CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lynn9

Cerpen: Episod Cinta Amir~TAMAT~

[Copy link]
 Author| Post time 20-11-2013 06:42 PM | Show all posts
cikwawi posted on 20-11-2013 03:16 PM
best! kita suka!

tq tq
stay tune...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2013 01:03 PM | Show all posts
Wajah ayah masih keruh.  Masih marah.  Aku tidak sanggup untuk melihat ke dalam mata ayah.  Nyata dia kecewa dengan apa yang terjadi.  Namun aku tahu di sudut hati seorang ayah masih ada sisa-sisa kemaafan untuk anaknya.  Mungkin emak memujuk ayah untuk tidak terlalu berkeras.

Ayah melabuh punggung di pangkin luar.  Aku hanya membototi.  Merebah punggung di sebelah.  Masing-masing hanya membisu.  Melempar pandangan jauh.  Lidah rasa kelu untuk berkata-kata.  

“Keluarga budak perempuan tu restu ke perkahwinan kau ni?” ayah bersuara tiba-tiba.  Memecah kebisuan.  Aku tersentak meneguk liur.  Ayah memandang ke muka aku bila tiada jawapan.  Aku menerung tanah.  Tidak sanggup untuk bertemu mata dengan ayah.  Mengangguk lemah.  

“Kalau dah restu, kenapa sanggup kahwin senyap-senyap macam kau tu tak ada keluarga?”

“Kau orang kena tangkap basah ke?”

Cepat sahaja aku menggeleng.  Ayah melepas keluh.  

“Takkan keluarga dia tak tanya siapa keluarga kau..asal-usul kau?” bentak ayah.

“Malu ayah Mir…kau tak pernah terfikir pasal maruah keluarga?”

Emak muncul semula dengan Zurin membawa dulang minuman.  Namun aku masih tidak mampu mengangkat wajah. Hati tiba-tiba jadi sentimental.  Mungkin kata-kata yang keluar dari mulut ayah menyentuh hati lelaki aku.  Melihat emak yang seolah sudah merestui Zurin sebagai “menantu”nya.  Aku jadi pilu.
  
“Sudahlah bang…mari kita minum dulu…” ujar emak lembut memujuk ayah.
  
“Tak ada selera..” ujar ayah sambil mengangkat punggung.  Berlalu.  Dada aku bagai ditusuk sembilu.  Rasa berdosa yang amat sangat.  Zurin memandang sayu ke muka aku.  Aku terpaksa keraskan hati.  Tidak mahu Zurin melihat air mata aku jatuh.
  
Sehingga menjelang Maghrib sikap ayah masih dingin.  Masih lagi marah ku kira.  Bukannya kesalahan yang kecil aku lakukan.  Walaupun aku tidak pernah pun melukakan hati mereka pada hakikinya.  Aku sanggup memikul semua ini kerana Zurin.  Tidak mahu maruahnya tercalar.  Sanggup melukakan hati keluarga sendiri.  Berbaloikah Amir?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2013 01:18 PM | Show all posts
Selesai solat, aku lihat Zurin sedang sibuk membantu emak di dapur.  Hati rasa tenang seketika.  Alangkah bagusnya kalau ini bukan sekadar lakonan.  Dalam diam aku sudah jatuh hati pada Zurin.  Pandai juga dia cuba mengambil hati emak.  Tanpa sedar aku tersenyum sendirian di tangga.  

“Mir, apa yang tercegat kat situ?”

“Panggil ayah kau ajak makan” sambung emak lagi.  Membuat aku tersentak mengulum senyum.  Zurin melempar senyum ke arah aku.  Itulah kali pertama aku benar-benar memandang dia.  Dari hati.  Hati aku berbunga.  

Deheman ayah terus mematikan lamunan.  Aku segera mengajak ayah makan malam.  Ayah hanya diam menuruni anak tangga untuk ke meja makan.  Hati terasa lega.  Sekurang-kurangnya ayah masih sudi makan malam bersama.  Tiba-tiba perut aku benar-benar rasa lapar.  Maklumlah dari pagi tak ada sebutir nasi pun yang masuk ke perut.  Zurin tercegat berdiri di sisi meja memandang ayah melabuh punggung ke kerusi.  Langkah aku masih berat untuk menuju ke meja makan.  Walaupun perut sudah rancak menyanyi.  

