CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2863|Reply: 2

Inspirasi Harian - Hari Malaysia 16 Sept 2013

[Copy link]
Post time 16-9-2013 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Selamat Hari Malaysia semua. Mari kita doakan negara yang aman, sentosa, adil dan saksama demi kemuliaan Allah.



Kami mengisytiharkan kemaraan Kerajaan dan pemerintahan-Mu, tidak ada pengakhirannya bagi negara ini dan juga seluruh bumi. Hari ini, kami, gereja-Mu, mengarahkan diri kami dengan rancangan Kerajaan-Mu. Semoga Kerajaan-Mu akan datang ke atas Gereja-Mu di tanah ini. Hapuskan semua pekerjaan musuh yang menentang Gereja-Mu supaya ia dapat memberikan kemuliaan dan kebesaran kepada Nama-Mu.

Semarakkan semangat-Mu di dalam Gereja-Mu untuk melaksanakan rancangan keselamatan-Mu terhadap kami sebagai sebuah negara pelangi yang akan menjadi berkat bagi semua orang! Semoga semua orang akan memuji Engkau!

Kami mengisytiharkan, “Datanglah Kerajaan-Mu “ di dalam setiap bidang masyarakat: politik, ekonomi, sosial, agama, kehakiman, ketenteraan, pendidikan, media dan seni. Lantiklah orang-orang benar untuk menyandang jawatan di setiap jawatan tertinggi bagi melayani rancangan-Mu dan meneyelaraskan negara kami kepada rancangan syurgawi-Mu. Kami berterima-kasih kepada-Mu bagi mereka yang sudah Engkau tempatkan untuk menaungi negara ini. Semoga mereka akan takut akan nama-Mu untuk bertindak di dalam keadilan, belas kasihan dan berjalan dengan kerendahan diri di hadapan-Mu.

Terima kasih atas pemberian dan berkat-Mu yang melimpah ke atas negara kami. Kami mempercayakan ekonomi kami ke tangan Engkau. Pimpinlah kami kepada jalan yang benar untuk nama-Mu. Berkatilah gereja-Mu dengan sumber-sumber untuk melakukan rancangan-Mu dan melaksanakan peranan yang Engkau berikan! Bantulah kami untuk megendalikan sumber-sumber yang Engkau berikan dengan baik.

Bebaskanlah kami daripada ketamakan dan perasaan takut akan kekurangan. Bebaskan kami daripada roh pemberontakan dan keinginan untuk berdikari daripada-Mu. Tanpa Engkau, kami tidak mampu berbuat apa-apa. Ampunkan kami atas dosa pemberontakan, gah diri, kepalsuan, berhala, kepincangan moral, perjudis, penyelewengan dan ketidak-adilan. Ampunkan kami, gereja-Mu, kerana gagal menjadi terang dan garam-Mu. Bukalah pintu syurga dan curahkanlah ombak pertaubatan dan pemulihan.

Tuhan, Kerajaan Allah adalah milik-Mu. Semoga kuasa-Mu akan membebaskan gereja-Mu dan meluruskannya untuk kemuliaan dan rancangan-Mu! Kerajaan-Mu datanglah, kehendak-Mu jadilah melalui gereja bagi kemuliaan dan keagungan Anak-Mu, Yesus Kristus!

Last edited by bobkee on 16-9-2013 11:35 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2013 10:51 AM | Show all posts
bila tarikh tunku abdul rahman mangkat?

bila tarikh tun abdul razak mangkat?

bila tarikh tun hussein mangkat?

bila tarikh chin peng mampus????

sungguh irony...........




bila tarikh lahir che det???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2013 01:14 PM | Show all posts
Adakah kamu menyangka bahawa Aku suka melihat orang jahat mati?” firman TUHAN Raja. “Tidak! Aku mahu dia bertaubat dan hidup. Tetapi jika seorang baik berhenti berbuat baik, dan mula berbuat jahat dengan melakukan perkara-perkara menjijikkan yang dilakukan oleh orang jahat, adakah dia akan terus hidup? Tidak! Semua perkara baik yang pernah dilakukannya itu tidak akan diingat. Dia akan mati kerana dia tidak setia kepada-Ku dan kerana dia telah berdosa.

Tetapi kamu berkata, ‘Perbuatan Tuhan tidak adil.’ Dengarlah, hai orang Israel. Adakah kamu menyangka bahawa Aku tidak adil? Kamulah yang tidak adil. Apabila seorang baik berhenti berbuat baik, malahan mula berbuat jahat dan orang itu mati, dia mati kerana perbuatannya yang jahat itu. Apabila seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula berbuat yang adil dan baik, orang itu menyelamatkan hidupnya. Dia insaf akan kesalahannya lalu berhenti berbuat dosa. Oleh itu dia tidak akan mati tetapi akan hidup. Lalu kamu hai orang Israel berkata, ‘Perbuatan Tuhan tidak adil.’ Kamu berfikir bahawa Aku tidak adil, padahal kamulah yang tidak adil.

Sekarang Aku, TUHAN Raja memberitahu kamu, hai umat Israel, bahawa Aku akan mengadili setiap orang menurut perbuatannya. Bertaubatlah daripada kejahatan yang sedang kamu lakukan, dan jangan biarkan dosa kamu membinasakan kamu. Tinggalkanlah segala kejahatan yang telah kamu lakukan, dan biarlah fikiran dan hati kamu menjadi baru. Mengapakah kamu, umat Israel mahu mati? Aku tidak mahu sesiapa pun mati,” Demikianlah firman TUHAN Raja. “Bertaubatlah daripada dosa kamu dan hiduplah.”

- Yehezkiel 18:23-32
Kita sendiri tahu dan benar-benar yakin bahawa Allah mengasihi kita.
Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi orang lain, hidup bersatu dengan Allah, dan Allah hidup bersatu dengan dia.

- 1 Yohanes 4:16
Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya seperti bunyi bising yang tidak bermakna. Meskipun aku mempunyai kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, dan memahami hal-hal yang dalam, serta hal-hal yang tersembunyi, dan aku juga sangat percaya kepada Allah sehingga dapat mengalihkan gunung, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka aku tidak berguna. Meskipun aku mendermakan semua milikku kepada orang miskin, dan menyerahkan diriku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka semua itu tidak berfaedah bagiku.

Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong. Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.

- 1 Korintus 13:1-7

Demikianlah teladan yang patut ditaati orang yang soleh dan mengasihi Tuhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057199 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list