Rawang: Tindakan seorang warga emas mengaut keuntungan mudah dengan mengusahakan perniagaan ubat haram sejak 20 tahun lalu berakhir apabila sebuah kilang pemprosesan dan banglo miliknya di Bukit Beruntung, di sini, diserbu anggota Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Selangor, semalam. Serbuan jam 12 tengah hari yang disertai 11 pegawai dan anggota CPF Selangor termasuk seorang anggota polis itu turut merampas 71 jenis ubat-ubatan herba Cina yang dianggarkan bernilai RM600,000 dan menahan warga emas terbabit bersama dua anak lelakinya untuk siasatan lanjut.
Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Farhan Akmal Mohd Taha, berkata, sebaik menerima aduan awam mengenai operasi haram itu, pihaknya mengambil masa sebulan untuk membuat risikan di kedua-dua lokasi.
“Selain menjual ubat-ubat yang tidak berdaftar, suspek turut memalsukan produk sedia ada di pasaran dengan meniru bungkusan produk berkenaan sebelum meletakkan pelekat hologram palsu. PEGAWAI farmasi melihat bungkusan ubat yang dirampas di sebuah banglo di Bukit Beruntung.
“Semua proses menghasilkan ubat-ubatan itu termasuk operasi pembungkusan dijalankan di kilang berhampiran rumahnya manakala banglonya pula dijadikan stor simpanan serta pejabat operasi,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
|