“Apa lagi yang kau tercegat dekat situ Mir?” sergah emak.  Memaksa aku menelan liur.  Ayah melempar pandangan ke arah aku.  Tiada garis senyuman ramah ayah.  Namun aku tahu dia mahu aku makan malam bersama.  

“Zurin..dah duduk…cedok nasi tu untuk Amir” emak bersuara lagi.  Tanpa membantah Zurin letak sesenduk nasi ke dalam pinggan dan hulur pada aku.  Aku memandang nasi di pinggan tanpa berkedip.  Sesenduk je? Dahlah perut aku mendidih tak makan dari pagi tadi.  Kalau ikutkan hati aku nak sound dia suruh tambah dua senduk lagi tapi oleh kerana aku sedar diri dengan masalah yang melanda aku terpaksalah menyambut pinggan tu dengan senyum paksa.
  
Lauk depan mata saja yang aku berani cuit.  Takut-takut kalau nampak sangat gelojoh makan macam orang tak berdosa.  Aku tengok Zurin pun terkulat-kulat menelan nasi.  Mungkin seperti aku dia juga tidak betah.  Macamlah aku tak tahu selera makan dia.  Kalau boleh dengan pinggan-pinggan tu dia nak telan.

“Tambah nasi Mir..” ujar emak.  Aku hanya menggeleng lemah.  Ayah pun tak habis nasi di pinggan tak kan lah aku nak over.
  
“Eh…abang dah ke?” ujar emak lagi apabila ayah minta bekas air basuh tangan.  Aku menelan liur sambil menghabiskan suapan yang terakhir.

Malam itu tak ada cerita-cerita sensasi yang keluar.  Tiada gelak ketawa seperti selalu.  Semua dalam kejanggalan.  Walaupun emak cuba menyelamatkan keadaan tapi kejanggalan masih menyelubungi suasana makan malam.  

Selesai makan, aku mencari ruang dan peluang untuk berbual dengan ayah.  Untuk cuba memulihkan keadaan walaupun aku tahu hati dia sudah terhiris.  Sekali lagi aku melabuh punggung di pangkin di sisi ayah.  Sekali lagi aku menelan liur melihat ayah sedang asyik mengasah sabit dan parang miliknya.  Sewaktu aku melabuh punggung di sisi, ayah tidak mengangkat muka.  Masih tekun dengan kerjanya.  Akal aku mencari-cari mukadimah untuk memulakan kata.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 02:58 PM | Show all posts
Dh malam...?
Cmna diaorg nk tdo...?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 04:09 PM | Show all posts
sarizu posted on 25-11-2013 02:58 PM
Dh malam...?
Cmna diaorg nk tdo...?

Kan? Terfikir gak ni....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 07:31 PM | Show all posts
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.  Payah untuk memulakan bicara.  Nak-nak bila ayah asyik mengasah parang.  Silap haribulan nahas aku.  
“Menjadi juga pokok rambutan tahun ni...” ujar aku memecah kesunyian.  Bunyi cengkerik dan asahan parang memenuhi ruang telinga.  Ayah hanya mengangguk.  Aku melepas keluh.  Nampaknya ayah masih dingin.

“Durian kat kebun kali ini  menjadi ke ayah?” aku mencuba sekali lagi.  Ayah memberhentikan asahan.  Membelek mata parang yang baru diasah.

“Cukuplah nak makan sendiri..” jawab ayah.  Petanda baik.  Aku membetulkan suara.  Entah kenapa tekak terasa kering tiba-tiba.  

“Kayu api banyak kat belakang rumah tu...macam nak buat kenduri je.  Ada kenduri ke? Kenduri siapa ayah?”

Kali ini ayah memandang tepat ke muka aku.  Terpaksa aku menelan liur sekali lagi.

“Kenduri siapa lagi? Kenduri kau lah!” keras sikit suara ayah.  

“Kenduri Amir? Kenduri apa pula ayah?”

Emak muncul dari dalam.  Aku masih terpinga-pinga.  Kenduri untuk aku?  Untuk apa?

“Mir, kenduri doa selamat untuk Amir dengan Zurin”

Membuat aku rasa terpempan.  Rasa seperti batu besar menghempap kepala.  

“Mak..ayah buat apa susah-susah sampai nak buat kenduri ni semua..” aku rasa bersalah.  Tak cukup dengan rasa berdosa menipu mereka pasal perkahwinan aku dengan Zurin, ini tambah lagi satu rasa berdosa yang amat sangat.

