CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: wipers81

Cerpen : Selamanya Di Hati... **TAMAT**

[Copy link]
 Author| Post time 17-10-2013 03:47 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


               “Kamu teringatkan abah dan emak kamu ke Amna? Kalau rindu, baliklah. Hampir setahun kamu tinggalkan rumah besar tu. Lagipun, rumah itu milik kamu. Tidak sayangkah kamu tinggalkan begitu sahaja. Sejahat mana pun mereka, kamu kena hormat sebab mereka bela kamu dari kecil. Walau apa yang mereka lakukan itu salah, kamu tidak boleh buang mereka yang banyak berjasa pada kamu.” Maizul memujuk adik angkatnya, Amna Dhia. Kini, gadis itu telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Dia sayangkan gadis itu seperti saudara kandungnya sendiri. Ditambah pula dengan kehadiran Ahmad Fatim Bin Halim yang kini berusia sembilan bulan.

                “Entahlah kak. Tak tahulah apa lagi yang saya rasa sekarang. Marah, benci, dendam… sudah hilang perasaan itu sekarang. Tapi bila dikenang, semuanya hadir kembali bersatu. Susah juga kak untuk memaafkan orang. Tak sangka, tergamak abah dan mak menipu saya selama ini. Kalau mereka nakkan sangat semua harta tu, ambillah. Harta dunia kak. Biarlah saya mengejar harta akhirat. Apa yang saya kesalkan, sampai hati mereka mengugut Wai. Apa salah dia kak? Saya ingin sekali nak berjumpa dengan dia. Sangka saya, dia curang dengan saya. Kak, saya rindukan Wai kak.” Amna Dhia merintih. Sudah puas dia mencari kekasih hatinya. Dia benar-benar rinduakan lelaki itu. Terseksa jiwanya saat mengetahui kebenaran mengapa lelaki itu pergi meninggalkannya.

                “Sabarlah Amna. Andai ada jodoh antara kamu berdua, Insya Allah takkan ke mana perginya Wai tu. Satu hari nanti pasti kamu berdua akan bertemu. Semua itu bukanlah dibidang kuasa kita lagi. Berdoalah pada Allah S.W.T semoga semua urusan kamu dipermudahkan dan berharaplah agar kamu akan bertemu dengannya nanti. Wai tu baik orangnya. Tapi itulah, sepanjang dia bekerja dengan Abang Halim, tak pernah sekalipun kami tahu tentang keluarganya. ” kata Maizul. Yang amat dikesali dia dan suami ialah tidak pernah bertanya asal usul lelaki itu. Di mana agaknya lelaki itu sekarang?

                “Terima kasih kak. Akak dan Abang Halim banyak memberi motivasi pada saya. Tak sangka, walau teruk akak dihina oleh keluarga angkat saya dulu, tetap melayan saya dengan baik. Saya tak tahu macam mana nak balas segala jasa dan budi baik akak pada saya. Saya selalu doakan semoga Allah S.W.T memurahkan rezeki akak sekeluarga dan semoga kebahagiaan akak berkekalan hingga ke akhir hayat.” balas Amna. Dia memeluk wanita yang banyak berjasa padanya. Semakin lama semakin erat pelukannya.

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 03:55 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2013 03:47 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


                “Kalau kau nak tengok mak kau terus hidup, tinggalkan Amna Dhia. Aku tahu, kalau aku ugut nak apa-apakan kau sudah tentu kau tidak gentar. Aku juga tahu kau seorang jaguh silat. Tapi mampukah kau menyelamatkan emak yang sering keseorangan di rumah ketika kau sedang bekerja. Ingat! Jauhkan diri kau dari anak aku. Kalau kau engkar, nahas kau!” Dia terjaga lalu terus sahaja bangun dan duduk bersila di atas katilnya. Nafas tercungap-cungap sedang keringat membasahi tubuh itu.

                “Astaghfirullahal’azim…” istighfar Waisulqurni sambil meraup mukanya. Sudah dua tahun perkara itu berlalu, dia masih belum melupakan amaran dari lelaki tua itu hingga terbawa-bawa dalam mimpinya. Sampai bila-bila pun dia tidak akan melupakan wajah lelaki itu. Wajah itu nampak seperti orang baik-baik tetapi apabila lidahnya berkata-kata termatlah dahsyat. Besarkah kesalahannya hanya keran mencintai seorang gadis bernama Amna Dhia? Bertahun mengenali gadis itu hinggalah saat hubungan mereka mahu disimpulkan, ada pula yang menghalang.

