CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17605|Reply: 44

Wajah HANG TUAH

[Copy link]
Post time 10-10-2013 08:41 PM | Show all posts |Read mode




   
Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar, Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah
dan Warisan Melayu Duyong (PESAWAD)

(yang bertemu Hang Tuah di Pulau Ciputih)...





SUMBER :

http://wwwaj601.blogspot.com/2013/07/berdialog-dengan-hang-tuah-di-pulau.html


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2013 08:42 PM | Show all posts
November 1987...

Sesudah solat Asar, lelaki itu naik ke dalam sampan. Mujur nelayan tua itu sudi membantunya. Menghantarnya ke sebuah pulau yang menjadi 'kawasan larangan'.



Dia harus ke sana. Kembaranya dengan beruzlah selama ini memberi petunjuk, di pulau tidak berpenghuni itulah dia akan temui jawapan yang dicari-carinya.


Petang hari Ahad, berjayalah lelaki itu menjejakkan kakinya di pulah tersebut. Lantas, dia mencari tempat yang sesuai menyambung uzlahnya. Sebongkah batu besar menghadap ke gigi laut dipilih. Atas hamparan batu itulah dia duduk terus mengkhusyukkan diri ke hadrat Ilahi. Sekadar kurma dan kismis sebagai pengalas perut.


Waktunya banyak dihabiskan dengan amal ibadah. Solat hajat, taubat dan istikharah tidak ditinggal. Sehinggalah pada malam kedua di pulau itu, lebih kurang pukul 2.00 pagi. Sewaktu dia sedang berwirid....


''Assalamualaikum...'' Salam itu tidak berjawab. Lelaki itu tergamam. Terperanjat, takut dan menggigil melihat susuk 'laksamana' dihadapannya itu.


Kali kedua salam diberi. Pun sama. Lelaki itu masih terfana. Perasaannya bercampur-baur hingga lidahnya kelu untuk berkata. Kali ketiga, salam diberi lagi sambil 'laksamana' itu menghulur tangan.


Barulah lelaki itu mampu menjawab salam. Pantas dia menyambut huluran tangan yang diberi. Sejuk rasanya tangan 'laksamana' tatkala bersalaman sambil mencium tangan itu. Aroma wangian kasturi menusuk hidungnya.


Selepas melepaskan genggaman tangan, lantas 'laksamana' itu menepuk lembut bahunya. Barulah lelaki itu tersentak. Terasa tenang semula dan lancar berkata-kata.


''Yayi bernama Hang Tuah. Yayi datang melihat cucu di sini,'' akhirnya dia memperkenalkan diri.


''Terima kasih kerana laksamana sudi datang,'' balas lelaki itu. Hatinya terasa sebak,


Pertemuan mereka malam itu tidak lama. Sekadar bualan biasa. Bermacam-macam soalan hendak ditanya lelaki itu, namun jawab Tuah yang membahasakan dirinya sebagai yayi (kiai).


''Yayi tahu apa yang cucu cari. Sabarlah. Jangan tinggal solat dan wirid!'' Sebelum subuh menjelma, mereka pun berpisah.


Keesokan malam, Tuah datang lagi menjenguknya. Pertemuan malam kedua itu, barulah laksamana terbilang itu menceritakan sedikit akan nasib keturunannya.


''Yayi bernama Hang Tuah, anakanda kepada bonda yayi iaitu Dang Merduwati atau Dang Merdu. Ayahanda yayi bernama Hang Mahmud. Yayi lahir di kampung Duyong, Melaka dan membesar di Bentan,'' tuturnya dalam bahasa lama.


Perbualan mereka terus berkisarkan nasab, salasilah, kedaulatan dan kehebatan zaman kedaulatan dan kehebatan zaman kesultanan Melayu Melaka. Pertemuan mereka bersambung hingga malam ketiga. Segala persoalan terjawab. Lelaki itu mendapat jawapan yang selama ini dicarinya.


Pertemuan malam ketiga itu merupakan malam terakhir di pulau itu. Sebelum berpisah, sempat Tuah memberi 'cenderamata' kepada lelaki itu. Kata Tun Tuah: ''Wahai cucuku, ambillah keris ini sebagai tanda pertemuan kita. Jika nanti ada sebarang keperluan, panggillah yayi!''