“Tau pun menyusahkan! Kalau tak kerana perangai tak senonoh kau, kahwin macam tak ada adat, tak ada keluarga, tak ada kami nak susah-susah macam ni!” bentak ayah.  Mulalah ayah berkhutbah.  

“Ini baru 4 bulan kau tak balik kampung..kalau 4 tahun agaknya dah berderet cucu aku pun tak tau! sambung ayah lagi.  

“Patutlah bila aku suruh balik kampung, ada sahaja alasan kau bagi! Sibuklah..projeklah..ini projek kau selama ni?”

Pedih juga telinga aku menadah leteran ayah.  Tapi aku gagah juga menjadi tukun di situ.  Kerana rasa berdosa dan bersalah yang tidak terhingga.  Aku rela, jika ini dapat meleburkan dosa.  Kekadang rasa macam nak berterus-terang sahaja.  Tapi dalam keadaan macam ini rasanya tak sesuai lagi.

Zurin yang muncul dengan emak tadi hanya berdiri kaku di muka pintu.  Mungkin rasa serba-salah.  Puaslah emak memujuk ayah, cuba mententeramkan keadaan.  Hampir ke pukul 12 barulah ayah mengangkat punggung masuk ke dalam.  

“Dahlah masuk tidur Mir..dah lewat ni.  Esok banyak kerja nak buat lagi” ujar emak sambil menyusur ayah ke dalam.  Meninggalkan aku dengan Zurin terkulat-kulat di luar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2013 07:57 PM | Show all posts
“Huh! Apa lagi yang tercegat kat luar tu? Pergilah tidur!” tegur ayah sewaktu mengambil ubat nyamuk.  

Aku dan Zurin berpandangan.  Melangkah longlai ke bilik.  Rasanya kalau diberi pilihan lebih baik aku sambung dengar leteran ayah daripada terpaksa tidur sebilik dengan Zurin.  Dari tidur serumah dah terpaksa tidur sebilik.  Matilah aku kalau ayah dengan emak tahu ini cuma lakonan.  

“Awak...saya minta maaf sebab awak kena lalui semua ini kerana saya..” ujar Zurin.  Aku melepas keluh.  

“Dahlah..benda dah berlaku pun” aku malas nak memanjangkan bualan.  Badan dah letih.  Dah ready nak landing atas katil.
Aku capai bantal dua biji campak atas lantai.  

“Eh...awak..biar saya tidur kat bawah..awak tidur atas katil..”ujar Zurin.  Aku tergelak kecil.  Sinis.  Apa dia ingat aku nak tidur kat bawah lantai tu.  Buat sakit badan je.

“Jangan perasanlah...bukannya saya..awak yang kena tidur kat bawah tu...”.  Sambil aku menghenyak badan ke katil empuk.  Bahagia sedetik.  Sambil membetulkan urat-saraf yang letih memandu siang tadi.

Zurin terpinga-pinga memandang aku.  Dengan muka tak puas hati.  

“Eee...benci!” bentaknya sambil merebah badan ke lantai yang beralas tikar mengkuang.  Macamlah dia tak biasa.  Kat rumah aku pun dia tidur macam tu juga.  

“Tak gentleman langsung!”gerutu dia lagi.  

Tak gentleman dia cakap?  Amboi, yang aku terpaksa tempuh semua ini kerana dia.  Nak melindungi maruah dia sampai tercalar maruah aku dan keluarga tu tak cukup gentleman lagi ke?  Oleh sebab dah malam dan badan pun dah letih aku tak larat nak berhujah malam-malam ini.  Mata dah tak larat.  Mungkin sebab badan aku terlalu letih membuatkan aku cepat terlelap. Lupa yang aku tidur sebilik dengan Zurin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 08:17 PM | Show all posts
sarizu posted on 25-11-2013 02:58 PM
Dh malam...?
Cmna diaorg nk tdo...?

hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2013 08:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-11-2013 04:09 PM
Kan? Terfikir gak ni....

tersipu2x malu heheheh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 01:01 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-11-2013 04:09 PM
Kan? Terfikir gak ni....

