View: 11670|Reply: 11
|
Perodua Viva VS Perodua Myvi
[Copy link]
|
|
Jika anda berniat untuk membeli kereta sama ada Perodua Viva atau Perodua Myvi, saya akan bantu anda buat perbandingan sebelum anda buat keputusan untuk membelinya.
Saya cadangkan ambil kereta Myvi. Jangan ambil Myvi 1.0, tapi ambil Myvi 1.3. Myvi 1.0 sama sahaja dengan Viva 1.0 (CC Viva paling tinggi adalah 1.0 Liter)
Viva/Myvi 1.0 hanya mempunyai 3 silinder sahaja dan Myvi 1.3 mempunyai 4 silinder. Enjin 3 silinder dan enjin 4 silinder (1.3) banyak perbezaannya.
Enjin 3 Silinder
Sifat semula jadi enjin tu agak bergegar. Itu memang tidak dapat dielak atas faktor sains iaitu makin sikit silinder, makin kuat gegaran pada enjin. Jadi, ia akan mengakibatkan mounting iaitu pengikat pada enjin tersebut cepat haus.
Contoh model Perodua yang pakai enjin 3 silinder adalah Kancil, Kelisa, Kenari, Viva dan Myvi 1.0. Hanya Kembara dan Myvi 1.3 sahaja yg mempunyai 4 silinder.
Perlu diingat, mounting untuk kereta-kereta keluaran perodua bukannya murah. Gegaran pada enjin 3 silinder bertambah teruk jika kereta tersebut adalah bertransmisi automatik (gear auto).
Perbandingan Viva Dan Myvi
Penggunaan petrol:
1.0 = kelajuan bawah 100 km/h lebih jimat dari 1.3.
1.3 = kelajuan lebih 100 km/h lebih jimat dari 1.0.
Kalau pandu perlahan, Viva lebih jimat. Kalau pandu laju, Myvi lebih jimat.
Belting pada enjin:
1.0 = pakai timing belt, kene tukar setiap 80,000 km – 100,000 km.
1.3 = pakai timing chain, boleh bertahan sehingga 400,000 km atau 15 tahun.
Baca Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain untuk info lanjut.
Handling:
Kedua-duanya sama sahaja. Apabila pandu laju rasa mcm bawak sampan. Tiada apa yg menarik tentang handling untuk kedua-dua model ni.
Maintenance:
Lebih kurang sama sahaja. Dan untuk peringatan, spare part perodua bukannya murah. Tetapi barang-barangnya tahan lama. Pastikan beli yg original.
Keselamatan:
Myvi lebih rasa selamat berbanding Viva kerana body Viva terlalu nipis.
Jadi fikirlah baik-baik, kereta mana yang menepati dengan jiwa pemanduan anda. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua2 pun x minat.. tak sesuai dgn jiwa aku..aku suke kete yg ada tarikan kuasa..tak laju pun x pe.. tapi kuasa tarikan dari pegun mesti kuat..aku penah bawak myvi 1.3, ..aku heran gak napa org suka myvi dan viva, kepuasan memandu tiada...myvi ni aku bawak 100km/j pun dah rasa takut dan tak confiden sbb ringan, stereng rasa cam tak terkawal..tapi boleh la kalau nk kira jimat minyak. |
|
|
|
|
|
|
|
hang beli la lamborghini diablo.... |
|
|
|
|
|
|
|
shazman73 posted on 7-10-2013 09:29 PM
dua2 pun x minat.. tak sesuai dgn jiwa aku..aku suke kete yg ada tarikan kuasa..tak laju pun x pe.. ...
hang beli la preve atau pun suprima S hehehe baru la terasa pickup kaw punya..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo myvi nk pickup masuk enjin k3-vet... |
|
|
|
|
|
|
|
aku prefer myvi lgi dr viva |
|
|
|
|
|
|
|
kalo myvi 1.5 mcm ner lak?? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku pelik la.. sebab selalu kat highway.. org yang bawa viva ni memandu laju la. kadang2 saje follow, tgk2 dah cecah 140 km/h.contoh terbaru petang tadi aku drive dari juru ke ipoh ada driver viva drive 140km/h. aku tak pernah test viva.. mgkn best kot tekan minyak bawa laju2. myvi pernah la aku bawa. |
|
|
|
|
|
|
|
maibi maibi..maibi high beam |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap aku masih setia ngn viva kesayangan selagi mana aku hidup. huahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|