CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1790|Reply: 9

[Tempatan] Ugut tikam perut guna gunting

[Copy link]
Post time 12-10-2013 10:26 AM | Show all posts |Read mode


KEPONG - Seorang ibu kepada empat anak nekad mencederakan diri tanda protes selepas barangan lusuh yang disimpan di kawasan rumahnya diangkut penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.

Selain memukul kepala menggunakan besi, wanita berusia 33 tahun itu turut mengugut mencederakan dirinya dengan gunting serta menggulingkan diri di atas jalan.

Anggota penguatkuasa bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan membersihkan kawasan luar rumah teres yang diduduki wanita tersebut bersama anak-anak dan kedua ibu-bapanya sementara suaminya difahamkan telah menghilangkan diri.

Untuk mengelakkan insiden tidak diingini, pembersihan hanya dilakukan di luar rumah sahaja sementara di dalamnya pihak MPS meminta supaya dilakukan sendiri oleh pemilik.

Enam notis tak pernah diendah

Penolong Penguatkuasa MPS, Siti Fatimah Ibrahim berkata, beberapa kali notis peringatan, amaran lisan dan nasihat telah diberikan kepada wanita berkenaan supaya tidak menjadikan rumahnya sebagai stor barangan lusuh namun tidak diendahkan.

Menurutnya, tindakan wanita tersebut menimbulkan kacau ganggu kepada jiran berhampiran yang saban hari menghidu bau busuk selain terdedah kepada haiwan perosak dan penyakit berjangkit.

“Sebanyak enam notis telah diberikan kepada pemilik dalam tempoh tiga tahun selepas menerima aduan yang tinggi daripada penduduk setempat.

“Nasihat tidak diendahkan dan meneruskan aktiviti sampingan itu untuk memperoleh pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, selepas melakukan kerja pembersihan di rumah berkenaan, pihaknya turut menyerahkan wang sebagai pembelian barangan lusuh di rumahnya.

“Langkah penguatkuasaan terpaksa diambil selepas tindakan sebelum ini tidak diendahkan dan operasi adalah di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga merah juga  turut disita  dalam operasi tersebut selepas dipenuhi dengan barangan lusuh seperti kotak dan plastik,” katanya.

Jiran tak tahan

Seorang jiran, M Nathan, 27, berkata, dia bersama jiran lain sebelum ini telah menasihatkan keluarga berkenaan supaya tidak menjadikan rumah sebagai stor kerana dibimbangi menyumbang kepada pembiakan nyamuk.

“Sebelum ini pihak MPS telah membuat perkara sama beberapa kali namun selepas itu wanita berkenaan akan mengulangi kesalahan sama.

“Setiap kali nasihat diberikan, dia akan memaklumkan akan membersihkan kawasan perumahan namun tidak berbuat demikian menyebabkan beberapa penduduk yang tidak tahan dengan masalah itu membuat aduan kepada pihak MPS,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 10:30 AM | Show all posts
Hoarder ....

Kalo nak lupuskan barangan tu... jgn sekadar melupuskan jer...
Kena bagi khidmat kaunseling jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 10:33 AM | Show all posts
selalu nmpak hoarders mcm ni akan berkeliaran kt kawasan tmpt buang sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 10:49 AM | Show all posts
freaking hoarders.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 10:58 AM | Show all posts
Teringat kisah kat Astro ritu... Rancangan 'Intervention' untuk hoarders yg extreme cam ni....

Tapi kesian jugakla... Depa ni perlukan bantuan disegi psikologi sebenarnya...
Disamping bantuan utk kehidupan seharian.... Ramai yg cari makan dgn mengumpul dan menjual barang2 buruk ni... Sob sob...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:01 AM | Show all posts
Aku kalau buang sampah, memang aku asingkan botol2 plastik, aluminium can, barang2 besi, kertas suratkhabar..... Supaya puak2 ni dapat gak carik makan...

Laju je dorang pungut....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2013 11:18 AM | Show all posts
nie jenis hoarder nie , memang barang dia walaupun sampah dia sayg nak buang
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:45 AM | Show all posts
kesian jiran yang berjiran dengan hoarder ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 12:18 PM | Show all posts
mujur ugut nak tikam diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoarder ni jenis penyakit mental. Kat astro ada program psl hoarder ni. Yg lg dahsyat smpai brpuluh thn idup dlm sampah setinggi 6 kaki. Hanya ada lorong utk dia lalu je. Lps dh bersih semua,jumpa bangkai kucing dia yg dia ingat hilang brtahun dulu. Gila. Mmg kena brrubat penyakit ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067138 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list