Lalu keris yang dihulur itu disambut penuh hormat lelaki itu. Dicabutnya keris pendek itu dari sarung, lalu dicium, Dan dimasukkan semula ke sarungnya. Tangan kanannya menggengam erat keris itu di dada sambil tangan kirinya melambai, sebagai tanda perpisahan mengiringi langkah pahlawan Melayu terbilang itu melangkah ke gigi air dan kemudian hilang dalam sayup hening subuh.


Berakhirlah pertemuan tiga harinya bersama laksamana Melayu terulung di pulau itu. Seminggu bertapa di pulau itu, ya... lelaki itu akhirnya mendapat jawapan!









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 08:42 PM | Show all posts
Inilah potret Tun Tuah


Sambil menunjukkan sekeping potret lukisan, Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar, 63, berkata: inilah wajah Hang Tuah!''


Sekalipun pertemuannya dengan pahlawan terbilang itu bermula pada hujung tahun 1987, hanya pada tahun 2003 dia mendapat 'izin' untuk memotretkan wajah pahlawan Melayu terbilang itu.


Lantas, Ibrahim segera ke Langkawi, menemui rakannya Mohd. Salleh Dawang, yang juga merupakan seorang pelukis yang sering membantu pihak polis melakar wajah-wajah para penjenayah.


Sambil Salleh melakar di atas kanvas putih dengan sebatang pensel, Ibrahim pun memberi gambaran rupa Hang Tuah yang pernah ditemuinya.


''Hidungnya panjang dan kembang sedikit. Bibirnya nipis dan lebar ke tepi. Bentuk wajahnya tidak bujur tapi tidak terlalu bulat. Di antara kedua-dua keningnya mempunyai lekuk. Keningnya timbul. Bulu keningnya nipis namun dibentuk seperti batas berlekuk.


''Matanya bulat, lirikannya tajam. Dagunya seperti ada lapis. Telinganya panjang. Kerisnya terselit di pinggang dan tangannya selalu di situ. Keadaannya dalam siap siaga,'' panjang lebar gambaran Ibrahim.


Dalam masa 40 minit, Salleh siap melakar gambaran yang diberi lalu ditunjukkan kepada rakannya itu.
''Astaghfirullah!'' Ibrahim mengucap panjang.


Menggigil tangannya memegang kanvas lakaran itu, Ya! Inilah wajah Hang Tuah. Benar-benar serupa seperti yang sering ditemuinya.


Salleh sendiri turut merasa aneh. Sewaktu melakar potret itu, tidak sekali pun dia menggunakan pemadan seperti kebiasaan. Tangannya juga ringan, seolah-olah diarahkan untuk melakar gerakan membentuk rupa tersebut..


Selesai lakaran, tiga hari masa diambil untuk memperkemaskan potret itu sebelum Ibrahim membawanya pulang. Potret itu disimpan rapi di rumahnya di Klang, Selangor. Tidak pernah dia berkongsi wajah pahlawan itu untuk tatapan orang luar.


Hanya pada tahun lalu, barulah wajah Hang Tuah ini diabadikan pada setem yang dikeluarkan eksklusif oleh Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (PESAWAD).


Waktu itu bila ditanya, Ibrahim sekadar menjawab wajah itu dihasilkan selepas beberapa siri pertemuannya dengan Hang Tuah di alam ghaib. Tiada perincian lain.


Kata Ibrahim, sukar untuk menceritakan perkara yang tidak mampu diterima logik akal manusia. Namun kepada Mastika, barulah Ibrahim terbuka hati menceritakan kisah pertemuannya dengan Hang Tuah.


Mencari jati diri Melayu...


TIDAK! Ibrahim tidak pernah meminta untuk bertemu Hang Tuah. Segalanya bermula pada bulan Ogos 1987, sewaktu tercetusnya isu perlembagaan apabila Karpal Singh hendak memfailkan saman terhadap Sultan Selangor.


