Monterrey: Seorang pemuda di utara Mexico mengaku membunuh 45 orang dan mungkin terbabit dalam 34 pembunuhan lain. Juan Pablo Vazquez itangkap awal bulan ini di Monterrey, tempat dia didakwa menjual dadah, kata jurucakap keselamatan wilayah Nuevo Leon, Jorge Domene.
Vazquez yang mengaku dia sebahagian daripada kumpulan penjenayah terancang tempatan, mengaku membunuh 45 orang dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 79 jenayah kejam, kebanyakannya dilakukan pada 2012,” kata Domene pada sidanga khbar.
Dia ditangkap 8 Oktober lalu bersama-sama Nancy Ortiz, 25. Polis turut merampas 35 beg berisi ganja dan 22 bungkusan kokain daripada kedua-dua mereka.
Seorang pegawai Mexico yang enggan dikenali memberitahu CNN, Vazquez menganggotai kartel dadah Gulf yang melancarkan perang terhadap kumpulan cartel Zetas.
Pemuda berusia 20 tahun itu terbabit dalam jenayah terancang sejak berusia 15 tahun dengan menjadi pemberi maklumat kepada penjual dadah sebelum menjadi pembunuh kumpulannya.
Antara mangsa Vazquez ialah pegawai kerajaan yang menahannya, seorang penari bogel yang diculik dari sebuah kelab.
Mexico dilanda keganasan berkait dengan dadah sejak beberapa tahuin lalu dengan kira-kira 1,000 orang mati setiap bulan.
Kira-kira 80,000 orang mati sejak 2007 dalam keganasan kumpulan dadah sejak 2007.
Monterrey, ibu negeri Nuevo Leon, wilayah paling teruk terjejas dalam perebutan wilayah dadah, mencatatkan 223 kematian setakat ini tahun ini. - AFP
|