CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: gogo2

[Dunia] Amerika akan membantu sekutunya Sunni Islam di Syria memerangi Syiah

[Copy link]
Post time 28-8-2013 04:00 PM | Show all posts
kalu dpt tgkp assad..adeke akan dilempar ke laut gtu? cm megatron?....eh..mcm osama?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 04:07 PM | Show all posts
Habis la bashar dengan puak alawiyah semua. Itu laa. Zalim sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:11 PM | Show all posts
Santeira posted on 28-8-2013 03:13 PM
Hari tu pun Israel dah terang2 bom Syria sbb bermusuh ngan Assad. so sapa sebenarnya kawan zionis? I ...


syiah kawan zionis,
wahabi sunni  kawan zionis
Al Sissi kawan zionis
Morsi kawan zionis
FSA kawan zionis

so, sapa subenarnya musoh zionis nih...??


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:17 PM | Show all posts
pyropura posted on 28-8-2013 04:11 PM
syiah kawan zionis,
wahabi sunni  kawan zionis
Al Sissi kawan zionis

Dr dulu lg aku dah cakap, FSA tu kawan zionis.Yg lain aku tak tau. sama ada FSA tu syiah ke wahhabi ke sunni ke, aku tak tau. tapi dorang sebenarnya yg buat kacau, and they're backed by israel . assad hanya bertindak mcm tentera mesir bertindak sbb rakyat syria sedang diancam pengganas, situasi yg sama sedang berlaku di mesir.
Last edited by Santeira on 28-8-2013 04:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:19 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 28-8-2013 02:03 PM
Kita tengok puak taksub sunni pprt buat konar baring mcm mana pulop kali ni....

bukan?
dulu berbuih mulot dok cakap syiah adalah yahudi laknatullah pelbagai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:22 PM | Show all posts
hukuman kpd assad ni patut di lancap kan seumur hidup...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2013 04:29 PM | Show all posts
Vokuro posted on 28-8-2013 04:19 PM
bukan?
dulu berbuih mulot dok cakap syiah adalah yahudi laknatullah pelbagai.

Kali ni kita tengok la pulak depa nak kona lagu mana...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:31 PM | Show all posts
Santeira posted on 28-8-2013 04:17 PM
Dr dulu lg aku dah cakap, FSA tu kawan zionis.Yg lain aku tak tau. sama ada FSA tu syiah ke wahhab ...


..ko perasan tak pengganas kat Mesir (esp. kat Sinai) hanya mula beraksi semasa pemerintahan tentera (proses transisi setelah kejatuhan hosni Muberak)...tidak kah ini seolah-olah sengaja diujudkan oleh tentera sendiri sebagai justifikasi untuk mengganyang puak2 Islamists (esp. Brotherhood)...??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu diaa, US @ polis dunia dah mai. Katanye jd saviour. Bukan nak jatuhkan rejim Assad tp nak ajar meka krn gunakan chemical weapon.   Last edited by paperchase on 28-8-2013 04:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:36 PM | Show all posts
pyropura posted on 28-8-2013 04:31 PM
..ko perasan tak pengganas kat Mesir (esp. kat Sinai) hanya mula beraksi semasa pemerintahan ten ...

aku tak tau kenapa ko fikir begitu. senang cerita, aku tak fikir begitu.

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 06:06 PM | Show all posts
Aku nak cerita teori konspirasi lak..boley ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 06:09 PM | Show all posts
karengkang posted on 28-8-2013 06:06 PM
Aku nak cerita teori konspirasi lak..boley ?

senjata HAARP US?
illuminati cemburu dengan kejayaan ummah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 06:22 PM | Show all posts
Amerika, Syria di ambang perang
2013/08/28


Pemberontak melancarkan serangan balas terhadap tentera rejim ketika bertempur di Khanasser, kelmarin. - Foto AFP

Amman: Diplomat Amerika dan sekutunya sudah memaklumkan kepada pemberontak Syria bahawa Kuasa Barat boleh menyerang negara itu dalam tempoh beberapa hari saja lagi.

Beberapa sumber yang menghadiri mesyuarat antara pemimpin pembangkang Syria dengan diplomat dari Washington serta kerajaan negara lain di Istanbul semalam berkata pemberontak diberitahu bahawa mereka boleh menjangka tindakan ketenteraan dan diminta bersedia untuk rundingan damai.
Pembangkang dimaklumkan bahawa tindakan untuk menghalang rejim Assad daripada terus menggunakan senjata kimia akan dilakukan seawal beberapa hari lagi dan mereka dikehendaki bersedia untuk mengadakan rundingan damai di Geneva, kata sumber itu.

Sumber itu juga menyatakan Presiden Pakatan Kebangsaan Syria Ahmad Jarba menemui wakil daripada 11 negara yang menyokong pemberontak termasuk duta Amerika ke Syria, Robert Ford di Istanbul.

Serangan gas beracun

Pada masa sama, Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel, berkata tentera Amerika di wilayah itu sudah bersedia untuk menjalankan tugas ketika Washington bersama sekutunya di Eropah dan Asia Barat menyediakan rancangan untuk menghukum Presiden Bashar al-Assad didakwa melancarkan serangan gas beracun yang mengorbankan lebih 1,000 orang minggu lalu.

Pemeriksa dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata mereka menemui bukti bahawa rejim Assad bertanggungjawab dalam serangan senjata kimia membabitkan gas saraf ke atas rakyatnya.
Bagaimanapun tentangan daripada Russia dan China menyukarkan usaha untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa, pemimpin Barat mungkin menangguhkan rancangan itu.

Perdana Menteri Britain David Cameron memanggil satu mesyuarat tergempar parlimen untuk membincangkan mengenai isu Syria esok.

Beliau bersama Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Perancis Francois Hollande berdepan persoalan sukar mengenai sejauh mana batas campur tangan, kemungkinan besar serangan udara akan berakhir dan sama ada mereka bersedia menyerahkan kuasa kepada pemisah Islam yang anti Barat jika Assad digulingkan.

Pasaran saham merudum

Sementara itu di Asia, pasaran saham merudum manakala harga minyak meningkat awal semalam disebabkan kebimbangan berlaku satu lagi peningkatan dalam perang di Syria yang sudah menjangkau 29 bulan.

Bercakap di Washington dan sekutunya bersedia melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran Syria, Setiausaha Negara Amerika, John Kerry, menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad cuba menyembunyikan sesuatu.

AFP/REUTERS
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 5.162441 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list