                “Wai, tak tidur lagi ke?” tanya Salwa sebaik melintas di hadapan bilik anak bujangnya. Berkerut keningnya melihat gelagat anak muda yang sedang duduk bersila di atas katil usang itu dengan gaya orang sedang bertafakur. Terkumat-kamit mulutnya mengalunkan zikir dengan khusyuk hingga terpejam kedua matanya.

                 “Baru terjaga umi. Umi ke mana? Umi nak apa-apa ke, biar Wai ambilkan.” Balasnya. Teguran umi membuatkan dia berhenti seketika.

                 “Umi ke bilik air tadi. Sajalah lalu depan bilik ni, nampak kamu tak tidur lagi. Kenapa Wai? Kebelakangan ni umi tengok tidur kamu selalu terganggu. Kalau kamu tak keberatan, ceritalah pada umi. Biar ringan sikit beban kamu tu.” Soal Salwa lagi. Pernah anaknya menyuarakan hasrat hendak masuk meminang seseorang, tapi senyap sahaja hingga kini. Dia pun malas mahu menanyakan apa-apa. Dia nampak sinar kebahagiaan di wajah anaknya beberapa tahun yang lepas tapi kini semuanya bagaikan lenyap. Anak muda itu lebih berkarektor pendiam sekarang.

                 “Entahlah umi. Rasanya biarlah Wai saja yang tanggung. Lagipun, peristiwa tu dah lama berlalu. Untuk apa dikenang lagi. Mari umi, Wai bawa umi ke bilik. Hari pun dah jauh malam. Nanti bertambah sakit pula umi.” Balasnya. Dia mendekati umi, lalu menolak kerusi roda umi. Sudah dua hari umi mengadu tidak sedap badan. Hendak di bawa ke klinik, tidak mahu pula. Sampai sahaja di bilik umi, dia mengangkat tubuh uminya ke katil. Dikucup dahi umi lalu tangannya menarik selimut hingga ke paras pinggang. Waisulqurni berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Melakukan solat sunat ketika malam telah menjadi satu pertiga. Mudah-mudahan, ketenangan akan diperolehinya suatu hari nanti.

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 03:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 03:48 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


              “Abah minta maaf pada kamu Amna. Banyak kejahatan yang telah abah lakukan pada kamu dulu. Abah menyesal sangat..” rintih Ahmad yang kini hanya mampu terbaring di atas katil setelah lumpuh sebelah kiri badannya akibat serangan angin ahmar. Hilang Ahmad yang dulunya sangat gah mendabik dada kini hanya tinggal Ahmad yang lemah, lesu dan tidak bermaya.

              “Apa yang abah cakapkan ni. Sudahlah abah, perkara dah lama berlalu. Amna dah lupakan semuanya. Apa yang penting sekarang, kesihatan abah. Abah kena kuatkan semangat, tabahkan hati. Semua ini dugaan yang Allah S.W.T beri pada kita sebagai ingatan yang Dia masih sayangkan kita. Masih belum terlambat untuk abah kembali ke jalan yang benar. Pintu taubat masih terbuka luas untuk mana-mana hambaNya yang mahu kembali kepadaNya.” Tenang ucapan yang keluar dari mulutnya. Dia kini telah berhijrah sepenuhnya. Kalau dahulu dia bertudung dan berpakaian mengikut fesyen terkini, namun tidak lagi sekarang.

              “Amna. Janganlah tinggalkan abah dan emak. Tinggallah di sini. Ini rumah kamu sayang. Kami hanya menumpang sahaja. Sudah cukup terseksa kami selama beberapa bulan ini. Ada sahaja bala yang menimpa. Mak tahu, banyak dosa kami pada kamu. Inilah balasan yang Allah S.W.T berikan pada kami kerana memakan harta anak yatim. Kami benar-benar menyesal sekarang. Ampunkan mak Amna..” Habibah mengesot badannya mendekati gadis muda itu. Tangannya memeluk kaki anak angkatnya. Teresak-esak dia menangis di kaki itu. Dia kini telah cacat. Kaki kanan Habibah sudah menjadi tempang akibat terjatuh di dalam bilik air hingga putus urat kakinya. Kejadian itu berlaku sebulan sebelum suaminya sakit.