Speku x mnjdi
Igtkn gossip Lebih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 06:27 PM | Show all posts
Aku tersentak bangun bila pintu bilik di ketuk.  Perasaan ketika itu macam kena serbu dengan Pegawai Pencegah Maksiat.  Aku terus duduk bersila atas katil, manakala Zurin sudah tercatuk berdiri.  Menuju ke  muka pintu.  Dia  menguak sedikit pintu bilik.  Muat-muat untuk badannya sahaja.

“Zurin…kejut Amir, suruh dia bangun..ayah dah tunggu nak solat jemaah kat surau”

Aku bingkas landing semula.  Sebelum dua biji bantal hinggap di belakang.

“Adui…apa ni?”.  Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Eh…awak tak dengar mak awak cakap yang ayah awak dah tunggu tu?  Jangan nak cari pasal ok..” warning Zurin.  Mungkin sebab dia takut ayah naik angin.  Masalah yang sedia ada pun belum selesai lagi.

Aku bangkit malas.  Menarik tuala dengan mata separuh buka.  Zurin hanya memandang sinis.

“Dah sedap landing atas katil empuk pun liat nak bangun…” perli akulah tu.  Tak puas hati lagi pasal kes malam tadi.

Aku menghentikan langkah berhenti betul-betul depan dia.  Mengamati muka dia yang masam mencuka.  Muka tak puas hati.

“Jom…”

“Jom apa?”

“Jom mandi…”

“Eee…miangnya!”

Habis dia tunjalnya kepala aku.  Ganas betul minah ni.  Aku meraba-raba dahi aku.  Sakit tu.  Syok pula rasanya kalau betul-betul dah kawin.  Tiba-tiba mode “miang” pula pagi itu.  Mungkin sebab sejuk…hehehe.  Astagfirullah…

Selesai mandi ala-kadar aku cepat-cepat bersiap.  Rasanya dah lama ayah tunggu kat bawah.  Silap hari bulan dia dah tinggalkan aku.  Aku terkocoh-kocoh menuruni anak tangga.  Baru sebelah kaki masuk dalam perut kereta, ayah dah jalan.  Tak ada safety awareness betul ayah aku ni.  

Sampai di surau dah ramai Jemaah sampai. Tak dapat duduk saf depan.  Aku ingat ayah selalu cakap.  Selagi solat Jemaah subuh tak seramai solat Jumaat, selagi itulah orang islam ini masih lemah.  Ada betul juga cakap ayah.  Solat Subuh adalah dalam 3 saf paling ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 07:41 AM | Show all posts
Tiba di rumah, sarapan telah terhidang.  Nasi goreng mak yang aku mengidam dengan cekodok pisang yang juga makanan kegemaran aku ada atas meja.  Aku melempar senyuman ke arah Zurin.  Dia hanya mengangkat kening.  Tersenyum tawar.  Aik? Marah lagi ke minah ni.  

“Tuangkan abang kopi..” ujar aku.  Zurin mengerut dahi memandang aku.  Abanglah sangat.  Dia tuang secawan untuk aku dan secawan untuk ayah.  Emak tak minum kopi.  

Sejuk hati aku tengok Zurin pagi tu.  Pandai juga dia membawa diri dalam keadaan macam ni.  Ringan tulang, mungkin itu memang sifat semula jadi dia kot.  Kat rumah aku pun dia rajin buatkan aku breakfast.  Pagi itu aku rasa pandangan aku asyik melekat dekat dia.  Entah kenapa hati rasa berbunga-bunga.  Dia yang memandang pelik dengan gelagat aku.  Mungkin dia fikir aku dah buang tebiat agaknya.

Sebaik selesai makan, terdengar orang memberi salam.  Kak Long sekeluarga sampai dari Jasin.  Bila nampak muka aku Kak Long menggeleng-geleng kepala.  Mungkin tak sangka dengan perbuatan luar jangka adik lelaki dia ni.  

“Amir…amir…” itu sahajalah perkataan yang keluar dari mulut Kak Long sewaktu kami bersalaman.  Aku hanya menggaru-garu kepala macam budak baru kena marah dengan emak.  

“Apesal la kau buat perangai bodoh macam tu? Ish! Kau ni…” Kak Long mematikan kata-kata bila Zurin terjengul di ruang tamu.  Zurin melemparkan senyum menghampiri Kak Long dan bersalaman dengannya.  

