CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8280|Reply: 65

[Tempatan] Pemuda maut disambar petir

[Copy link]
Post time 2-9-2013 09:47 AM | Show all posts |Read mode



PUCHONG – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut menantu pada majlis perkahwinan diadakan di Taman Mawar di sini semalam berakhir duka apabila adik pengantin lelaki maut disambar petir.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Mohd Fareez Naim Mhd Fuzi, 18 dikatakan berjalan kaki memayungi ibu saudaranya ke kereta berikutan hujan lebat. Ketika berada beberapa meter dari jarak khemah perkahwinan abangnya, mangsa, ibu saudaranya dan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun tiba-tiba disambar petir dan tercampak.

Saksi kejadian, Abd Manap Kamal Baharin berkata, dia ternampak percikan api dan bunyi kuat seperti letupan.

Menurutnya payung yang dipegang mangsa terbakar dan panahan petir menyebabkan ketiga-tiga mangsa rebah di atas jalan.

“Beberapa tetamu yang berada di khemah terus berlari ke tempat kejadian sambil melaungkan ALLAHUAKBAR beberapa kali.

“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital, namun Fareez yang menuntut di Politeknik Port Dickson disahkan meninggal dunia beberapa minit selepas itu,” katanya.

Bapa arwah, Mhd Fuzi Mahmud, 55 berkata, sebelum kejadian anaknya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

Katanya, anak kelima daripada enam beradik itu seorang yang peramah.

“Kejadian berlaku ketika anak saya menghantar ibu saudaranya yang mengandung ke kereta. Saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya yang masih sugul dengan kejadian menimpa anaknya itu.

Sementara itu, juruhebah perkahwinan, Azizul Azwan Amran, 31 berkata, arwah orang yang pertama sampai di khemah perkahwinan terletak beberapa meter dari rumah keluarganya, semalam.

Arwah katanya sempat bersembang dengannya dan menyatakan baju yang dipakainya adalah pilihannya.

“Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang menyatakan baju pemberian bapanya yang dipakai saya pagi semalam adalah pilihannya.

“Ayat terakhir dia saya tidak akan lupa abang kena ingat sampai bila-bila baju ini saya yang pilih,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 09:49 AM | Show all posts
takziah..muda2 lagi dak ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 09:51 AM | Show all posts
agak good looking orangnya.. apa2 pun.. Alfatihah kpd mangsa.. semoga keluarga tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ajal nyer begitu... alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 09:56 AM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ... hensem nya arwah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:00 AM | Show all posts
takziah buat keluarga..sedih nyer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2013 10:00 AM | Show all posts
Al-fatihah dan takziah ke atas keluarga mangsa..

Berdasarkan laporan wartawan,


dikatakan berjalan kaki memayungi ibu saudaranya ke kereta berikutan hujan lebat. Ketika berada beberapa meter dari jarak khemah perkahwinan abangnya, mangsa, ibu saudaranya dan seorang sepupu perempuan berusia tujuh tahun tiba-tiba disambar petir dan tercampak.


aku yakin, ia dalam jarak lebih daripada 10 meter dan kenduri perkahwinan itu dijalankan di kawasan yg lapang.

Terdapat banyak unsur logam / konduktor elektrik dan taqdir Tuhan, payung yg dipegang oleh mangsa adalah objek logam paling tinggi berbanding kereta, atau sebarang konduktor elektrik yg lain dlm perimeter 10 meter.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:04 AM | Show all posts
Aku dengar berita ni semalam.Kawan aku cite sebab arwah tu kawan dia.Berlaku juga depan mata dia.
Lepas kena sambar tu dia pi tengok arwah dah tak de nadi tapi arus elektrik masih ada dalam badan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 10:08 AM | Show all posts
Takziah dari ambo.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:17 AM | Show all posts
urm. innalillah. kalau petir cuaca tak elok suruh keluarga sanak saudara duk dalam rumah.. bahaya tau.. hurm..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:20 AM | Show all posts
Al-Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:20 AM | Show all posts
takziah buat keluarga mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:24 AM | Show all posts
siannyer..
Innalillah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:26 AM | Show all posts
takziah..

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:34 AM | Show all posts
semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang beriman..semalam memang ujan lebat ribut petir pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:48 AM | Show all posts
alfatihah...nampak baik bdk ni ensem pulak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 11:24 AM | Show all posts
Fitrah manusia suka pada kecantikan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:28 AM | Show all posts
al-fatihah......
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:30 AM | Show all posts
soalan stendet wartawan..
apa perbuatan pelik arwah???
kemon la wartawan..toksah tanya soalan pelik gitu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:33 AM | Show all posts
kesian.. muka nampak budak baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.425425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list