              “Mak, apa ni? Jangan macam ni mak. Amna pun bersalah juga dalam hal ini. Bangun mak. Yang sudah berlalu biarkan ia pergi. Amna janji, selagi bernafas, di rumah ini akan Amna tinggal. Dengan tulang empat kerat ini Amna akan menjaga abah dan mak sebagai membalas budi baik kalian menjaga Amna selama ini.” Dengan ikhlas dia mengatakannya. Dia memaut tubuh kurus emak angkatnya itu lalu didudukkan kembali ke kerusi roda. Dia sudah lama memaafkan perbuatan mereka. Bagi Amna, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku selama ini.
*****

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 03:48 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


                “Nah, satu ratus lima puluh duit kamu Wai. Wah, semakin maju kamu sekarang Wai. Kagum abang dengan kamu.” Kata Salim, tauke menjual sayur. Terpancar jelas diraut wajahnya rasa kekaguman terhadap pemuda itu. Tidak pernah mengenal erti putus asa. Susah mahu mencari pemuda yang bersemangat kental seperti ini sekarang. Sudah setahun pemuda ini pulang ke kampung halaman sebelah walidnya.

               “Alhamdulillah, rezeki untuk saya hari ini. Janganlah kagum dengan saya bang. Semua ini, rezeki yang Allah S.W.T berikan pada saya dan umi. Jika tidak dengan izinNya, tak menjadi semua yang saya usahakan ni bang. Saya berterima kasih pada abang kerana menjadi ‘tulang belakang’ saya selama ini selain umi. Bak kata orang, berbudi pada tanah banyak manfaatnya. Tanpa sokongan abang dan umi, sudah tentu saya tidak akan sampai ke tahap ini.” balas Waisulqurni dengan rasa rendah diri. Kini, dia menjadi petani yang setia berbakti pada tanah peninggalan walidnya yang sekangkang kera itu. Dengan ilham yang diberi oleh Yang Maha Esa ini telah mengubah sedikit kehidupannya.

              “Kamu berdua ni dari tadi asyik bersembang. Tu, dah sejuk agaknya air teh yang umi bancuh. Jemput minum Salim.” Sampuk Salwa. Dia hanya menjadi pendengar setia dari tadi. Kalau tak ditegur, lagi lama mereka berdua itu bersembang. Terhibur hati Salwa melihat telatah dua anak muda di hadapannya itu. Secara tidak langsung, perubahan dapat dilihat dalam diri anak tunggalnya. Dia semakin hari, semakin ceria. Nampaknya, kenangan pahit yang lalu benar-benar telah dilupakan oleh Waisulqurni.

              “Yelah makcik, jemput minum ya.” Balas Salim lalu menghirup air teh kosong yang sudah suam itu. Waisulqurni juga turut berbuat demikian. Riuh kedengaran suara mereka berdua apabila menyambung kembali perbualan.

              Salwa memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Kehidupan mereka  tidak lagi seperti dahulu. Anaknya kini mampu menyediakan keperluan mereka. Mereka kini telah berhijrah ke rumah peninggalan arwah suaminya di kampung. Rumah yang dahulunya kelihatan usang hanya berdinding dan berlantaikan papan, kini semuanya telah berkonkrit. Kalau dahulu anaknya hanya ada sebuah motosikal lama peninggalan arwah suaminya, kini dia mampu berkereta. Dia sangat mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan kepadanya.

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 03:49 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


                “Abah, mak. Mari kita ke kedai makan di sana tu..” ajak Amna. Terasa lapar pula perutnya ketika ini. Mereka sekeluarga keluar ke pekan untuk membeli sedikit barang keperluan di rumah. Dia menolak kerusi roda emak angkatnya. Syukur Alhamdulillah. Berkat usahanya serta dengan izin dari Allah S.W.T, abah kini sudah boleh berjalan. Perlahan mereka bergerak menuju ke kedai yang dikatakan oleh Amna.

                “Amna minta diri ke kedai depan sana sekejap ya mak, abah.” Kata Amna sebaik selesai memesan makanan. Dia bingkas bangun sebaik melihat kedua orang tuanya menganggukkan kepala lalu berjalan menuju ke arah kedai yang terletak di seberang jalan kedai makan itu.

