CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2711|Reply: 16

[Tempatan] {3}Lelaki mati ketika lari daripada anggota polis! post 3#

[Copy link]
Post time 17-9-2013 04:29 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang dipercayai mati mengejut selepas cuba melarikan diri daripada anggota polis di Jalan Putra, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR, 17 Sept – Seorang pekerja kedai makan dikenali sebagai Ah Yong yang cuba melarikan diri daripada polis ditemui mati dalam keadaan mulut berbuih dan badan kejang di Lorong Perak 4, Jalan Putra di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, sebelum kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, lelaki yang merupakan duda anak satu itu ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berada di kawasan tersebut untuk tugasan rutin.


“Lelaki berusia 35 tahun itu bagaimanapun terus memecut motosikal jenis Suzuki Smash sehingga ke Lorong Perak 4, Jalan Putra sebelum bertindak meninggalkan kenderaannya dan berlari.


p/s diserang sawan gile babi apaker?



Last edited by tongkatwaran75 on 17-9-2013 04:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Panik over sgt ni sampai bawa maut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 04:45 AM | Show all posts
Sempat paut pagar besi sebelum meninggal dunia

ALOR SETAR, 17 Sept : Seorang lelaki yang kepenatan selepas dipercayai berlari akibat dikejar anggota polis, sempat berpaut pada pagar besi depan syarikat pengangkutan di Jalan Putra, dekat sini, sebelum rebah dan meninggal dunia, kira-kira 11.3- pagi tadi.

Kejadian itu disedari orang ramai di kawasan terbabit yang kemudiannya cuba memberi bantuan kepada lelaki berusia 35 tahun itu tetapi gagal.

Difahamkan, mangsa sebelum itu dilihat dikejar dua anggota polis menaiki motosikal sebelum berhenti dan bersembunyi bawah pokok di kawasan terbabit kerana dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menahan lelaki yang juga duda anak satu berkenaan untuk pemeriksaan sebelum dia memecut motosikalnya.

Menurutnya, anggota polis mengejarnya sehingga ke kawasan berkenaan sebelum lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya di tepi jalan dan berlari tetapi anggota polis menahannya dalam keadaan kepenatan, tidak lama kemudian.

"Apabila anggota polis meminta kad pengenalan untuk diperiksa, tiba-tiba lelaki itu jatuh pengsan dan paramedik yang dipanggil untuk membuat pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya.- Harianmetro
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 04:51 AM | Show all posts
Dia ada kes ke ni? Buat apa lari kalau tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:14 AM | Show all posts
padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sawan???hik3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 06:41 AM | Show all posts
Tuhan bayar cash
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 07:14 AM | Show all posts
semput ni....sesak napas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 17-9-2013 04:51 AM
Dia ada kes ke ni? Buat apa lari kalau tak salah

Tak de lesen memandu.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 04:19 PM | Show all posts
jazaa posted on 17-9-2013 07:26 AM
Tak de lesen memandu.....

la tu je ke kesalahan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 17-9-2013 04:19 PM
la tu je ke kesalahan dia?

Setengah org panic......

Tu yg nampak polis mengelabah semcm ngalahkan nampak malaikat maut......
Akak pernah drive, lesen tak bawak.....roadtax kebetulan dah mati & tak sedar dah tamat hayat....blh eksiden le pulak hari tu.....tengah keta tersangkut dgn van apek, tetiba le pulak pulis 2 org dtg.......dah mcm cerita Mr bean je kan......

Malas nk pikir byk berserah je....dlm hati kata...nak takut apa dgn polis....habis pun dia blh saman je....bkn hukum gantung pun....bila polis sampai dekat kebetulan keta dah blh jalan.....akak pun angkat tgn dgn polis & kata - 'tak pe Encik, sikit je' .....pastu cepat2 chow......

Tengok kot cermin, apek tu yg kena saman.....


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:38 PM | Show all posts
jazaa posted on 17-9-2013 05:29 PM
Setengah org panic......

Tu yg nampak polis mengelabah semcm ngalahkan nampak malaikat maut.... ...

kau kalau bawak kereta je ada masalah...

reti drive ke tak ni..???



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:51 PM | Show all posts
kesiannye..dah ajal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lavajeans posted on 17-9-2013 05:38 PM
kau kalau bawak kereta je ada masalah...

reti drive ke tak ni..???

Reti.....

Tu lah kan....mcm2 masalah aku dgn keta ni. Tapi aku suka drive.....sorang2 dlm keta best.....kekdg klu blik kg sesorng, aku suka ikut jln lama.....menikmati alam semulajadi.....tengok rekabentuk rumah org N9, org melaka.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 06:00 PM | Show all posts
malang la sapa yg jumpa akak ni... kalau tetiba dia naik gila tak pasal2 kena langgar
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 06:02 PM | Show all posts
HUHA posted on 17-9-2013 06:00 PM
malang la sapa yg jumpa akak ni... kalau tetiba dia naik gila tak pasal2 kena langgar

x tau nk cakap apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 06:07 PM | Show all posts
jazaa posted on 17-9-2013 05:29 PM
Setengah org panic......

Tu yg nampak polis mengelabah semcm ngalahkan nampak malaikat maut.... ...

oh gitu ceritanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047777 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list