Dan pagi itu ramai juga jiran-jiran terdekat yang datang.  Tolong rewang untuk kenduri doa selamat malam nanti.  Aku tengok Zurin pun bertungkus-lumus di dapur membantu emak dan Kak Long.  Menjelang tengahari barulah adik aku Aina sampai.  Seperti Kak Long dia juga terkejut kodok dengan perbuatan luar jangkaan abangnya ini.  Tapi aku nampak dia cepat mesra dengan Zurin.  Mungkin sebab mereka sebaya.  Aku dengan Aina beza dua tahun.  Manakala Kak Long dengan aku beza empat tahun.  Sebab itu aku lebih rapat dengan Aina daripada dengan Kak Long.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 10:32 AM | Show all posts
Satu keseronokan di kampung ni ialah bila time ada kenduri-kendara mesti jiran-jiran datang rewang.  Bergotong-royong.  Time aku kecik-kecik dulu memang seronok sebab ramai kawan.  Dan masa itu emak dengan ayah dah tentu sibuk, jadi aku boleh buat apa yang aku suka.  Kira kalau aku nak curi-curi pergi terjun ke jeram pun tak ada orang peduli.

Mungkin sekarang amalan rewang ni dah makin hilang.  Orang lebih suka pakai caterer je.  Senang.  Tak payah susah-susah.  

Mata aku terpana memandang wajah gembira Zurin.  Dia nampak selesa dan gembira.  Tiba-tiba ada chemical reaction dalam badan aku.  Satu perasaan aneh mengalir ke seluruh badan.  Mungkin inilah perasaan orang jatuh cinta kot.

“Tak kan tak mengandung lagi bini kau tu?” tanya ayah yang muncul entah dari mana.  Boleh kena heart attack aku dibuatnya.   Aku terkedu.

“Apa ayah tanya tadi?” bukannya aku tak dengar.  Nak kata kurang faham pun tak juga.  Cuma rasa terjerat dengan soalan ayah.

“Aku tanya, takkan tak mengandung lagi bini kau tu?”

“Err…planning lah ayah..” ujar aku sambil tersengih sumbing.  Planning? Hahah…itu sahajalah yang muncul di kotak fikir.  Macamana nak mengandung ayah oi…kahwin pun belum lagi ni.  Gila.  Mampus aku kalau ayah serang hendap dengan soalan-soalan macam ini lagi.  Payah.  Kacau daun betullah ayah ni.  Aku dah baik dapat port nak skodeng Zurin.  Sekarang Pakcik Zam belakang rumah tu dah ambil port aku.  Aisehman! Aku melepas keluh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 11:18 AM | Show all posts
Dlm hati rama2 sudh btbangan d tmn...

Diaorg Kwin tema apa ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 12:11 PM | Show all posts
sarizu posted on 28-11-2013 11:18 AM
Dlm hati rama2 sudh btbangan d tmn...

Diaorg Kwin tema apa ya?

@sarizu ~ tema rama2 berterbangan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 12:18 PM | Show all posts
Ceh...ciplak idea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2013 12:53 PM | Show all posts
Emak beritahu jiran-jiran yang Zurin itu “bakal menantu”.  Rahsia keluarga kena simpan.  Aku dan adik-beradik saja yang tahu apa yang terjadi “sebenarnya”.  Kalau orang kampung tahu yang kami dah “berkahwin” senyap-senyap.  Jadi gossip terhangatlah di daerah Bakri ni.  Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba balik bawa bini.  

Tak pasal-pasal jadi cerita sensasi. Jadi emak bagitau kalau ada rezeki, panjang umur dan ada jodoh yang kami akan berkahwin hujung tahun ini.  Terharu aku mendengar.  Itulah kasih ibu.  Apa sahaja keadaan anak-anak, mereka akan terima dan buat yang terbaik.  Untuk melindungi anak-anak dan maruah keluarga.  

Hujung tahun ini bermakna lagi 2 bulan saja.  Biar betul emak aku ni.  Perasaan Zurin pada aku pun aku tak tahu lagi.  Latar-belakang dia pun aku tak tahu lagi.  Kenapalah aku mengambil jalan yang payah macam ni.  Mungkin lebih senang aku berterus-terang.  Tak pasal-pasal, emak dan ayah pun terpaksa menipu untuk melindungi maruah.  Terasa macam aku kerdil sangat waktu itu.  Terasa dosa yang menghempap kepala semakin besar.  Kalau aku mati saat itu, dah confirm-confirm masuk neraka.  Nauzubillah.  

