Seorang pengusaha roti Normah Abdul Rashid kecewa dengan tindakan pengusaha kedai di kedai runcit di satu rangkaian stesen minyak yang didakwa enggan menerima bekalan rotinya untuk dijual di kedai tersebut. Normah, 57, mendakwa bekalan rotinya dihentikan kerana tidak berdaftar dalam program khas sebagai pembekal makanan di premis terbabit, yang diperkenalkan pada bulan ini.
Dalam program itu, hanya pembekal yang berdaftar dengan syarikat petroleum itu sahaja dibenarkan untuk menjual produk mereka di premis tersebut, kata Normah. Normah berkata, empat pengusaha stesen minyak menolak bekalan rotinya dan langkah itu dijangka akan diikuti oleh kira-kira 50 stesen minyak lain. "Kalau ada pembekal yang tak berdaftar, (pengusaha kedai) akan keluarkan atau hentikan urus niaga dengan pembekal berkenaan," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kuala Lumpur hari ini. Ia berbeza dengan amalan sejak dua tahun lalu ketika syarikat terbabit masih membenarkan pengusaha kecil dan sederhana menjual barangan mereka di kedai berkenaan walau tidak berdaftar dalam progam itu, katanya.
Normah, yang membekalkan roti berkenaan ke kedai di stesen minyak terbabit sejak empat tahun lalu, berkata beliau pernah memohon untuk mendaftar dalam program berkenaan sebelum ini tetapi tidak berjaya. "Kami dah cuba daftar perniagaan kami (dalam program pembekal) sejak dua tahun lalu.
"Tapi orang yang menguruskan pendaftaran tersebut selalu tak ada dan banyak alasan yang diberi," katanya yang meminta Petronas menyediakan ruang lebih besar untuk pengusaha IKS mempamer produk mereka. Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi syarikat terbabit berhubung dakwaan yang ditimbulkan. Tindakan syarikat tersebut dikecam oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendakwa ia merupakan usaha untuk menyingkirkan peniaga bumiputera. Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media berkata NGO lain juga sepatutnya tampil dan mencela tindakan syarikat minyak terbabit. "Tindakan ini tidak selari dengan aspirasi kerajaan yang mahu memperkasa peniaga bumiputera," katanya. www.malaysiakini.com
biasa lah Cik Kak ...orang macang ni banyak ...sebab ..perut dah buncit...
|