CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_penguin

MAHARAJA LAWAK MEGA

[Copy link]
Post time 28-10-2013 09:52 PM | Show all posts
Tak_Syg_Mulut posted on 28-10-2013 08:11 PM
Peserta MLM2013

Sepahtu - Jep, shuib penampilan khas rahim R2.

finalis BMB pun ada...
kira tak bias la astro...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 10:30 PM | Show all posts
Edited by rimau_manja at 23-1-2023 07:54 PM

Edited
Edited
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 08:43 AM | Show all posts
cik_penguin posted on 28-10-2013 05:48 PM
Wahhh! Ada muka-muka yang baru ni. Tapi mostly yg lama pun ada. Boringnye... Negara kita kekuranga ...

kannn..banyaknyer yg muka lama..saywho tu smpi 3 tahun berturut2 join..nie betul2 nk buat duit..paling best tgk nabil stand alone this time..yeahhh vote for nabil..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 09:36 AM | Show all posts
jozanfan posted on 28-10-2013 05:05 PM
ai nmpk jep, shuib, mamat, rahim, ropie, didie, balas, achey, os, nabil, along, boboi, shiro, sa ...

abg shuhaimi n rahim join group mn?kumpulan R2 dh bubar kn?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 11:07 AM | Show all posts
p.timur3831 posted on 29-10-2013 09:36 AM
abg shuhaimi n rahim join group mn?kumpulan R2 dh bubar kn?

Suhaimi team ngan Ropie n sorang lg (x cam sape)  - kump. COMEY..
Rahim lak join ngan Sepahtu jd 3 orgla - Jep, Shuib, Rahim..
Mamat lak join Arin Rajalawak ngan Munir - kump. KUCAI..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:57 PM | Show all posts


Kembali menemui peminat program lawak, Maharaja Lawak Mega 2013 masih mengekalkan format lama sama seperti edisi yang sebelumnya. Kelainan pada kali ini lebih tertumpu kepada kehadiran muka baru selain kolaborasi para pelawak dalam pembentukan sesebuah kumpulan.

Masih mengekalkan Dato’ Ac Mizal sebagai pengacara utama, pentas Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan penyertaan daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Seramai 13 buah kumpulan bakal bersaing dengan tujuh buah kumpulan baru dibentuk untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan baru yang dibentuk termasuklah Wala,Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai dan SYJ.

Selain tujuh buah kumpulan baru, terdapat juga perebutan kerusi panas di mana 12 kumpulan bakal berentap bagi merebut peluang terpilih secara automatik ke pentas Maharaja Lawak Mega 2013 kelak. 12 kumpulan yang bakal berentap ialah Shake, Glory,Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross.

Pemilihan 12 kumpulan ini akan dilakukan secara langsung pada 8 November jam 10 malam di Astro Warna (132) dan diadili oleh tiga juri profesional  untuk memenuhi tiga kekosongan tempat di Maharaja Lawak Mega 2013.

Menurut Pengurus Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani, sistem permarkahan masih sama dengan 70 peratus dari pihak juri dan 30 peratus daripada undian para penonton. Para peserta juga bakal diberi tema yang lebih mencabar setiap minggu bagi merancakkan lagi pentas MLM 2013.

“Kami masih mengekalkan format lama di mana 70 peratus diadili oleh empat pihak juri dan 30 peratus undian daripada para penonton. Apa yang berbeza kali ini adalah penyertaan para peserta yang bebas untuk membentuk kumpulan mereka sendiri.

“Jadi para penonton akan dapat lihat kolaborasi atau kerjasama para pelawak dan saya pasti ini akan lebih menarik minat para penonton untuk terus menyokong dan menonton program MLM 2013. Para peserta juga bakal diberi tema yang lebih mencabar untuk merancakkan lagi pentas MLM kali ini,” jelas Encik Nizam pendek.

Dalam pada itu, menurut Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, walaupun terdapat beberapa pertukaran ahli kumpulan untuk penyertaan kali ini, ianya pasti lebih menghangatkan suasana kerana para penonton dapat melihat prestasi setiap kumpulan yang bertanding.