Sebagai anak Melayu yang kebal jati diri, Ibrahim bersama puluhan sabahat yang lain tampil mempertahan kedaulatan raja-raja melayu. Matlamatnya terlaksana sekalipun dia menanggung akibat, ditahan ISA selama 19hari.


Selepas itu, Ibrahim tekad. Membawa diri ke serata tempat untuk 'berkhalwat', mengasingkan diri bermunajat kepada sang Pencipta. Tujuannya hanya satu, mencari kemelayuan dalam dirinya.


Ya Allah, aku mencari diriku, Melayuku. Adakah benar Melayu ini tuan kepada bumi (Malaysia) bertuah ini? Bantulah aku agar tidak tersesat- Itulah hajat yang sering dipohon dalam pencariannya.


Lalu dia 'dipertemukan' dengan Hang Tuah, pahlawan terbilang abad ke-15 yang memberi jawapan terhadap pencariannya itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 08:44 PM | Show all posts
Tuah tidak bunuh Jebat!


Tanyalah apa saja peristiwa lampau, sama ada tentang Kesultanan Melayu Melaka. Tentang Hang Tuah lima sahabat? Atau apa saja yang menjadi persoalan dalam sejarah. Ibrahim ada jawapannya!


Sebab itu bila ada pihak mempertikai kewujudan Hang Tuah, Ibrahim tampil lantang berusara. Kerana dia masih ingat pesan Tuah yang berkata: ''Jangan sesekali cucu dan anak cucu yang lain berfikir atau mengatakan bahawa Sultan Melaka tidak pernah ada. Begitu juga adinda dan sahabat-sahabat.''


Lagi satu penjelasan Tuah dalam pertemuan mereka berkata: ''Yayi tidak pernah membunuh sahabat yayi, si Jebat. Tidak sekali-kali!''


Lalu tanya Mastika, siapa yang bunuh Jebat? Bukankah dalam sejarah tertulis Tuah bunuh Jebat kerana derhaka terhadap sultan?


Tidak! Itu bukan kisah sebenar. Begini ceritanya. Tuah dan Jebat bertikam berhari-hari kerana mereka 'bergurau', melepaskan rindu setelah sekian lama terpisah angkara kedua-duanya menjadi mangsa fitnah.


''Jika benar yayi mahu bunuh Jebat, mengapa perlu menutup semua langsir dan tingkap istana? Bukankah lebih baik rakyat jelata melihatnya?'' cerita Tuah.


Tikam menikam itu sengaja kedua-dua sahabat itu dipanjangkan berhari-hari kerana tujuannya mahu mengumpulkan orang-orang besar istana yang telah memfitnah mereka.


Apabila kesemua mereka sudah tiba, lalu Tuah melukakan sedikit jari kelengkeng Jebat dengan keris raja yang dibawanya pada waktu pagi agar darah mudah keluar.


Lalu luka itu dibalut, agar tampak memang sengaja dilukakan. Kemudian, Jebat pun mengamuk. Namun, sebenarnya yang diamuk Jebat hanya orang-orang tertentu yang telah melempar fitnah terhadap mereka berdua.


Setelah tiga hari mengamuk dan orang yang dikehendakinya sudah dihapuskan, lalu Jebat datang kononnya menyerah diri ke rumah Tuah.


''Lalu hamba isytihar kepada rakyat Melaka. Di ambang pintu, di mata tangga kesembilan, wahai rakyat negeri Melaka, tuanku perintahkan aku membunuh si penderhaka ini. Maka akulah yang berhak menguruskan bangkainya,'' cerita Ibrahim seperti yang disampaikan Hang Tuah kepadanya.


Jelas Ibrahim: ''Tujuan dia berbuat begitu untuk menjauhkan orang ramai. Lalu Tuah bawa Jebat masuk ke rumahnya. Sempat Jebat mandi, bercukur dan makan bersama sahabatnya itu.


''Jebat diberi persalinan baru. Menggunakan identiti baru, Jebat membawa diri ke Langkawi, membantu kerajaan Langkasuka waktu itu. Sedangkan Tuah pula keluar dari rumahnya menatang kononnya jenazah yang dibungkus dan dikebumikan sebagai tanda Jebat sudah mati di mata rakyat.''