                 Tinggallah Habibah dan suaminya di kedai makan itu, sibuk melayan perasaan masing-masing. Sepi keadaan mereka ketika ini. Sungguh mulia pekerti anak angkat mereka, walaupun dahulu layanan mereka terhadap gadis itu agak teruk namun dia tetap menjaga mereka berdua dengan seikhlas hati. Sedang mereka begitu, kelihatan seorang pemuda masuk ke dalam kedai makan tersebut. Mencerlung mata Ahmad sebaik pemuda itu mengambil tempat di meja yang ada di hadapannya. Doanya telah termakbul hari ini untuk bertemu dengan pemuda itu. Sudah puas dia mencari selama ini.

                  “Maaf menganggu abang. Ada orang nak berjumpa dengan abang di sana.” Kata lelaki muda itu sambil jarinya menunding tepat ke arah pasangan suami isteri yang duduk di depan mejanya. Pandangan Waisulqurni juga terhala ke sana.

                   “Tak mengapa. Terima kasih dik. Oh ya, minuman abang adik hantar ke sana ya.” Balasnya lalu bangun menuju ke tempat pasangan tersebut. Bertaut sedikit keningnya.

                    “Assalamua’laikum pakcik, makcik. Nak jumpa saya ke?” soalnya kepada pasangan itu.

                    “Ya, silakan duduk nak.” Pelawa Ahmad sebaik selesai menjawab salam. Perasaannya menjadi sedikit gugup berdepan dengan anak muda itu sekarang. Dia cuba bertenang dengan menarik nafasnya yang tersekat-sekat itu. Menahan sebak yang tiba-tiba datang menyapa hatinya. Saat terpandangkan pemuda itu, cukup untuk membuatkan dia merasa begitu kerdil sekarang sedangkan dahulu betapa gah dirinya ketika mengugut pemuda itu. Inilah resam dunia yang fana ini. Tidak selamanya berada di atas kerana di bawah juga kita akan kembali.

                   “Ada hal apa pakcik nak jumpa saya...” soal Waisulqurni. Berlipat-lipat dahinya sebaik melihat wajah pakcik itu. Seolah-olah dia amat mengenali wajah itu. Dalam hatinya berteka-teki adakah dia lelaki itu atau hanya pelanduk dua serupa? Wajahnya mulai kelihatan tegang, namun dia tidak mahu cepat melatah. Dia mengambil tempat duduk di hadapan pasangan tersebut.

                   “Pakcik nak minta maaf pada anak atas sikap kasar pakcik pada kamu dulu. Pakcik berdosa pada kamu. Hidup pakcik kebelakangan ini tidak tenang, selalu sahaja bayangan hitam itu mengejar pakcik hinggakan tidur pakcik sering terganggu. Sudah lama pakcik mencari kamu. Alhamdulillah akhirnya doa pakcik telah termakbul. Maafkan pakcik nak. Pakcik mohon sangat pada kamu.” Rayu Ahmad. Dahulu, dia mengugut mahu membunuh emak kepada pemuda itu. Kerana tamakkan harta seorang anak yatim, dia sanggup melakukan apa sahaja. Dia benar-benar menyesal atas perbuatannya kini. Hidup yang selalu diburu oleh dosa silamnya.

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 03:49 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


               “Abah, mak...” terhenti di situ kata-kata Amna. Lelaki yang duduk membelakangkannya tiba-tiba menoleh. Dia tergamam saat ini. Langkah menjadi kaku di situ seolah-olah diletak gam dikakinya. Kuat melekat di lantai kedai makan tersebut.

               “Wai, kenalkan anak pakcik...”

               “Anak angkat. Saya Nur.. ” sampuk Amna sambil menundukkan sedikit kepala tanda hormat. Dia enggan lelaki itu tahu siapakah dirinya yang sebenar. Dia curi-curi menatap wajah yang amat dirindui selama ini. Jantungnya saat ini sangat laju berdegup. Umpama dia sedang beraksi dalam acara lumba lari pula.

                “Ya, Wai. Dia anak angkat pakcik, Nur. Panggil saja dia Nur. Jemputlah minum Wai. Sudah sejuk kopi kamu tu. Maaf jika pakcik menganggu urusan kamu hari ini, nak.” Kata Ahmad sambil mempelawa anak muda itu minum. Dia dapat ‘menangkap’ cara perlakuan Amna sebentar tadi yang enggan dikenali oleh lelaki muda itu.

