknanya abangnya Ahmad Naqib ada disana belajar. Cuma berlainan universiti. Mana tak nya jarak abang-abang dah kakaknya selang setahun dan jarak dia dia dengan semuakalau ikutkan abang sulungnya lapan tahun.

bersambung...



Last edited by mrsT on 31-7-2013 02:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2013 02:33 PM | Show all posts
wah rumah baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 02:37 PM | Show all posts
wipers81 posted on 31-7-2013 02:33 PM
wah rumah baru....

kiter malu.. kite budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjukkan yer..  
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:42 PM | Show all posts
percintaan dua spesis amfibia ni pehal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 02:48 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 31-7-2013 02:42 PM
percintaan dua spesis amfibia ni pehal?

saja suka2 kita tengok siapa yang menang. katak yang menang atau iguana yang mengigau.. hehehee..



Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:56 PM | Show all posts
mcm best..sambung lg ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2013 03:08 PM | Show all posts
Citer baru eh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 09:21 AM | Show all posts
awanjingga posted on 31-7-2013 03:08 PM
Citer baru eh...

boleh lah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 09:29 AM | Show all posts
Okeh cerita baru blh sbg layan tapi yg lama tu dilupa jgn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 02:10 PM | Show all posts
Sambungan

Enjoy kaka..

****************************************


Itulah,Ummi dan baba kawin awal jadi walaupun baba baru masuk 58 dan ummi baru 50 anakdah besar-besar, mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Masa tu baba belajardi Birmingham university. Ummi masa tu hanya seorang suri rumah. Baba tengahbuat ijazah. Semua adik beradiknya lahir diluar Negara termasuklah dia. Dialahir di Cardif sebab masa tu baba tengah sambung PHD. Bayangkan dahlah itu duduk kat sana sampai umur dia 6 tahun sebelum UKM tawarkan baba jadi pensyarah di falkulti kejuruteraan sampai lah pencen. Dia agaknya terkenan sikit omputih langsung dia tak ada rupa adik beradik yang lain. Warna mata jer dah lain adik beradiknya semua memiliki warna mata coklat dia warnanya lebih kepada coklat jernih macam kehijauan sikit. Nasib kulitnya tak putih melepak macam ilbino tapi putihlah sikit dari adik beradik dia yang lain. Di sebabkan dia ganjil sedikit maka orang selalu usik mengatakan dia ni anak angkat. Itu yang buat dia mengamuk satu rumah bila ada suara tak ada insurans cakap macam tu. Jenuh ummi dan baba nak terangkan.  Dah lah nama dia Chempaka Ilona. Lagilah orang pelik. Tapi sekarang dah besar dah dia biasa. Malah rasa bangga. Lain dari yang lain.

“Adik,sudah lah tu hari dah tinggi, berhentilah..” tegur Hajjah Khatijah.

“Baik ummi,” Chempaka Ilona patuh. Diakan anak kesayangan semua.

Hajjah Khatijah memerhati anak gadisnya menyusun segala perkakasan berkebun.Ditatapnya wajah Chempaka Ilona dengan penuh kasih. Chempaka Ilona lain dari adik beradik yang lain.Dia begitu menyenangkan, pandai mengambil hati mereka yang berada disekelilingnya. Cuma kadangkala sikap degil dan tegasnya mengalahkan adik beradiknya lain. Hajjah Khatijah bersyukur dengan anugerah ALLAH ini Chempaka Ilona tahu apa kesukaan orang dan apa yang orang tidak suka. Jika suami suka membaca Chempaka Ilonabanyak membeli bahan bacaan untuk babanya setiap bulan ada sahaja bahan bacaan yang baru. Hajjah Khatijah pula suka bercucuk tanam suka pada bunga dan menjahit selalu saja Chempaka Ilona membawa pokok benih bunga yang baru ataubuku-buku berkaitan jahitan dan kerja tangan. Chempaka Ilona anak yang menyejukkan hati keluarga. Itulah doanya sewaktu didepan Kaabah. Sewaktu itu dia tengah mengandungkan Chempaka Ilona. Alhamdulillah anak itu benar-benar penyejuk hati kedua ibu bapa dan keluarga. Kalau nakal itu adatlah. Semua kanak-kanak nakal. Sejahat-jahat manusia pasti ada kebaikan yang pernah dilakukannya walaupun sebesar zarah mungkin di pandang ALLAH dengan pandanganyang rahmat. Sebaik-baik manusia pasti ada sedikit keburukan yang merekalakukan.

“Ummi nak masak apa hari ni?” tanya Chempaka Ilona mengesat peluh dengan hujung lengan baju. Tangannya laju mencapai gelas dan menuang air suam lalu diteguknya. Dahaga nak amat. Dia tak biasa minum ais atau makan makanan sejuk terlalu banyak dia boleh sakit tekak keesokkan tambahan pula cuaca panas begini. Lagilah mudah. Lagi pula dia ada sejarah asma, walaupun tidak teruk sehingga memaksa dia menggunakan inhealer, dia lebih gemar berhati-hati.

Tangan Hajjah Khatijah membantu menyapu peluh didahi Chempaka Ilona, “Tadi ummi ada petik pucuk labu dekat belakang. Kita rebus air saja, buat sambal belacan sikit lepas tu goreng ikan, masak yang simple dah cukup.”

“Itu jer?” tanya Chempaka Ilona.

“Kenapa?Adik nak ummi masakkan kambing tergolek ker? Cukup lah untuk makan tengahari.Kita bertiga jerk lagipun malam ni baba dengan ummi nak ke surau ada tahlil.Jadi makan di sana. Petang ni ummi nak tengok kedai.”