Oh! Begitu rupanya. Lalu Mastika tanyakan lagi soalan lain. Perihal Tun Teja, Puteri Hang Li Po, Puteri Gunung Ledang, Keris Taming Sari dan pelbagai soalan lain. Semua ada jawapannya! Jawapan yang disahihkan sendiri oleh Hang Tuah, menurut kata Ibrahim. Terlalu panjang hendak ditulis di sini.
Mastika tanya lagi, benarkah Tun Tuah menghilangkan diri setelah mencampak Keris Taming Sari ke Sungai Duyong?


Dalam senyum Ibrahim menjawab: ''Ya. Dia 'mengghaibkan' diri. Ghaib dalam istilah sebenar, menukar identiti dirinya.''

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 08:44 PM | Show all posts
Setelah Jebat kononnya dibunuh, di depan rakyat Melaka, Tuah berkata, ''Aku campakkan Taming Sari yang telah membunuh sahabatku ini ke Sungai Duyong. Jika ia timbul, aku tetaplah di sini. Tetapi jika tenggelam, maka aku pun akan pergi selamanya.''


''Sebenarnya, ia adalah satu alasan yang dicipta Tuah sebagai syarat atau alasan untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu lagi jadi laksamana. Sudah tentu keris iaitu besi akan tenggelam dalam air. Inilah alasan untuk Tuah berundur dan 'ghaib' dari identiti sebenarnya.''


Mengapa? Mastika tanya lagi.


''Kerana kata Tuah, dia tidak mahu lagi berkhidmat dengan sultan yang beraja di mata, bersultan di hati,'' jawab Ibrahim.


Jadi, selepas 'bersara', Tuah hidup seperti rakyat biasa? Ibrahim mengangguk.


Di Melaka? Ibrahim angguk lagi.


Mastika terus bertanya, bermakna Tuah meninggal dunia juga di Melaka?


Ibrahim tetap angguk kepala sambil berkara: ''pernah disebut, Tuah berkata... tidak akan kutinggalkan negeri bertuah ini, Aku akan lahir dan mati di sini. Ya, di bumi Melaka itulah dia lahir dan mati. Malah, nasab keturunannya juga berkembang. Ada di serata tempat kerana Tuah itu mempunyai tiga orang isteri.''


Jadi, di mana kuburnya? Mastika terus menyoal. Tunjukkanlah kepada kami makam pahlawan terbilang itu.


Ibrahim tertawa dan menjawab: ''makamnya ada di Melaka. Maaf, buat masa ini belum dapat 'izin' Tuah untuk menunjukkannya kepada umum.''


Jebat dan Kasturi


Pertemuan dari dua alam berbeza itu tidak berakhir. Malah, sehingga kini Ibrahim akui masih terus 'berhubung' dengan Hang Tuah dan Melaka menjadi pusat kebanyakan 'pertemuan' mereka itu.


"Sesekali bila ada perkara yang hendak disampaikan, Tuah akan 'panggil' saya datang. Walaupun saya orang sastera, kadangkala saya terpaksa buka kamus kerana tidak faham dengan perkataan lama yang digunakan oleh laksamana terbilang itu," ujar Ibrahim.


Sepanjang lebih 20 tahun 'perkenalan mereka, bukan hanya Hang Tuah, namun Ibrahim turut pernah berjumpa dengan empat sahabat lain iaitu Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu.


"Kesemua sahabat ini air mukanya tenang-tenang. Jika Hang Tuah itu kulitnya kuning langsat. Rambutnya sedikit panjang mencecah bahu. Usianya kalau dibandingkan dengan manusia dalam 60 tahun. Tidak nampak muda dan tidak nampak tua juga. Badannya sasa, dada terbuka. Matanya sangat tajam. Bila berbicara, pandangannya melirik tajam.


"Tinggi Tuah dalam anggaran tujuh kaki. Saya kena dongak kepala untuk melihatnya. Halkumnya besar. Memakai semutar dan sehelai kain disangkut pada bahu kanan. Selalunya dia memakai baju putih tidak berbutang, berseluar paras betis dan bercapal seperti orang zaman dulu." kata Ibrahim menggambarkan rupa Hang Tuah.


