CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: orgkpg

Kaedah Perancang Keluarga Pilihan Anda.

[Copy link]
Post time 15-7-2014 03:45 PM | Show all posts
i dh 2tahun lbh consume pil perancang.....nk mintak injection...tapi nurse tak suruh plak...tp okey lh kat i...period teratur je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
yana_barb posted on 7-7-2014 02:40 PM
Nak masuk tak sakit...sebab ada bius. Lepas 2-3 hari akan ada lebam sikit. Nak buka agak ngeri sik ...

Oooo kn bius ye... Awak masukkan kat klinik swasta atau klinik kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 03:26 PM | Show all posts
pil perancang jer..........dah 3 tahun lebih...selebihnya semua aku tak00t...kebanyakanny ada effect sampingan.........mcm suntikan mbe sampai setahun x datang period,lepas setahun dtg x brp 3 bulan,check doktor penuh dengan darah beku dlm rahim,dan hampir2 nak buang tmpt peranakan...anak dia twin....iud aku segan nak ulang alik klinik...lagi2 kena check masa period,ada org kata x leh kuat2 hehe ngilu kang....implan x berani la bedah2.....azal dgn kira waktu subur bagi aku mengarut...ini mcm nk dera suami jer x lebih dari tu...semua org kata kat aku makan pil jer la...kau displin sndiri..kunci jam tiap2 hari bila nak makan,takut lupa tu jer...maybe ada keputihan terlebih sikit la...itu je la...cuci la dengan air rebusan manjakani....hbis.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
poyohabis posted on 15-7-2014 04:10 PM
Oooo kn bius ye... Awak masukkan kat klinik swasta atau klinik kerajaan..

Saya masukkan kat klinik lppkn.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:04 PM | Show all posts
Rancang guna kaedah kesuburan. Susah nak cerita. Perempuan kena tahu bila dia subur & tidak. Perubahan dlm diri sendiri. It work.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:49 PM | Show all posts
kenapa nak merancang?

RANCANG KEHAMILAN

2010/06/10 - 06:53:47 AM Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof (BERITA HARIAN)

Perancangan teliti pastikan kesejahteraan keluarga

MAISARAH, baru berusia 35 tahun. Ibu beranak dua itu gelisah apabila ujian kehamilannya positif sedangkan anak kembarnya baru berusia setahun setengah. Tambah merisaukan, kandungan kedua yang baru berusia empat minggu itu juga, kembar. Berlainan bagi suaminya Hashim. Lelaki berusia 40 tahun itu cukup gembira lantas menyifatkan ia rezeki yang tidak seharusnya diratapi kehadirannya walaupun jauh di sudut hati Hashim, kehamilan itu dianggap sebagai 'kemalangan'.
Sebagai Muslim, Maisarah akur rezeki Allah, tetapi pelbagai alasan menjadikan beliau sebenarnya tidak bersedia untuk hamil lagi. Maisarah sendiri ‘lembik’ melalui tempoh kehamilan, tetapi lebih penting, suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap menyebabkan beliau rasa tidak sanggup. Pada pandangannya biarlah untuk beberapa tahun ini, keluarganya kecil, asalkan anak-anak mendapat perhatian sewajarnya. Bagaimana dengan anda?

Sama ada anda ingin anak ramai atau sebaliknya, setiap kehamilan itu perlulah dirancang kerana ia memastikan tubuh badan si ibu sihat menjalani proses kehamilan dan anak itu nanti akan disambut dengan perasaan gembira oleh seluruh ahli keluarga.

Bayangkan anda berada di tempat bayi yang berada di dalam kandungan ibu, tetapi anda tidak diingini seperti bayi Maisarah itu? Pasti anda akan berasa kecewa lantaran mungkin tidak disayangi ibu sendiri apabila lahir ke muka bumi nanti.

Anak itu adalah rezeki. Itu perkara yang tidak boleh kita nafikan, tetapi menjarakkan kehamilan dapat membantu wanita supaya lebih bersedia lantaran kehamilan memerlukan perhatian dan membawa perubahan kepada tubuh badan si ibu. Dalam Islam juga ada disebut berhubung jarak kandungan yang sebaiknya adalah dua tahun.

