|
TT camane apa citer sekarang? ni wj nak bagi satu artikel ni.. harap2 masih belum terlambat ler nak membantu
6 CARA TEKNIKAL BUAT SI DIA BERI KOMITMEN
1) Tunjukkan yang kamu prihatin
Gadis masa kini mengimbangi banyak komitmen seperti kerjaya, kehidupan sosial, hobi, perhubungan keluarga dll sehinggakan terleka dgn perkara-perkara yg dianggap remeh tetapi memberi makna yg cukup mendalam buat diri si dia spt - download lagu kesukaannya, tolong jawab panggilan telefon yg menjengkelkannya, atau tiba-tiba muncul di hadapannya rumahnya dgn membawa sekotak kek cawan yg ditempah utk si dia.
Walaupun kamu tak biasa dgn peranan care taker kamu harus tunjukkan kpdnya yg diri kamu mampu memberikan sokongan yg berterusan bila diperlukan. Menurut Karen Sherman, PhD, penulis "Marriage Magic!" - "Apabila seseorang lelaki berada dlm perhubungan serius, mereka mahupun sokongan emosi secara eksklusif drpd pasangan. Tetapi bagi gadis, mereka lebih selesa luahkan perasaan kpd keluarga dan teman rapat".
2) Tahu Cara Berseronok
Lelaki mahukan seseorang yg pandai berseronok - ringkas dan mudah, jelas Sherman. "Minda lelaki tidak tersusun seperti wanita. Mereka tak suka bazirkan masa berdolak-dalik, bagi mereka semuanya antara hitam dan putih".
Maksudnya, sama ada kamu menarik atau sebaliknya.
Lelaki mudah berasa bosan berbanding wanita. "Otak mereka kurang hasilkan dopamine, iaitu neurotransmitter yg mencetuskan perasaan tenang. Akibatnya mereka berasa tidak puas dan inginkan stimulasi lebih". Lelaki harus cuba perkara baru utk pastikan dirinya sentiasa gembira. Wanita yg bersikap spontan dan penuh semangat mengisi keperluan ini. Ambil cuti mengejut bersama atau cadangkan kalian berdua masuk pertandingan memasak.
3) Ambil Berat Penampilanmu
Kamu telah dengar beribu-ribu kali: Lelaki memang pentingkan kecantikan fizikal. Walaupun anda telah lama menjalinkan hubungan yg selesa, tidak bermakna dia mahu melihat kamu memakai kemeja T londeh kegemaran kamu di tiga harii berturut-turut di hari janji temu.
"Ini disebabkan sex processor dlm minda lelaki adalah 2x ganda lebih besar berbanding wanita", kata Louann Brizendine, penulis The Male Brain. Mereka tidak boleh menahan diri dr melihat dunia dari kaca mata seks.
Lelaki sudah dirpogramkan utk menganalisis paras rupa semua wanita yg dilihat. Setiap masa, bila-bila sahaja. Mereka menurut naluri utk mencari daya tarikan seksual utk membantu dlm perhubungan. Jangan sangka mereka akan berhenti kerana sudah berpasangan ya!
4) Buat Dirinya Terpesona
"Bercerita amat penting bagi lelaki utk merapatkan perhubungan persahabatan antara satu sama lain"kata Dr Brizendine. Itulah sebabnya lelaki boleh sekepala dgn wanita yg senang berborak bersama. Tetapi Awas, bercerita perihal teman rapatmu atau masalah di tempat kerja bukanlah topik yg menarik pd pandangan mana-mana lelaki pun.
Si Dia akan terpegun jika mendengar dirimu berkongsi pendapat yg serius, mencadangkan sesuatu yg tepat dan jitu,
mahupun berdebat tentang isu yg kamu baca di internet pagi tadi. Diskusi spt ini terbukti berjaya meningkatkan tahap kepuasan dlm perhubungan: Satu projek di Universiti Arizona mendapati ramai pasangan yg berkongsi perbualan bermakna spt isu-isu penting lebih bahagia drpd borak2 kosong.
5) Biarkan Si Dia Berimaginasi.
Mungkin kamu rasa tak salah utk menceritakan segala benda kpdnya, tapi mengekalkan sedikit misteri penting apatah lg hubungan semakin serius. Keterujaan utk mengenali diri kamu dgn lebih lanjut pd awalnya adalah sebahagian tarikan pd perhubungan kalian. "Lelaki tunjuk minat dgn perasaan ingin tahu, sedikit rahsia akan mencambah fantasinya. Dan fantasi ini akan buat dia kekal ingin tahu dan rasa mahu rapat dgn kamu" kata Bushong.
6) Lupakan Hal Remeh Temeh
Kamu kena faham, komitmen tak datang dgn mudah utk lelaki berbanding wanita.
"Bagi lelaki, kebebasan sangat penting utk dirinya", kata Rob Dobenski, PhD, pakar psikologi berlesen. Jadi, sebarang tanda menunjukkan kami cuba utk "ikat" si dia akan membuat "alarm" si dia berbunyi - seolah-olah kena ciuman maut pula!
