View: 7062|Reply: 56
|
[Tempatan]
{6}Salah Serbu: Rumah Pengetua agama diceroboh 20 org bersenjata tanpa waran!
[Copy link]
|
|
16 Ogos 2013
Ahmad membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
RANTAU PANJANG - “Maaflah, kami tersalah rumah,” kata pihak berkenaan, yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang pengetua di Taman Nering, jam 3 pagi, kelmarin.
Setelah pihak terbabit memeriksa rumah selama lima minit, pengetua yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, berkata, salah seorang daripadanya memohon maaf kerana tersilap rumah.
Rosakkan beberapa pintu
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, memohon penjelasan daripada pihak berkenaan, menceroboh kawasan rumah pada lewat malam tanpa mempamerkan waran geledah.
Ketika kejadian katanya, dia dan isteri bersama dua anak sedang tidur di dalam bilik, terkejut dengan ketukan kuat di bahagian pintu depan rumah.
Serentak dengan itu, mereka mendengar jeritan seorang lelaki yang mengarahkan mereka membuka pintu dengan segera.
“Jika saya enggan membuka pintu, mereka menjerit akan memecahkan pintu dan menceroboh masuk.
“Walau siapa pun berada di luar, saya tidak akan buka kerana berhak untuk menjaga keselamatan keluarga dan harta benda,” katanya.
Pernah dirompak penjenayah mengaku pihak berkuasa
Ahmad yang juga pengetua sekolah agama berkata, keluarganya masih trauma mengenangkan kejadian yang sama pernah berlaku 2008 lalu.
Ketika itu katanya, mereka dirompak oleh penjenayah, menggunakan cara yang sama.
“Penjenayah lengkap berpakaian kalis peluru, seragam gelap, menutup muka dan mengetuk pintu dengan cara yang kasar.
“Mereka juga mengaku pihak berkuasa dan meminta kami bekerjasama bagi menyelesaikan kes jenayah,” katanya.
Percaya dengan dakwaan tersebut, Ahmad membuka pintu namun tanpa disangka mereka disamun sehingga menyebabkan kerugian yang banyak, apabila penjenayah melarikan barang kemas isteri dan beberapa peralatan rumah lain.
Disebabkan itulah katanya, dia enggan membuka pintu kerana tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.
Keluarga Ahmad dikejutkan dengan kehadiran hampir 20 lelaki bersenjata, menutup muka dan mengarahkan mereka membuka pintu, pagi kelmarin.
Halang penduduk dekati rumah
Kekecohan yang berlaku menyebabkan jiran dan saudara terdekat mengerumuni rumah.
Namun katanya, meskipun diajukan pelbagai persoalan, penduduk dihalang untuk mendekati rumah.
“Hanya selepas sejam berlalu dan identiti pegawai berkenaan dipastikan sendiri oleh penduduk, barulah saya bersetuju untuk membuka pintu.
“Disebabkan mereka memecahkan pintu lebih awal, ia rosak sehingga menyebabkan saya terpaksa membuka pintu sliding bersebelahannya,” katanya.
Lebih mengecewakan, Ahmad berkata, pegawai berkenaan memasuki bilik dan menggeledah almari dan keluar dalam masa lima minit.
“Hanya selepas mendapati kami berempat berada di rumah, malah anak lelaki masih kecil, pegawai berkenaan keluar tanpa sepatah kata.
Pintu dapur rosak akibat ditendang pihak berkenaan.
Maruah tercalar
“Meskipun saya mengalami kerugian akibat kerosakan pintu itu, namun ia boleh digantikan dengan wang ringgit.
“Namun maruah yang tercalar tidak akan dapat dipulihkan dalam masa yang singkat,” katanya.
Beliau berkata, maruahnya sebagai seorang guru malah pengetua sekolah agama, tercalar disebabkan pihak berkenaan melakukan kesilapan membaca peta.
Sepatutnya Ahmad berkata, pihak berkenaan memastikan sasaran terlebih dahulu, sebelum mengambil tindakan.
Cara itu katanya, menunjukkan kurangnya integriti sebaliknya mengambil mudah dengan melabel penduduk sebagai tidak bekerjasama membanteras jenayah.
“Saya menggesa pihak berkenaan memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan,” katanya. - SH
p/s salah terjah ? apa cer nie?
Last edited by tongkatwaran75 on 16-8-2013 04:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
maruah tak tercalar laa...
maruah pegawai yang geledah tu yang tercalar... |
|
|
|
|
|
|
|
agaknye pakcik ni duduk dlm kawasan kejiranan ketua gangster kot.. tu yg silap rumah tu
kesian pakcik ni |
|
|
|
|
|
|
|
nih mesti silap pangkah umah mcm cerita ali baba bujang lapuk nih |
|
|
|
|
|
|
|
kena tindakan tatatertib tak pegawai yang menggeledah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaa, ini hal pun ada kaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
masuk geledah tanpa waran? |
|
|
|
|
|
|
|
pakai je uniform terus terasa "mengatasi "undang undang...
itu sebab buruk laku gitu...pelagi, sila namakan kerajaan Malaysia sebagai Plaintif |
|
|
|
|
|
|
|
boleh je geledah rumah tanpa waran..
asalkan yang datang itu berpangkat inspektor dan ke atas.. |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 16-8-2013 01:19 PM
boleh je geledah rumah tanpa waran..
asalkan yang datang itu berpangkat inspektor dan ke atas..
kak mie..kalau tersalah rumah dan terdapat kerosakan pada rumah cmne?polis cover tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Menakutkan plak dok rantau panjang nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tegur skit...nanti ade la yg melenting menghalang penjawat awam menjalankan tugas....bole didakwa katanya
Malas nak ckp byk. Lu pikir lah sendri. |
|
|
|
|
|
|
|
ogata posted on 16-8-2013 01:27 PM
kak mie..kalau tersalah rumah dan terdapat kerosakan pada rumah cmne?polis cover tak?
ntah lah.. mcm tak pernah pula ada jumpa kes salah rumah..
sebab selalunya sebelum geledah dibuat, risikan dah buat dulu..
kalau salah rumah, risikan fail lah.. pegawai risik lah kena bayo..
|
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 16-8-2013 01:30 PM
ntah lah.. mcm tak pernah pula ada jumpa kes salah rumah..
sebab selalunya sebelum geledah dibu ...
so kes ni i dapat magine dey ols tong tong bayar kerosakan
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian pokcik. selalu orang kampung yang tak terdedah dengan selok belok undang2 ni yang jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
musti ade sumthing pocit tu........
kalau x takkan 2 kali |
|
|
|
|
|
|
|
rumah kawan aku pun pernah kena nie... kata ada org bagitau ada simpan senjata api kat umah... main masuk serbu gitu2 jeq... trauma kawan tue! |
|
|
|
|
|
|
|
yg neh la yg aku takut..kot2 la tetiba tgh2 mlm org ketuk pintu mcm nak roboh, pastu geledah umah..pastu selamba ja kata salah umah..leh trauma dibuatnya..
setakat neh yg selalu silap ketuk umah iols org hantar pizza..selalunya pizza hut delivery..
pastu poslaju pun sama..kadang2 tgk ada slip brg, tp alamat jiran sebelah..
aku plak asik lupa nak beli nomot2 nak tampal kat pintu umah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tuntut ganti rugi lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|