Sekiranya wanita berkenaan belum bersedia bergelar ibu, sudah pasti kehamilan berkenaan tidak diingini. Setiap tahun dianggarkan lebih 500,000 wanita dan gadis muda di dunia meninggal dunia ketika bersalin, kebanyakannya membabitkan kehamilan tidak dikehendaki, termasuk di kalangan remaja, sama ada di negara maju atau membangun.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, hampir 50 juta pengguguran dilakukan setiap tahun dan 20 juta daripadanya menggunakan kaedah tidak selamat dan sebahagian besarnya (90 peratus) berlaku di negara membangun.

Menurut laporan WHO lagi, lebih 100,000 kes kematian akibat bersalin boleh dielakkan jika kehamilan yang tidak dirancang dicegah melalui penggunaan pelbagai kaedah perancangan keluarga atau kontraseptif.

Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata setiap minit seramai 380 orang wanita disahkan hamil dengan 50 peratus daripada jumlah itu adalah kehamilan yang tidak dirancang yang boleh berakhir dengan perasaan duka.

“Kehamilan tidak dirancang di seluruh dunia mencecah angka 80 juta orang setahun dan kebanyakannya berakhir dengan pengguguran kerana bayi berkenaan tidak diingini. Walaupun di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, dianggarkan bahawa kira-kira 50 hingga 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang, di Asia pula kira-kira satu daripada tiga kelahiran adalah tidak dirancang.

“Kehamilan yang tidak dirancang boleh mendatangkan implikasi negatif termasuk menggugurkan kandungan. Kesan emosi, fizikal dan kewangan kehamilan yang tidak dirancang amat ketara, dan sebahagian besar daripada kesannya dirasai beberapa tahun kemudian. Ini menjadikan kontrasepsi dan perancangan keluarga pertimbangan penting bagi wanita hari ini,” katanya pada sidang akhbar bengkel media bertemakan ‘Memperkasa Wanita dengan Keyakinan Berkekalan’ di Langkawi, baru-baru ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pakar O&G, dari Australia, Dr Andrew Zuschman; Perunding O&G, Dr Ho Choon Moy dan Perunding O&G/Pakar onkologi Ginekologi, Prof Madya Adjung, Dr Suresh Kumarasamy.

Bengkel berkenaan menekankan betapa pentingnya peranan kontraseptif yang amat berkesan dalam kesihatan wanita, dengan memaparkan sistem dalam rahim levonogestrel (IUS-levonorgestrel) sebagai kaedah pencegahan hamil jangka panjang yang memberi wanita manfaat kesihatan tambahan. Ia juga menjadi pilihan utama wanita yang mengalami pendarahan haid yang banyak.

Perancangan keluarga yang berkesan adalah pertimbangan penting untuk memperkasa wanita yang ingin menjalani kehidupan dikehendaki mereka. Ia berkembang maju selama ini, daripada tujuan asas untuk mencegah kehamilan, kepada menawarkan manfaat kesihatan khusus untuk wanita selain pencegahan kehamilan.

Kaedah IUS-levonorgestrel, adalah satu contoh yang baik. Kaedah cegah kehamilan ‘pasang dan lupakan’ IUS-levonorgestrel ialah plastik berbentuk ‘T’ kecil yang dikelilingi oleh lengan silinder yang direka untuk membebaskan hormon levonorgestrel pada kadar rendah secara tetap, dan bertindak secara setempat dalam rahim wanita, untuk tempoh lima tahun.

Dr Harlina berkata, perancangan kehamilan dilihat semakin mustahak apabila di negara ini merekodkan lebih 55 peratus kematian bersalin, berlaku di kalangan wanita yang tidak pernah mengamalkan perancangan keluarga.

Malah, katanya, ramai wanita masih takut hendak menggunakan kaedah perancangan keluarga atas pelbagai alasan termasuk salah anggap terhadap penggunaan alat kontraseptif seperti menyebabkan pertambahan berat badan dan sebagainya.

“Apabila wanita merancang kehamilan, bukan bererti mereka mengelak daripada hamil, sebaliknya jumlah anak untuk tempoh tahun tertentu dapat memastikan kehidupan berkeluarga lebih sempurna.

“Anak itu rezeki dan anugerah Allah, tetapi biarlah ia datang dalam keluarga yang harmoni dan ibu bapa mempunyai cukup persediaan dari segi fizikal, mental dan kewangan untuk kebaikan bersama. Apabila isteri mengandung terutama dalam keadaan kandungan itu tidak dikehendaki, biasanya suami menyalahkan isteri, tetapi ramai tidak sedar mereka juga bertanggungjawab dalam proses kehamilan berkenaan kerana tanpa sperma suami, kehamilan tidak akan terjadi,” katanya.

