CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7471|Reply: 58

[Dunia] {9}Pelajar Britain di larang berhijab !

[Copy link]
Post time 17-9-2013 08:57 AM | Show all posts |Read mode

17 September 2013

Pelajar Britain di larang berhijab

        KOLEJ Birmingham Metropolitan, England, Britain  baru-baru ini mengeluarkan dasar melarang pelajar Islam memakai tudung atau pakaian menutup muka bagi tujuan keselamatan dan supaya mudah dikenali pada setiap masa.
       
        Pengharaman memakai tudung dan purdah diumumkan kepada pelajar bagi sesi baru permulaan pengajian di kolej itu minggu lalu, menyebabkan beberapa pelajar berpindah ke kolej lain.
       
        Seorang pelajar, Imaani Ali, 17, berkata dasar itu seperti menceroboh kebebasannya malah pihak kolej juga tidak memberi alternatif lain.
       
        “Saya dan rakan-rakan yang memakai tudung hanya diberitahu mengenai larangan itu ketika proses pendaftaran. Pihak keselamatan juga menyekat kemasukan kami di perkarangan kolej.
       
        “Tindakan ini satu diskriminasi beragama. Ini agama saya dan ini kepercayaan saya. Saya tidak mahu ke tempat yang tidak boleh menerima saya namun saya tiada pilihan lain ketika ini,” katanya.
       
        Seorang lagi pelajar 17 tahun yang enggan dikenali berkata, beliau nyata kecewa dengan dasar itu dan telah membuat keputusan untuk berpindah ke kolej lain di bandar.
       
        “Ini satu pemikiran dangkal. Keputusan memakai tudung adalah hak peribadi. Saya sangat terkejut apabila isu ini dibangkitkan memandangkan di sini terdapat ramai pelajar Muslim dan berbilang budaya.
       
        “Saya tidak rasa tudung akan mengganggu pembelajaran dan komunikasi dengan orang lain kerana saya tidak pernah mempunyai masalah dengan mereka,” katanya.
       
        Bagi pelajar A-Level Suleman Hussain, 17, turut tidak bersetuju dengan garis panduan terbaru itu.
       
        “Mereka datang ke kolej untuk belajar, bukannya akan membawa bom dan membuat kacau,” katanya.
       
        Bahas di Parlimen
       
        Susulan pengharaman itu, isu berhijab ini dibangkitkan di Parlimen.
       
        Ahli Parlimen Kattering, Philip Hollobone yang menolak penampilan menutup aurat menyuarakan isu ini kepada ahli bebas dan beliau menjawab tindakan itu menyalahi undang-undang dalam kebebasan kehidupan di Britain.
       
        Pengetua dan Ketua Eksekutif kolej, Dame Christine Braddock mempertahankan dasar itu dengan mengatakan, ia telah lama digunakan dan diperkenalkan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.


        “Kami mempunyai aspek kesaksamaan, kepelbagaian dan penyertaan dasar mantap di Kolej Birmingham Metropolitan, tetapi kami juga komited dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat.
       
        “Ia adalah untuk memudahkan pelajar dikenal pasti ketika berada di dalam kawasan kolej dan ia termasuk tidak mengenakan topi, hoodies dan tudung supaya wajah mereka sentiasa kelihatan,” katanya dipetik Mail Online
       
        Terima peraturan demi keselamatan
       
        Bagi Presiden Persatuan Muslim Britain, Omer El- Hamdoon berkata, pelajar di kolej itu perlu menerima dan mematuhi dasar ditetapkan.


        “Sesetengah mereka mungkin berpendapat ia adalah sebahagian daripada agama, tetapi mereka perlu praktikal. Contohnya jika anda ke bank menaiki motosikal anda perlu menanggalkan topi keledar supaya dikenali.
       
        “Sama juga ketika menduduki peperiksaan, pihak kolej perlu tahu siapa yang sedang menjawab kertas peperiksaan. Terdapat segelintir mereka merasakan ia menceroboh kebebasan bersuara, tetapi mereka perlu patuh kepada peraturan,” katanya.
       
        Menurut Chante Young, 17, yang mengambil jurusan perniagaan, pengharaman itu nyata membuatnya berasa lebih selamat.
       
        “Anda tidak akan tahu siapa si pemakainya kerana seluruh wajah ditutup dan hanya mata yang kelihatan,” katanya.