Selalunya dalam pertemuan mereka, yang sering menemani Tuah adalah Hang Jebat di sebelah kanan dan Hang Kasturi di sebelah kiri. Hang Jebat, kulitnya gelap sedikit. Tubuhnya sedikit kurus dan tidak terlalu tegap berbanding Tuah. Manakala Kasturi pula, orangnya sangat lembut dan pendiam. Hanya akan bersuara bila ditanya.


"Lekir dan Lekiu jarang saya jumpa. Lekir juga agak pendiam, kulitnya lebih gelap namun badannya tegap. Manakala si Lekiu pula seorang yang suka mengusik sahabat yang lain. Namun, keempat-empat mereka amat hormat pada Tuah. Apa dikata Tuah, mereka akan jawab "Ya kanda"


"Malah saya pernah dipertemukan dengan bonda Tuah iaitu Dang Merduwati dan turut dihadiahkan sebilah keris, cerita Ibrahim lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 08:45 PM | Show all posts
Sedihnya Tun Tuah!


"Segera kukhabarkan, kita tidak lagi punya tanjak dan keris. Semua sudah semakin terhakis. Kita berbudi terlanjur jujur, wayuhkan bahasa yang tinggal cuma kuasa." Itu antara keluhan awal laksamana terbilang itu kepada Ibrahim


Bukan Tuah tidak nampak, bukan tidak merasai. Melayu kini sudah tidak seperti dulu lagi. Semangat dan jati diri kian luntur. Perpaduan makin terhakis. Agama kian diketepikan. Adab dan adat kian dilupakan.Pernah Tuah berkata dalam kiasnya: " Hamba fasih 12 bahasa. Belayar berdagang ke serata dunia. Menjadi utusan baginda ke banyak benua. Tapi bahasa ibunda tetap terpelihara.


Ujar Tuah, dahulunya Melayu bangsa agung nan bijaksana. Sekalipun dia belajar dengan pelbagai guru, mahir dengan pelbagai bahasa, namun setiap surat yang diutus kepada mana-mana raja di seluruh dunia tetap menggunakan bahasa Melayu bertulis jawi. Kata Tuah, soal raja itu faham atau tidak, itu bukan urusan kita.


Sedih! Tuah melihat Melayu hari ini. Melayu sudah berpecah belah. Sudah kurang menghayati agama. Kurang beradab, raja tidak lagi dihormati. Adat istiadat telah diliupakan. Selalu dia menitip pesan pada saya, jaga anak cucu, kedaulatan, ketuanan dan kesucian Islam. Bila berpesan, dia amat tegas. Matanya buntang dengan jari telunjuk dinaikkan bila berkata. Selalu Tuah berkata pada saya, "Jangan sampai anak cucu kita dalam keadaan 'urian' (telanjang bulat). Semua orang akan mentertawakan. Aib! Aib!" tutur Ibrahim lagi.


Banyak! Masih banyak pesan Hang Tuah untuk bangsa Melayu. Kerana sesungguhnya Melayu itu pewaris bumi bertuah ini. Seperti pepatah lazimnya yang berbunyi, "Takkan Melayu hilang di dunia."        


*****************************************************************************************************************
* Ciputih ialah Pulau Batu Putih.
* Beruzlah, berkhalwat - mengasingkan diri untuk bermunajat kepada Ilahi.
* Urian - Telanjang bulat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2013 03:44 PM | Show all posts
Cerpen ambil dari mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 03:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 04:16 PM | Show all posts
ni cerita dari Mastika ni.... hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:05 AM | Show all posts
hang tuah tu cina la... hahaha  
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:00 PM | Show all posts
lim guan eng tu la hang tuah
korang nak percaya boleh percaya
tak nak percaya sudah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 07:52 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 22-10-2013 03:50 PM



dari gambaran pelukis potret hangtuah tu
mmg nampak ketulenan melayu tu sama seperti
ketulenan melayunya ketua pemuda

raut wajah, kerut dahi dgn garangnya
mmg tulen.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak posted on 24-10-2013 07:52 PM
dari gambaran pelukis potret hangtuah tu
mmg nampak ketulenan melayu tu sama seperti
ketulen ...

