CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1254|Reply: 3

[Tempatan] Jenayah Terancang

[Copy link]
Post time 31-10-2013 09:04 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Oleh Yusri Abdul Malek dan Amir Abd Hamid
[size=0.9em]Bukit Kayu Hitam: Mudahnya ‘bocor’. Itu yang berlaku di pintu sempadan negara dengan Thailand terutama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam, Kedah yang menjadi laluan sindiket penyeludupan rokok tidak sah.
[size=0.9em]Berdasarkan tinjauan wartawan Harian Metro selama empat hari di kawasan sempadan, laluan itu yang menjadi pintu masuk utama kontena dan barangan dari Hatyai dan Bangkok dilalui ratusan lori dan kontena setiap hari untuk membawa pelbagai barangan ke negara ini.

[size=0.9em]Lori dan kontena yang membawa pelbagai barangan itu kemudian perlu memasuki Pusat Pemeriksaan Import/Eksport Kastam Diraja Malaysia yang terletak di sebelah kiri laluan arah Malaysia untuk pemeriksaan.

Namun, bagi lori yang dipercayai membawa muatan rokok tidak sah, pemandunya akan terus membelok ke kanan memasuki kawasan bebas cukai yang terletak berhampiran pusat pemeriksaan itu.
[size=0.9em]ROKOK John turut dijual di dalam kompleks bebas cukai pada harga RM24 sekarton.

[size=0.9em]
Kedudukan kawasan bebas cukai itu hanya kira-kira 100 meter dari pintu sempadan dan terdapat dua pondok Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di kawasan itu, tetapi ketika tinjauan dilakukan didapati ia tidak beroperasi lagi berdasarkan kedudukan pondok itu yang agak terbiar.
[size=0.9em]
Turut menjadi persoalan, berdasarkan pengalaman wartawan memasuki Malaysia dari Pekan Danok, Thailand menggunakan lorong hijau atau ‘greenlane’, tiada mana-mana pegawai agensi penguat kuasa menahan kenderaan dinaiki kami untuk diperiksa, sekali gus amalan itu berisiko tinggi berlakunya penyeludupan pelbagai barangan larangan termasuk senjata api.

Menurut sumber, sebelum lori atau kontena membawa rokok tidak sah itu memasuki negara ini, sindiket penyeludupan terbabit akan memberhentikan kenderaan berkenaan di pekan Sadao iaitu kira-kira lima kilometer dari pintu sempadan.

“Di pekan itu, lori atau kontena berkenaan akan diparkir di satu kawasan khas yang dilengkapi stor kecil. Di situ, mereka akan menunggu isyarat ‘line clear’ dari tonto yang menunggu di CIQ Bukit Kayu Hitam.

“Apabila mereka mendapat isyarat, lori yang didaftarkan di Thailand itu akan memasuki sempadan dan terus ke kawasan bebas cukai yang terletak berhampiran sebuah ladang sawit Black Forest, Bukit Kayu Hitam.

“Di kawasan bebas cukai itu, rokok tidak sah berkenaan akan dipunggah dan dipindahkan ke dalam lori atau kenderaan tempatan lain yang memang sedia menunggu manakala lori dari Thailand itu pula akan kembali memasuki kawasan sempadan,” katanya.

Katanya, rokok tidak sah yang dipunggah kemudian dibawa ke sebuah gudang di dalam ladang sawit berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan bebas cukai itu.

“Rokok berkenaan akan disimpan di gudang yang diragui statusnya itu kerana tiada papan tanda berdasarkan situasi semasa sebelum ia diangkut mengikut jalan tanah merah ke Ladang Rakyat Laka Temin dengan pelbagai kenderaan termasuk pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima dan Naza Ria pada waktu malam.

“Di kawasan Ladang Rakyat Laka Temin juga ada tonto bermotosikal sedia menunggu untuk memastikan ‘keselamatan’ laluan berkenaan untuk ke Kawasan Perindustrian Padang Satu yang menjadi jalan pintas menuju Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Tonto bertugas akan memberi isyarat lampu sebanyak tiga kali bermakna kawasan ladang selamat sebelum kenderaan penyeludup keluar menuju lebuh raya. Isyarat itu juga merujuk kepada boleh melakukan pemunggahan dan tukar kenderaan di persimpangan keluar ladang itu.

“Selepas barang dipunggah, kotak-kotak tertera alamat atau kertas terkandung sebarang dokumen jual beli akan dibakar di kawasan tanah lapang berhampiran ladang berkenaan bagi melupuskan bukti. Laluan yang digunakan juga terlepas daripada pemeriksaan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang melakukan sekatan jalan raya berhampiran CIQ,” katanya.

Beliau berkata, kawasan Ladang Rakyat Laka Temin yang juga milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu turut menjadi laluan pemerdagangan manusia yang masuk dari pagar sempadan pekan Danok.

“Sebaik berada dalam negara ini, warga asing kebanyakan warga Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja itu akan menetap di penempatan setinggan di kawasan itu sebelum diambil tekong darat untuk ke destinasi masing-masing,” katanya.

Ketika tinjauan dibuat Harian Metro mendapati kerja membaiki pagar dawai dan tembok batu memisahkan ladang sawit Black Forest dan Ladang Laka Temin sedang giat dilaksanakan pihak kontraktor.

Sumber berkata, bagi memastikan kenderaan yang membawa rokok haram bergerak lancar dan tidak diganggu, pihak sindiket dengan rangkaian tonto mereka saling berhubung menggunakan walkie-talkie.

“Perhubungan komunikasi amat penting dalam operasi penyeludupan ini, jika komunikasi gagal maka operasi yang dijalankan juga boleh gagal.

“Bagi memastikan penyeludupan berjalan seperti dirancang, setiap pemandu yang membawa rokok ini akan dibayar upah antara RM600 ke RM700 untuk satu trip berdasarkan jumlah rokok yang dibawa manakala upah pekerja pemunggah barang yang memindahkan rokok tidak sah ke dalam kenderaan termasuk ke dalam lori lain dan kereta pula, akan dibayar antara RM50 hingga RM60

“Bagi kumpulan tonto yang terdiri daripada penduduk tempatan, mereka dibayar upah RM300 untuk satu trip. Pihak sindiket tidak kisah mengeluarkan upah yang tinggi kerana nilai rokok tak sah bagi satu kontena dianggar bernilai RM800,000 manakala jumlah cukainya pula adalah RM4 juta,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, kebanyakan tonto menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan mereka merempuh kenderaan pihak berkuasa jika diserbu.

“Walaupun ada operasi dijalankan pihak penguat kuasa, namun sindiket penyeludupan ini bagaikan sudah menghidu menyebabkan banyak operasi yang dijalankan menemui kegagalan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/31

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2013 09:11 AM | Show all posts
mcm2 tektik kann
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 09:22 AM | Show all posts
mane wrtawan tau..xkan geng2 2 p bocor rhsia plak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 11:16 AM | Show all posts
Fuhhh bagusla...ada juga rokok murah nak dihisap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.620297 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list