                “Er.. pakcik. Boleh saya tanya satu soalan pada pakcik?” tiba-tiba Waisulqurni mengajukan soalan setelah keadaan agak sepi seketika tadi. Dia perlukan kepastian dari pakcik itu.

                 “Apa dia anak muda? Tanyalah..” soal Ahmad kembali. Dia seperti dapat mengagak soalan yang akan keluar dari mulut anak muda itu.

                 “Di mana Amna pakcik?” tanya Waisulqurni. Bohong jika dia katakan yang gadis itu telah lenyap dari ingatannya. Selama ini ingatan pada gadis itu di benam jauh ke dalam hati. Dia tidak mahu umi merasa susah hati tentang dirinya. Sudah acapkali umi menyoalnya tentang isu perkahwinan. Hingga kini dia masih tidak punyai jawapannya.

                 “Beginilah saudara. Buat sementara wakti ini, kami tiada jawapan untuk soalan saudara itu. Maaf kerana saya terpaksa mencelah. Rasanya, lebih elok jika saudara biarkan abah dan emak saya mengisi perut meraka kerana kami perlu ke lain destinasi sebentar lagi. Maaf sekali lagi..” kata Amna. Dia sudah tidak mampu menahan gelora di hatinya kini. Dia malu dengan lelaki itu. Ya, dia sudah memaafkan perbuatan abah. Namun, hatinya berbelah bahagi sekarang. Antara cinta dan duka yang lalu. Apakah cinta lelaki itu masih sama seperti dulu?

                 Waisulqurni merenung gadis berpurdah itu. Dari tadi lagi dia mula rasakan sesuatu. Namun dibuang jauh perasaan curiga itu. Mata dan suara gadis itu mengingatkannya pada seseorang. Keadaan sepi berlarutan. Akhirnya Waisulqurni mengalah dengan kebisuan berterusan dari pasangan itu. Walaupun agak kecewa kerana masih belum mendapat sebarang jawapan, dia pasrah. Ternyata Amna Dhia bukanlah jodohnya. Dia berdoa semoga gadis itu mendapat jodoh yang lebih baik dari dirinya.

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:15 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2013 03:50 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


               “Wai, pakcik harap kamu jangan terkejut dengan permintaan pakcik. Pakcik harap sangat kamu sudi menunaikan hajat pakcik ini.” Ujar Ahmad. Dia dan isterinya kini berada di rumah lelaki muda itu. Itu pun tanpa Amna Dhia. Mujurlah dia sempat menyelidik di mana lelaki muda itu tinggal sekarang.

                “Apa yang pakcik mahukan dari saya? Jika permintaan pakcik itu mampu saya tunaikan, Insya Allah saya akan lakukan. Apa hajat pakcik?” soal Waisulqurni. Terperanjat dia bila menerima kunjungan dari pasangan tersebut. Dia tidak menjangkakan ada pertemuan lagi antara mereka setelah sebulan berlalu. Dia benar-benar telah membuang jauh perasaan marah dan benci pada pakcik itu. Manusia, mana ada yang sempurna.

                “Jemput minum Encik Ahmad, Puan Habibah. Maaf, air bujang sahaja yang mampu saya sediakan.” Pelawa Salwa kepada tetamunya. Kehadiran tetamu secara mengejut itu pun di waktu malam membataskannya untuk menyediakan sebarang juadah. Ralat sedikit di hati Salwa.

                “Eh, tak mengapalah Salwa. Ini pun sudah cukup bagi kami. Maaf kalau kedatangan mengejut kami berdua menganggu Salwa dan anak. Kami rasakan, tidak boleh bertangguh lagi hal ini.” Kata Habibah seperti berkias pula dengan hajat mereka bertandang ke situ. Bertambahlah kerutan di dahi anak muda itu dengan kata-kata Habibah.

                “Saya tak faham makcik, pakcik. Kalau boleh diringkaskan apa hajatnya, saya akan cuba pertimbangkan.” Balas Waisulqurni. Dia memandang pasangan itu silih-berganti.

                 “Sudikah Wai mengambil anak angkat pakcik menjadi isteri kamu?” tanya Ahmad. Terasa ringan beban yang dipikul selama beberapa hari ini sebaik melafazkannya.

                 “Hah, anak angkat pakcik? Tapi saya tidak mengenali dia. Bukankah dia gadis yang memakai purdah itu?” soal Waisulqurni kembali. Berkerut keningnya saat ini. Pertanyaan dari pakcik Ahmad benar-benar membuat dia tersentak.