Iyee kan jee lah. Wlaupun dtng dari mimpi or novel fiksyen. Merajuk pulaaak nnti
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 12:10 AM | Show all posts
adoila... cerita mengarut. Allah dah kata apabila anak adam telah meninggal dunia maka terpisahlah dia dgn alam dunia. dan duduk dia di alam barghzah... awat boleh lepak kat pulau pulak? elok lepak kat fiji. atau new zealand. tenang sikit

dlm cerita nih tuah tak bunuh jebat tapi mainkan tipu muslihat tipu sultan.... bukan kah dah tak hormat raja,  tapi nasihat?... ckp tak serupa bikin la pulak tuah nih.

tinggi sungguh tuah nih. dah mcm basketball player pulak. 7 kaki tuh.

ending dia cerita pasal melayu...

tuah tak mau nasihat pemimpin jgn rasuah ka? abg tuah sokong BN ka atau PR? UMNO atau PAS?

p/s: ayat last tuh joking... Last edited by lompatikam on 26-10-2013 12:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 12:28 AM | Show all posts
bangcak posted on 24-10-2013 07:52 PM
dari gambaran pelukis potret hangtuah tu
mmg nampak ketulenan melayu tu sama seperti
ketulen ...

haah la sama...mulutnye mencebik gituw..ala2 merajuk masam2 kari kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 08:49 AM | Show all posts

MEH RUJUKPENDAPAT ULAMA - ABIS CITER


Roh pulang jenguk rumah? - kredit to paper kosmo

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

PADA bulan Ramadan, ramai waris yang mengambil kesempatan untuk membersihkan kubur ahli keluarga. - Gambar Hiasan

SEWAKTU kecil-kecil dahulu, apabila menjelang sahaja 15 Ramadan, kebanyakan rumah di kampung mula dihias dengan pelita minyak tanah, terutamanya di sepanjang jalan masuk ke kawasan halaman rumah.

Selain membangkitkan mood raya yang bakal menjelang, pemasangan pelita, jamung mahupun panjut di sesetengah kawasan dikatakan sebagai meraikan kepulangan roh-roh keluarga untuk melihat waris-waris yang ditinggalkan.

“Apa yang saya dengar daripada cerita orang tua-tua, apabila tiba sahaja bulan Ramadan, semua roh umat Islam akan berkumpul di Luh Mahfuz.

“Roh-roh ini akan memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke dunia namun tidak semuanya mendapat peluang tersebut. Roh yang baik, yang banyak amalan semasa hayatnya, dikatakan dibenarkan pulang manakala roh yang kurang amalan tidak dibenarkan kembali ke dunia.

“Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka. Kerana itu jugalah, pada bulan puasa, masyarakat Melayu lebih rajin membersihkan kubur.

“Malah, pada bulan ini jugalah ramai yang mengambil kesempatan menukar batu nisan, mengecat kepok kubur dan memasang kain putih pada kepala nisan.

“Perkara kedua yang dilakukan, mereka dikatakan akan pulang ke rumah pusaka, rumah anak-anak dan rumah orang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

“Kerana hal ini, rumah-rumah dihias cantik dan banyak majlis tahlil dilakukan sebagai simbol hadiah untuk roh yang pulang.

“Perkara ini akan berlanjutan sehingga malam 1 Syawal di mana roh-roh akan meninggalkan dunia dan kembali ke Luh Mahfuz sambil membawa amalan yang disedekahkan oleh waris-warisnya,” cerita seorang anak jati Batu Pahat, Johor, Abdul Rahim Sarbani, 56.

Biarpun tidak mengetahui kesahihan di sebalik cerita lisan pada bulan Ramadan itu, bapa kepada enam anak ini tetap memasang pelita, membersihkan kubur dan menghadiahkan bacaan tahlil kepada arwah ibu dan bapanya.