Tegasnya, bila kandungan dirancang dan dikehendaki, ibu bapa tidak sabar-sabar menunggu kehadiran anak. Sebaliknya jika tidak dikehendaki, bayi yang bakal lahir berdepan kemungkinan dibuang, ditinggalkan, dijual atau dibunuh dengan pelbagai cara.

Sementara itu, Dr Zuschman berkata, IUS-levonorestrel ialah kaedah yang boleh dipercayai dan mudah untuk mencegah kehamilan dalam jangka panjang.

“Wanita gembira dengan kesenangan dan kualiti kehidupan lebih tinggi yang ditawarkan oleh IUS-levonorgestrel. Mereka bukan saja tidak perlu mengambil pil setiap hari, malah mereka juga mengalami pendarahan haid yang berkurangan dan lega daripada kesakitan serta gejala prahaid (PMS) yang biasanya dikaitkan dengan haid. Selain itu, memandangkan kesan hormon IUS-levonorgestrel terhad kepada uterus, ia juga sesuai bagi ibu yang sedang menyusukan bayi,” katanya.

Dr Ho berkata, wanita yang sedang mempertimbangkan pemandulan harus diberi nasihat berhubung penggunaan kontraseptif jangka panjang boleh dibalikkan seperti IUS-levonorgestrel, walaupun jika mereka tidak bercadang untuk hamil lagi, untuk mengelakkan sebarang kekesalan kerana memilih pemandulan yang memberi kesan kekal.

Katanya, jika dibandingkan dengan teknik ‘ikat’, penggunaan IUS jauh lebih baik kerana ia boleh dikeluarkan sekiranya wanita berkenaan memutuskan untuk hamil lagi pada masa depan.

“Kaedah ikat hanya diperlukan sekiranya ibu berkenaan benar-benar pasti dengan keputusan diambil itu, kerana kalau dilakukan tanpa berfikir secara mendalam, ia hanya menyebabkan rasa kecewa, apatah lagi sekiranya secara tiba-tiba mahukan anak lagi,” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2014 05:12 PM | Show all posts
masa sebelum kawin dulu, aku pergi kursus kawin dengan suami aku, ustaz tu ada cerita dan masukkan dalam kursus bab anak..

katanya elok merancang sebab untuk kesihatan si ibu & untuk kebaikan si anak..

ibu mengandung - 9 bulan (rahim mengembang)
ibu berpantang - 1-3 bulan (rahim menguncup)
ibu menyusukan anak - 2 tahun

bersamaan = 3 tahun.. lepas tu, bolehlah mengandung lagi.. gitulah kira-kiranya ustaz tu bagitau..
antara yang aku masih ingat lagi.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:44 PM | Show all posts
mamanurulhasbi posted on 23-6-2014 11:04 AM
dah lebih 7 tahun amalkan MAB

ok ke sis MAB ni?7 tahun takde isi la ni ye?macam best..beli kat sapa ye?boleh pm tak.saya nak beli kat kedai2 takut kot2 ada yg tiruan plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 03:22 PM | Show all posts
Saya dh 3 thn pakai iucd. mulanya nk pkai implanon tp nurse tak galakkan sbb bdn besar sbb implanon akan kacau hormon. dia kata iucd je yg x kacau hormon. jadi saya ikut nasihat nurse dan masukkan iucd. nurse ckp keberkesanan iucd ni 99% so saya pun ok je la..
Saya pasang dkt lppkn cuma rm80 je.
Review, semuanya okay. cuma period selalu delay sket, saya assume darah tu tersangkut kat alat tu..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 04:20 PM | Show all posts
rina0602 replied at 25-11-2014 01:44 PM
ok ke sis MAB ni?7 tahun takde isi la ni ye?macam best..beli kat sapa ye?boleh pm tak.saya nak bel ...

me   jual mab.. 7thn dh planning dgn mab.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 08:19 AM | Show all posts
aqyueetda replied at 20-1-2015 04:20 PM
me   jual mab.. 7thn dh planning dgn mab.