                  “Ya Wai. Pakcik harap sangat agar kamu sudi menerima dia. Pakcik mahu lihat dia bahagia sebelum pakcik dipanggil menghadap Yang Esa. Pakcik merayu pada kamu Wai, terimalah dia. Anggaplah ia sebagai menebus segala dosa pakcik pada kamu kerana memisahkan kamu dengan Amna.” Rayu Ahmad lagi. Rasa bersalah semakin hari semakin menjerut dirinya.

                  “Tapi pakcik, saya langsung tidak mengenali anak angkat pakcik itu. Kalau saya mengatakan ya sekalipun, apa pula kata dia nanti. Sedangkan isi hatinya kita tidak tahu. Saya tak nak dia rasa terpaksa atau dipaksa pakcik. Lagipun, di zaman ini ada ke perempuan meminang lelaki.” Tegas Waisulqurni lagi. Dia benar-benar buntu saat ini. Permintaan dari pakcik Ahmad dirasakan terlalu sukar untuk diterima. Ini zaman moden, bukan zaman jodoh adalah pilihan keluarga.

                   “Wai, umi rasa ada baiknya kamu terima lamaran ini. Umi dapat rasakan yang niat tetamu kita itu baik. Tidakkah kamu mahu mencontohi Rasulullah S.A.W, di mana Saidatina Khadijah R.A telah masuk meminang kerana tertarik dengan keperibadian baginda yang sangatlah sempurna. Baginda menerima lamaran itu dengan hati yang terbuka. Bahagia baginda bersama permaisuri hatinya itu selama dua puluh lima tahun lamanya walaupun jarak umur antara mereka sangatlah jauh. Jadi Wai, umi tidak nampak apa masalahnya di sini. Lebih baik kamu pertimbangkan semua inidan janganlah membuat tetamu kita tertunggu-tunggu, nak. Jauh di sudut hatiumi, Insya Allah kamu akan bahagia Wai.” Salwa terpaksa menyampuk. Suasana sepi, hanya suara cengkerik sedang menyanyi di luar rumah yang kedengaran.

                  “Baiklah, jika itu yang umi mahukan, saya setuju dengan lamaran ini..” Terus sahaja dia memberi jawapan tanpa mahu berfikir panjang. Dia yakin dengan suara hati uminya itu. Restu seorang ibu amatlah penting baginya sekarang.

                  “Alhamdulillah. Perkara yang baik tidak elok dilambatkan. Bila kamu mahu langsungkan Wai?”tanya Ahmad. Terasa lapang dadanya sebaik mendengar kata putus dari lelaki mudaitu. Dia menarik nafas lega. Berkali-kali mengucapkan rasa syukur dalam hati.Habibah di sebelahnya kelihatan tersenyum lebar.

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 03:50 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


                “Baiklah pengantin lelaki, ikut seperti apa yang saya katakan tadi..” kata tok kadi kepada Waisulqurni yang kelihatan sangat segak memakai jubah berwarna putih dengan kain pelikat dilipat kemas terselepang di bahu kanannya. Serban putih terlilit kemas dikepala turut menyerlahkan lagi penampilannya sebagai raja sehari. Sepintas dia mengerling ke arah pengantin perempuan, turut berjubah dan bertudung putih yang dihiasi oleh manik-manik yang bergemerlapan saat dibiasi cahaya lampu dalam masjid ini. Gadis itu juga mengenakan purdah dari warna yang sedondon menutupi sebahagian wajahnya.

                “Aku terima nikahnya Nur Khadijah binti Ahmad dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit, tunai..” lancar Waisulqurni melafazkannya. Hampir sebulan menanti dengan penuh debaran di hati akan tibanya hari ini. Dia sudah tidak mahu menyesakkan kepalanya lagi dengan pelbagai andaian tentang wanita yang akan dia nikahi. Jika wanita itu adalah jodoh yang telah ditetapkan untuknya, biarlah... dia pasrah. Umi nampaknya terlalu gembira menerima kehadiran ‘orang baru’ itu.

               “Bagaimana saksi, sah ke?” soal tok kadi kepada dua orang saksi yang duduk di belakang Waisulqurni.

               “Sah tok..” kata salah seorang dari lelaki itu.

