CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3655|Reply: 14

Haram beri upah daging korban

[Copy link]
Post time 15-10-2013 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Isu pemberian daging korban sebagai upah yang semakin hangat dibincangkan di internet, turut mendapat perhatian tokoh agama yang menegaskan hukumnya haram.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata daging berkenaan tidak boleh diberikan sebagai upah kepada sukarelawan termasuk tukang sembelih dan tukang lapah pada majlis korban yang banyak diadakan sempena Aidiladha.
Katanya, jika daging korban dijadikan upah, ia termasuk dalam entiti perniagaan kerana makanan itu menggantikan nilai wang.

“Duit (upah) diganti dengan daging, umpama daging itu galang ganti wang. Daging korban tidak boleh dijual beli... hukumnya haram. Jika tetap mahu beri upah, ia perlu dalam bentuk wang atau selain daging korban,” katanya


Sumber: BeritaHarian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2013 09:53 AM | Show all posts
anggap jelah sebagai sedekah. boleh kot.. isu camni remeh sangat la
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau niat sedekah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 10:56 AM | Show all posts
kalau niat sedekah... yang mana upahnya?

atau buat camni... kat lidah cakap... ini upahnya yerr... kat hati cakap... aku sedekah jer?

penyembelih pun boleh dapat daging korban... tapi upah bagi duit ler
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 03:24 PM | Show all posts
hmm...interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 05:40 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 15-10-2013 03:24 PM
hmm...interesting...

Bismillah

i'm sure u very interested in interesting things
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2013 09:07 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 15-10-2013 05:40 PM
Bismillah

i'm sure u very interested in interesting things

hmmm...? yes? huhu you are playing with words and semantics huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 09:29 PM | Show all posts
Bismillah

root be good
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 07:54 AM | Show all posts
Pailang posted on 15-10-2013 08:53 AM
anggap jelah sebagai sedekah. boleh kot.. isu camni remeh sangat la

isu agama, tak remeh jugak, mgkin ada yg tak tahu dan anggap sbg upah..
tapi bila dah tahu ni boleh la betulkan niat..




Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:06 AM | Show all posts
Alhamdulillah,

Tak pernah dengar pula ada orang ambil upah lapah lembu korban. Mungkin ada kot...Kebanyakan nya sukarela dan di lakukan gotong royong. Ada beza makna  menghadiah  dengan memberi upah. Bila memberi hadiah tiada berlaku persetujuan dua pihak, manakala bila memberi upah ia perlu persetujuan kedua belah pihak berkenaan upah yang di tetapkan.

WallahuALAH
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:40 AM | Show all posts
GiQ posted on 16-10-2013 10:06 AM
Alhamdulillah,

Tak pernah dengar pula ada orang ambil upah lapah lembu korban. Mungkin ada kot... ...

Salam semua

setuju dengan hujah tu..kalau yg datang menolong kerja2 korban mengharapkan upah mungkin akan timbul isu ini.



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:42 AM | Show all posts
GiQ posted on 16-10-2013 10:06 AM
Alhamdulillah,

Tak pernah dengar pula ada orang ambil upah lapah lembu korban. Mungkin ada kot... ...

yup...stakat nih kat kg me tak de la lagi upah mengupah nih....semer sukarela + gotong royong je buat,mana yg nak tolong join la,mana yg taknak tu dok la tgk tv kat umah...upah ni utk kat area pekan2 jer kot...

camner plak kalo org yg korbankan lembu tuh dia ckp(sbb dia ada bahagian dia khen?)...part lain leh sedekah tapi part batang pinang/ekor dia nak...kira lembu dia tuh ada part dia booking siap2  ....



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:01 AM | Show all posts
Upah ada 2 bentuk selalunya:

1. Memang penganjur ada bajet khas dalam bentuk cash money untuk tukang sembelih dan teamnya.

2. Daging kurban yang telah disedeqahkan oleh perserta kurban kepada penganjur (selalunya penganjur adalah jawatankuasa surau). Dalam kes ni penganjur ambil daging sedeqah tu sebagai hadiah ataupun upah (dalam bentuk daging) kepada tukang sembelih dan teamnya.

Dekat tempat saya, tukang sembelih dan teamnya memang didatang khas dari luar untuk ketuai proses sembelihan. Depa memang dibayar dan dapat hadiah daging qurban dari pihak jawatankuasa surau/penganjur. Pihak surau dapat daging qurban hasil dari pemberian peserta2 qurban. Dalam surat qurban memang dinyatakan beberapa alternatives pembahagian daging qurban.

Standard bagi setiap bahagian qurban:

1) 1/3 dapat kat peserta qurban
2) 1/3 jawatankuasa akan hantar pada mana2 pertubuhan yang dianggap sesuai terima daging qurban dan kejiranan.
3) 1/3 disedeqahkan kepada surau untuk jamuan dan hadiah (mcm pada tukang sembelih)
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:11 AM | Show all posts
Saya baru lepas buat korban... standard nya macam ni:

1/3 sebagai daging korban

1/3 untuk diri sendiri

1/3 lagi diberikan kepada jawatankuasa (sebagai hadiah atau macam upah la) yang buat kerja dari awal dapatkan lembu sampai kepada sembelihan/lapah/pembahagian...


Kalau nak dapat 2/3 bahagian tu untuk diri sendiri, kalau mampu, buat sendiri kerja sembelihan dan lapah.
Last edited by mnm77 on 17-10-2013 10:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:55 PM | Show all posts
jangan dilupakan bahagian fakir miskin....

seeloknye mungkin begini;

1 - 1/3 untuk dimakan oleh orang yg melakukan korban dan ahli keluarganya
2 - 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
3 - 1/3 dijadikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan, para jiran atau sebagainya

yg mane bahagian utk penganjur/jawatankuasa terlibat mungkin bahagian yg ketiga

sebagai tambahan; kalau korban nazar, org yg melakukan korban tersebut, wajib menyedekahkan bahagiannye kepada fakir miskin yg mane die & ahli keluarga yg di bawah tanggungannye tidak boleh memakan daging korban tersebut.

sumber rujukan: ceramah ustaz, sila betulkan jika tersalah Last edited by edoraixora on 17-10-2013 12:57 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.067621 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list