Daripada kaca mata seorang ibu muda, Izreen Azminda Aznam, anak sulung bernama Muhammad Adrian Umar adalah segala-gala dalam hidupnya. Memetik luahan pelakon cantik berusia 28 tahun ini, pendek kata apa saja sekarang adalah untuk bayi kecil berusia dua bulan itu.
Ketika singgah ke Balai Berita, Bangsar bagi memenuhi sesi fotografi bersama RAP baru-baru ini, isteri kepada jurukamera Mohammad Riza Baharuddin ini mengakui mungkin kenyataan dikeluarkan itu bunyinya keterlaluan, tetapi itulah perasaan jujur yang lahir dari hati.
Tuturnya, satu kepuasan luar biasa dialaminya kini sejak melangkah ke alam keibuan. Namun, perasaan itu sukar disimpulkan dengan kata-kata.
“Mungkin bunyinya klise apabila saya katakan pengalaman menjadi ibu baru ini memberikan kepuasan luar biasa tetapi itulah yang saya alami sekarang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
|