CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2149|Reply: 0

Golf: Michelle Koh pemain amatur terbaik

[Copy link]
Post time 14-10-2013 11:00 AM | Show all posts |Read mode
PEMAIN amatur nombor satu negara Michelle Koh menjadi pemain amatur dan pemain Malaysia terbaik pada kejohanan golf LPGA Sime Darby 2013 yang berakhir di Kuala Lumpur Golf & Country Club di Bukit Kiara hari ini.


Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (tengah) berkenan bergambar bersama Juara Kejohanan, Lexi Thompson (kiri) dari Amerika Syarikat dan pemain terbaik Amatur Kejohanan, Michelle Koh selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) hari ini.

Pemain berusia 23 tahun dari Kuantan ini membuat tiga atas 74 untuk pusingan hari ini bagi mengumpul mata keseluruhan empat hari 10 atas 294 yang menempatkan beliau di kedudukan ke-60 kseluruhan.

"Saya mampu meningkatkan permainan dan membuat pungutan mata yang munasabah," katanya kepada pemberita selepas menerima trofi daripada Pengerusi Yayasan Sime Darby Tun Musa Hitam.

Koh yang bermain atas jemputan pihak penaja berkata beliau gembira bermain di kejohanan ini kerana mendapat pendedahan terbaik apabila dapat bertanding dengan nama-nama besar.

"Saya banyak dapat belajar dari pro, cara mereka bermain dan melihat cara saya dan mereka, saya perlu meningkatkan permainan saya," katanya.

Pemain Amerika Syarikat, Cindy Lee-Pridgen menduduki tempat kedua dan ke-67 keseluruhan dengan mengumpul mata keseluruhan 25 atas 309 dan membawa pulang US$4,596 (RM14,601).

Aretha Pan Herng dan Ainil Johani Abu Bakar pula masing-masing membuat 26 atas 310 serta menduduki bersama tangga ke-68 keseluruhan dan masing-masing menerima US$4,444 (RM14,118).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.047517 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list