“Kami sedar beberapa pertukaran ahli kumpulan di MLM kali ini agak mengejutkan tetapi sudah pasti memberi kelebihan kepada kepada mereka juga sesuatu kelainan buat para penonton. Seperti Nabil yang kini kembali solo selain penambahan ahli baru dalam kumpulan Sepahtu contohnya satu strategi baru buat mereka untuk menarik undi atau perhatian penonton kelak.

“Jadi mereka bebas untuk memilih sesiapa sahaja ahli kumpul kali ini untuk dan kami turut percaya setiap kumpulan punya kelebihan dan keistimewaan mereka yang tersendiri,” ujar Encik Khairul pendek.

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakal tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000. Turut diperkenalkan semula aplikasi permainan percuma kepada pemilik telefon pintar Android dan iPhone dengan kemaskini terbaru permainan ‘Mana Naga?’

Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsikan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD 134) serta aplikasi Astro on-the-go.

Para peminat dan penonton program Maharaja Lawak Mega 2013 turut berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan menghantar video-video parodi bermula 22 November ini. Untuk maklumat lanjut sila layariwww.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November ini!


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2013 01:01 PM | Show all posts


Peserta "Kerusi Panas" #MaharajaLawakMega 2013. Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zaro, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak, Keross)
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 01:03 PM | Show all posts
Fida Ibrahim Minta Pendapat Mamat Sepah Sebelum Sertai MLM 2013


Selepas tidak terpilih untuk Top 12 di dalam program realiti nyanyian AF 2013, Fida Ibrahim nyata tidak patah semangat apabila dia  kini mencuba nasib dengan menyertai program Maharaja Lawak Mega 2013.

Menurut Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim mengakui penglibatannya kali ini bukan cuba untuk mengejar populariti sebaliknya telah dilamar oleh dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu Dato Ali Mamak dan Aziz Kota untuk menubuhkan kumpulan Santan dan merebut kerusi panas di MLM 2013.

“Penyertaan Fida untuk MLM kali ini bukan kena cuba mengejar populariti tetapi sebaliknya Fida telah dilamar oleh Abang Aziz Kota  selepas dia menonton Warna Raya 2012 baru-baru ini. Abang Aziz mahukan seorang yang wanita yang boleh menjadi ‘feeder’ dalam kumpulan Santan.

“Jadi bila dia lihat Fida dalam Warna Raya 2013 dia lihat tidak agresif tetapi mampu jadi seorang ‘feeder’ yang dimahukan dalam kumpulan mereka. Berbulan juga Fida fikir tentang lamaran tersebut tetapi apabila fikir balik apa salahnya Fida sertai MLM kerana ini juga peluang buat Fida untuk belajar benda baru selain dapat bekerjasama dengan dua nama otai besar dalam bidang lawak.

“Kiranya kami bertiga terdiri daripada tiga generasi berbeza untuk membentuk sebuah kumpulan lawak di MLM 2013,” jelas Fida kepada Astro Gempak.

Tambah Fida lagi, dia turut mengakui turut menghubungi bekas kekasihnya Mamat Sepah untuk bertanyakan pendapat jika dia menyertai program MLM 2013.

“Fida ada telefon Mamat untuk tanya pendapat jika Fida masuk MLM kali ini sebab sebelum ini Sepah pernah sertai program ini dan menjadi juara dalam edisi Maharaja Lawak Mega dua tahun lalu.

“Selain Mamat, Fida ada juga tanya Jep tentang pandangannya kalau sertai MLM sebab Fida memang pada awalnya tidak yakin layak untuk sertai program hebat seperti ini. Jadi bila dah tanya mereka berdua rasa lebih semangat untuk menyertai MLM bersama kumpulan Santan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Fida turut menafikan dia berasal janggal jika sering bertemu Mamat jika kumpulan Santan berjaya melepasi kerusi panas pada 8 November nanti.

