|
KEADAAN van membawa lima jemaah yang terlibat dalam kemalangan selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 210.2, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang, Kuantan semalam.
KUANTAN, 31 Oktober – Tiga jemaah haji yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah menemui ajal selepas van yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori muatan bijih besi di Kilometer 210.2, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang di sini semalam.
Mangsa yang terkorban dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu ialah Fatimah Said, 63, Zainab Awang Hassan, 59, dan Kamarudin Ab. Rahman, 43. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian itu turut menyebabkan tiga yang lain iaitu isteri Kamarudin, Tuan Mazlinawati Tuan Abdullah, 40, dan ibunya, Rokiah Ibrahim, 63, serta pemandu van, Robaie Roslan, 45, cedera.
kosmo
p/s innalillah, semoga haji mereka haji mabrur...
|
|