        Dalam satu kes di mahkamah dua minggu lalu, hakim Peter Murphy menyuruh seorang wanita berumur 21 tahun menanggalkan tudung sebelum dibenarkan membuat rayuan.


        Wanita itu menolak permintaan tersebut kerana terdapat lelaki di dalam bilik itu dan ia bertentangan dengan kepercayaan agamanya.
       
        Hakim kemudiannya memberi amaran terdapat risiko orang lain menyamar dan berpura-pura menjadi dirinya masuk ke kandang tertuduh.

p/s artikel kolej yg haramkan...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 08:59 AM | Show all posts
Mengikut pemimpin Negara Malaysia, pelajar2 ini boleh keluar dari Britain kalau tak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:07 AM | Show all posts
gogo2 posted on 17-9-2013 08:59 AM
Mengikut pemimpin Negara Malaysia, pelajar2 ini boleh keluar dari Britain kalau tak suka.

Dah ketentuan Allah..endless possibilities
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:15 AM | Show all posts
kt sane student sedih klu dilarang pakai tudung....
kt sini student sedih klu dilarang buka tudung.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:16 AM | Show all posts
DeMax posted on 17-9-2013 09:07 AM
Dah ketentuan Allah..endless possibilities

endless possibilities sudah dibatalkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:17 AM | Show all posts
katokcun posted on 17-9-2013 09:15 AM
kt sane student sedih klu dilarang pakai tudung....
kt sini student sedih klu dilarang buka tudung. ...

dua2 pun komunis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 09:17 AM | Show all posts
SIS tak nak pergi meroyan kat britain pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:27 AM | Show all posts
sueism posted on 17-9-2013 09:17 AM
SIS tak nak pergi meroyan kat britain pulak ke?

SIS kat mesia jek ler bai.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 09:32 AM | Show all posts
nexusys posted on 16-9-2013 03:27 PM
SIS kat mesia jek ler bai.....

tau , mana lah tau SIS nak pergi global hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:49 AM | Show all posts
gogo2 posted on 17-9-2013 09:16 AM
endless possibilities sudah dibatalkan

Habis tu nak guna apa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:51 AM | Show all posts
sungguh ketinggalan zaman Britain ni..
paranoid yg amat...

syukur Alhamdulillah kita di Malaysia...bebas merdeka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:55 AM | Show all posts
pakai tudung pun,(tutup kepala) pun x boleh kenal kah?.. bukan tutup muka nmpak mata saja,  boleh terima kalu diharamkan = purdah)

lebih baik haramkan mini skirt dari haramkan tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:43 AM | Show all posts
sueism posted on 17-9-2013 09:32 AM
tau , mana lah tau SIS nak pergi global hehehe

SIS nak internasional la nih.... busuk ok? mereka busuk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:57 AM | Show all posts
nexusys posted on 16-9-2013 04:43 PM
SIS nak internasional la nih.... busuk ok? mereka busuk...

ok , ok mereka busuk tak wangi britain tak bagi masuk hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:08 PM | Show all posts
article ni tak betul...biasalah, article sokkhabar melayu jamban...

semalam tengok skytv, yang jadi isu adalah pakai niqab, yang macam ninja tu, bukan hijab...
ada satu minah tu nak kena masuk court, tapi taknak tunjuk muka....
so dah jadi national debate....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:11 PM | Show all posts
dilarang niqab atau dilarang berhijab?...artikel yang telah diterjemah ke bahasa melayu terkadang sangat mengelirukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 12:31 PM | Show all posts
kt cne b'juang utk tutup aurat..
kt malaysia sehabis bole nk tnjuk body sume kt org...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:38 PM | Show all posts
setahu saya negra UK adalah negara yang mesra islam...sehingga orang islam sendiri pijak undang2 disana...atas sebab2 keselamatan....amalan niqab yang mana satu dunia faham dan sedar niqab adalah pemakaian budaya taliban yang TIDAK MEWAKILI ISLAM boleh mengudang masalah rumit berkaitan udang2....jika saya pemilik kokej tersebut...saya pun akan haramkan niqab...dimana ia lebih mengundang keburukan dari kebaikan....saya perlu kenal dan cam siapa pelajar2 saya....entah2 jantan/betina yang ingin menyeludup dadah sarung jubah sarung niqab masuk ke kolej saya....tidak semena2 kolej saya jadi sarang penjualan dadah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mende2 yg xde dlm islam..tp diada2kan... mmg menyusahkan alam sejagat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.388248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list