“Rasanya tiada masalah jika Fida sering bertembung dengan Mamat selepas ini di MLM sebab kami mencari rezeki di tempat yang sama. Lagipun Fida anggap Mamat sekarang sebagai rakan artis dan tidak mungkin kami akan kembali bercinta sebab kami sudah buat haluan masing-masing,” jelas Fida mengakhiri perbualan.



**x paham betul la ngan pompuan nie**
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 12:37 AM | Show all posts
jozanfan posted on 29-10-2013 01:01 PM
Peserta "Kerusi Panas" #MaharajaLawakMega 2013. Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zaro, Pajak, Ga ...

ramai jugak pelawak yg iols tak kenal..
belakng fida tu sape uols?..
nampak amereka.. dia masuk grup ape?..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 09:41 AM | Show all posts
masterdyanna91 posted on 30-10-2013 12:37 AM
ramai jugak pelawak yg iols tak kenal..
belakng fida tu sape uols?..
nampak amereka.. dia masuk  ...

yg peserta kusi panas nie ai x dpt detail sape dlm kumpulan mana..
kalau ai dpt ai update sini..
ke ade sape2 tau share je la ngan kita2 nie sume..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 12:06 PM | Show all posts
klu jihan tu combine dgn azrul kan best... nama kump  "parodi"
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 12:58 PM | Show all posts
Tak_Syg_Mulut posted on 28-10-2013 08:11 PM
Peserta MLM2013

Sepahtu - Jep, shuib penampilan khas rahim R2.


memula iols ingant SYJ tu saleh yacob ngn johan bgabung..

iols da excited da nk tgk anak sedare ngn pak sedare blawak...

tp... hampa hati iols ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 03:53 PM | Show all posts
jozanfan posted on 29-10-2013 11:07 AM
Suhaimi team ngan Ropie n sorang lg (x cam sape)  - kump. COMEY..
Rahim lak join ngan Sepahtu jd  ...

Rahim join Sepahtu? Memang perfect laaaa Kan best kalau harith iskander masuk.. mesti lagi gempak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 03:55 PM | Show all posts
bambimbom posted on 30-10-2013 12:58 PM
memula iols ingant SYJ tu saleh yacob ngn johan bgabung..

iols da excited da nk tgk anak seda ...

Johan anak sedara Saleh yakob???!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 03:57 PM | Show all posts
cik_penguin posted on 31-10-2013 03:53 PM
Rahim join Sepahtu? Memang perfect laaaa  Kan best kalau harith iskander masuk.. mesti lagi g ...

kannn..teringat gadungan dorang masa Anugerah Lawak Warna ari tu..mmg pecah perut gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 04:21 PM | Show all posts
JOZAN takde sebab dah menang.

Semestinya aku sokong SEPAHTU.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2013 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang MLM sama dengan SS ke peraturan dia.

Musim pertama Sepah juara. Lepas tu dah tak masuk, di musim keempat masuk sebagai Sepahtu.
Musim kedua, Osbon juara, dah tak masuk, musim ketiga masuk sebagai Sabon.
Musim ketiga Jozan juara, dah tak masuk. Mungkinkah Zizan dan Johan akan masuk sebagai kumpulan lain di musim akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 10:59 AM | Show all posts
ini semua grup kerusi panas..sekarang ni baru tau ahli2 grup tu..

Shake (Amir dan Bell Ngasri),
Glory (Sathia, Ika dan Mie),
Santan (Datuk Ali Mamak, Fida dan Aziz Kota),
Hai (Ilya dan Hamdan),
Mamu (Ajo dan Abu),
Zero (Atu, Syaiful dan Sharif),
Pajak (Caca, Man dan Fandi),
Gadai (Epul, Joe dan Idlan),
Kecik (Achok dan Wan),
2Yol (Lan dan Rohaizat)
Gerak (Pak Cu, Che Mat dan Anu)

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 11:02 AM | Show all posts
Mamat boleh jangka lawak Sepahtu

TIADA niat untuk membuktikan dirinya yang terbaik berbanding kumpulan Sepahtu, Mamat Sepah mengakui menyertai program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) untuk membina semula nama dan kerjayanya dalam bidang seni.

