CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2626|Reply: 7

[Dunia] Bukti gas beracun di Syria

[Copy link]
Post time 26-8-2013 03:56 PM | Show all posts |Read mode


Foto yang didakwa sebagai bahan bertoksik tinggi yang disimpan di dalam stor anggota FSA di bandar Jobar.



DAMSYIK - SYRIA. Ribuan penduduk mengalami gejala keracunan neurotoksik dan seramai 355 lagi terbunuh di Damsyik membabitkan satu serangan senjata kimia.

Pengarah perubatan kumpulan bantuan Medecins Sans Frontieres (MSF), Bart Janssens berkata, seramai 3,600 mangsa membanjiri tiga hospital hanya dalam tempoh sejam sejurus pinggir bandar al-Ghouta diserang.

"Majoriti pesakit menunjukkan tanda-tanda terdedah kepada agen gas neurotoksik, namun MSF tidak dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," kata Janssens dalam laporan MailOnline.

Janssens berkata demikian selepas ketibaan Wakil Tertinggi Hal Ehwal Pelucutan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Angela Kane ke Damsyik bagi tujuan menggesa
kumpulan penyiasat badan itu diberi pelepasan memasuki lokasi serangan.

Minggu lalu, beberapa hari sebelum serangan, sepasukan pemeriksa khas PBB tiba di Syria untuk menyiasat kewujudan penggunaan senjata kimia. Setakat ini, kumpulan anggota
Tentera Pembebasan Syria (FSA) menafikan dakwaan bertanggungjawab terhadap serangan namun enggan membenarkan pasukan khas PBB itu memasuki lokasi kejadian.

Kelmarin, stesen TV tempatan melaporkan sepasukan keselamatan Syria berjaya mengepung sebuah gudang dalam kawasan Jobar, dipercayai menjadi tempat simpanan bahan bertoksik tinggi.

Sementara itu, aktivis antarabangsa berkata, insiden gas beracun di Damsyik bakal dilabelkan sebagai serangan terbesar di Syria sejak kejadian pembunuhan etnik Qurds ketika di zaman pemerintahan Saddam Hussein.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2013 04:12 PM | Show all posts
kacau bilau ...huru hara
kesian kanak kanak...tak tergamak nak tengok video kesengsaraan mereka terkena gas beracun
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 04:53 PM | Show all posts
aku kat sini tgk bidio dari al jazeera mmg rasa nak nanes tgk kanak2 n baby terbaring dengan badan yg basah berpeluhnya..memandang ke siling tatkala petugas perubatan cuba selamatkan mereka. terus teringatkan anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 04:57 PM | Show all posts
rakyat syria mesti taat pada pemimpin baru bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 04:58 PM | Show all posts
apa yang PBB leh buat kalau terbukti betul?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 05:03 PM | Show all posts
tak sanggup tengok kanak2 n bayi yg jadi mangse.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2013 07:50 PM | Show all posts
ternyata FSA yg lancar serangan gas beracun ini supaya kuasa asing(terutamanya USA) dapat alasan utk melancar serangan terhadap tentera Syria

masih ingat tak semasa USA serang Iraq pun menuduh Iraq ada "weapons of mass destruction"

sejarah akan berulang kalau manusia tidak belajar dari sejarah... Last edited by ooibuiang on 26-8-2013 07:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 07:57 PM | Show all posts
http://nsnbc.me/2013/08/25/forme ... emical-weapons-use/


Published On: Sun, Aug 25th, 2013
Middle East | By Christof Lehmann
Former Jabhat al-Nusrah Member admits Chemical Weapons Use
Share This

    Add to Delicious
    Share on FriendFeed
    Digg
    submit to reddit

Tags
Syria

Christof Lehmann (nsnbc) ,- Abdola Al-Jaledi, a former high-ranking member of the Jabhat al-Nusrah front has revealed on his Twitter account @abo_almonthir, that his Jabhat al-Nusrah colleagues are in possession of chemical weapons, reports the independent Syrian Dampress Online Journal.

A former member of the al-Qaeda associated, foreign-backed Jabhat al-Nusrah front which is fighting the Syrian Armed Forces in an attempt to oust the Syrian government to establish an Islamic Sharia state, has admitted that Jabhat al-Nusrah is in possession of chemical weapons, to be used in attacks in Syria.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.045188 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list