CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Budakmomok

[Tempatan] Menteri: Definisi Golongan Pertengahan

[Copy link]
Post time 3-10-2013 07:06 PM | Show all posts
xdielzx posted on 3-10-2013 04:50 PM
ramainya yang tak baca artikel yang ditempek tu...

tu laa pasal,gigih gak nak komen tp malas nak baca artikel penuh...baca part tu saja memang ler bleh mendatangkan marah.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
The minister is right.

Kalau harta setakat 2-3 juta, you still belong to the middle class. I know many such people and they live ordinary lives shopping groceries etc.

If you feel you are below that it's a different matter.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:45 PM | Show all posts
no wonder ler kerajaan sebok bagi BR1M ... sebab ramai sangat golongan bawahan...
lepas tu menuntut rakyat utk berterima kasih kpada kerajaan ...

wtffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

makin ramai pemimpin yang paloi kat malaysia nie
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:55 PM | Show all posts
bila baca sepenuhnya baru paham konteks yg menteri ni nak sampaikan. apa yg dia maksud dia nak kerajaan perbanyakkan golongan UPPER middle class. tak pasal2 kena balun bila org salah paham.

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131002/re_05/Tambah-golongan-pertengahan
Tambah golongan pertengahan Melayu

Oleh NIZAM YATIM
rencana@utusan.com.my

WALAUPUN masih baharu dalam Kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN), Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi bukanlah asing dalam politik khususnya yang membabitkan perjuangan membela nasib orang Melayu di negara ini.

Beliau yang bergiat aktif dalam politik Bahagian Sri Gading di Batu Pahat adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Johor.

Sebelum menceburi politik secara serius, beliau dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang pembinaan, pembekalan produk untuk komunikasi satelit dan sistem peperangan elektronik untuk angkatan tentera.

"Bila berada dalam sektor korporat, saya layak untuk menggunakan kereta Jaguar tetapi apabila menjadi Timbalan Menteri saya hanya mendapat kereta Proton Perdana," katanya berseloroh apabila ditanya manakah yang lebih baik sama ada menjadi ahli perniagaan atau pemimpin kerajaan.

Bagaimanapun dalam satu temu ramah di bangunan Parlimen baru-baru ini, Ab. Aziz menegaskan beliau tidak pernah menyesal untuk menceburi bidang politik secara serius kerana merasakan melalui kaedah itu sahaja beliau dapat memperjuangkan nasib orang Melayu yang rata-rata masih ketinggalan berbanding kaum lain.

Ab. Aziz, 53, yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bergiat aktif dalam politik sejak 1988 setelah terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading.

Menurut beliau, antara perkara utama yang diperjuangkannya adalah supaya transformasi ekonomi kerajaan diselaraskan dengan matlamat untuk mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan Melayu dan bumiputera.

"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta.

"Kalau mereka menjadi usahawan, syarikat mereka tidak perlulah terlalu besar. Dengan jumlah pekerja antara 20 hingga 30 orang pun sudah baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Bagi mewujudkan lebih ramai golongan pertengahan bumiputera, katanya, pengagihan kontrak kerajaan tidak harus diberikan kepada syarikat bumiputera yang besar sahaja.

"Kita tidak mahu golongan bumiputera kaya bertambah kaya dan yang miskin terus ketinggalan. Hakikatnya apabila seseorang itu sudah berada di depan, dia nak bertambah kaya tanpa mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan usahawan baharu di bawahnya.

"Kalau sampai ini berlaku, ia amat memalukan kerana ia tidak selaras dengan falsafah keadilan yang sepatutnya diperjuangkan oleh semua pihak," katanya.

Beliau menjelaskan, ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, prinsip itu telah diamalkannya setiap kali syarikat besar memohon tanah untuk dijadikan ladang.

"Misalnya, jika Johor Corporation (JCorp) memohon tanah 3,600 hektar untuk ditanam nanas, maka mereka kena mengagihkan setiap 20 ekar kepada usahawan tani bumiputera untuk melaksanakan projek tanaman secara ladang kontrak yang hasilnya akan dijual kepada syarikat induk.

"Melalui kaedah ini, JCorp akan mewujudkan lebih ramai usahawan tani, sekali gus meningkatkan bilangan golongan pertengahan bumiputera.

"Sebaliknya jika kita biarkan projek ini dilaksanakan JCorp sendiri, ia akan terus membawa pekerja asing Indonesia dan ini tidak akan membantu melahirkan lebih ramai usahawan tani bumiputera.

"Saya harap segala apa yang dilakukan oleh JCorp ini dicontohi oleh syarikat milik kerajaan (GLC) lain dan mereka kena bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk meningkatkan bilangan golongan pertengahan bumiputera," katanya.

Dalam pada itu, katanya, usaha itu boleh diperhebatkan jika Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian bersikap kreatif dan inovasi bagi mewujudkan ruang ekonomi baharu untuk golongan bumiputera.