“Manalah tahu Ummi nak masak gajah salai ke? Unta kuzi ke? Okey lah kalau macam tu. Adik masuk dulu. Nak mandi” Jawab Chempaka Ilona mengusik.

Hajjah Khatijah menggeling bila mendengar jawapan Chempaka Ilona. Tak mengusik sehari tak sah hidup. Hajjah Khatijah tersenyum melihat Chempaka Ilona naik keatas.Dia ingin menanti suaminya pulang Haji Hadee. Katanya berjumpa dengan kawan.

Chempaka Ilona memanjat tangga berkayu parker itu untuk naik kebilik sambil berlaguriang. Sampai dibilik pintu sliding door dibiliknya dibuka. Dibiarkan angin masuk. Biliknya berhadapan dengan pokok mangga rumah jiran sebelah jadi terhalang lah sedikit dari penglihatan jiran. Sebab corridor bertemu corridorkan. Karang ada yang buat acara cicak man pulak. Chempaka Ilano menyanyikan lagu selasih ku sayang bersatu dengan suara di dalam cd yang di pasang sambilmembuka tudung yang dipakai. Ikatan sanggul rambutnya di lepaskan. Jari-jemariruncingnya mengurut kulit kepala. “Fuhh leganya. Nikmat sungguh.”

Rambut Chempaka Ilona yang panjang diparas pinggang dan ikal dibawah warnanya juga agak keperangan dibaunya, mana mahulah ada bau yang kurang menyenangkan haruslahdibasuh kalau tak nanti rambut rosak. Dah tak cantik.

Farhad yang kebetulan berada di dalam bilik terdengar lagi suara itu. Aikk katak dah menyanyi balik dah. Mendayu-dayu sungguh macam orang baru putus cinta apa. Siapalah yang gila sangat dengan lagu lapok ni. Pintu sliding door dibuka dia. Nampak kelibat orang dirumah sebelah. Matanya terpaku dengan bayang-bayang dari rumah sebelah biasannya dapat dilihat dari kain langsir yang nipis. Tapi masih seperti tadi tak nampak rupa orang itu.  Rugi jerk. Farhad masih cuba mengintai.

Sekali lagi Chempaka Ilona terasa seperti ada mata yang memerhati, terus tangannya menggagau mencari langsing lagu satu dan menariknya.

“Alamak..terlepas lagi.” Keluh Farhad Nur Iman. Bukan apa masa subuh tadi terdengarorang mengaji lepas tu pagi-pagi lagu-lagu lama jadi halwa telinga maun dia takpelik. Selama dia balik dari Qatar dah dekat tiga minggu baru hari ni diadengar orang menyanyi. Ish.. miszery sungguh.

Chempaka Ilona bersiap. Dia bergaya dengan jeans denim hitam dan kemeja chiffon peach dari Zara yang dibeli dua bulan sudah disarung kebadan. Tudung belit sana belit sini bercorak rama-rama dipadankan dan hanya mengenakan solekan nipis taraaa dah siap. Beg coach dicapai. Beg kesayangannya. Dia menutup pintu sliding doordan menarik langsir.

Ummi,baba Adik nak keluar nak jumpa Hani kejap erk..” Chempaka Ilona memberi tahuorang tuanya.

“ada apa nak jumpa Hani,” tanya Haji Hadee. Dia pun bukanlah mengongkong sangat dia tahu anak-anaknya pandai menjaga diri telah dia dan isterinya bekalkan ilmu dunia dan ilmu akhirat jadi terpulang pada pilihan masing-masing dia hanya boleh memerhati, menegur jika ada yang silap dan membimbing. Tapi sebagai orang tua dia berhak tahu kemana anaknya pergi.

“Baba lupa yaa.. kan Hani buka butik muslimah dekat SACC MALL Shah Alam tu ada pertunjukkan amal sabtu ni. Dia minta Adik jadi model pakaian dia. Kali nijubah untuk raya haji punya collection, kita nak sambut raya hajikan tak lama lagi..baba lupa yaa” terang Chempaka Ilona. Hani Ixora kawan baiknya sewaktu di luar Negara merangkap kawan usrahnya. Anak orang berada jadi tak ada yang mustahil ada duit semua jalan. Tak ada duit semua ilek.

“dah bukak dah butik dia adik? Jadi jugak dia bukak butik tu yaa.. bagus lah..”sampuk Hajjah Khatijah. Dia cukup pekenan dengan Hani Ixora kawan baik anaknyaitu. Baik dan manis budaknya. Walaupun dari orang yang berada tapi tetap merendah diri. Kalaulah anaknya Naqib pekenan nak saja dia kenenkan. Cuma bila mengenangkan siapa mereka dengan keluarga Hani Ixora dia menjadi segan yangteramat.

“dah lima bulan butik tu berjalan, but ni first time dia buat pertunjukan collection jadi dia mintak tolong adik jadi salah sorang model untuk pakaian dia. Model yang dia ambik pun semua dari kalangan keluarga dia jugak. Dia cakap buat apa ambik model berbayar membazir lagipun ni project amal” terang Auna Auliapanjang lebar.

Haji Hadee tergelak sedikit bila mendengar Chempaka Ilona akan jadi model kepada rekaan Hani, “boleh ke adik nak jalan catwalk” tanya Haji Hadee menahan ketawa.


*****************************

bersambung





Last edited by mrsT on 1-8-2013 02:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:02 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk org sebelah tahu yg empunya suara tu seorang gadis yg cantik
tentu terperanjat gileeerrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 03:51 PM | Show all posts
kaka T dah keluar citer baru...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:33 PM | Show all posts
wow!!! dah kuar cite baru...   kisah cinta 2 ekor katak puru cun ekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:07 PM | Show all posts
TT sambung lah lagi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.089471 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list