Mamat bersama pelawak Munir dan Arin yang menggelarkan diri mereka sebagai Kucai akan bersaing dengan kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shiub serta Rahim R2 dalam Maharaja Lawak Mega 2013.

Selain Kucai dan Sepahtu, Maharaja Lawak Mega 2013 turut dianggotai 11 kumpulan lain yang menggelarkan diri mereka Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Osama, Tulang, Bocay, SYJ dan seorang peserta solo iaitu Nabil.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, dia mengakui berasa janggal jika menyertai program tersebut seorang diri. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan mencari dua lagi ahli untuk membentuk kumpulan baharu.

“Saya masuk ke industri seni dengan kumpulan Sepah. Memang sudah terbiasa melakukan lawak secara berkumpulan. Jadi, saya rasa janggal jika beraksi solo di pentas MLM 2013.

“Jadi, saya cari dua peserta untuk membina kumpulan Kucai. Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang. Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013.” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Disoal bagaimana perasaannya bersaing bersama kumpulan Sepahtu di pentas MLM 2013, luah Mamat, biarpun reda dengan perkara itu, tetapi dia tetap risau kerana dapat mengagak apa yang bakal bekas ahli kumpulannya itu (Sepahtu) lakukan.

Mamat juga mengakui masih menyayangi Jep dan Shuib kerana beranggapan namanya di julang ketika mereka masih bersama-sama dalam kumpulan Sepah.

“Saya anggap kumpulan Sepahtu istimewa, bukan pesaing. Sayang saya pada mereka masih ada. Sebabnya, kami daripada tidak dikenali dan tidak ada apa-apa kini sudah melalui pencapaian besar dalam bidang seni.

“Bagaimanapun saya reda dengan nasib kumpulan kami. Cuma, saya risau dapat mengagak apa yang Jep dan Shuib bakal lakukan dalam setiap persembahan mereka kerana naluri kami bertiga sangat kuat,” dedah Mamat.

Kerusi Panas

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, selain 13 kumpulan itu yang berjaya menempah tiket awal untuk beraksi secara automatik di gelanggang MLM 2013, terdapat tiga lagi kumpulan daripada senarai Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 akan turut terlibat.

Bagaimanapun, ujar Nizam, tiga kumpulan itu akan dipilih menerusi satu ujian Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan disiarkan pada 8 November ini pada pukul 10 malam.

“Terdapat 12 kumpulan yang perlu bersaing dalam ujian Kerusi Panas untuk menempatkan diri mereka dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013. Hanya tiga kumpulan akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan senarai 16 peserta Maharaja Lawak Mega 2013.

“Mereka terdiri daripada kumpulan Shake (Amir dan Bell Ngasri), Glory (Sathia, Ika dan Mie), Santan (Datuk Ali Mamak, Fida dan Aziz Kota), Hai (Ilya dan Hamdan), Mamu (Ajo dan Abu), Zero (Atu, Syaiful dan Sharif), Pajak (Caca, Man dan Fandi), Gadai (Epul, Joe dan Idlan), Kecik (Achok dan Wan), 2Yol (Lan dan Rohaizat) dan Gerak (Pak Cu, Che Mat dan Anu),” ujarnya.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh pula memberitahu, MLM 2013 masih mengekalkan format lama dan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Mengulas lanjut, kata Khairul, sistem pemarkahan juga masih dikekalkan iaitu sebanyak 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus pula daripada undian penonton.

“Barisan empat juri tetap MLM 2013 hanya akan diketahui pada gelanggang pertama program ini iaitu pada 15 November ini, pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika dan juga Mustika HD (saluran 134) serta Astro on-the-go (Warna),” ulasnya lagi.




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2jdsSHo4h
Hakcipta terpelihara


- dah agak benda macam ni akan keluar punya...


Last edited by masterdyanna91 on 4-11-2013 11:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 11:06 AM | Show all posts


MAMAT menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 bersama Arin dan Munir atas tiket kumpulan yang diberi nama Kucai.



SEPAHTU pula terdiri daripada Jep (kiri), Shuib dan Rahim.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077146 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list