"Misalnya UPB di Kementerian Pengangkutan akan meninjau ruang ekonomi baru dalam sektor pengangkutan udara, darat dan laut.

"Dalam sektor udara, kita berharap akan meningkatkan penglibatan usahawan dan pekerja bumiputera dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kapal terbang.

"Kita yakin banyak peluang dalam MRO ini kerana kerajaan kini sedang giat berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan di rantau ini dan di peringkat tempatan kita juga mempunyai lapan syarikat penerbangan yang memerlukan perkhidmatan sokongan ini," katanya.

Menurut beliau, bidang lain yang boleh diceburi adalah sebagai syarikat pengendali lapangan terbang yang kini hanya terdapat dua syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu iaitu Malaysia Airport Bhd. (MAB) dan Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd.

"Dalam usaha kita untuk mewujudkan lebih banyak kemampuan profesional tempatan yang boleh kita eksport kepakaran mereka ke luar negara, terdapat kemungkinan kerajaan boleh memberi ruang untuk syarikat-syarikat lain mengurus ataupun mengendalikan lapangan terbang lain di Malaysia," katanya.

Tegas beliau, GLC yang terlibat dalam sektor pengangkutan juga perlu memberikan kontrak kepada syarikat bumiputera untuk menyediakan perkhidmatan katerer, penyelenggaraan dan baik pulih bangunan serta perkhidmatan pembersihan.

"Kita juga mungkin boleh mengenakan syarat kepada syarikat besar supaya memberikan 30 peratus kontrak mengangkut barangan mereka kepada syarikat bumiputera," ujarnya.

Sementara itu, beliau yang akan bertanding bagi merebut tempat dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, selain mewujudkan lebih banyak golongan pertengahan bumiputera, perubahan lain yang diperjuangkan adalah supaya lebih ramai pemimpin yang berjiwa Melayu dipilih menerajui kerajaan dan GLC.

Katanya, pemimpin seperti itu tidak akan membiarkan kepentingan Melayu itu terpinggir terutama dalam soal perumahan yang kini menyaksikan ramai kaum berkenaan tidak mampu membeli rumah di bandar-bandar kerana harganya terlalu mahal.

"Saya lihat ada pemimpin kerajaan yang lebih menolong pemaju yang bukan daripada kalangan kaum kita berbanding orang Melayu sendiri.

"Memang kita ada dasar yang betul supaya pemaju membina 40 peratus daripada projek mereka dengan rumah murah tetapi dari segi pelaksanaan, kita terlalu berlembut sehingga syarat itu tidak dipatuhi.

"Pemimpin kita membiarkan tauke-tauke ini membina rumah mahal dahulu setelah pemaju membuat justifikasi bahawa dengan membina rumah jenis ini terlebih dahulu mereka boleh mendapat keuntungan untuk digunakan sebagai modal bagi membina rumah murah.

"Hakikatnya tauke-tauke ini setelah membina rumah mahal mereka akan mengabaikan tanggungjawab membina rumah murah. Akhirnya orang Melayu hanya tengok sahaja apabila orang kaya mendapat rumah," kata Ab. Aziz.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:18 PM | Show all posts
reta 2-3 jota pun pertengahan ka,patut la depa pun dapat brim bram brum,datang naik merc,ptuihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:24 PM | Show all posts
hhahaha...
news biler nie wei???
ari nie ke??
nak g beli malam nie gak laa..hahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 09:25 PM | Show all posts
aku naik moto honda bulat jah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat giler golongan pertengahan..

Aku neh masuk kategori daif la klu gtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 09:35 PM | Show all posts
tobby posted on 3-10-2013 08:55 PM
bila baca sepenuhnya baru paham konteks yg menteri ni nak sampaikan. apa yg dia maksud dia nak keraj ...

tu laa pasal, org dok baca keratan yg disharekan jer tp artikel penuh malas nak baca, then ditambah sentimen anti AMNU memang masak ler mamat tu kena gasak di FB sumer dok share gambo keratan jer yg artikel penuh xnak plak share.......

pada aku mmg golongan yg ada simpanan 2-3juta n kete mewah biasa2 still dlm middle class tp yg Upper laaaa......maybe aku nih dlm golongan Middle class tp tahap bottom jer kot,hahahhaha

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:53 PM | Show all posts
axl_bach posted on 3-10-2013 09:35 PM
tu laa pasal, org dok baca keratan yg disharekan jer tp artikel penuh malas nak baca, then ditamba ...

basically aku setuju dgn apa yg menteri tu cakap. kontrak kerajaan kena bagi lebih kpd selain GLC & tokan2 besar utk perbanyakkan lagi golongan UPPER  MIDDLE CLASS nih. klu semua bagi kat tokan besar licin la depa sapu.


