CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Budakmomok

[Tempatan] Menteri: Definisi Golongan Pertengahan

[Copy link]
 Author| Post time 3-10-2013 09:06 AM | Show all posts
Innrukia posted on 3-10-2013 08:48 AM
dia nih asal mana....

Ahli Parlimen Seri Gading Johor. Aww pandai sangat... pakcik saya yang jusa B tu kira golongan pertengahan la sbb dia ada banglo, mercedes Benz, anta anak belajar kolej swasta,anak sorang sebijik keta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
laaaa.. aku org bawahan la selama ni. aiseyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:07 AM | Show all posts
aku sedar siapa diriku ini...miskin tegar lagi x layak dapat BR1M.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:09 AM | Show all posts
miskin tegar macam aku ni layak kot mintak zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:09 AM | Show all posts
kiranya.. aku layak dapat zakat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 09:10 AM | Show all posts
Budakmomok posted on 3-10-2013 09:06 AM
Ahli Parlimen Seri Gading Johor. Aww pandai sangat... pakcik saya yang jusa B tu kira golongan per ...

kalau dr explanation dia...80% rakyat Malaysia ni miskin & papa kedana la.....berapa kerat yg ada banglo, simpanan 2/3 juta & naik merc
dia golongan mana agaknya? mak bapak dia dulu golongan mana?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:12 AM | Show all posts
Innrukia posted on 3-10-2013 09:10 AM
kalau dr explanation dia...80% rakyat Malaysia ni miskin & papa kedana la.....berapa kerat yg ada  ...

aku rasa bukan 80 persen...tp 90 persen rakyat malaysia di bawah garis kemiskinan tegar....

kalo yang dok bawah jambatan..keja angkat skrap getah...rumah reban ayam...yang masuk bersamamu tu miskin mcm mana?
Last edited by the_killer on 3-10-2013 09:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 09:12 AM | Show all posts
apsal saya tarak terima BR1M? Saya golongan peringkat bawahan kerana tidak layak masuk pertengahan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:12 AM | Show all posts
aku ni kategori fakir miskin papa kedana la ni

mentally retarded ke hape menteri sorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:16 AM | Show all posts
gile laa.. aku nih miskin laa kot...

tang merc tu buleh trima lg.. sbb xmention thn.. kalo aku beli merc tahun 80an pun still merc kan...

tang saving 2-3 jota tu yg gigil....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:16 AM | Show all posts
MelahJanda posted on 3-10-2013 09:00 AM
i think kan
kita kena baca full article..
tapi mungkin gak itu matlamat dia...nak jadikan golongan ...