               “Alhamdulillah...” tok kadi mengucapkan syukur lalu sepotong doa dibaca tanda berakhirnya majlis pernikahan ini. Semua tetamu turut sama mengaminkan doa tersebut. Semoga pernikahan kedua insan ini akan berkekalan hingga ke syurga.

               “Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah, atas kurniaanMu padaku. Jadikanlah aku suri yang akan mentaati suami. Berilah peluang padaku untuk berbakti padanya hingga bau syurgaMu akan dapat ku hidu. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang terhadap hambaMu. Amin...” Amna Dhia berdoa di dalam hati. Senyuman yang terukir hanya tersembunyi di sebalik ‘hijab’ yang menutupi bibirnya. Suatu ketenangan mula dirasakan olehnya.

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2013 03:51 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


                  Waisulqurni melangkah masuk ke kamar pengantin yang dihiasi dengan begitu indah sekali walaupun keadaan agak samar-samar. Lampu utama telah dimatikan, yang menyala kini hanyalah lampu tidur berwarna jingga sahaja. Sesuram hatinya kini cahaya di kamar ini. Sebelum itu, dia memastikan umi selesa berada di kamar tetamu yang ada dalam rumah milik isterinya. Saat mula melihat rumah besar ini, hatinya diterjah dengan rasa was-was. Dia berfikir sejenak, dirinya tidak punyai apa-apa sedangkan wanita itu sebaliknya. Rasa ‘kerdil’ mula meresapi jiwanya.

                  “Abang nak minum apa-apa?” soal Amna. Dia berdiri betul-betul di belakang lelaki itu. Dengan sedikit harapan semoga lelaki itu berpaling menghadapnya dan mengetahui siapa dia yang sebenarnya. Kenangan sewaktu majlis pernikahan mereka selepas Isyak tadi, membuatkan dia tersenyum sendirian. Terasa tenang dan syahdu di hatinya saat mereka berjemaah solat sunat selapas akad nikah. Benar-benar meruntun kalbunya. Terasa bertuahnya diri memiliki lelaki yang baik pegangan agamanya.

                  “Ya Rabb... pertahankanlah jodohku ini hingga desahan nafas kami yang terakhir. Ternyata aku menyintainya selepas meletakkan Engkau di takhta teratas. Cinta padaMu teramatlah agung, jadikanlah cintaku kepadanya sebuah cinta yang tulus dan suci..” Amna Dhia berdoa di dalam hati.

                 “Tak mengapalah, saya tidak haus.” Ringkas jawapan dari Waisulqurni. Tubuhnya masih membelakangkan wanita itu. Kekuatan masih belum menjengah untuk dia berhadapan dengan wanita yang telah sah menjadi isterinya. Jika tersingkap ‘hijab’ diwajah wanita itu, dia tidak tahu apa reaksinya nanti. Macam-macam yang dia fikirkan. Cantikkah wajah wanita itu? Ada cacat celakah di mana-mana bahagian mukanya. Serta-merta dia beristighfar di dalam hati. Menghalau segala macam hasutan syaitan yang jika dilayan boleh membinasakan hubungan ini. Waisulqurni perlu mengikhlaskan sepenuh hatinya terhadap pernikahan ini.

                  “Kalau begitu, abang rehatkanlah badan. Tempat tidur abang telah saya sediakan.” Kata Amna lalu berpaling mahu meninggalkan suaminya. ‘Terpasung’ langkah apabila merasakan lengannya ditarik lembut. Matanya terpejam seketika, cuba menarik nafas untuk membina kembali kekuatan yang telah runtuh sebentar tadi. Dia berpaling menghadap suaminya semula.

                  “Subhanallah... Awak ke Amna? Alhamdulillah, saya... saya..” tersekat-sekat tutur Waisulqurni. Pantas dia meraih wanita itu ke dalam dakapannya. Kejap dan kemas pelukannya, melepaskan rindu yang telah lama ‘berkulapuk’ di hati. Saat ini dia merasakan dirahmati olehNya. Tidak putus lafaz syukur diucapkannya dalam hati.

                  “Wai, sesungguhnya cinta dan sayang saya pada awak tidak pernah pudar walau sesaat. Saya tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan awak sejak mengetahui kebenaran disebalik perpisahan kita. Saya malu dengan apa yang ayah angkat saya lakukan..” sebak nadanya ketika ini. Amna menangis dalam dakapan suaminya. Terlerai sudah rindu dendam pada lelaki itu.
*****

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:30 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 03:51 PM | Show all posts

Selamanya Di Hati...