MAB tu apa eh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 03:35 PM | Show all posts

Maajun Anggun Bistari adalah 100% dibuat dari herba, rempah ratus dan madu.Merupakan produk anak melayu yang bersih,suci lagi halal. Bukan setakat untuk merancang keluarga, malah maajun ini juga berfungsi untuk menjaga kesihatan, kecantikan dan awet muda.

Jika puan-puan mempunyai masalah merancang keluarga dengan kaedah moden, bolehlah mengambil alternatif maajun ini. Maajun ini akan bertindak mengubat dan membetulkan semula sistem badan seperti aliran darah dan hormon wanita . Maajun ini membetulkan semula perjalanan period supaya normal/teratur setiap bulan. Puan-puan akan berasa sihat dan bertenaga disamping dapat menikmati khasiat-khasiat kesihatan lain.

Dengan Maajun Anggun Bistari puan-puan akan merasa selesa dalam merancang keluarga. Berbagai masalah penyakit yang dihadapi sebelum ini dapat diselesaikan setelah mengamalkan Maajun ini.

Kandungan MAB ini terdiri daripada bahan-bahan herba yang terpilih sahaja.Pastinya ia mengandungi khasiat dan mampumilik dengan harganya yang murah,jimat dan sangat efektif untuk mengawal dan merancang kehamilan dengan baik.Tanpa kesan sampingan,efek dan mudarat seperti pening,loya,jerawat,haid sedikit,haid tidak teratur dan pertambahan berat badan yang menyebabkan kegemukan .

Kandungan MAB :

kacip Fatimah
serapat
Senduduk
inai
manjakani
madu
jintan hitam/habatuss sauda
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 11:04 AM | Show all posts
ambik pil noriday sbb masih menyusu
tp tu la...period jd bengong..2-3 bulan sekali baru dia mai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 12:06 PM | Show all posts

SALAH SEORANG PENGGUNA YANG TIDAK MENGHORMATI THREAD ORANG LAIN. KALAU DALAM "ALAM MAYA" PUN PERANGAI MACAM NI, REALITINYA NTAH MACAMANA, SAMADA SAMA ATAU TALAM DUA MUKA.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 02:18 PM | Show all posts
zapid replied at 12-11-2013 12:48 PM
period tak datang. dua bulan pertama je ada spoting sikit. ada org blh terima dan ada yg tak boleh t ...

sis..mase awak amek kat lppkn tuh brape kos nyer?

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 02:21 PM | Show all posts
poyohabis replied at 15-1-2014 09:33 AM
yg aku tau kalo doc atau nurse tak pasang ketat leh mengandung..tu jer...lg satu kalo dah pakai le ...

owhhh btul ke kalau mintak kat klinik kesihatan bleh dpt free? bagusnyer!! nk try la pasni hehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
afira replied at 11-3-2015 02:21 PM
owhhh btul ke kalau mintak kat klinik kesihatan bleh dpt free? bagusnyer!! nk try la pasni hehehe
...

Ha ah mmg free.pegi je klinik kesihatan ms period ckp nak pasang iucd.. Dia org mmg suka kalo kita pasang iucd coz dpt penuhkan kuata deme..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 07:59 AM | Show all posts
poyohabis replied at 11-3-2015 06:11 PM
Ha ah mmg free.pegi je klinik kesihatan ms period ckp nak pasang iucd.. Dia org mmg suka kalo kita ...

owhhhh yeke? bagusnyer!! slalu kawan2 kate kna g lppkn n bayar sndiri... kalau ade kat klinik kesihatan senang la..hihihihi u pasang tahun bila?

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
afira replied at 12-3-2015 07:59 AM
owhhhh yeke? bagusnyer!! slalu kawan2 kate kna g lppkn n bayar sndiri... kalau ade kat klinik kesi ...

Kalo kat johor ni kalo nak mskkan implan kn ke lppkn kn byr la x tau bape tp nurse ckp harga separuh murah dr klinik swasta.. Kalo masukkan iucd free je coz hanya masukkan kat klinik kesihatan je.. Nurse yg buat so kita x malu sgt la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 02:11 PM | Show all posts
poyohabis replied at 12-3-2015 12:26 PM
Kalo kat johor ni kalo nak mskkan implan kn ke lppkn kn byr la x tau bape tp nurse ckp harga separ ...

kalau pasang iucd nih kacau hormon jugak x?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.520419 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list