View: 15921|Reply: 10
|
[PENDAPAT] Dialek / Loghat Melaka
[Copy link]
|
|
1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam
perkataan “tak guna betul kau
ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya :
Tolong godakkan air teh dalam
jug tu) See….sebut betul-betul
GODAK. Pandai….
5. Lahabau (Lahabau berasal dari
percampuran budaya Arab di
Melaka sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka). Contohnya, lakh
khabar dan akhirnya menjadi
lakhabau. Maknanya tidak dengar
khabar. Ayat mudahnya, “Usin
lahabau kau, ingat dah
mati” (Maksudnya : Usin lama tak
dengar khabar atau berita, ingat
dah mati).
6. Berboko, barah, cekik : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut
perkataan yang hujungnya
berakhir dengan huruf A mesti
sesuka dan sesenang hati mereka
tukar kepada huruf E kemudian
meleret pulak tu. Contoh?
Contohnya : Ko nak pergi
mane……..Yele………Ikut suka hati
ko le………
8. Satu lagi jikalau sesuatu
perkataan itu berakhir dengan
huruf R, maka akan ditukarkan
kepada huruf U. (Contohnya :
ular jadi ulau, keluar jadi keluau,
pasar jadi pasau).
9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko
suka betul buat kepau kat dalam
bilik aku)
10. Kumbah : (contoh ayatnya,
“aku baru aja kemas baju, ko dah
kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila
memanggil nama seseorang.
Contohnya : kau kenal dak
Samad, duk kat belakang rumah
dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan
( Asyik kerja membongkah jer.
Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur yang
amat lena.
15. Nau : Longat nau, Besau nau,
Kecik nau, jauh nau, tinggi nau.
Asaknya daripada perkataan
Benar @ Benau .
16. Melohau : Besar Sangat
(Contohnya : Seluar kau besau
melohau)
17. Sakau : Mengaut secara
haram @ mencuri @ rampas.
18. Handau: Kalah @ tewas @
lemah
19. Antu : Kalau di Kampung
Seberang Gajah, orang tua-tua
kalau nak sebut nama orang tua
yang lain depan nama tu mesti
ada perkataan “antu”.
Contohnya : “antu” Munah duk
mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas
24. Mengimol2 : Mengada2
KOPI PES FB
Last edited by juju_amin84 on 18-10-2013 09:29 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kasar2 org melaka ni ckp hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kasar2 pun hati baik |
|
|
|
|
|
|
|
mmg btol pun tt..teringat arwah mak sy dulu ckp mcm nie..
"lain kali pakai seluau (seluar) panjang"
|
|
|
|
|
|
|
|
saya ada sorang kawan kalau bercakap ayat dia mcm ni.."..oii lahabau...blablabla......"...hihi..tapi hati baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
"woi besau musibat kau eh lame tak dengau citer" - diambil dari fb kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
unhas posted on 29-10-2013 02:36 AM
"woi besau musibat kau eh lame tak dengau citer" - diambil dari fb kawan.
selalu gak kena mcm ni...hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
ada lagik... " cahau betol teh yang kau buat ni, macam p**tat antu gase....pulak tu nak bagi aku mapos cepat ke hawau? meladong2 minyak dalam sambal kau ni lahanat" !!!....hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
'musibat sape kentot ni bekemain melantong lagi.ni bangse jxbx tak bedong le ni.sapu hawau betol'- kata seorang ex-housemate zaman student dulu |
|
|
|
|
|
|
|
I baru je borak dgn jiran Melaka..Dia cakap 'orang rumah saya' as a reference kpd suami dia.. Setahu saya org rumah ni biasa org lelaki je pakai utk refer kepada isteri dia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|