Malam itu Zurin nampak sweet sangat dengan baju kurung berbunga warna lilac dengan tudung sedondon.  Cantik pun pakai tudung.  Walaupun aku tahu itu baju kurung Aina, sebab aku ingat lagi warna tema raya tahun lepas.  Tapi warna baju tu sesuai sangat dengan Zurin.  Dia menghadiahkan senyum pada aku bila mata kami bertemu.  Menyebabkan jantung aku berdegup ke tahap maksima.  Parah dah ni perasaan aku.  Berbunga-bunga.

“Apa yang kau tersengih-sengih lagi tu Mir, orang-orang surau dah sampai tu.” Ujar Kak Long membangkitkan aku dari lamunan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 12:54 PM | Show all posts
“Pergi tukar baju cepat…” sambung Kak Long lagi.  Dah macam anak-anak dia pula dia buat aku ni.  Aku terpisat-pisat mengulum senyum.  Sebelum segera melangkah ke bilik untuk bersiap.  

Majlis malam itu sederhana tetapi ramai juga tetamu yang hadir.  Majlis doa Selamat.  Majlis itu memanglah Selamat, yang tak berapa nak Selamat sekarang ini aku.  Amir..Amir…

Selesai kenduri dan berkemas apa yang patut, aku, Zurin dan Aina duduk berehat di pangkin.  Malam itu juga Aina kerah aku suruh kait buah rambutan.  Terpaksalah aku melayan juga karenah adik aku itu.  Nak-nak bila Zurin pun menyokong Aina.  Nasib baik anak-anak buah aku yang dua orang tu dah lama terlentok kalau tidak lagi kecoh.  

“Abang, ambik yang sana tu…yang sana tu…” sedap sahaja Aina mengarah aku.  Dahlah banyak kerengga atas pokok ni.  

“Senanglah kau order je…” gerutu aku.  Zurin hanya tersenyum melihat gelagat aku dan Aina.  

Aku bukan minat sangat makan buah rambutan ini.  Setakat 2-3 biji bolehlah.  Tapi Aina memang suka gila.  Kadang-kadang itu dia kopek semua buah rambutan masuk dalam bekas lepas tu dia letak dalam peti ais.  Bagi sejuk.  Selalu juga aku kibab dalam peti ais.  Bising dia tapi aku tak peduli.  Bila dah siap kopek lepas tu sejuk pulak tu.  10 biji pun aku boleh makan.  

“Abang..mainlah gitar..”

“Ah..malas lah…”.  Aina memuncungkan mulut bila aku tolak permintaan dia.  Banyak sangat permintaan.  Tadi nak rambutan aku dah layan walaupun kena ketip dengan kerengga.  Ini nak suruh aku main gitar pula.
  
“Awak pandai main gitar ke?” tanya Zurin.  Aku tersengih macam kerang busuk.

“Bolehlah…”

“Eh! Memang Abang ni pandai main gitar…kat sekolah dulu dia memang selalu perform..hari gurulah..talentime la...” Aina galak menggiat aku.
  
“Ye ke…main la satu lagu….”

Sudah.  Dia buat muka welfare dia lagi.  Sebab muka tulah aku bagi dia tumpang rumah aku.  Dan heret aku dalam permainan yang membahayakan kesihatan aku.  Adui.  Payah.  Dan sebab muka welfare tu sekali lagi terpaksalah aku mengalah.  Sebab dalam hati ada taman.  Tak sanggup nak kecewakan dia.

Pantas saja Aina meng”offer” diri untuk pergi ambil gitar kapuk aku di dalam.  Sambil terkinja-kinja.  Macam ini ke perangai budak umur 25 tahun?  Dah sesuai jadi bini orang dah tu.  Bukan budak-budak lagi.  Dia menjelir lidah kepada aku bila aku perli dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 12:56 PM | Show all posts
sarizu posted on 28-11-2013 12:18 PM
Ceh...ciplak idea

bukan ciplak...copycat je

tukar temalah "rama2 dah terbang pun..."
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 12:59 PM | Show all posts
Lynn9 posted on 28-11-2013 12:54 PM
“Pergi tukar baju cepat…” sambung Kak Long lagi.  Dah macam anak-anak dia pula dia buat aku ni.   ...

tertanya muka welfare tu mcm mn...

tanya incik google dia bagi ni jer





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.079706 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list