              “Semasa hari pernikahan kita, abang terkejut melihat kekayaan kamu wahai isteriku. Terasa amatlah kerdil diri ini jika dibandingkan kesenangan antara awak dengan abang. Tapi umi telah meniupkan satu semangat. Kata umi  ‘jika si gadis menerima kamu dengan seikhlas hati tanpa memandang harta kekayaan, mengapa harus mengecewakannya’. Terus abang tersentak dengan apa yang umi katakan. Sebab itu abang terus sahaja melangkah ke hadapan tanpa mahu berpaling lagi. Alhamdulillah, ternyata sudah jodoh kita wahai isteriku Nur Khadijah..” ujar Waisulqurni kepada isteri yang setia berada di sampingnya.

                Waisulqurni tidak menyangka sama sekali bahawa gadis yang dinikahinya itu adalah Amna Dhia, nama yang diberi oleh ayah angkatnya selepas kematian bapa kandung wanita itu. Nur Khadijah, nama yang indah persis nama isteri nabi Muhammad S.A.W. Ternyata, nama yang memang cocok dengan empunya diri, seorang yang tabah dan kuat. Seorang yang tidak mementingkan harta dunia. Sebab itulah tidak pernah berbangkit soal Amna Dhia hanyalah anak angkat. Betapa manisnya saat getir yang dia lalui dulu.

                “Apalah yang ada pada harta dunia bang. ‘Harta’ kita yang bakal lahir ini adalah yang tidak ternilai harganya. Saya sayangkan abang dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. Pertalian jodoh antara kita hari ini adalah dengan izinNya.” Balas Amna lalu memeluk lengan kanan suaminya.

                “Sebagaimana awak mencintai saya, begitu juga saya mencintai awak malah lebih sedikit. Eh, dah lama kita di sini, mari masuk ke dalam sayang. Marah pula umi nanti waktu Maghrib begini kita masih di luar..” ajak Waisulqurni. Terleka mereka mengambil angin di tepi kolam ikan keli miliknya. Sudahlah isterinya sedang sarat mengandung, hanya menunggu hari sahaja.

                 Mereka berdua bangun lalu berjalan beriringan, berpegangan tangan masuk ke dalam rumah sementara menantikan azan Maghrib berkumandang. Sudah menjadi rutin harian mereka solat berjemaah bersama. Sejak sarat, Amna Dhia sudah jarang ke masjid. Pergerakkannya agak terbatas memandangkan perutnya yang semakin membesar.

                 Kelihatan Salwa melemparkan senyuman manis kepada pasangan itu. Alhamdulillah, dia bersyukur dengan kebahagiaan yang dikurniakan kepada anaknya itu. Semoga kasih yang terjalin di hati dua insan itu akan Selamanya Di Hati... mereka berdua. Semoga kekal ke akhir hayat.




**TAMAT**

Last edited by wipers81 on 17-10-2013 04:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 04:34 PM | Show all posts
Alhamdulillah...akhirnya tamat karya saya yang ini. hadiah kepada pembaca yang setia dan tidak jemu menantikan entri demi entri dari saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2013 06:11 PM | Show all posts
masihkah kalian ingat akan kisah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 03:51 PM | Show all posts
...
mamajiah belanja bunga ngan kopi o kaw...
..
dan tahniah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 08:04 PM | Show all posts
mamajiah posted on 20-11-2013 03:51 PM
...
mamajiah belanja bunga ngan kopi o kaw...
..

hehehe... terima kasih banyak-banyak mamajiah. Sedap kopinya dan cantik bunga itu. Terima kasih keran sudi membelanja diriku ini
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
  menarik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 09:39 AM | Show all posts
adzyla posted on 25-12-2013 10:34 AM
menarik....

terima kasih adzyla. jom baca Kenangan Berbisik pula...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2013 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 26-12-2013 09:39 AM
terima kasih adzyla. jom baca Kenangan Berbisik pula...

jom jom...nanti kita komen lagi yekkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
haishh sampai mengalir air mata..dapat selami kebahagiaan nur dan wai..happy ending kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 03:24 PM | Show all posts
    

tahniah3....

ada projek baru lg x lps ni?   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 03:43 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 2-4-2014 03:24 PM
tahniah3....

ada projek baru lg x lps ni?

Insya Allah ada. Sementara tu, baca yang lain dulu.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.107341 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list