ARKIB : 02/10/2013





Tambah golongan pertengahan MelayuOleh NIZAM YATIM
rencana@utusan.com.my


WALAUPUN masih baharu dalam Kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN), Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi bukanlah asing dalam politik khususnya yang membabitkan perjuangan membela nasib orang Melayu di negara ini.
Beliau yang bergiat aktif dalam politik Bahagian Sri Gading di Batu Pahat adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Johor.
Sebelum menceburi politik secara serius, beliau dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang pembinaan, pembekalan produk untuk komunikasi satelit dan sistem peperangan elektronik untuk angkatan tentera.
"Bila berada dalam sektor korporat, saya layak untuk menggunakan kereta Jaguar tetapi apabila menjadi Timbalan Menteri saya hanya mendapat kereta Proton Perdana," katanya berseloroh apabila ditanya manakah yang lebih baik sama ada menjadi ahli perniagaan atau pemimpin kerajaan.
Bagaimanapun dalam satu temu ramah di bangunan Parlimen baru-baru ini, Ab. Aziz menegaskan beliau tidak pernah menyesal untuk menceburi bidang politik secara serius kerana merasakan melalui kaedah itu sahaja beliau dapat memperjuangkan nasib orang Melayu yang rata-rata masih ketinggalan berbanding kaum lain.
Ab. Aziz, 53, yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bergiat aktif dalam politik sejak 1988 setelah terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading.
Menurut beliau, antara perkara utama yang diperjuangkannya adalah supaya transformasi ekonomi kerajaan diselaraskan dengan matlamat untuk mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan Melayu dan bumiputera.
"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta.
"Kalau mereka menjadi usahawan, syarikat mereka tidak perlulah terlalu besar. Dengan jumlah pekerja antara 20 hingga 30 orang pun sudah baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.
Bagi mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan bumiputera, katanya, pengagihan kontrak kerajaan tidak harus diberikan kepada syarikat bumiputera yang besar sahaja.
"Kita tidak mahu golongan bumiputera kaya bertambah kaya dan yang miskin terus ketinggalan. Hakikatnya apabila seseorang itu sudah berada di depan, dia nak bertambah kaya tanpa mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan usahawan baharu di bawahnya.
"Kalau sampai ini berlaku, ia amat memalukan kerana ia tidak selaras dengan falsafah keadilan yang sepatutnya diperjuangkan oleh semua pihak," katanya.
Beliau menjelaskan, ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, prinsip itu telah diamalkannya setiap kali syarikat besar memohon tanah untuk dijadikan ladang.
"Misalnya, jika Johor Corporation (JCorp) memohon tanah 3,600 hektar untuk ditanam nanas, maka mereka kena mengagihkan setiap 20 ekar kepada usahawan tani bumiputera untuk melaksanakan projek tanaman secara ladang kontrak yang hasilnya akan dijual kepada syarikat induk.
"Melalui kaedah ini, JCorp akan mewujudkan lebih ramai usahawan tani, sekali gus meningkatkan bilangan golongan pertengahan bumiputera.
"Sebaliknya jika kita biarkan projek ini dilaksanakan JCorp sendiri, ia akan terus membawa pekerja asing Indonesia dan ini tidak akan membantu melahirkan lebih ramai usahawan tani bumiputera.
"Saya harap segala apa yang dilakukan oleh JCorp ini dicontohi oleh syarikat milik kerajaan (GLC) lain dan mereka kena bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk meningkatkan bilangan golongan pertengahan bumiputera," katanya.
Dalam pada itu, katanya, usaha itu boleh diperhebatkan jika Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian bersikap kreatif dan inovasi bagi mewujudkan ruang ekonomi baharu untuk golongan bumiputera.
"Misalnya UPB di Kementerian Pengangkutan akan meninjau ruang ekonomi baru dalam sektor pengangkutan udara, darat dan laut.
"Dalam sektor udara, kita berharap akan meningkatkan penglibatan usahawan dan pekerja bumiputera dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kapal terbang.
"Kita yakin banyak peluang dalam MRO ini kerana kerajaan kini sedang giat berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan di rantau ini dan di peringkat tempatan kita juga mempunyai lapan syarikat penerbangan yang memerlukan perkhidmatan sokongan ini," katanya.
Menurut beliau, bidang lain yang boleh diceburi adalah sebagai syarikat pengendali lapangan terbang yang kini hanya terdapat dua syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu iaitu Malaysia Airport Bhd. (MAB) dan Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd.
"Dalam usaha kita untuk mewujudkan lebih banyak kemampuan profesional tempatan yang boleh kita eksport kepakaran mereka ke luar negara, terdapat kemungkinan kerajaan boleh memberi ruang untuk syarikat-syarikat lain mengurus ataupun mengendalikan lapangan terbang lain di Malaysia," katanya.
Tegas beliau, GLC yang terlibat dalam sektor pengangkutan juga perlu memberikan kontrak kepada syarikat bumiputera untuk menyediakan perkhidmatan katerer, penyelenggaraan dan baik pulih bangunan serta perkhidmatan pembersihan.
"Kita juga mungkin boleh mengenakan syarat kepada syarikat besar supaya memberikan 30 peratus kontrak mengangkut barangan mereka kepada syarikat bumiputera," ujarnya.
Sementara itu, beliau yang akan bertanding bagi merebut tempat dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, selain mewujudkan lebih banyak golongan pertengahan bumiputera, perubahan lain yang diperjuangkan adalah supaya lebih ramai pemimpin yang berjiwa Melayu dipilih menerajui kerajaan dan GLC.
Katanya, pemimpin seperti itu tidak akan membiarkan kepentingan Melayu itu terpinggir terutama dalam soal perumahan yang kini menyaksikan ramai kaum berkenaan tidak mampu membeli rumah di bandar-bandar kerana harganya terlalu mahal.
"Saya lihat ada pemimpin kerajaan yang lebih menolong pemaju yang bukan daripada kalangan kaum kita berbanding orang Melayu sendiri.
"Memang kita ada dasar yang betul supaya pemaju membina 40 peratus daripada projek mereka dengan rumah murah tetapi dari segi pelaksanaan, kita terlalu berlembut sehingga syarat itu tidak dipatuhi.
"Pemimpin kita membiarkan tauke-tauke ini membina rumah mahal dahulu setelah pemaju membuat justifikasi bahawa dengan membina rumah jenis ini terlebih dahulu mereka boleh mendapat keuntungan untuk digunakan sebagai modal bagi membina rumah murah.
"Hakikatnya tauke-tauke ini setelah membina rumah mahal mereka akan mengabaikan tanggungjawab membina rumah murah. Akhirnya orang Melayu hanya tengok sahaja apabila orang kaya mendapat rumah," kata Ab. Aziz.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131002/re_05/Tambah-golongan-pertengahan-Melayu#ixzz2gcKuCiPY
© Utusan Melayu (M) Bhd




Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:17 AM | Show all posts
the_killer posted on 3-10-2013 09:12 AM
aku rasa bukan 80 persen...tp 90 persen rakyat malaysia di bawah garis kemiskinan tegar....

kal ...

betoi la tu kot aku men agak jer .... psl kat kilang tpt keje aku ni, plant yg aku jaga ni total 250, GM aku sorg jer pakai merc....then kat main plant 3000++ 2/3 org jer pakai merc.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:17 AM | Show all posts
membahalolkan diri sendiri dimata dunia muntri2 msia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:19 AM | Show all posts
"emimpin kita membiarkan tauke-tauke ini membina rumah mahal dahulu setelah pemaju membuat justifikasi bahawa dengan membina rumah jenis ini terlebih dahulu mereka boleh mendapat keuntungan untuk digunakan sebagai modal bagi membina rumah murah.
"Hakikatnya tauke-tauke ini setelah membina rumah mahal mereka akan mengabaikan tanggungjawab membina rumah murah. Akhirnya orang Melayu hanya tengok sahaja apabila orang kaya mendapat rumah," kata Ab. Aziz.


Betullah tu..


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni bukan golong middle class la..
Miskin rupanya aku ni kalo ikut gov
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 09:29 AM | Show all posts
jadi yg pakai proton golongan fakir dan miskin

sbb yg pakai mercedez golongan pertengahan

ramainya rakyat malaysia yg DAIF
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:29 AM | Show all posts
takpe
yang middle kelas sudah diturunkan status ke  bawah
maka nanti meningkat lah % ranking rakyat termiskin
boleh lah negara kita dapat posisi unggul
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:30 AM | Show all posts
haku golongan miskin papa kah? yeah, haku patut terima BR1M dua kali setahun..hidup muntri2 sebab menggolongkan aku dalam kalangan bawahan..lambat lagi nak capai harta juta2 dan pakai mercedes benz
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:33 AM | Show all posts
haku dah paham..rupanya ketaan muntri yang sorang ni ade makna..die maksudkan die ni dan muntri2 lain adalah golongan pertangahan..jadi, rakyat takde lah tak puas hati kat depa sebab depa bukan golongan elit kekdahnya.. muntoh ijo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.066570 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list