Oklahoma: Seekor harimau membaham tangan kiri seorang pekerja di taman haiwan Oklahoma tengah selepas mangsa memasukkan tangannya ke kandang haiwan berkenaan. Mangsa, kini menjalani pembedahan, Sabtu lalu di Hospital Oklahoma City. Doktor berusaha menyelamatkan tangan wanita itu,” kata pemilik Taman Interaktif Zoologikal di Wynnewood, Joe Shreibvogel.
Kata Shreibvogel, tangan wanita itu terkoyak teruk.
“Bagaimanapun tangan yang digigit itu masih melekat pada anggota badannya tetapi parah.
“Pekerja lain yang melihat kejadian itu berusaha menyelamatkan mangsa sebelum diterbangkan ke hospital,” katanya.
Beliau berkata, wanita itu memasukkan tangannya ke dalam kandang haiwan berkenaan.
“Mangsa sempat menarik keluar tangannya. Haiwan itu tidak menerkam. Wanita itu yang menceroboh kandang haiwan itu,” katanya.
Taman itu mempunyai peraturan ketat melarang pelawat memasuki kandang haiwan liar.
Schreibvogel enggan mendedahkan identiti mangsa kerana belum menghubungi keluarga wanita berkenaan.
Wanita itu berumur 20-an dan bertugas sebagai penyelia haiwan di taman itu.
“Kemungkinan mangsa lalai hingga menganggap haiwan itu jinak seperti anjing, tetapi itu bukan anjing tetapi harimau,” katanya. - Agensi
|