SEREMBAN, 13 September - Seorang lelaki warga Amerika Latin cedera di pinggang akibat ditembak ketika cuba menyerang anggota polis yang mengejarnya dalam kejadian di Jalan Taman Permai di sini semalam.
Selain dapat memberkas suspek, kejadian pukul 12 tengah hari itu juga dapat menahan rakan wanita lelaki itu yang disyaki hendak melakukan jenayah di kawasan Rasah Kemayan, Seremban 2 di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, kejadian berlaku apabila pasangan suspek berkenaan dilihat mencurigakan di sebuah taman perumahan di Rasah Kemayan ketika sedang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra bersama dua lagi rakan senegaranya.Kosmo!
p/s mcm warganegara dlm Msia...tu pun nak panggil 1.4 juta bangla masuk...
|