Kutip dari internet:
Berdasarkan data Jabatan Statistik Malaysia pada 2012, dirumuskan.

1) Pendapatan isi rumah middle-class di Malaysia secara purata adalah RM 4,300.
2) Penduduk bandar, RM 5,100.
3) Penduduk luar bandar, RM 2,800.

Tuan yang berpendapatan isi rumah RM 10,000 dan ke atas tergolong dalam top 10% di Malaysia.

Jika Tuan duduk di luar bandar, pendapatan isi rumah RM 6,000 ke atas tergolong dalam top 20%.
.

Kiraan asas yang saya buat pula mendapati, tuan perlu ada pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM 7,000 untuk hidup 'OK' di Kuala Lumpur.

Sifu saya kira RM 9,000. Dia kata Chinese society pula kira RM 14,000.
.

Selain menggunakan kaedah pendapatan, secara umumnya middle class adalah:

+ Habis belajar kolej & universiti
+ Ada kelayakan badan-badan profesional seperti peguam, jurutera, doktor dan lain-lain.
+ Mempunyai budaya tersendiri, seperti mempunyai keinginan dan mampu memiliki kereta baru dan rumah sendiri dan juga gaya hidup yang lain seperti mampu minum di Starbucks, sentiasa membeli belah di Jusco, Tesco dan mendengar saluran-saluran radio tertentu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:58 PM | Show all posts
lagi satu jolokan utk golongan middle class nih ....   they are Born free, taxed to death...   

middle class adalah pembayar cukai yg setia & tak boleh nak culas, takleh nak lari mana sbb kena potong up-front.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:39 PM | Show all posts
middle class ni ada yang susah, struggling to make ends meet. ada yang kaya raya, but middle class nevertheless.

tak payah sentap dengan statement menteri ni. Hakikatnya harta korang tidak bertambah atau berkurang satu sen pun.

sesiapa yang kata menteri ni bodoh especially yg malas membaca, maybe it's time to look in the mirror.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:45 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 3-10-2013 05:10 PM
.. pentingkah kita berada di golongan atau kasta yang mana?

janji... hidup kita cukup makanpaka ...

berpandukan kpd reaksi dlm CI ni pentinglah kot....

... tak kisahlah hakikatnya nothing's changed. Hutang masih banyak tu juga...


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:51 PM | Show all posts
menteri bodoh.

patot la negara x maju2 sbb ramai sgt menteri bodo mcm ni.

lebih baik mampuih dr menyusohkan semua orang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:56 PM | Show all posts

bodohnya munturi Umenok, dia tak tau ka ada kategori berikut:

1. Upper middle class
2. Middle c;lass
3. Lower middle class....




Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:00 AM | Show all posts
axl_bach posted on 3-10-2013 03:29 PM
apsal aku rasa cam btol jer artikel dia tu.....apa yg disampaikan adalah dia bermaksud nak lahirkan  ...

aku dari awal lagi tak rasa apa yang pelik dgn statement menteri ni.

tapi agak pelik bila ada yang tiba2 minta BRIM sambil merajuk tak mau bayar cukai konon terkejut orang lain yang drive mercedes dianggap middle class....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 12:09 AM | Show all posts
pyropura posted on 3-10-2013 11:56 PM
bodohnya munturi Umenok, dia tak tau ka ada kategori berikut:

1. Upper middle class

sebenarnya ramai juga forummer CI yg tak tau makna middle class tu apa.

Kalau ada pun silap menteri tu mungkin tak sebut 'upper' middle class. Lumrahnya manusia rasa sedih bila masuk golongan miskin dan rasa gembira masuk golongan kaya walau hakikatnya duit dalam poket TETAP sama - not a cent richer.

agaknya kalau menteri ni kata sesiapa yang bwk preve dan myvi tu upper class baru menteri tu tak bodoh kot...


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:14 AM | Show all posts
tobby posted on 3-10-2013 10:58 PM
lagi satu jolokan utk golongan middle class nih ....   they are Born free, taxed to death...    ...


exactly...dan golongan yang paling banyak terlepas segala bantuan, kat negara mana sekalipun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:41 AM | Show all posts
kaseh80 posted on 3-10-2013 09:29 AM
jadi yg pakai proton golongan fakir dan miskin

sbb yg pakai mercedez golongan pertengahan

menghina ketuanan preve dan sperma ASS.. org pakai preve dh kira kaya harta juta2
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 02:39 AM | Show all posts
totokreturn posted on 3-10-2013 03:03 PM
Pemimpin umno sekarang yg jadi menteri semua bodoh2 belaka sekarang....? Aku tak pelik pun sebab kor ...

dzeck sound macai pr kerja bawah cina miskin hina dina, tp dia tak sedar macai umno kerja makan gaji gov tak sampai asset juta2, tak mampu pakai mercedes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075602 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list