Dinding


PELITA yang dipasang untuk membangkitkan kemeriahan Syawal diharuskan asalkan tujuannya tidak menyimpang daripada ajaran Islam. - Gambar Hiasan

“Saya tidak pasti sama ada betul atau tidak roh-roh ini balik ke rumah. Apa yang saya lakukan bukanlah semata-mata untuk meraikan kepulangan mereka, sebaliknya sekadar membangkitkan kemeriahan Ramadan dan menyambut Syawal yang bakal menjelma.

“Lagipun dalam bulan puasa kita dituntut menggandakan amalan, baik untuk diri sendiri apatah lagi untuk roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia,”katanya.

Menjawab persoalan ini, ulama tersohor Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi pernah menyebut, roh tidak akan mencampuri urusan dunia yang sudah tidak lagi berguna kepadanya.

Dalam erti kata lain, roh berada di suatu alam lain dinamakan alam barzakh yang kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia.

“Alam ini adalah jangka waktu antara kematian dengan hari kiamat. Roh orang yang beriman akan menerima balasan yang baik di alam barzakh manakala roh daripada golongan yang gemar membuat maksiat akan diazab.

“Dalam satu hadis sahih sudah dinyatakan, hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa-doa daripada anak-anak yang soleh.

“Tidak ada gunanya pun jika roh itu boleh kembali ke dunia sekiranya kepulangan mereka itu tidak memberi manfaat untuk roh mereka sendiri,” ujarnya.

Bertemu roh


ZAHARUDDIN

Sementara itu, menurut penceramah bebas, Zaharuddin Abd. Rahman, roh tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

“Dakwaan roh pulang ke rumah sempena hari-hari tertentu tidak benar. Jika ada yang pernah melihat makhluk menyerupai si mati dan kedengaran suara menangis, menurut ulama ia bukanlah roh si mati sebaliknya angkara jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya.

Hujahnya itu dirujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud:

“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.”

Zaharuddin berkata, ayat ini jelas memberitahu bahawa barzakh adalah tembok yang menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.

“Begitupun, ada juga ulama yang berpendapat, roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur melalui mimpi,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din, roh tidak boleh kembali ke dunia dan manusia juga tidak boleh masuk ke alam barzakh tanpa sebab.

“Kalau kita beranggapan roh orang yang telah mati boleh kembali ke dunia dan boleh ke sana ke mari, seolah-olahnya di alam barzakh itu tiada seksaan kubur, tiada balasan dan roh-roh ini hidup bebas keluar masuk ke alam dunia. Anggapan tersebut salah sama sekali.

“Disebabkan itu, kita harus yakin dan percaya bahawa roh si mati tidak boleh pulang ke dunia untuk menziarahi keluarga, rumah, kubur dan sebagainya,” jelasnya.

Tambahnya, hanya pada hari kiamat nanti, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah.

“Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. Roh yang memasukinya akan kekal di dalamnya.

“Ibarat bayi yang hidup di alam rahim, apabila lahir ke dunia, bolehkah bayi tersebut kembali ke alam rahim? Sudah tentu tidak,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 5.htm#ixzz2imiJFNWH
Hakcipta terpelihara Last edited by leen_shaza on 26-10-2013 08:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 01:56 PM | Show all posts
nice story and good sharing... terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 03:39 PM | Show all posts
sgt menarik... alangkah btuah nya dpt bhubung dan bjumpa dgn Hang Tuah... mmg benar dah dinyatakan bahawa yg pergi tidak akn dpt mcampuri urusan dunia... tp, Allah Maha Mengetahui... apa2 boleh berlaku dgn hanya Kun Fayakun...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 09:49 PM | Show all posts
. alangkah btuah nya dpt bhubung dan bjumpa dgn Hang Tuah... mmg benar dah dinyatakan bahawa yg pergi tidak akn dpt mcampuri urusan dunia... tp, Allah Maha Mengetahui... apa2 boleh berlaku dgn hanya Kun Fayakun...


Buat apa jumpa Hang Tuah .... berdoalah agar dapat dapat menjadi segelintir manusia yang mimpinya daoat bertemu Rasulullah SAW.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 11:39 AM | Show all posts
mengarut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.186552 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list