"Memang penting buat si dia utk bercinta dgn gadis yg boleh pandang ringan pd sesetengah perkara" kata Dobenski. Bukanlah kamu tak boleh suarakan perasaan bila tak puas hati - sebaliknya jangan "serang" si dia kecualilah ia sememangnya perkara berat.
Lelaki memang suka kekal solo lebih lama. Waktu solo tambahan itu akan buat dirinya lebih tegas utk kekal berdikari biarpun sedang bercinta dgn kamu. "Memang sukar baginya utk tukar gear dan menerima dirinya sebahagian dlm perhubungan kalian, iaitu bukan lagi secara solo". Justeru, kamu perlu tunjukkan pdnya yg kalian satu pasukan.
"Lelaki mahu berasa seperti kamu cinta dan menerima dirinya seadanya dan tidak punya pelan besar utk mengubah dirinya". Mengetahui yg kamu takkan melenting atau naik angin jika dia terlupa SMS sebelum tidur atau datang lewat utk sesi date kerana melepak dgn kawan-kawannya, akan buat si dia akan lebih sayang pada kamu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
huhu...hampir sama macam kes aku...
terfikir pulak aku perlukah mencarik calon lain...
sedangkan aku rapat dengan dia je dah berapa lama ..
hadoiii...umur makin bertambah... |
|
|
|
|
|
|
|
Hana posted on 29-10-2013 09:20 PM 
senang utk balik kampung lah.
lagipun balik ke kelantan jem teruk ooo..musim raya. ...
tumpang tanya...kak hana org kelantan ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
sharleysha posted on 3-11-2013 09:10 AM 
tumpang tanya...kak hana org kelantan ke..
taklah. tapi, sy amat memahami org yg nak balik kg sama2. 
|
|
|
|
|
|
|
|
nalysa posted on 12-11-2013 03:18 PM 
Ni update terbaru dari TT.
Alhamdulillah...berkat doa tt yang tidak putus2, buat solat istikhar ...
Amin, semoga dipermudahkan semuanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...smoga TT dipermudahkan tuk stage yang berikutnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
tifa_leo posted on 2-10-2013 06:45 PM 
saya pn sme jgk.. xtau nk wat ape ble bf sy ckp duit xckup... majlis mmg la thn dpn tp awl bln feb ...
so skrg awak mcmna? saya punya tarikh knduri nk ikut deepavali dh lepas..nk tggu plak tunang saya ni nak tgguh smpai bila..famly dah mula tanya dh..huhu...sedih kan mengenang nasib diri..huhu...awak masih ada masa 2 bulan lg... bncglah elok2..huhu..tunang saya mmg susah nak dibawa bincang...hempeh tol la |
|
|
|
|
|
|
|
amy_nadia posted on 20-11-2013 03:46 PM 
so skrg awak mcmna? saya punya tarikh knduri nk ikut deepavali dh lepas..nk tggu plak tunang saya ...
kirenya awk ptt kawen mse deepavali tu ke... tunang awk mntk tanguh smpai bln bpe?
erm itu la.. tiap kali bincang kdg gaduh.. biasa la.. kita org pmpn msti la riso, bf sye tu duk relax je, tiap kali sye tanya, dia suh sabo je... sy diamkan diri je... tgk ape yg dia leh wat.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde update ke topik nie? dah jadi tunangan orang ke belum?  |
|
|
|
|
|
|
|
nalysa posted on 12-11-2013 03:18 PM 
Ni update terbaru dari TT.
Alhamdulillah...berkat doa tt yang tidak putus2, buat solat istikhar ...
amin... alhamdulillah tt...
moga semua bjln lancar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols bru nak lahar, dah btunang terus tk jadi hehehe moga bahagia ye tt |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 13-11-2013 01:59 AM
Tak susah nak suruh dia masuk meminang. Cakap aje dengan dia ''Saya dah hamil dengan anak bang''
...
Jangan.
Kang ada lak yang bunuh diri bakar diri sendiri.
Macam anak jantan Tan Sri Muhammad Ali. |
|
|
|
|
|
|
|
nalysa posted on 12-11-2013 03:18 PM
Ni update terbaru dari TT.
Alhamdulillah...berkat doa tt yang tidak putus2, buat solat istikhar ...
Lega rasanya lepas tu kan? Me sama masalah mcm tt..n now da btunang..
Hepi? Ntahla..walau da selamat,rasa mcm sdihkn bila org yg kita syg,hampir rosakkan hari bahagia kita..apalagi benda ni melibatkan maruah keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ugut je..
Kalau dia betul-betul nak, pasti dia usahakan. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi ko mcm mana? jadi x bertunangnya |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah tt...semoga bahagia selalu  |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya masalah selesai bila masuk board ni...haha..aku pn nk luahkan masalah la |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|